You are on page 1of 10

SEJARAH BERMULANYA PANDU PUTERI DI MALAYSIA

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. 1925 Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.

1917

1919 1921 1920an 1923 1924 1925

1928

1932

1934

Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan 1937-1946 kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.
1

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke17 di Athens, Greece. PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

1948-1960

1957

1960 1962

1964

1967-1976

1969

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan 1977-1986 bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.

1986

1987-1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori Pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan
2

Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 1998 1999 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. Sempena SUKOM 98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel 98. Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 8 15 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. 2000 Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 26 November Aktiviti Antarabangsa; Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers (Program Pertukaran Malaysia China) 7-12 September Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).
3

2001

2002

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. 2004 Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik
4

WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Nama Lama Tunas Puteri Pandu Puteri Renjer Puteri Kadet Puteri Nama Baru Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis
5

Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. Jan - Pelaksanaan Perlembagaan Baru PPPM. Jan & Feb - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 Sept: Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Okt: Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 Nov: Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 19 Jan: Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 29 Mei : YBhg Datin Zalillah Bt Mohd. Taib dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Pesuruhjaya PPPM di Mesyuarat Agung Tahunan PPPM di Johor. 2008 2 5 Jul: Persidangan Ketua Pesuruhjaya Negara-Negara Commonwealth di Cape Town.
6

2007

6 - 12 Jul : Delegasi PPPM menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34. PPPM Cawangan Negeri Sembilan menerima Olave Baden Powell Award sebagai pengiktirafan projek khidmat masyarakat yang dilaksanakan di Negeri Sembilan. 17 - 22 Ogos: Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom 24 26 Okt: Bengkel Penyetaraan Lencana Kecekapan di Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, Bentong, Pahang. 7 Nov: Majlis Makan Amal dan Majlis Anugerah Sri Kandi, PPPM 2008. Di majlis yang sama, air mineral PPPM telah dilancarkan. Nov: Perjumpaan Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan PPPM bersama Puan June Cameron, Chairman, Asia Pasific Committee & World Board Member dan Cik Gillian Wilcox, Global Project Manager, Signature Programme Volunteerism di Shah Village Motel. 15 19 Dis: Persidangan Kejurulatihan dan Kursus Bakal Jurulatih telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting. 19 23 Nov: Lawatan 14 orang ahli Nara Council Girl Scouts of Japan ke PPPM. Mereka berpeluang untuk tinggal bersama keluarga angkat tempatan. 2009 Tahun 2009 adalah Tahun Warga Emas Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Golden Girls). 22 Feb: Hari Peringatan Sedunia 2009 yang bertemakan "Kita Boleh Mencegah AIDS, Malaria Dan Penyakit Lain Daripada Berleluasa" di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. 21 23 Mac: Kursus Training of Trainers HIV/AIDS anjuran PPPM dengan kerjasama Yayasan Pink Triangle di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur. Objektif: Meningkatkan kesedaran dan advokasi melalui `Peer-to-Peer education. 1 5 Jun: Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. 20 Jun: Majlis Perpisahan "Jasa Mu Di Kenang" YABhg Tun Jeanne Abdullah sebagai Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Wisma Pandu Puteri. 14 17 Jul: Lawatan Cik Gillian Wilcox dari WAGGGS dan Encik Eduerdo Martinez dari UPS, USA ke Wisma Pandu Puteri. 19 Jul: Lawatan 80 orang delegasi dari International Scouts And Guides Fellowship
7

(ISGF) ke Wisma Pandu Puteri. 25 Julai: Pertandingan Pengucapan Awam (Bahasa Inggeris) PPPM. Pertandingan diadakan julung kali untuk mengenalpasti dua orang wanita muda antara 18 25 tahun ke World Youth Forum di United Kingdom pada tahun 2010. Tema: Girls Worldwide Say, `Stop The Spread Of AIDS, Malaria and Other Diseases. 24 Okt: Sambutan Hari Warga Emas di Wisma Pandu Puteri 30 Okt 1 Nov: Kursus Peningkatan Keahlian 2009 7 Nov: Majlis yang bertemakan "Yang Di Pertua Bersama Ahli-Ahli Remaja PPPM" untuk meraikan YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Di majlis yang sama, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut melancarkan Logo SATU Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 4 6 Dis: Mesyuarat Dan Bengkel Pandu Puteri Tunas 2009 13 15 Dis: Girls Summit 2009 16 Dis: Lawatan Pandu Puteri Sekolah Menengah Seng Kang, Singapura ke Wisma Pandu Puteri. 2010 8 Jan 1 Mac: Projek menjahit tampal hias sempena sambutan Centenary WAGGGS. 28 Feb: Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2010 yang bertemakan 'Bersama kita membasmi kemiskinan dan kebuluran'. Yang Di Pertua PPPM YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Bte Mansor merasmikan serta menyampaian sumbangan bantuan PPPM selama setahun kepada tiga buah keluarga di Wisma Pandu Puteri. 27 Mac 28 Mac : Bengkel Penulisan Kreatif PPPM di Wisma Pandu Puteri. Fasilatator bengkel adalah Profesor Madya Dr Lim Swee Tin, K.M.N 10 April: Projek khidmat komuniti sempena pelancaran sambutan Centenary WAGGGS peringkat kebangsaan di Community AIDS Service Penang (CASP), Bukit Mertajam. 22 27 April: 10 orang pemimpin PPPM menyertai The Centenary Friendship Circle anjuran the Sri Lanka Girl Guides Association (SLGGA) di Nainamadama, Sri Lanka. 27 April - 1 Mei: International Ranger Leadership Challenge 2009 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan, 30 Mei: Seramai 200 orang PPPM menyertai sambutan Hari Susu Sedunia telah di
8

Pavilion, Kuala Lumpur. Jun: Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2009-2010 di Hotel Marriott, Putrajaya. Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kebangsaan menjadi tuan rumah. Tema: ' Pandu Puteri Prihatin Masyarakat'. Jun: Centenary Friendship Trail. Ahli-ahli pandu Puteri menjelajahi 10 buah negeri di Semenanjung Malaysia bersama menuju ke negeri Perlis. Di setiap negeri, mereka menanam 10 batang pokok. 23 28 Sept: 'WAGGGS -Asia Pacific Partnership Visit oleh dua orang Ahli Jawatankuasa Rantau Asia Pasifik, iaitu Puan Febe Marl Paat dan Puan Melanie Bennet. Menurut laporan yang mereka sediakan, WAGGGS sangat puashati dengan kedudukkan dan prestasi PPPM sebagai Ahli Organisasi WAGGGS-Asia Pacific. 21 Nov: Pengurniaan Anugerah Paduka Srikandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Penaung PPPM Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah . Penerima-penerima adalah Yang Dipertua PPPM, YAbhg Datin Seri Rosmah Mansor, mantan Yang Dipertua PPPM, Tun (Dr) Rahah Mohd Noah (1963-1976), Tun Suhailah Mohd Noah (1977-1980), Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (1981-2003) dan Tun Jeanne Abdullah (2007-2009) serta bekas Timbalan Yang Dipertua PPPM (1996-2010), Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. 15 19 Dis: "Centenary Brownie Challenge" di Kolej Pertama, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tema: "together we can end extreme poverty and hunger". Seramai 500 orang peserta dan pemimpin dari luar dan dalam negeri telah menyertai acara ini. 2011 22 26 Jan: 27 orang ahli PPPM menyertai the 7th National Girl Scout Camp di Chen Kong Lin Recruit Training Centre, Taichung County, Taiwan anjuran the Girl Scouts of Taiwan. 18 Mac: YABhg Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan Tabung Bencana Pandu Puteri-Maybank di Seri Perdana, Putrajaya untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan Tsunami yang berlaku di Jepun pada 11 Mac. 19 26 Mac: Empat orang pemimpin muda mewakili PPPM ke Young Womens World Forum 2011 yang diadakan serentak di empat Pusat Dunia (World Centres). Fokus acara adalah pada WAGGGS Global Action Theme, girls worldwide say together we can change our world which addresses the United Nations Millennium Development Goals (MDGs). 17 April: PPPM berjaya mengumpul sebanyak RM2,166,819.90 untuk Tabung Bencana Pandu Puteri-Maybank. Tabung tersebut juga berjaya mencatat rekod baru dalam
9

Malaysia Book Of Records. 28 31 Mei: Seminar Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2010/2011 di G-Hotel, Pulau Pinang. 11 - 15 Julai: Enam orang delegasi PPPM menghadiri Persidangan Dunia ke 34 di at Heriot-Watt University campus, Edinburgh. PPPM Cawangan Pahang menerima dua Sijil Pengiktirafan Anugerah Olave (Olvae Award Certificate of Recognition) di persidangan tersebut untuk dua projek. Kedua-dua penerima adalah Fazilah Binti Muda and Daerah Kuala Lipis. 29 Nov - 2 Dis : PPPM menjadi tuan rumah untuk `The Joint Asia Pacific-Arab Regional Training of Trainers Workshop di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam.

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru Dalam usia 94 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, sama ada secara langsung atau pun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-aktiviti tempatan dan antarabangsa.

10

You might also like