You are on page 1of 12

INDEKS MODUL 6 - PONTENG Aktiviti 6.1 Pengenalan Situasi Ponteng 6.1.1 Anugerah Bintang 6.1.

1.2 - Cepat & Pantas Aktiviti 6.2 Faktor Ponteng 6.2.1 - Virus! Virus! Virus! 6.2.2 - Ku Renungkan Kembali Aktiviti 6.3 Kesan Ponteng 6.3.1 - My Checklist 6.3.2 - Tak Nak Ponteng Aktiviti 6.4 Kaedah Penyelesaian Ponteng 6.4.1 - Dont Try This At Hostel 6.4.2 - Fikir Dulu Sebelum Lampiran 6.1.1 Lampiran 6.2.1 Lampiran 6.2.2 Lampiran 6.3.1 Borang Anugerah Bintang Kad Faktor Borang Ku Renungkan Kembali Borang My Checklist

Lampiran 6.4.2(a) Gambar Penyelesaian Ponteng Lampiran 6.4.2(b) Borang Pelan Penyelesaian Ponteng

Disediakan Oleh : Mohd Sabri Bin Taib Abdul Aziz Bin Abdul Raman Siti Aminah Binti Ramli Noraini Binti Nasir Noor Yazmira Binti Ismail Norhaniza Binti Misran SMK Permatang Tok Jaya Penang Free School SMK Telok Kumbar SMK Telok Kumbar SMK Teluk Bahang SMK Teluk Bahang

Aktiviti 6.1 Pengenalan Situasi Ponteng Aktiviti 6.1.1 Nama Aktiviti Objektif : : Anugerah Bintang

1. Mengetahui tahap pencapaian kehidupan diri di asrama. 2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai murid.

Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan

: : :

40 minit Tingkatan 1 hingga 5 Borang Anugerah Bintang (Lampiran 6.1.1) 1. Fasilitator mengedarkan Borang Anugerah Bintang kepada setiap murid. 2. Murid diminta menilai dan memberi jumlah bintang kepada setiap rutin harian secara ikhlas dan jujur serta menetapkan kriteria-kriteria yang menyebabkan murid layak mendapat jumlah bintang tersebut. Contoh kriteria; menepati masa, datang awal, fokus belajar dan sebagainya. 3. Murid akan membaca dengan kuat jumlah bintang yang diperoleh berdasarkan kriteria masing-masing agar mereka jelas dengan tahap pencapaian mereka di asrama. 4. Fasilitator membuat penilaian dan huraian tentang tahap kawalan diri murid dalam melaksanakan tanggungjawab di asrama.

Kaedah Pelaksanaan :

Rumusan/Falsafah

1. Setiap individu mempunyai tahap kawalan diri yang berbeza. 2. Penilaian terhadap diri sendiri sangat perlu untuk menentukan gaya hidup yang cemerlang.

Aktiviti 6.1.2 Nama Aktiviti Objektif : : Cepat & Pantas

1. Mengeratkan silaturrahim dan saling bekerjasama. 2. Memahami maksud istilah ponteng. 3. Merangsang kemahiran berfikir dengan pantas

Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan

: : :

40 minit Tingkatan 1 hingga 5 Kad Huruf (P,O,N,T,E,N,G), Gam dan Kad Manila 1. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan bahan/alatan yang telah disediakan. 2. Setiap kumpulan diminta mencipta satu perkataan/istilah tentang isu disiplin yang boleh berlaku dalam kalangan murid menggunakan kad huruf yang disediakan. 3. Selepas berjaya menghasilkan perkataan PONTENG, murid dikehendaki menampal kad huruf perkataan ponteng tersebut di atas kad manila. 4. Murid diminta mencipta ayat-ayat yang negatif menggunakan setiap huruf daripada perkataan PONTENG tersebut dan menulisnya di atas manila kad. 5. Fasilitator akan membuat huraian dan penerangan tentang maksud ponteng dan contoh-contoh ponteng.

Kaedah Pelaksanaan :

Rumusan/Falsafah

1. Merangsang daya pemikiran yang pantas untuk berfikir. 2. Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.

Aktiviti 6.2 Faktor Ponteng Aktiviti 6.2.1 Nama Aktiviti Objektif Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan : : : : : Virus! Virus! Virus! 1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang faktor-faktor berlakunya gejala ponteng. 60 minit Tingkatan 1 hingga 5 Kad Faktor (Lampiran 6.2.1) 1. Fasilitator membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan dan memberikan Kad Faktor kepada setiap kumpulan. 2. Fasilitator mengarahkan setiap ahli kumpulan supaya berbincang dan melakonkan role-play bebas berdasarkan pengalaman/idea masing-masing bagi menggambarkan faktor yang diberikan. 3. Fasilitator meminta beberapa orang murid untuk memberikan pendapat dan rumusan tentang faktor dan aktiviti yang dipilih. 4. Fasilitator membuat rumusan secara keseluruhan bagi aktiviti yang dijalankan. Rumusan/Falsafah : 1. Murid mendapat gambaran tentang faktor sebenar yang menyebabkan masalah ponteng. 2. Murid sedar akan masalah ini dan memainkan peranan serius untuk mengatasinya.

Kaedah Pelaksanaan :

Aktiviti 6.2.2 Nama Aktiviti Objektif Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan : : : : : Ku Renungkan Kembali 1. Memberikan kesedran kepada murid tentang faktor-faktor berlakunya gejala ponteng. 45 Minit Tingkatan 1 hingga 5 (Lampiran 6.2.2) Borang Ku Renungkan Kembali & pen/pensil 1. Fasilitator mengedarkan Borang Ku Renungkan Kembali kepada setiap murid. 2. Fasilitator meminta murid untuk mengisi kotak-kotak kosong yang terdapat dalam Borang Ku Renungkan Kembali bagi melengkapkan setiap kesan ponteng yang diberikan. 3. Murid akan mengisi Borang Renungan Kembali mengikut idea dan kreativiti masing-masing. 4. Fasilitator meminta murid menghuraikan rumusan hasil daripada pengisian Borang Ku Renungkan Kembali. 5. Fasilitator akan membuat huraian dan rumusan daripada aktiviti yang dijalankan terutamanya berkaitan faktor-faktor berlakunya gejala ponteng. Rumusan/Falsafah : 1. Setiap murid akan sedar tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ponteng. 2. Setiap murid faham akan punca sebenar dan memainkan peranan dalam mengatasinya.

Kaedah Pelaksanaan :

Aktiviti 6.3 Kesan Ponteng Aktiviti 6.3.1 Nama Aktiviti Objektif Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan : : : : : My Checklist Memberi kesedaran kepada murid tentang kesan ponteng. 40 minit Tingkatan 1 hingga 6 Borang My Checklist (Lampiran 6.3.1) dan pensel/pen 1. Fasilitator meminta murid-murid untuk membayangkan bahawa diri mereka adalah murid yang suka ponteng. 2. Fasilitator mengedarkan borang My Checklist kepada muridmurid dan meminta mereka mengisi borang tersebut. 3. Setiap murid dikehendaki membentangkan borang My Checklist masing-masing. 4. Fasilitator membincangkan kesan ponteng bersama murid. 5. Bagi item yang terakhir iaitu item Apa akan jadi kepada diri saya akhirnya??? Fasilitator perlu memastikan murid menanda semua item. 6. Jika salah satu item tidak ditanda, fasilitator perlu merasional kembali murid tersebut. Rumusan/Falsafah : 1. Murid mendapat gambaran menyeluruh tentang kesan-kesan ponteng terhadap diri sendiri . 2. Murid sedar kesan ponteng yang akan berlaku terhadap diri.

Kaedah Pelaksanaan :

Aktiviti 6.3.2 Nama Aktiviti Objektif Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan : : : : : Tak Nak Ponteng Memberi kesedaran dan membuka minda murid tentang kesan ponteng kepada diri sendiri. 1 jam 40 minit Tingkatan 1 hingga 6 Kertas mahjong, gam, gunting dan naskah surat khabar 1. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas mahjong, gam, gunting dan senaskah surat khabar kepada setiap kumpulan. 2. Fasilitator mengarahkan supaya setiap kumpulan membahagikan kertas mahjong kepada dua bahagian. Satu bahagian bertajuk, Jika Saya Ponteng dan satu bahagian lagi bertajuk, Jika Saya Tidak Ponteng. 3. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kesan-kesan bagi setiap bahagian dengan cara menggunting dan menampal samada gambar atau atau perkataan daripada surat khabar yang dibekalkan. 4.Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. 5. Fasilitator meminta beberapa orang murid untuk memberikan pendapat atau rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan. 6. Fasilitator membuat rumusan secara menyeluruh bagi aktiviti yang dijalankan. Rumusan/Falsafah : 1. Supaya murid mendapat gambaran tentang kesan-kesan ponteng. 2. Melatih murid supaya kreatif dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Kaedah Pelaksanaan :

Aktiviti 6.4 Kaedah Penyelesaian Ponteng Aktiviti 6.4.1 Nama Aktiviti Objektif : Dont Try This At The Hostel 1. Memberi kesedaran bahawa gejala ponteng jika dilakukan di asrama secara tersembunyi atau terang-terangan akan memberi kesan pada diri sendiri secara langsung atau tidak. 2. Murid-murid mempunyai kesedaran dalaman untuk melakukan perkara yang baik bukannyamengamalkan perlakuan negatif (ponteng). Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan : : : 60 minit Tingkatan 1 hingga 6 Gula-gula 1. Fasilitator mengarahkan semua murid berbaris, setiap barisan mengandungi 10 orang. 2. Murid yang dibarisan hadapan dikehendaki mendapatkan gulagula untuk setiap ahli kumpulan sebiji setiap seorang. 3. Fasilitator memberi arahan agar murid-murid pergi ke suatu tempat yang tiada boleh sesiapa nampak seterusnya makan gula-gula yang diberikan. Tempoh masa yang diberikan selama 5 minit sahaja. 4. Semua murid dipanggil dan dikehendaki duduk dalam kumpulan besar. 5. Fasilitator akan memberi peluang kepada murid-murid menjelaskan apakah yang telah dilakukan. 6. Kebanyakan murid akan menceritakan tempat mereka bersembunyi dan memakan gula-gula tersebut. 7. Fasilitator akan menerangkan bahawa sebenarnya murid tidak akan dapat makan gula-gula itu kerana tiada tempat di dunia ini yang tidak dilihat oleh Allah.

Kaedah Pelaksanaan :

Rumusan/Falsafah

1. Murid-murid perlu faham bahawa ponteng adalah perkara yang dilarang, maka mereka tidak sepatutnya ponteng kerana Allah akan melihat perbuatan mereka yang salah dan mungkin juga berdosa. 2. Tiada tempat sebenarnya untuk bersembunyi.

Aktiviti 6.4.2 Nama Aktiviti Objektif : : Fikir Dulu Sebelum... 1. Murid akan memikirkan tindakan yang betul sebelum mengambil tindakan ponteng asrama. 2. Murid mempunyai kesedaran dalaman untuk melakukan perkara yang baik bukannya mengamalkan perlakuan negatif (ponteng). Tempoh Masa Kumpulan Sasaran Bahan/Alatan : : : 90 minit Tingkatan 1 hingga 6 Gambar animasi, peralatan audio visual dan komputer. 1. Fasilitator mengarahkan semua murid membentuk 5 kumpulan. 2. Fasilitator menayangkan video bertajuk Pelajar Ponteng, sila rujuk link di bawah; http://www.youtube.com/watch?v=tV5GPgRXL28&feature=related Fasilitator menayangkan video bertajuk Akibat Ponteng Sekolah dan Mencuri, sila rujuk link di bawah; http://www.youtube.com/watch?v=VXKwch6uUKM 3. Fasilitator perlu membuat salinan gambar seperti dalam Lampiran 6.4.2(a) Gambar 1 hingga 5 dan mengedarkan gambar yang berbezauntuk setiap kumpulan. 4. Murid perlu berbincang apa yang difahami tentang gambar tersebut dan membentangkannya kepada kumpulan lain. 5. Fasilitator perlu membuat penambahan fakta atau maklumat kepada setiap penerangan yang dibuat oleh kumpulan. 6. Fasilitator mengedarkan Borang Pelan Penyelesaian Ponteng seperti Lampiran 6.4.2(b) 7. Murid diminta menulis situasi atau peristiwa yang boleh menjurus ke arah berlakunya ponteng di asrama. 8. Fasilitator akan berbincang bersama murid tentang tindakan yang salah dan tindakan yang betul bagi menangani peristiwa atau situasi tersebut.

Kaedah perlaksanaan :

9. Fasilitator menayangkan video animasi, bertajuk Sepandaipandai Tupai Melompat, sila rujuk link di bawah; http://www.youtube.com/watch?v=IVzbDW-fnzc 11. Fasilitator menegaskan bahawa tindakan yang salah akhirnya akan mendapat balasan sama ada cepat atau lambat. Rumusan/Falsafah : 1. Perlu mengambil tindakan yang betul dan wajar jika berhadapan dengan situasi yang tertekan. 2. Tindakan perlu berlandaskan kepada akal dan iman bukannya emosi dan nafsu.

You might also like