You are on page 1of 3

Minat dan Kebolehan/Kemahiran Ramai mempunyai kebolehan di dalam bidang yang diminati.

Contohnya, kemahiran Dato Lee Chong Wei bermain badminton bergantung keatas minat beliau yang mendalam. Untuk mencari kerjaya yang diidamkan, fikirkan tentang matapelajaran dan aktiviti-aktiviti luar sekolah yang anda suka dan memberikan anda kepuasan. 1. Mata pelajaran yang paling saya minati di sekolah ialah: a. ______________________________ b. ______________________________ c. ______________________________ 2. Antara aktiviti yang saya minati di luar sekolah ialah: a. ______________________________ b. ______________________________ c. ______________________________ 3. Saya telah mencapai markah terbaik di dalam mata pelajaran tersebut: a. ______________________________ b. ______________________________ c. ______________________________ 4. Jika saya diberikan anugerah untuk sesuatu bakat, ianya adalah untuk ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ 5. Guru, rakan-rakan dan keluarga pernah memuji saya tentang kebolehan saya seperti: a. ______________________________ b. ______________________________ c. ______________________________ 6. Saya berbangga dengan diri saya apabila saya ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________

7. Berdasarkan kepada jawapan-jawapan yang diberikan di atas, senaraikan beberapa pekerjaan yang pada pendapat anda selari dengan minat dan kebolehan anda: a. ______________________________ b. ______________________________ c. ______________________________ d. ______________________________ e. ______________________________

Bidang Kerjaya Yang Diminati Apakah kerjaya yang anda minati? Setiap orang tergolong daripada salah satu atau dua daripada enam kumpulan kerjaya di bawah berdasarkan kepada minat dan kebolehan. Anda tergolong di dalam kumpulan mana? Pilih satu atau dua kumpulan yang sesuai dengan anda. Realistik Anda suka menggunakan alat-alat elektrikal dan elektronik,mesin atau jentera, ataupun kerja yang melibatkan interaksi dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Anda mengutamakan perkara-perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar, disentuh dan digunakan. Anda melihat diri anda sebagai seorang yang praktikal, mekanikal, realistik, rendah diri dan jujur. Anda mungkin tidak suka aktiviti-aktiviti yang melibatkan interaksi dengan orang lain. Penyiasatan Anda mempunyai semangat minat belajar yang tinggi. Anda suka menyelesaikan masalah-masalah sains dan matematik. Anda meletakkan nilai tinggi kepada sains. Anda melihat diri anda sebagai seorang yang bebas, tepat, ingin tahu, saintifik dan minat berfikir. Anda mungkin tidak suka pekerjaan yang memaksa anda untuk memimpin rakan sekerja. Kesenian Anda suka aktiviti-aktiviti kreatif di dalam bidang kesenian seperti drama, muzik, tarian, rekaan, lukisan dan sebagainya. Anda meletakkan nilai tinggi kepada kesenian kreatif seperti drama, muzik, seni dan sastera. Anda melihat diri sebagai seorang yang beremosi, asli, bebas dan terbuka. Anda mungkin tidak suka pekerjaan yang berulang-ulang. Kemasyarakatan Anda suka membantu mereka yang memerlukan. Anda suka mengajar, merawat dan menolongan golongan miskin dan kurang upaya. Anda melihat diri sebagai seorang yang suka menolong, peramah, murah hati dan boleh dipercayai. Anda mungkin tidak suka menggunakan mesin dan alat-alat mekanikal. Keusahawanan Anda suka memimpin orang lain dan memujuk mereka membeli sesuatu. Anda suka membuat orang lain setuju dengan pendapat anda. Anda meletakkan nilai tinggi kepada kepimpinan dan keusahawanan. Anda melihat diri sebagai seorang yang bertenaga, bercita-cita tinggi, popular dan suka bergaul. Anda mungkin tidak suka aktiviti yang memerlukan daya pemikiran dan pendengaran yang tinggi.

You might also like