You are on page 1of 1

Arak Tambah Penyakit Keganasan Di Britain1

London: pengambilan arak sudah mencecah paras membimbangkan di Britain, kata pakar kesihatan, yang merugikan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sehingga 2.7 bilion pound (RM13.2 bilion) setahun termasuk kos kemasukan ke hospital disebabkan keganasan berkaitan mabuk dan masalah kesihatan jangka panjang. Tidak seperti ancaman kesihatan besar lain, penyakit hati semakin bertambah di Britain, meningkat 25 peratus dekat lalu dan mencipta rekod kadar kematian tinggi, menurut perangkaan terbaru kerajaan. Malah doktor percaya peningkatan kadar obesiti yang digabungkan dengan pengambilan minuman memabukkan menyebabkan pertambahan kes penyakit hati, yang menyerang lebih ramai golongan muda berbanding sebelum ini. Tidak ragu-ragu lagi profesional melihat lebih ramai pesakit dalam lingkungan usia lewat 20-an dan pertengahan 30-an sekarang, sesuatu yang luar biasa 20 tahun lalu, kata pakar penyakit hati di Universiti Newcastle, Chis Day. Di jalan raya di Soho, kebanyakan penduduk terlalu mabuk untuk menyedari ada sebahagian pengunjung parti sudah pengsan. Jalan raya yang dipenuhi pub dan kelab malam, mula menunjukkan tandatanda akan berlaku pergaduhan- lelaki saling mengejar sesama sendiri dan menjerit seperti remaja, wanita yang memakai skirt terlalu pendek dan kasut tumit tinggi tersungkur dan terjatuh. Tidak lama kemudian kawasan pejalan kaki dikotori botol bir kosong dan berlopak. Pemandangan mabuk melampau secara terbuka itu mengejutkan ramai warga asing yang tinggal di Britain,
1

malah di kalangan mereka berasal daripada kalangan budaya kuat minum. Perangkaan mengenai mangsa penyakit hati yang masih muda menunjukkan Britain menjadi sebuah negara yang memiliki ramai penagih alkohol. Namun itu bukan berita baru kerana rakyat negara itu memang minum minuman keras. AP Alkoholisme Adalah Penyakit2 Doktor perubatan kini yang bersikap liberal terhadap penagih Arak akan menganggap Alkoholisme sebagai penyakit dan bukan ketagihan. Yayasan Penyelidikan Islam telah menerbitkan risalah yang tertulis: Jika Arak suatu penyakit, ia merupakan satu-satunya penyakit yang: Dijual di dalam botol. Diiklankan di akhbar, majalah, di radio dan televisyen. Mempunyai kedai berlesen untuk menyebarkannya. Mendatangkan hasil kepada kerajaan. Menyebabkan kematian ngeri di lebuh raya. Merosakkan kehidupan berkeluarga dan meningkatkan jenayah. Tidak disebabkan oleh kuman atau virus. Alkoholisme bukan penyakit - Ia adalah perbuatan Syaitan. Allah swt telah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah Al-Maaidah surah ke 5 ayat 90: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan. [Al-Quran 5:90] Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah mengingatkan kita tentang perangkap Syaitan. Islam dikenali sebagai Dinul-Fitrah ataupun agama tabii Manusia. Segala arahan bertujuan memelihara keadaan asal untuk individu begitu juga untuk masyarakat. Arak merendahkan darjat manusia di bawah tahap haiwan yang manusia dakwa lebih hebat darinya. Maka, pengambilan Arak adalah dilarang dalam Islam.
2

Berita Harian 15-05-2012

20 Most Common Questions- By Dr Zakir Naik

bicaramohdaziz.blogspot.com

You might also like