You are on page 1of 2

Penyata Razak 1956 Oleh Lee Pada hari ini dalam tahun 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan

Tanah Melayu telah sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh YB Dato Abdul Razak bin Dato Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji dan menilai sistem pelajaran yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak. Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan, iaitu setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran dan mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Objektif Penyata Razak adalah untuk melahirkan sekolah-sekolah yang bercorak Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama tanpa merosakkan kebudayaan dan bahasa-bahasa lain. Ini merupakan usaha awal kerajaan bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membentuk identiti kebangsaan menjelang kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1957.

Penyata Razak 1956 ialah laporan oleh satu jawatankuasa bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, YB Dato' Abdul Razak Hussein.

Tugas jawatankuasa ini adalah untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Antara cadangan penting termasuklah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Penyata Razak mengemukakan 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Antara cadangan itu termasuklah:

1. 2. 3. 4. 5.

Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

6. 7. 8.

Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Guru-guru sekolah rendah dan menengah hendaklah berkelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah ialah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan prauniversiti.

9.

Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Laporan ini disusuli oleh Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

You might also like