You are on page 1of 4

Peranan Pengetua Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah.

Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Ketiga-tiga konsep itu, kita perlu memahami dan menghayati dengan jelas. Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya seperti mana yang telah dijelaskan oleh SIONDANG(1981). Manakala SYUKUR (1988) menjelaskan pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Kedua-dua konsep pentadbiran yang dikemukan oleh kedua-dua orang tadi adalah tidak lari dengan persepakatan. Tanpa melibatkan proses kerjasama maka pentadbiran dalam erti kata sebenarnya tidak berlaku di sekolah. Oleh itu, seorang pengetua yang berkesan hendaklah melaksana pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi . Mudah digauli dan menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Konsep "The boss is the boss" dalam zaman sekarang ini perlu dibuang terus dalam pemikiran pengetua. Zaman bercorak pentadbiran kolonial British telah berakhir. Hari ini bukan lagi zaman untuk menentukan tugas-tugas terlaksana tetapi zaman orang bercakap, berbincang dan mengkaji tentang kualiti, keberkesanan dan kecemerlangan. Sebagai seorang pemimpin sekolah, seharusnya mempunyai semangat dan kesedaran yang tinggi tentang wawasan 2020. Wawasan 2020 bukanlah alat untuk membelenggu kita di dalam `status quo'. Wawasan ini mengajak kita untuk menjadi pelakon utama, menjadi primadona, menjadi seri panggung kepada drama perubahan (zahid, 1994). Pemimpin adalah rahsia kehidupan gemilang umat dan sumber kebangkitannya. Sejarah umat adalah sejarah para pemimpin yang sedar, yang kuat jiwanya dan tinggi kemahuannya. Demikianlah kata-kata Al-marhum Hassan Al-Banna seorang mujahid Islam yang menjadi model dan keagungan pemimpin Islam pada zaman moden. Dari sini jelas kepada kita bahawa seorang pemimpin hendaklah mempunyai daya kesedaran yang tinggi dan mempunyai jiwa yang kuat dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,1994). Melalui kata-kata bekas Pegawai Khas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ini, dapat kita simpulkan bahawa seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (goods). Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajarpelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi,

sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.
.2 Membina Interaksi Dan Komunikasi Berkesan Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, interaksi dan komunikasi antara guru dengan murid dan murid dengan murid memainkan peranan penting. Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Jones ( 1995 ), pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan murid. Lebih banyak berlaku komunikasi dan interaksi antara guru dengan murid, maka lebih banyak guru dapat membantu dan memahami murid. Hal ini seterusnya akan meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Pembinaan interaksi dan komunikasi dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif akan memberikan implikasi positif kepada kedua-dua belah pihak. Bagi pihak guru, dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran, guru menjadi semakin bermotivasi, murid lebih senang dikawal, kerjasama antara guru dengan murid dapat melancarkan perjalanan aktiviti dan dalam masa yang sama dapat menaikan imef guru. Manakala di pihak murid pula, mereka akan lebih berminat untuk belajar, berani berdamping dan berhubung dengan guru, meningkatkan motivasi murid, dan prestasi akademik akan meningkat. Saya berpendapat proses pembinaan interaksi dan komunikasi yang berkesan ini mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan seseorang guru. Terdapat beberapa gaya atau kaedah kepimpinan seseorang guru iaitu : a. Kepimpinan Aautokratik iaitu mewujudkan suasana tertekan, tidak menarik, dan tidak kondusif. b. Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. c. Kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra. Selain itu guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid ( Dr Ragbir Kaur, 2008 ). Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa pembinaan hubungan yang mesra antara guru dengan murid, murid dengan murid akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang harmoni tanpa tekanan malah objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah. Ini berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang guru itu. Anda sendiri dapat menentukan apakah gaya kepimpinan yang ada pada diri anda. Tidak sukar untuk kita sebagai guru mengaplikasi proses interaksi dan komunikasi ini kerana kita telah dibekalkan ilmu sedemikian sewaktu berada di pusat pengajian. Sama-sama kita hayati pendapat Good & Brophy (2002), yang mengatakan bahawa guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan muridmuridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.

4.3 Motivasi Dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid dalam bilik darjah sangat penting. Ia perlu

dilaksanakan dan diamalkan sepanjang masa. Perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan komuniti bilik darjah terdiri daripada berbagai etnik, sosiobudaya, tingkah laku, emosi, dan gaya pembelajaran. Perbezaan-perbezaan ini menjadi lebih ketara jika terdapat muridmurid berkeperluan khas dalam bilik darjah kita. Menurut Kirk & Kirk ( 1994 ), murid berkeperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental ( kognitif ), fizikal ( keupayaan otot-otot dan sendi ), sosial ( interaksi dan komunikasi interpersonal ) dan emosi ( keupayaan menangani perasaan ). Menurut Woolfolk ( 1990 ), motovasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal tingkah laku murid. Tugas guru bukan hanya menyampaikan isi pengajaran semata-mata. Banyak elemen lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi motivasi dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid. Guru boleh memberi pujian kepada murid-murid yang melakukan sebarang perkara positif walaupun kecil, dalam masa yang sama elakkan guru menggunakan kata-kata negatif terhadap murid kerana ia boleh membunuh semangat dan keinginan untuk belajar. Guru perlu menggalakkan murid bekerjasama dan saling hormat-menghormati sesama mereka walaupun murid mungkin terdiri dari pelbagai etnik. Murid perlu saling tolong-menolong, kasih sayang di mana murid pandai membantu murid yang kurang pandai dan sama-sama belajar dalam suasana tenang dan gembira. Hal ini akan mewujudkan suatu suasana bilik darjah yang kondusif dan membangkitkan semangat untuk belajar seterusnya murid tidak akan merasai dan sedar akan perbezaan yang wujud pada awal tadi.

Peranan guru dan sekolah dalam sistem sosial (6)


Pendidikan di Malaysia meletakkan pencapaian akademik sebagai matlamat yang diutamakan. Kebanyakan ibu bapa percaya pendidikan di sekolah ialah menyediakan pelajar dengan pengetahuan akademik dan kemahiran yang diperlukan. Isu-isu yang berkaitan politik, budaya dan agama kurang diberi penekanan kecuali pengajaran agama melalui kelas fardhu ain di peringkat sekolah rendah untuk pelajar. Sekolah dan nilai-nilai prososial Ketika isu mengenai kandungan akademik yang perlu diajar di sekolah dibincangkan, masyarakat masih percaya nilai-nilai profesional seperti jujur, adil dan bertamadun boleh diserapkan melalui pendidikan. Kesejahteraan sosial masyarakat disokong oleh nilai-nilai seperti ini yang membolehkan ahli masyarakat dari pelbagai latar belakang hidup bersama dalam keadaan aman dan damai. Rose dan Gallup (1999) menambah nilai yang boleh diajar di sekolah ialah jujur, diterima oleh orang lain yang berbeza latar belakang, pemedulian oleh rakan dan keluarga, galakan tingkah laku bermoral, demokrasi dan patriotisme. Sistem pendidikan di Amerika Syarikat umpamanya, amat mementingkan nilai-nilai prososial dalam kurikulum sekolah seperti mempromosi demokrasi sebagai alat penyatu bagi masyarakat yang pelbagai latar belakang seperti Afrika, Hispanic dan Asia. Sekolah dan sosialisasi golongan muda Melalui pengalaman di sekolah, kanak-kanak dan golongan remaja diserap dalam masyarakat dengan mempelajari tanggungjawab mereka. Proses sosialisasi menyediakan mereka untuk menjadi warganegara bertanggungjawab, mahu berdikari dan produktif dalam pembangunan ekonomi. Tambahan pula, sekolah adalah refleksi atau menjadi cermin masyarakat: menjana pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang dikenal pasti sebagai satu keperluan. Pendidikan di peringkat sekolah rendah bermakna menghasilkan warganegara yang pintar. Tanpa hala tuju tersebut, masyarakat tidak dapat bersaing di pentas antarabangsa. Keperluan mensosialisasi kanak-kanak dan remaja diiktiraf oleh Emile Durkheim (1956)yang menyatakan, "masyarakat akan terus hidup jika wujud kesamarataan di dalamnya: pendidikan yang berterusan dan menekankan kesamaan sejak kanak-kanak seperti mana yang diingini oleh masyarakat."

Tambahan pula sekolah dapat menjadikan proses asimilasi daripada pelbagai etnik, agama dan budaya. Contohnya, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menyatupadukan semua kaum di Malaysia khususnya minoriti. Sekolah juga menjadi tempat pelajar mengenal dan memahami hari-hari penting dalam negara seperti hari raya, ulang tahun kemerdekaan, maulidur rasul dan sebagainya. Sekolah dan perubahan sosial Sekolah juga menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membangun masyarakat dan kehidupan yang lebih berkualiti serta mempercepatkan perubahan sosial. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemikiran yang berbeza mengenai bagaimana masyarakat boleh dimajukan. Sesetengah guru percaya bahawa tujuan utama sekolah ialah membaiki masalah sosial dalam masyarakat, menakala yang lainnya percaya pengajaran akademik harus diutamakan. Pendapat lain ialah menyediakan pelajar untuk melaksanakan usaha berkhidmat kepada orang lain melalui aktiviti kesukarelaan dan aktif dalam kehidupan berpolitik dalam masyarakat. Barangkali dalam pendidikan di Malaysia, perkhidmatan pembelajaran boleh diperkenalkan untuk memberi ruang kepada pelajar memahami pengalaman hidup melalui pembelajaran. Perkhidmatan pembelajaran memberi peluang kepada golongan pelajar untuk berinteraksi dengan ramai orang seperti yang sakit, tua, miskin, tidak ada rumah dan mengenali jiran-jiran.

You might also like