You are on page 1of 14

FAIL MEJA

KHARTIKA BT KHAMLI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN SISWAZAH DG41

SEK. KEB. WANGSA MAJU ZON R10 KUALA LUMPUR

KANDUNGAN FAIL MEJA


BIL.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

ISI KANDUNGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA FALSAFAH SEKOLAH VISI DAN MISI SEKOLAH OBJEKTIF SEKOLAH LAGU SEKOLAH CARTA ORGANISASI SEKOLAH SENARAI TUGAS SENARAI SEMAK/ CHECKLIST

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


Falsafah Pendidikan Guru Malaysia ialah untuk melahirkan golongan pendidik yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menghidupkan warisan dan kebudayaan negara dengan hasrat menjamin perkembangan individu dan memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

OBJEKTIF SEKOLAH
1.Berusaha memupuk semangat kerjasama di kalangan warga sekolah. 2.Memenuhi inspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3.Mewujudkan hubungan mesra pelanggan. 4.Meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. 5.Mewujudkan etos tersendiri. 6.Mewujudkan pentadbiran dan pengurusan yang baik ke arah sekolah berkesan. 7.Membina budaya yang boleh dicontohi oleh sekolah-sekolah lain. 8.Menanamkan rasa kebanggaan dan kekitaan terhadap sekolah di kalangan pelajar, guru, staf dan ibu bapa.

9.Usaha yang berpanjangan meningkatkan imej baik sekolah.

dalam

FALSAFAH SEKOLAH
Falsafah Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 adalah untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan membina budaya kerja cemerlang berasaskan semangat kerjasama yang berterusan serta beriltizam bagi melahirkan insan dan suasana persekolahan yang harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan generasi Wawasan 2020.

LAGU SEKOLAH
Tersergam indah sekolahku SK Wangsa Maju R10 Berhimpun kami bermuafakat Membina semangat yang membara Di sini kami mencari ilmu Membaca, menulis dan mengira Pada guru bestari yang dihormati Jasamu ku kenang selamanya Berusaha, berilmu, berbakti sentiasa Itulah cogan kita Bersama kita jayakannya

VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

SENARAI TUGAS
1. Guru Kelas 1 Bestari. - melaksanakan kutipan bayaran tambahan persekolahan dan sumbangan PIBG. - menanda kedatangan murid di dalam Register. - melantik ketua dan penolong kelas. - merekod dan melengkapkan butiran murid di dalam Buku Daftar Murid. - mengisi dan melengkapkan data murid secara on-line. - merekod dan melengkapkan butiran peribadi murid di dalam fail perkembangan murid KSSR. - menyediakan segmen bagi setiap subjek dalam fail perkembangan murid KSSR. - melengkapkan Jadual Waktu Persekolahan dan

Jadual Bertugas Harian. mengagih dan memungut semula buku SPBT. melapor masalah murid miskin/yatim di kelas kepada pentadbir. bertindak sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah dan ibubapa. mengawal disiplin dan sahsiah murid. memastikan kad ujian bulanan, buku kesihatan, kad pergigian, buku rekod kemajuan murid dan fail murid diisi dengan lengkap. memastikan kelas dalam keadaan ceria, bersih dan kondusif. memastikan peralatan pengajaran dan peralatan kebersihan kelas mencukupi. (kapur, pemadam, penyapu, penyodok sampah dan lain-lain) menyediakan sudut bacaan dan sudut buku latihan di kelas. menampal hasil kerja murid, bahan ilmiah dan makluman sekolah di papan kenyataan. menjaga keselamatan murid dan harta benda kelas.

2. Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris bagi Tahun 1 Cemerlang, 1 Bestari dan 1 Pintar. - menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan harian. - melengkapkan Buku Rekod Mengajar. - mematuhi peraturan penulisan sukatan pelajaran. - membina item ujian bulanan dan peperiksaan. - menyerahkan draf soalan kepada Ketua Panitia untuk semakan. - menjalankan ujian bulanan dan peperiksaan. - menyediakan analisa prestasi murid secara

bulanan atau mengikut penggal di dalam Buku Rekod Mengajar. membuat semakan latihan buku rampaian dan lembaran kerja murid. memastikan tugasan di kelas dan homework diberi. melapor prestasi/masalah murid kepada ibu bapa. memastikan murid melakukan aktiviti pembetulan. memastikan pengajaran berdasarkan perancangan. memastikan ganjaran dan denda dijalankan. menjadi role model terbaik untuk dicontohi.

3. Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian. - menyediakan minit mesyuarat. - mengemaskini fail-fail Unit Kesihatan dan Pergigian. - memastikan bilik kesihatan dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan kemudahan asas, sesuai sebagai pusat kesihatan sekolah. - memastikan bilik kesihatan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. - memastikan dan menyemak Buku Rekod Kesihatan/Kad Pergigian murid dilengkapkan sepenuhnya oleh guru kelas. - merancang dan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan/pergigian. - menyediakan rekod murid yang mendapat rawatan. - bekerjasama dengan pegawai kesihatan dan jururawat dalam penyediaan bilik dan keperluan lain semasa menjalankan rawatan kesihatan/pergigian murid. - bertanggungjawab mengumpul dan mengedar

semula Buku Rekod Kesihatan/Kad Pergigian daripada guru kelas. - membuat pemantauan berterusan terhadap murid-murid yang mengalami penyakit berjangkit (kudis buta, kutu dll) dan menguruskan mereka supaya boleh mendapat rawatan lanjut. 4. Penolong Penyelaras Sistem SPPBS. - membantu penyelaras mendaftar murid dan guru mata pelajaran ke dalam sistem. - Membantu penyelaras memberi taklimat/penerangan pengisian sistem kepada guru-guru KSSR. - Membantu penyelaras mengemaskini data maklumat sekolah, murid, dan guru. - Membantu menyelesaikan masalah yang diadu oleh guru-guru KSSR. - Menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh ketua. 5. Pengerusi Kelab Bola Jaring. - mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab. - merancang aktiviti kelab. - mengadakan saringan wakil sekolah. - mengadakan latihan berkala untuk ahli kelab dan wakil sekolah. - mengadakan perlawanan persahabatan di peringkat kelab dan sekolah. - merancang strategi permainan untuk melahirkan pemain yang berkualiti. - bertanggungjawab sebagai jurulatih dan pengurus pasukan wakil sekolah. 6. AJK Hari Suaikenal Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. - menyediakan peralatan, keperluan dan tag

nama murid mengikut kelas. - merancang aktiviti murid yang seragam. 7. AJK Keceriaan dan Keindahan Sekolah. - bekerjasama dengan pihak PIBG, DBKL dan lain-lain agensi dalam mengadakan gotongroyong dan lain-lain program keceriaan sekolah. - menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh ketua. 8. AJK Sistem Maklumat Murid. - membantu menyimpan data murid (SMM dan APDM) dengan lengkap, tepat dan mengemaskini secara sistematik. - membantu mendapatkan maklumat diri murid yang tepat dan lengkap. - sentiasa peka terhadap surat-surat pekeliling dan arahan-arahan Jabatan berkaitan SMM dan APDM. 9. AJK Persatuan Bulan Sabit Merah. - menghadiri mesyuarat bersepadu antara unitunit beruniform. - melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh ketua. 1 AJK Persatuan Seni dan Kraftangan. 0. - menghadiri mesyuarat persatuan. - melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh ketua. 1 AJK Rumah Sukan Hijau. 1. - menghadiri mesyuarat dan latihan rumah sukan. - melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh ketua.

You might also like