You are on page 1of 1

AYAM GORENG KETUMBAR resipi : K.

Nor@SecubitGaram Bahan2: 1/2 ekor ayam ~ dipotong 3 ulas bawang putih 1/2 in halia 1 in lengkuas 2 batang serai 3 sudu besar + 1 sudu kecil ketumbar biji ~ disangai (goreng tanpa minyak) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu besar cuka sedikit air garam minyak Cara: Kisar 3 sudu besar ketumbar biji dengan pengisar kering hingga halus. Ketepikan. Bawang putih, halia, lengkuas dan serai ditumbuk. Kemudian masukkan 1 sudu kecil ketumbar biji dan tumbuk lagi sekadar pecah2 sahaja. Masukkan bahan tumbuk, serbuk ketumbar yg dikisar tadi, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk jintan putih dan garam serta cuka ke dalam sebuah mangkuk/bekas dan gaul sebati. Masukkan sedikit air utk menjadikan bahan2 tadi seperti paste. Lumurkan kepada ayam dan perap lebih kurang 1 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing. Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas2..

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/12/ayam-gorengketumbar.html#ixzz2ICNDSaxw

You might also like