You are on page 1of 3

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN Bahagian Kepala

Pergerakan hyperextension o Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible o Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz o Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar ) o Tulang yang terlibat ialah skull/cranium

Pergerakan flexsion o Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas o Pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz o Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar) o Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium

Pergerakan rotation o Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla o Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot sternocleidomastoid dan otot masseter o Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar ) o Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible Pergerakan circumduction o Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi o Melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid

Bahagian Tangan Dan Bahu Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah o Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion o Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloid o Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus

Pergerakan lengan ke arah dada o Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada o Sendi yang terlibat ialah sendi lesung o Pergerakan ini melibatkan otot deltoid

Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium

o Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna o Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur o Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung Dua tangan diregangkan ke atas o Pergerakan ini dilakukan dengan meregangkan kedua-dua belah tangan ke atas dan kaki melakukan aktiviti seperti palantar fleksi o Sendi yang terlibat adlah sendi di bahagian bahu dan ankle iaitu sendi synovial o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang humerus, radius, ulna, rib, scapula dan tulang di bahagian tarsus o Pergerakan ini melibatkan otot trapiziuz, latisimus dorsi, dan serratus enterior Bahagian Pinggang

Pergerakan flexion o Membengkokkan pinggang ke hadapan ( pergerakan flexsion ) o Melibatkan otot rektus ebdominis o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang vertebra

Pergerakan hyperextension o Pergerakan ini melibatkan otot rektus abdominis manakala tulang yang terlibat ialah tulang vertebra dan rib Pergerakan ke kiri dan ke kanan o Melibatkan otot latisimus dorsi dan serratus enterior o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang rib,scapula Bahagian Kaki Otot kuadrisep (bahagian depan paha) - Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung. Tukar kaki dan ulang. Jika anda sukar mengseimbangkan badan, regangan ini boleh dilakukan sambil berbaring pada bahagian sisi. Otot hamstring (belakang paha/pelipat lutut) Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V). Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki bersebelahan. Bengkokkan badan dan cuba sentuh ibu jari kaki yang diluruskan. Tukar kaki dan ulang. Jangan bimbang jika tidak dapat menyentuh ibu jari kaki; bengkokkan badan sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak berasa sakit ketika melakukannya. Otot betis Berdiri kira-kira 0.75 meter (2 kaki) di hadapan dinding. Alihkan sebelah kaki ke belakang dan bawa badan rapat ke dinding hingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang betis. Regangan ini perlu dilakukan dengan kaki yang di belakang berada dalam keadaan lurus dan

kemudiannya, dibengkokkan. Tukar kaki dan ulang.

Pergerakan plantar fleksi o Pergerakan ini melibatkan tulang di bahagian kaki dan menggunakan sendi melunsur iaitu di bahagian tarsus Pergerakan dorsi fleksi o pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan plantar fleksi o bahagian tulang dan sendi yang terlibat adalah sama dengan pergerakan plantar fleksi Pergerakan Inversi o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang pada bahagian kaki termasuk tarsus, metatarsus dan phalanges o Pergerakan ini melibatkan sendi di bahagian ankle Pergerakan eversi o Pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan inverse o Tulang dan sendi yang terlibat adalah sama denga pergerakan invrsi

You might also like