You are on page 1of 6

Kaum-kaum di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Orang Melayu Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan : congkak, gasing, wau.. Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin.. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu Orang Cina Pakaian : Cheongsam, Sam Fu.. Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew.. Orang India Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

LELAKI Digunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) lebih kurang 700 tahun lepas. Terdapat dua jenis iaitu : o 1)Baju melayu teluk belanga - sampin dipakai diluar o Baju melayu cekak musang - baju di dalam sampin

PEREMPUAN Dipakai setelah kedatangan Islam, ia terkenal dengan baju kurung, baju riau, baju kebaya dan baju kebaya belah panjang. Diberi maksud mengurung atau menutup anggota tubuh.

PAKAIAN INDIA

Dhoti

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha,kemudian disangkutkan pada bahu. Dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.

Sari

Sari pula merupakan pakaian untuk kaum perempuan. Terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan lima hingga lima belas meter panjang mengikut saiz pemakai. Perlu memakai anak baju yang singkat dan ketat sebelum memakai sari. Kain sari yang lembut akan dililit dari pinggang sebanyak tiga hingga lima kali dan diselempang pada bahu kiri.

BUDAYA PAKAIAN CINA

Dalam Sejarah Malaysia, kehadiran kaum Cina dalam pusat perdagangan bermula di negeri Melaka yang diikuti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pakaian kaum Cina boleh dikenali sebagai pakaian Cheongsam yang dipakai oleh kaum wanita serta pakaian Samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki. Pakaian Cheongsam dan Samfoo telah diperkenalkan semenjak revolusi di negara China pada tahun 1911. Ia sesuai dipakai di musim perayaan Tahun Baru Cina serta di majlis perkahwinan.

Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.

Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.
GOH SHU FONG (207561)

You might also like