You are on page 1of 1

Fatwa Terhadap Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-34 yang bersidang pada 31 Mar 1994 telah membincangkan Fatwa Terhadap Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam enekmen pentadbiran agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membenteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah syariah. 2. Kumpulan Al-Arqam diminta bertaubat dan perlu dinasihati oleh raja-raja dan sultan sebelum diambil tindakan pemulauan.

You might also like