You are on page 1of 1

1 (a) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan doktrin pemisahan kuasa.

Penggunaan doktrin atau konsep pemisahan kuasa ini telah dikemukakan oleh John Locke. Ia kemudiannya dikembangkan oleh ahli falsafah Perancis. Konsep ini adalah merupakan tindakan yang agak popular dan sering digunakan oleh kuasa politik bagi mengelakkan ia dimonopoli. Menurut Pensyarah Kuliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari, (Perlembagaan Malaysia), ia merupakan cara atau kaedah pendemokrasian yang lebih menyeluruh. Konsep ini terdiri daripada 3 komponen atau badan pemerintah berbeza yang bertindak tanpa dipengaruhi oleh yang lain iaitu : Perundangan (Legislatif)-Bertindak dalam menggubal,meminda dan meluluskan undang-undang. Pentadbiran (Eksekutif)-Bertindak melaksana dan menguatkuasakan undang-undang dan pentadbiran dasar-dasar awam mengikut undang-undang serta perlembagaan negara. Kehakiman (Judisiari)-Bertindak mentafsir undang-undang serta melibatkan

keputusan perselisihan sesama rakyat dan antara rakyat dengan pihak berkuasa, selaras dengan undang-undang negara. Menurut konsep ini juga, setiap badan atau individu, tidak sepatutnya bertanggungjawab untuk menggubal, menguatkuasakan undang-undang serta melaksanakan proses

penghakiman di dalam masa yang sama. Ia merupakan pembahagian kuasa yang jelas antara tiga komponen tersebut. Di samping itu juga setiap komponen bertindak sebagai pengimbang bagi mengelakkan pemegang kuasa itu tadi berada dalam keadaan pemusatan kuasa.

You might also like