You are on page 1of 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

sains perpustakaan

SAINS PERPUSTAKAAN
Perpustakaan menyediakan pelbagai sumber dan khazanah ilmu yang penting. Di bidang pendidikan misalnya fungsi perpustakaan amat penting dan peranannya lebih besar iaitu sebagai tempat membuat rujukan bahkan juga sebagai tempat dan mengulang kaji pelajaran. Di peringkat sekolah lagi, pelajar telah didedahkan dengan kepentingan perpustakaan. Di universiti/IPT misalnya, perpustakaan adalah menjadi kemestian. Tanpa perpustakaan proses pembelajaran di institusi berkenaan tidak lengkap. Kemudahan perpustakaan tidak sekadar di peringkat pengajian tinggi, malah dalam usaha menggalakkan masyarakat mencari ilmu dan bermaklumat, kerajaan turut menyediakan kemudahan perpustakaan baik di peringkat negeni mahupun nasional. Di perpustakaan, sumber manusia yang memainkan serta peranan penting ialah pegawai perpustakaan atau lebih di kenali sebagai pustakawan. Merekalah yang merancang serta mengatur program pencarian maklumat untuk memudahkan penggunanya mencari buku atau bahan bacaan yang diperlukan. Penyusunan katalog mengikut judul buku, nama pengarang dan subjek misalnya memudahkan para pelajar atau pengguna mengesan bahan itu dengan mudah. Penggunaan teknologi maklumat seperti CD-ROM memudahkan lagi penggunanya mencari bahan dengan lebih mudah dan cepat. Sebagai seorang pustakawan, mereka harus peka dengan kemunculan penerbitanpenerbitan terbaru sama ada di dalam atau luar negara. Mereka juga harus tahu bagaimana untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut terutama para pengedarnya. Selain itu, pustakawan juga sentiasa bersedia membantu atau memberi khidmat nasihat kepada pembaca tentang perkhidmatan perpustakaan, sistem yang tersedia dan kaedah pencarian bahan-bahan bacaan. Pendek kata, pustakawan akan bertindak sebagai guru untuk memberi tunjuk ajar kepada pengguna mencari dan mengesan ilmu daripada sumber yang terdapat di dalam perpustakaan. Kursus sains perpustakaan atau sains maklumat bertujuan menyediakan lulusan di bidang ini dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perkhidmatan maklumat. Kemahiran menggunakan teknologi perkakasan dan perisian yang berkaitan amat penting kerana khazanah maklumat terkini perlu disimpan secara elektronik dan automatik supaya mudah disebarkan secara lebih berkesan kepada masyarakat. Peluang kerjaya di bidang ini banyak terdapat di institusi pendidikan seperti universiti/IPT kerajaan atau swasta, maktab-maktab, perpustakaan awam dan agensiagensi kerajaan, di samping menjadi pensyarah sains perpustakaan dan maklumat. Kerjaya ini menawarkan pendapatan lumayan dengan gaji permulaan sekitar RM1,600 berdasarkan kelayakan akademik. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (v) Meminati bidang ini Peramah dengan pelanggan Tidak jemu melayani pelanggan Mengetahui perkembangan dunia penerbitan Mempunyai pengetahuan di bidang komputer

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 1/2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

sains perpustakaan

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki Diploma atau Diploma Lanjutan Sains Perpustakaan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau Ijazah Saijana Muda Dengan Kepujian (Perpustakaan atau Sains Maklumat) dan universiti tempatan atau luar negara. Pemegang Ijazah Sarjana Muda di bidang lain yang berminat menjadi pustakawan perlu mengambil Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan dan Maklumat dan universiti/IPT tempatan dan luar negara. Urnversiti/IPT tempatan yang menawarkan kursus sarjana sains perpustakaan ialah UiTM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN UiTM menamakan kursus di peringkat matrikulasi selama satu setengah tahun. Beberapa universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) ada menawarkan kursus sains maklumat di peringkat sarjana muda. Universiti-universiti luar negara seperti di Britain dan Amerika Syarikat juga ada menawarkan kursus ini. SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUT KAN PENGAJIAN (i) Peringkat ijazah sarjana muda Terdapat dua cara iaitu melalui program matrikulasi atau STPM. Melalui matrikulasi, pelajar harus memohon dengan menggunakan keputusan SPM ke universiti-universiti yang menawarkan kursus sains maklumat. Bagi calon yang mempunyai kelayakan STPM, mereka perlu mendapat prinsipal yang baik sama ada bidang sains atau sains Sosial. Program di peningkat sarjana muda ini mengambil masa tiga tahun termasuk kursus amali di perpustakaan-perpustakaan yang ditentukan. (ii) Peringkat matrikulasi Calon perlu lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangniya lima kepujian termasuk bahasa Inggeris. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai keputusan cemerlang dan memperoleh kepujian mata pelajaran bahasa Inggenis 1119.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2/2

You might also like