You are on page 1of 2

CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (s.

Othman kelantan)
Sinopsis
Khalid bertemu dengan Pak Husain, bekas pejuang negara ketika sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota.
Dalam pertemuan tersebut masing-masing melahirkan rasa gembira setelah terpisah selama 30 tahun. Khalid sangat
menghormati Pak Husain dan menggelarkannya sebagai pahlawan kerana Pak Husain banyak berjasa kepada tanah air,
terutamanya kepada penduduk kampungnya semasa pendudukan askar Jepun ke Kelantan. Dia sanggup bergadai nyawa
untuk menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan Jepun.
Pertemuan tersebut juga menyebabkan Khalid teringat kembali akan peristiwa yang berlaku pada 8 Disember
1941. Pada pagi itu, Pak Husain telah mengarahkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat termasuklah keluarga Khalid
meninggalkan rumah masing-masing menuju ke pengkalan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan
Jepun. Mereka diarahkan berpindah ke Kampung Dal pada waktu subuh. Keadaan menjadi cemas apabila penduduk
kampung yang sudah berada di dalam perahu yang sedang bergerak, tersedar bahawa Pak Husain yang mengetuai
perpindahan mereka ke Kampung Dal telah tertinggal. Mak Bidah yang merupakan isteri kepada Pak Husain meraung
apabila menyedari suaminya tidak ikut serta dalam misi perpindahan itu. Serangan Jepun terhadap Tanah Melayu di
Kelantan pada masa itu menyebabkan suasana menjadi gegak-gempita dan huru-hara. Banyak kawasan dan kubu pihak
Inggeris yang dikawal ketat oleh askar Punjabi di Kelantan telah ditawan oleh askar Jepun seperti di Dasar, sabak, dan
Pengkalan Cepa.
Dalam keadaan yang huru-hara ketika perang baru sahaja meletus, Pak Husain telah muncul di Kampung Dal
dengan cerita perangnya sehingga diberi gelaran pahlawan oleh penduduk setempat. Menurut Pak Husain, dia telah
ditahan dan dipaksa oleh tentera Jepun untuk menguburkan mayat-mayat askar Punjabi dan orang mati di Kampung Pulau
Pak Amat. Pak Husain telah berjaya melarikan diri daripada tahanan askar Jepun selepas dia membuat helah dengan
meminta izin untuk mmbuang air besar.
Jasa dan kepahlawanan Pak Husain bukan hanya ketika perang Jepun sahaja, bahkan selepas Jepun menyerah
kalah pada tahun 1945, sekali lagi Pak Husain telah berjaya mematahkan cubaan merompak oleh segerombolan perompak
yang mencuba merompak rumah Pak Ngah Isa di kampung mereka. Berbekalkan senapang milik seorang askar Punjabi
yang diambilnya ketika perang Jepun dahulu, Pak Husain telah membedil kawasan perompak yang masih berada di dalam
perahu. Hasilnya kampung tersebut bebas daripada ancaman rompakan selepas itu. Pak Husain digelar Pahlawan Buntung
kerana kakinya kudung akibat terkena pecahan bom tinggalan Jepun semasaberjalan di tepi pantai setahun selepas Jepun
menyerah kalah kepada askar British. Pada akhir cerita, Khalid mengiktiraf Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana
keberaniannya.

Tema: ..
Persoalan: 1. Semangat patriotrisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang
2. ....................................................................................................................................
3. ....................................................................................................................................
4. ....................................................................................................................................
5. ....................................................................................................................................
Nilai : 1. Nilai kasih sayang. Contohnya selaku ketua keluarga Hassan amat menyayangi isteri dan anakanaknya, iaitu Salim, Khalid dan Fatimah.
2. Nilai patriotisme. ..........................................................................................................................
3. Nilai berani. ....................................................................................................................................
4. Nilai tabah. ......................................................................................................................................
5. Nilai ...................... Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama ketika
menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.
Pengajaran :
1. .............................................................................................................................................
2. .............................................................................................................................................
3. .............................................................................................................................................
4. .............................................................................................................................................
5. .............................................................................................................................................

You might also like