You are on page 1of 15

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL

RASIONALISME
Disediakan Oleh: Ng Huai Sheng Syafiq Izwan Kassim Wan Muhd Nurhannan

suatu kaedah penyelidikan dan ujikaji yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan.

menafikan pengalamaan pancaindera sebagai sumber pengetahuan. Konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Rasionalisme mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari dan menanggapi kebenaran. Rasionalisme menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapat kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan.

Syafiq (bukan nama sebenar) adalah seorang mahasiswa. Dia sangat meminati telefon pintar Sumsum S8/2 dan bercadang untuk membelinya. Namun begitu, dia tidak memiliki wang yang mencukupi. Pada penghujung bulan Januari, dia telah mendapat wang pinjaman PTPTN. a) ..dan dia menggunakan wang tersebut untuk membeli telefon pintar tersebut. b) ..dan dia melakukan pelan perbelanjaannya. Baki daripada penggunaannya akan dimasukkan dalam dana untuk membeli telefon pintar.

Fakta 1. Syafiq adalah seorang mahasiswa

Rasional - Seorang mahasiswa haruslah menumpukan perhatian kepada pelajaran bukannya perkaraperkara remeh.
- Pinjaman tersebut dikhaskan untuk membantu mahasiswa dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya, membeli peralatan kuliah, buku, makanan dan sebagainya.

2. Syafiq mendapat pinjaman PTPTN

3. Melakukan pelan perbelanjaan

- Pelan perbelanjaan membantu memastikan mahasiswa lebih mumpukan perhatian kepada pelajaran daripada bingung memikirkan hal kewangan.

Mengapa kita perlu menghormati orang tua??? Apakah rasional kita menghormati orang tua??? Bagaimana menghormati orang tua???

1. Menghormati orang tua adalah suatu kewajipan dan perkara yang patut dilakukan oleh semua orang muda sekarang

2. Namun pada masa kini kelihatan golongan muda kurang menghormati orang yang lebih tua daripada mereka sehingga sanggup menengking dan memukul orang tua.

Isu Semasa
3. Gejala sosial pada masa kini dan kurangnya didikan agama menjadi salah satu punca perkara ini berlaku. 4. Pemikiran yang tidak kritis dan rasional turut menyumbang kepada masalah ini.

Rasional Menghormati Orang Tua


1. Ibu (dengan bantuan bapa) telah melahirkan kita ke dunia ini. 2. Ibu dan bapa mengasuh dan yang telah membimbing kita dengan cara memberikan contoh yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. 2. Ibu bapa mahupun orang tua memperkenalkan kita kepada hal-hal yang terdapat di dunia ini dan menjawab secara jelas tentang sesuatu yang tidak dimengerti oleh kita. 3. Orang tua adalah pusat kehidupan rohani anak-anak dan menyediakan kita untuk mengenali erti kehidupan.

Mengapa kita perlu menjaga alam sekitar??? Apakah rasional kita menjaga alam sekitar??? Bagaimana menjaga alam sekitar???

1. Kegiatan manusia yang teruk telah memudaratkannya dan sering berlaku kerosakan yang sukar dipulihkan terhadap alam sekitar dan sumber kritikal.

2. Jika tidak dihentikan dan dibiarkan berterusan, ini akan meletakkan risiko yang serius terhadap masa depan yang indah bagi manusia, alam tumbuhtumbuhan, serta haiwan.

Isu Semasa
3. Hal ini mungkin mengubah dunia hidup kita sehingga tidak mampu untuk menampung kehidupan yang sebenarnya. 4. Kita bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Tidak kira apa pun bangsa dan kepercayaan agama, tanggungjawab ini harus dilihat secara menyeluruh dan rasional demi kelestarian dan kesejahteraan hidup makhluk sejagat.

Rasional Menjaga Alam Sekitar


Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan menjadi tempat pembiakan kuman penyakit.

Tikus, lipas, lalat dan haiwanhaiwan perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kumankuman ke tempat-tempat lain.

1
Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia.

Ia bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi.

2
Pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengahtengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit.

Mengapa kita perlu memupuk semangat patriotik??? Apakah rasional kita memupuk semangat patriotik??? Bagaimana memupuk semangat patriotik???

1. Patriotisme adalah perasaan yang kuat terhadap tanah air . Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

2. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.

Isu Semasa
3. Justeru , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai faktafakta sejarah secara rasional. 4. Faedah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara ialah para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.

Rasional Memupuk Semangat Patriotik


1. Dapat membantu kita membentuk dan membina satu kerangka pemikiran dan menanam ingatan bersama berkaitan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan menjadikannya satu pengajaran dan pengalaman berguna di masa hadapan bukan sekadar maklumat semasa sahaja tetapi juga sejarah masa hadapan.

You might also like