You are on page 1of 2

1.1.

1 Perkembangan Pendidikan dari tahun 1957 hingga 1970 o Sejak merdeka iaitu tahun 1957 sehingga tahun 1960, struktur sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia adalah mengikut rangka dasar Laporan Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran 1957. o Di Sabah dan Sarawak, sistem pendidikan mengikut struktur dalam rangka dasar Laporan Woodhead (1955). o Selepas tahun 1963, sistem pendidikan Sabah dan Sarawak mengikut orientasi corak pendidikan kebangsaan. o Selepas Laporan Rahman Talib (1960) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan, berlaku reformasi dalam struktur persekolahan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. o Antara reformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan ialah: Pendidikan percuma bagi semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan. Had umur berhenti sekolah berubah dari 12 tahun (darjah enam) kepada umur 15 tahun (tingkatan tiga) Pendidikan perdagangan, vokasional, teknik dan sekolah Lanjutan Kampung ditingkatkan. Pendidikan Agama Islam dikembangkan mengikut perkara Seksyen 49, Ordinan Pelajaran 1957. Pendidikan Moral diberi penekanan.

o Kemasukan Sabah dan Sarawak sebagai Malaysia pada tahun 1963 dan pengenalan pendidikan percuma telah meningkatkan bilangan murid sekolah rendah. o Beberapa buah Pusat Latihan Harian dan maktab-maktab baru seperti Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor, Maktab Perguruan Gaya, Sabah dan Maktab Perguruan Rajang, Sarawak ditubuhkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru. o Antara kesan penguatkuasaan Akta Pelajaran 1961 ialah: Pembentukan Sekolah Menengah bercorak Kebangsaan dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan 1964 Bantuan sekolah menengah Cina dihentikan. o Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan telah memperkukuhkan lagi kedudukan Bahasa Malaysia dalam kurikulum sekolah. o Bahasa Malaysia menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Lower Certificate Education (LCE).

o Pada tahun ini juga, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Pusat Kurikulum untuk merancang perkembangan dan menyelaraskan kurikulum sekolah. o Usaha pihak kerajaan bagi memajukan sistem pendidikan negara dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). o Antara objektif-objektifnya ialah: Memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsan bagi menggalakkan perpaduan melalui bidang sosial, kebudayaan dan politik. Mengadakan kemudahan pendidikan, khususnya bagi pendidikan peringkat menengah. Memperbaiki taraf pendidikan dan memperluas peluang pendidikan dengan cara yang lebih menyeluruh. Memperluas kemudahan pendidikan dan latihan bagi bidang-bidang penting seperti bidang pertanian, perindustrian dan teknologi. Memajukan pendidikan dan latihan guru bagi mempercepatkan pengeluaran guruguru terlatih yang mencukupi. o Pada tahun 1964, bahagian Pendidikan Teknik Kementerian Pendidikan telah dibentuk untuk merancang dan melaksanakan program pendidikan teknik dan vokasional. o Kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan menyebabkan pertambahan bilangan sekolah rendah dan menengah serta pertambahan bilangan murid yang bersekolah. o Program-program latihan guru telah diadakan dengan intensif bagi menampung permintaan tenaga pengajar di sekolah-sekolah. o Pada tahun 1969, sebuah Jawatankuasa Kecil bagi Jawatankuasa Mengkaji Latihan Perguruan telah ditubuhkan.

You might also like