You are on page 1of 7

Pengautomasian Penilaian Aktiviti Kokurikulum

Sistem terdiri daripada 2 program: 1. Program Induk yang dinama WinKokuInduk41 2. Program Unit Bidang Koku yang dinama WinKoku41 WinKokuInduk41 boleh dilarikan dalam rangkaian computer di mana data koku disimpan di dalam server dan ia dikongsi. Dalam keadaan ini, semua guru penasihat boleh melarikan program di mana-mana computer dalam rangkaian dan mengakses kepada data koku di dalam server. Prosedur ini akan mencepatkan kemasukan markah penilaian aktiviti kokurikulum kerana semua guru boleh mengakses kepada fail Koku serentak. Sekiranya sekolah tidak ada rangkaian computer, program koku ini masih boleh digunakan dengan mudah dengan mengedarkan program WinKoku41 kepada semua guru penasihat. Program induk akan import data murid dari SMM versi 4 dan kemudian mengeksportkan fail unit bidang koku secara berasingan. Fail unit bidang koku berkenaan kemudian boleh diedar kepada semua guru penasihat fail keahlian unit bidang masing-masing. Program WinKoku41 akan digunakan untuk mengendalikan fail unit bidang koku di mana fail data unit bidang boleh disimpan di dalam thumb-drive. Guru penasihat boleh uruskan keahlian masing-masing di mana-mana PC yang dipasang dengan program WinKoku41. Markah penilaian aktiviti koku boleh diisi tanpa gangguan. Program induk kemudian boleh kemaskinikan markah koku dari fail unit bidang koku guru-guru penasihat. Berikut adalah keterangan bagaimana kedua-dua program Induk dan unit bidang koku dikendalikan bersama. Data murid yang diimport dari SMM ke dalam program induk boleh dieksport kepada fail unit bidang koku untuk dikendalikan oleh guru penasihat. Dari menu Fail, pilih Eksport data ke Unit Koku. 3 kategori disediakan, iaitu Badan Beruniform, Persatuan dan Permainan. Fail unit bidang boleh dieksport ke thumbdrive di dalam folder tertentu. Kemudian program WinKoku41 boleh digunakan untuk mengurus data koku oleh guru penasihat.

Dalam thumbdrive disediakan folder UnitKoku. Di dalam folder terdapat fail-fail system yang diambil dari folder DATA program WinKoku41. Folder ini belum ada fail Unit Bidang Koku. Kandungan folder UnitKoku yang akan terima fail Unit Bidang dari program Induk.

Dalam contoh ini, kita akan eksport Unit Bidang Pengakap.

Dalam senarai nama badan beruniform di dalam kotak combo, pilih Pengakap. Klik pada butang di sebelah kanan medan Target Drive.

Klik butang

Cari folder yang akan menjadi target untuk menyimpan fail unit bidang yang dieksport.

Pilih Thumbdrive Dalam computer saya, thumbdrive ialah drive j. Pilih folder UnitKoku dan kemudian klik pada butang Select.

Ini adalah Thumbdrive saya di Drive J

Dalam skrin di atas, medan Badan Beruniform menunjukkan PENGKAP. Medan Target Drive menunjukkan J:\UNITKOKU (ini adalah target Eksport). Ini bermakna fail unit bidang Pengakap akan dieksport ke dalam folder UnitKoku di dalam thumbdrive J. Fail unit bidang diberi nama mengikut Kod yang diberi kepada Pengakap dalam SMM. Fail ini adalah BU_A01. BU_ mewakili kategori Badan Beruniform. A01 mewakili kod Pengakap. Fail ini terdapat di Fail Unit Bidang Pengakap BU_A01.DBF di dalam Thumbdrive J

Guru Penasihat Pengakap sekarang boleh menguruskan fail keahlian Pengakap dengan menggunakan program WinKoku41. Markah aktiviti koku pengkap boleh diberi kepada ahli-ahlinya. Mengakses fail BU_A01 dengan program WinKoku41 Larikan program WinKoku41. Tekan kunci F2 untuk mencari drive J dan folder UnitKoku di dalam thumbdrive J.

Hanya satu fail BU_A01.DBF dipapar dalam tetingkap. Klik butang Ok

Klik butang Edit untuk memasuk markah penilaian aktiviti koku. Guru penasihat boleh uruskan fail ini di mana-mana PC yang ada samada di sekolah atau di rumah jika PC di rumah telah dipasang dengan program WinKoku41. Semua data

Update markah Pengakap dari Thumbdrive ke dalam fail induk di PC

Klik butang

Pilih fail Pengakap BU_A01.DBF

Klik butang

Update

Apabila butang Update diklik, system pindah markah dari fail Unit Bidang BU_A01.DBF ke dalam fail data Induk KOKU2010.DBF di bahagian Badan Beruniform. Process yang sama boleh dilakukan untuk Persatuan dan Permainan. Proses update boleh dilakukan dari masa ke masa. Markah juga boleh diisi melalui program induk bagi Unit bidang yang tidak dieksport.

Dalam Entri Koku, apabila Pengakap dipilih, markah yang diimport akan dipapar seperti ia dimasuk melalui program Induk.

You might also like