You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU NAMA NO.

IC : ILLEY IZYANI BINTI IBRAHIM : 901206-06-5052

NO. MATRIK : SN 7850

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dan rakan telah berjaya melaksanakan satu iaitu tugasan kerja kursus pendek berkenaan dengan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia. Bagi tugasan A, saya dan rakan telah berjaya menyiapkan tugasan buku skrap digital bagi kaum Cina. Walaupun kami mempunyai banyak komitmen, pada masa yang sama kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Encik Mustapha atas segala bimbingan dan nasihat daripada beliau. Secara jujurnya, beliau banyak membantu dalam memastikan setiap perkara yang saya dan rakan-rakan lakukan berada pada jalan yang betul. Segala tunjuk ajar dan teguran membina daripada beliau sentiasa akan membuatkan kami lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugasan. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus pendek ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya kenalpasti. Salah satu daripadanya ialah kerjasama bersama rakan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Walaupun terdapat pelbagai komitmen serta tugasan-tugasan lain yang harus dilaksanakan kami bekerjasama dengan baik bagi memastikan segala tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati standart yang ada. Kami telah membahagikan kerja dan akan berbincang bersamasama sekiranya terdapat masalah yang timbul. Selain itu, melalui tugasan, saya juga dapat mendalami budaya kaum lain dengan lebih mendalam lagi. Disebabkan saya ditugaskan untuk menyiapkan tugasan bekenaan dengan kaum Cina secara tidak langsung saya sebenarnya belajar perkara yang baru tentang kaum Cina. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui sambutan Tahun Baru Cina sahaja, kini saya mengetahui banyak lagi perkara berkenaan upacara dan adat resam budaya mereka.

Tidak dinafikan terdapat juga beberapa kelemahan yang mujud dalam menyiapkan tugasan ini, pertamanya sudah tentulah kekangan masa. Aktiviti luar serta tugasan-tugasan subjek lain sedikit sebanyak manggagu kelancaran proses dalam menyiapkan tugasan ini. Malah sumber rujukan yang terhad juga menjadi salah satu kekangan kepada kami dalam pengumpulan sumber rujukan. Selain itu, penggunaan EXE juga sebenarnya memberikan masalah kepada kami. Bagi mengatasi masalah yang ada saya dan rakan telah berbincang bersama-sama bagi menyiapkan tugasan yang ada. Malah rakan kami yang berbangsa Cina juga banyak membantu kami dalam mendapatkan matlumat berkenaan upacara-upacara dalam etnik Cina. Kesimpulannnya, walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul namun kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan begitu baik sekali. Semoga segala ilmu yang telah saya dan rakan pelajari dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

You might also like