You are on page 1of 30

Perkembangan dan Reformasi Dasar Pendidikan

Peristiwa yang menyebabkan reformasi

Peristiwa yang menyebabkan reformasi


Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya:
Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 Tujuan Penyata Razak adalah
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

Penyata Razak (1956)

Laporan Abdul Rahman Talib (1960)


Laporan A.Rahman Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu: Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah, dan menengah atas Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979


Penegasan kepada pendidikan asas 3M - membaca, menulis dan mengira . Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini . Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional . Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Laporan Kabinet juga didapati mempunyai persamaan dgn tujuan Akta Pendidikan 1961 dan Laporan Hussein Onn, iaitu menyatupadukan rakyat.

Rang Undang Undang Pendidikan 1995 Akta Pendidikan 1996


Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:(a) Pendidikan Prasekolah Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun; (b) Pendidikan Rendah Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun; Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan; (c) Pendidikan Menengah Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas; Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada o Sekolah Akademik o Sekolah Teknik dan Vokasional o Sekolah Kebangsaan Agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah : Sekolah Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. Sekolah Sukan yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pembentukan FPK
Idea menggubal FPK tercetus pada 1979 Pembangunan kemanusiaan yang dihasratkan kerajaan bersifat menyeluruh merangkumi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Rukun Negara
Dikenali sbg de facto Malaysian pledge of allegiance. Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Memupuk perpaduan rakyat, keseimbangan dan stabiliti kaum etnik. (peristiwa 13 Mei 1969) Sebahagiannya diilhamkan oleh Pancasila Indonesia dan berasaskan 5 prinsip.(Rukun Islam 5 perkara)

Dasar Ekonomi Baru


Usaha Malaysia wujudkan perpaduan
Mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dsbg. Strategi serampang dua mata.
Megurang dan membasmi kemiskinan

Menyusun semula masyarakat utk mengurangkan dan


menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi2 ekonomi.

Sambungan
Strategi pelaksanaan telah disusun
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf hidup golongan
miskin (permodenan luar bandar) Menambahkan dgn lebih cepat lagi bhgn rakyat Malaysia dlm pemilikan modal dlm stok syarikat dan pertubuhan ekonomi Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian (Melayu dan Bumiputera) utk memiliki 30 % ekonomi dalam tahun 1990 Menubuhkan MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasaional dsbg

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan garis

panduan.
Konsep identiti kebangsaan, perpaduan dan

prinsip2 ideologi kebangsaaan selaras dgn


tujuan dan matlamat pendidiakan

Elemen-elemen FPK

Implikasi

Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan adalah proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni.

Pekembangan potensi individu

Bakat,potensi dan kebolhan yg mungkin terpendam

Elemen-elemen FPK

Implikasi

Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan berasingan.

Insan yang seimbang Penting bg individu yg memounyai intelek , sahsiah, dan harmonis percaya kpd Tuhan serta akhlak yg baik dan kesihatan diri yg baik.

Elemen-elemen FPK

Implikasi

Unsur intelek

Mempunyai kemahiran asas 3M

Unsur rohani

Menyedari dan percaya kpd Tuhan

Unsur emosi

Matang dan stabil

Elemen-elemen FPK Unsur Jasmani

Implikasi Sedar kepentingan kesihatan fizikal

Kepercayaan dan kepatuhan kpd Tuhan

Mengakui kewujudan Tuhan

Rakyat Malaysia yang berilu pengetahuan

Cintai ilmu pengetahuan

Elemen-elemen FPK

Implikasi Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri

Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Rakyat Malaysia yg beraklak mulia

Perwatakan diri yg baik

Rakyat Malaysia yg bertanggungjawab

Boleh dipercayai

Elemen-elemen FPK

Implikasi

Rakyat Malaysia yg

Berfikiran waras dan berjiwa tenang

berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri

Rakyat Malaysia yg dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

Berusaha utk memupuk perpaduan (toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dsb)

kemakmuran
masyarakat dan negara

Elemen-elemen FPK

Implikasi

Berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri

Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yg tinggi

Sumbangan terhadap keharmonian dan

Cintakan negara

kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara

Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara


FPK adalah satu dokumen rasmi menggariskan hasrat kerajaan Kaum pendidik perlu menghayati dan

mengusahakan kandungan FPK


Pendidik perlu memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK Pendidik perlu menyedari hakikat tanggungjawab bukan hanya terbatas kepada ilmu dan kemahiran

You might also like