You are on page 1of 3

Ayam paprik Assalamualaikum. Hari nie buat menu nasi putih, ayam paprik dan telur dadar..

semalam dah makan sedap so harini buat lauk simple je..hehehe baget...baget...barang skrg dah mahal.. feedback nasi ayam semalam dapat greed A..senyum en.abg..saya pun dah tentu berpuas hati bila orang puas hati, hati ku girang sebab perut pelanggan kenyang hati dorang punsenang..Alhamdulillah la harini kuantiti bertamabah..harap2 hari ni mereka tetap berpuas hati walaupun lauk simple..

kali ni persembahan bukan dari dalam polistrin..sebab ape? nanti akan di ketahui..inilah rupa ayam paprik saya..saya ikut suka je berdasarkan stok yang ada, tapi walaubagaimana pun rasanya tak lari dari rase ayam paprik. nak ikutkan saya rujuk kat buku resepi chef hanieliza, tapi banyak pula sos yang dah kehabisan stok semalam..nak g kedai tak sempat, so guna je lah mana yang ada..tak pe next n3 saya taip resepi asal chef Hanieliza lagi pula, chef buat see food paprik..nanti kalau saya buat see food paprik kita tengok plak resepi yang chef tunjuk.. ok jom kita tengok macam mana saya buat paprik ni..senang je..ramai yang dah tau buat..kan kan..tapi saje lah nak syer resepi, mana tau adik2 nak mencuba memasak..try masakan yang mudah dulu kan..k jom..

Ayam Paprik bahan-bahannya : ) 600 grm ayam (potong dadu, besar2 sikit) 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 10 biji cili api 2 sb cili boh 2 sb pes tom yam 2sb sos tiram garam secukup rasa gula secukup rasa 2 batang serai 4 helai daun limau purut (letak lebih pun boleh) sekeping asam keping sedikit minyak air sayuran ikut suke nak banyak mana. lobak merah kobis bunga baby jagung kacang buncis bawang besar

Cara-caranya. tumbuk bawang merah dan putih dan tumis hingga kekuningan bersama cili padi, halia dan serai yang telah diketuk. masukkan cili boh, sos tiram, pes tomato serta gula, tumis hingga cili boh masak masukkan ayam gaul rata dan masukkan air, tunggu ayam masak apabila sudah mengelegak masukkan daun limau purut dan asam keping, kemudian boleh masukkan lobak merah, baby jagung, bila dah empuk masukkan sayuran yang lain. perasakan garam dan ajinomoto jika suka. sekiranya anda inginkan kuah yang sedikit hitam boleh masukkan sedikit kicap pekat. bila sayur sudah empuk dan layu boleh la dianggkat dan di hidangkan dengan nasi putih.

You might also like