You are on page 1of 1

Laporan Majlis BBQ Siswi

Tarikh:18 Julai 2009 Hari:Sabtu Masa:8.00pm-11.00pm Tempat:Gelanggang Badminton Siswi Anjuran:Sekretariat Hal Ehwal Wanita 1. Majlis yang dianjurkan pada malam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada setiap pihak yang terbabit serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibunda tercinta iaitu Puan Wangi, isteri kepada ayahanda pengetua Prof. Madya Dr.Kadderi Md. Desa. 2. Melibatkan felo-felo,senior dan para pelajar tahun 1. Majlis berlangsung seperti yang dirancang dan seterusnya dirasmikan oleh Puan Wangi. 3. Tema yang ditetapkan bagi majlis tersebut ialah berpakaian putih dan merah jambu.Bertujuan untuk menunjukkan kerjasama dan komitmen antara siswi. 4. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara siswi di kolej Burhanuddin Helmi disamping memperkenalkan junior kepada senior.Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelajar siswi kepada felo-felo dan juga barisan JAKSA yang baru. 5. Masalah yang dihadapi pada malam tersebut ialah kekurangan nasi kerana ramai pelajar yang hadir pada saat akhir, namun masalah ini dapat ditangani. Bagi mengatasi masalah ini dari berulang,langkah memastikan bilangan kehadiran siswi haruslah tepat.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

ROZANA MOHAMED RAZALI Setiausaha Barbeque Siswi Kolej Burhanuddin Helmi Universiti Kebangsaan Malaysia.

MARIANAH ABD KAYA Ketua Pengarah Barbeque Siswi Kolej Burhanuddin Helmi Universiti Kebangsaan malaysia.

You might also like