You are on page 1of 19

Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri Terhadap Kefahaman Bacaan dan Minat Murid dalam Bahasa Melayu Mariayee

A/P Perumal, SJK (T) Ramakrishna, Pulau Pinang, Malaysia


Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan kaedah pembelajaran masteri terhadap kefahaman bacaan dan minat murid di SJK(T). Dalam kajian ini pengkaji ingin mengenal pasti sama ada pengajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri dapat meningkatkan pencapaian murid kumpulan eksperimen secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu, pengkaji juga ingin memastikan sama ada minat murid kumpulan eksperimen meningkat terhadap pemahaman Bahasa Melayu setelah diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian terdiri daripada 71 orang murid Tahun Tiga daripada dua buah sekolah SJK(T): iaitu Sekolah A (Kumpulan Eksperimen) yang menggunakan kaedah pembelajaran masteri dan Sekolah B (Kumpulan Kawalan) yang menggunakan kaedah konvensional. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu. Praujian dan pascaujian digunakan sebagai instrumen untuk mengukur pencapaian murid dalam kefahaman Bahasa Melayu dan soal selidik minat pula digunakan untuk mengukur tahap minat murid. Bagi tujuan analisis data, pengkaji menggunakan program SPSS "Statistical Packages For The Social Sciences" Windows Versi 17.0. Ujian ANCOVA digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi daripada pascaujian dan soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah pembelajaran masteri dapat meningkatkan pencapaian kefahaman Bahasa Melayu murid kumpulan eksperimen secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu, didapati minat murid kumpulan eksperimen terhadap pembelajaran Bahasa Melayu meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri.

Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. di Tanah Pendidikan Bahasa Melayu telah menjadi mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan Artikel 152, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam Melayu, menjelaskan Bahasa kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu . Menurut Nik Safiah et. al. (1996), Bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia dan dijadikan bahasa rasmi negara, bahasa

pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KPM, 2003) Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan wajib Kemahiran merupakan mata pelajaran teras yang di peringkat pula sekolah merujuk rendah. kepada membaca dipelajari

keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Berdasarkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, guru wajar memilih

pendekatan

atau

kaedah

yang

berkesan

bagi

pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran yang seterusnya. berkualiti Pendekatan ini memerlukan proses serta memberi fokus kepada Dalam masa proses cabaran pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan pembelajaran melaksanakan yang diperlukan.

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu. Mata pelajaran Bahasa Melayu bukanlah tidak menarik tetapi pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai orang bukan melayu ternyata yang besar dari segi perbezaan

pembelajaran

masteri,

mempelajari sebutan, tatabahasa dan kosa kata Bahasa Melayu. Kegagalan guru menggunakan kaedah yang berkesan akan menjadikan mata pelajaran ini tidak menarik ( Abdullah, 1996 ). Kaedah chalk and talk merupakan cara pengajaran utama yang digunakan oleh guru-guru kerana kaedah ini dapat mengatasi masalah bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas dan masalah menghabiskan sukatan pelajaran ( Becker & Watts, 1998 ). Kaedah konvensional yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah merupakan terbatas dan pasif. Oleh itu, satu kaedah alternatif harus diketengahkan supaya proses P&P Bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan matlamat serta objektifnya tercapai. Kaedah yang dicadangkan seharusnya dapat menimbulkan rasa seronok belajar, bermakna dalam kehidupan, menyuburkan minat serta meningkatkan pelbagai potensi murid. Maka, satu daripada kaedah yang dianggap sesuai ialah kaedah pembelajaran masteri. Menurut Guskey (1997), kaedah pembelajaran masteri adalah kaedah yang membolehkan guru meningkatkan motivasi mereka sendiri untuk membantu lebih ramai murid mereka belajar dengan berkesan dan memperoleh faedah yang positif dalam proses pembelajaran. Pembelajaran pendekatan memastikan pengajaran semua Masteri merupakan suatu dan murid pembelajaran menguasai bagi hasil pengajaran sehala manakala penglibatan murid semasa pembelajaran pula sangat

utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran bagi memastikan semua pelajar yang sama. Tujuan Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan diberi masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya. Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan membaca dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan pembelajaran pendekatan yang sesuai pengajaran dan berkesan. dan Ini mencapai keupayaan

disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian. Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pernyataan Masalah

pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit

Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan UPSR mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman), didapati bahawa masih terdapat murid yang belum mencapai tahap yang minimum. Kebanyakan murid hanya mampu mendapat markah sekadar lulus sahaja dan tidak mendapat keputusan yang cemerlang kerana mereka tidak dapat menjawab soalan peringkat literal dan kritis yang menjadi asas

Maka kelemahan-kelemahan inilah yang mendorong dan menarik minat penyelidik untuk mengkaji sama ada pendekatan pembelajaran masteri sesuai dilaksanakan dalam mengajar teks kefahaman Bahasa Melayu bagi meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Melayu secara Kurikulum keseluruhannya. (PPK) Pusat Perkembangan memberikan

perhatian yang lebih serius terhadap kemahiran membaca teks kefahaman dalam Kurikulum Semakan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 2003 supaya pelajar lebih meminati kandungan bacaan di samping meningkatkan minat membaca. Kaedah pembelajaran masteri adalah diyakini akan menjadi satu pendekatan yang dapat memperkukuhkan kemahiran membaca dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid SJK(T). Tujuan Kajian Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pembelajaran konvensional pasti kesan pengajaran pencapaian kaedah kaedah kefahaman masteri berbanding dengan terhadap

pembinaan soalan teks kefahaman. Analisis keputusan Peperiksaan UPSR juga menunjukkan pencapaian mata pelajaran ini hanyalah sederhana. Mengikut statistik 2010, peratus kelulusan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman) di SJK (T) masih di tahap yang mengecewakan iaitu 64.76%. Daripada 1121 calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, hanya 18.73 % murid yang mendapat gred A. Seramai 17.66% mendapat gred B dan 28.37% mendapat gred C. Bilangan calon yang gagal masih di tahap yang tinggi iaitu sebanyak 35.24%. Rumusan yang boleh dibuat dari laporan tersebut ialah peratus kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman) masih di tahap yang rendah. Di samping itu, murid sederhana dan lemah masih tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Salah satu punca utama keputusan yang kurang memberangsangkan ini ialah murid tidak dapat membina kefahaman dan pengetahuan dalam menjawab soalan teks kefahaman yang asas bermula dari peringkat awal kepada kegagalan lagi. Keadaan ini membawa murid untuk memahami atau

Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 3 di SJK(T). Pencapaian kefahaman murid diuji melalui praujian dan pascaujian yang terdiri daripada 5 petikan teks kefahaman dan 25 soalan aneka pilihan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum dan selepas pengajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri dan kaedah konvensional. Skor minat murid diperoleh dengan menggunakan soal selidik. Hipotesis Kajian

menguasai sepenuhnya teks kefahaman. Menurut Rasinski (2006), kefahaman merupakan matlamat yang penting dalam membaca dan apabila salah satu komponen dalam kelancaran kurang hilang, pembaca makna berkemungkinan daripada teks. memperolehi

Terdapat empat hipotesis yang dibentuk untuk menjawab soalan-soalan kajian. Hipotesishipotesis tersebut dinyatakan dalam bentuk hipotesis nol yang diuji pada aras signifikan 0.05. Hipotesishipotesis tersebut adalah seperti berikut :1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan eksperimen dengan pencapaian murid kumpulan kawalan bagi soalan kefahaman literal. 2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid pencapaian kefahaman kritis. 3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan kumpulan eksperimen dengan bagi keseluruhan soalan kawalan kumpulan eksperimen dengan kawalan bagi soalan kumpulan

Kaedah ini dikembangkan oleh pelajar Bloom dalam Model pengajaran yang dikenali sebagai Learning For Mastery (LFM). Bloom mengemukakan pembelajaran masteri sebagai satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpandukan kriteria yang jelas. Bloom mengembangkan lagi idea pembelajaran masteri yang dikemukakan oleh Caroll (1963), Skinner (1954) dan Bruner (1966). Kaedah pembelajaran masteri oleh Bloom mencadangkan bahawa murid perlu dinilai secara berkala setelah mereka melengkapkan sesuatu unit pembelajaran. Ia bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Sehubungan itu, Caroll (1963) lebih menekankan kepada prosedur penilaian rujukan kriteria di mana prestasi murid akan dinilai dan dibandingkan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan terlebih

kefahaman (soalan kefahaman literal dan kritis ) 4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu antara murid kumpulan eksperimen dengan kawalan bagi skor minat. Kaedah Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan P&P supaya murid dapat menguasai apa yang diajar di dalam bilik darjah. Bloom (1968) telah memperkenalkan kaedah ini sekitar tahun 60an. Pembelajaran masteri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk seseorang murid itu menguasai pembelajarannya. murid kumpulan

dahulu. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan penilaian rujukan norma dalam kaedah konvensional kerana murid dinilai dan dibandingkan dengan pencapaian rakan sebaya. Ujian rujukan kriteria menjadi satu piawai yang minimum bagi mengukur penguasaan pembelajaran. Jenis penilaian yang boleh digunakan ialah ujian terarah iaitu semua murid akan mengambil ujian dan seseorang murid dianggap gagal jika mereka tidak mencapai aras kriteria yang ditetapkan. Oleh itu, mereka perlu menjalani semula ujian sehingga mereka menguasai aras penguasaan yang ditetapkan.

Bloom

(1968)

mengubah

suai

model

konvensional. Penilaian atau ujian diagnostik dapat mengenal pasti bahagian tertentu yang mungkin murid menghadapi kesukaran dalam sesuatu unit pembelajaran. Dengan itu guru dapat mengesan unit yang perlu diberikan perhatian. Keputusan ujian diagnostik yang diperolehi oleh guru akan digunakan untuk menyediakan bahan pemulihan yang sesuai untuk murid bagi membolehkannya menyempurnakan unit berkenaan sekaligus mencapai aras masteri. Aktiviti pengajaran pemulihan membolehkan untuk

konseptual yang dikemukakan oleh Bruner kepada kaedah yang lebih berkesan bagi memastikan semua murid dapat mencapai aras masteri yang ditetapkan. Menurutnya, jika kadar kemampuan seseorang murid menerima pelajaran pada sesuatu tahap pembelajaran dapat diramalkan, maka penetapan terhadap aras pembelajaran yang dijangkakan boleh dilakukan dengan mengabungkan model Caroll (1963). Teori Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri memberi penekanan terhadap penguasaan objektif pembelajaran yang khusus untuk setiap murid pada setiap unit pembelajaran sebelum murid ini berpindah kepada unit seterusnya. Pada asasnya seseorang guru perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut, iaitu : a)Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran. b)Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. c)Menilai penguasaan melalui ujian diagnostik dan formatif. d)Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Ujian diagnostik yang diberikan kepada murid-murid berperanan untuk mengesan perkembangan pengetahuan murid. Ia dilaksanakan pada penghujung setiap unit bagi memberi maklum balas terhadap tahap pembelajaran murid. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua murid harus mendapat sekurang-kurangnya 80% bagi penetapan aras masteri. Penilaian diagnostik amat penting dalam membezakan pendekatan masteri dengan pendekatan

tambahan

dilaksanakan

memperbetul atau mengatasi kesukaran murid. Sebagai tambahan bahan alternatif khusus diberi untuk memenuhi keperluan murid yang menghadapi kesukaran sehingga murid benar-benar menguasai objektif yang ditetapkan. Murid dianggap telah menguasai objektif unit sekiranya dapat mencapai markah yang ditetapkan. Aktiviti pengayaan menjadi aspek penting di dalam kaedah pembelajaran masteri di mana muridmurid yang telah menguasai aras masteri yang ditetapkan akan diberi aktiviti tambahan yang boleh mengembangkan lagi penguasaan mereka terhadap sesuatu unit kecil.

Penentuan Hasil Pembelajaran

Melaksanakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian Diagnostik/ Formatif Ya *Tindakan Susulan *Aktiviti Pengayaan Sudahkah murid menguasai Tidak *Tindakan Susulan *Aktiviti Pemulihan

Ya, Teruskan Unit Pembelajaran seterusnya

Rajah 2.1:

Strategi Pembelajaran Masteri oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2001 )


Pengkaji membuat penetapan sedemikian supaya pengajaran yang diberikan kepada sebuah kumpulan tidak mempengaruhi kumpulan yang lain. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 35 orang murid dan kumpulan kawalan terdiri daripada 36 orang murid. Pencapaian murid daripada kedua-dua kumpulan adalah sederhana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan keputusan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah ( PKBS ) Penggal 1,

Metodologi Kajian
Persampelan Sampel kajian ini terdiri daripada 71 orang murid Tahun 3 dari dua buah SJK(T) satu kumpulan di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Setiap sekolah mewakili kajian. Sekolah A mewakili kumpulan eksperimen dan Sekolah B mewakili kumpulan kawalan. Jarak di antara kedua-dua buah sekolah adalah 3 kilometer.

2011 Sekolah Tamil di

Pulau Pinang. Jadual 3.1

menunjukkan komposisi murid untuk setiap gred pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah hampir sama. Jadual 3.1 Pencapaian dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu PKBS 1 / 2011 B C 10 11 (28.6) (31.4) Kawalan 9 11 (25) (30.6) *Angka tanpa kurungan menunjukkan kekerapan murid *Angka di dalam kurungan menunjukkan peratus murid Kumpulan/Gred Eksperimen A D 9 (25.7) 12 (33.3) E 5 (14.3) 4 (11.1) Jumlah 35 (100) 36 (100)

Rasional Pemilihan Sampel c) Murid mempunyai tahap pencapaian yang Pemilihan sampel mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu : a) Kedua-dua sekolah terletak di kawasan bandar. b) Murid akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2014. sederhana bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam PKBS Penggal 1, 2011. d) Murid terdiri daripada penutur Tamil dan bagi mereka Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kedua. Jadual 3.3 : Reka Bentuk Kajian Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan Praujian Soal selidik Praujian Soal selidik X Pascaujian Soal selidik Pascaujian Soal selidik

X Pengajaran menggunakan strategi pembelajaran masteri selama enam minggu. Y Pengajaran menggunakan pendekatan konvensional selama enam minggu.

Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen. Murid dari setiap sekolah mewakili satu kumpulan. Dengan cara ini pengajaran yang diberikan kepada satu kumpulan tidak mempengaruhi kumpulan lain. Kumpulan eksperimen diajar bacaan teks pemahaman Bahasa

Melayu dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri selama enam minggu dan kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan pendekatan konvensional. Pengkaji menggunakan dua jenis pemboleh ubah dalam kajian ini iaitu pemboleh ubah bebas dan

pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah kaedah pengajaran. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri dan kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah pendekatan konvensional. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah pencapaian pemahaman bagi soalan aneka pilihan dan skor minat. Pencapaian pemahaman yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah min murid dalam praujian dan pasca ujian. Skor minat pula diperolehi dengan menjumlahkan skor mata bagi setiap item bagi soal selidik minat yang menggunakan Likert sebelum dan selepas pengajaran. Kajian ini dijalankan selama enam minggu iaitu 12 waktu pengajaran di kedua-dua buah sekolah. Pada minggu pertama iaitu hari pertama murid daripada kedua-dua kumpulan diberikan praujian dan satu set soal selidik untuk mengenal pasti pencapaian teks kefahaman dan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Mulai minggu kedua hingga minggu ketujuh, murid kumpulan eksperimen diberikan pengajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Murid kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan kaedah konvensional selama enam minggu. Keduadua kumpulan belajar dua belas jenis petikan teks kefahaman Bahasa Melayu. Selepas itu pada minggu kelapan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan telah diberikan pascaujian untuk mengetahui pencapaian kefahaman. Set soal selidik minat diberikan untuk mengetahui minat murid selepas pengajaran.Seterusnya pengumpulan dan analisis data dilaksanakan. Dalam proses pengendalian kajian ini, pengkaji menyediakan rancangan pelajaran yang bersistematik yang menggunakan kaedah skala

pembelajaran masteri untuk enam minggu bagi kumpulan eksperimen. Guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar kumpulan eksperimen telah diberikan taklimat oleh pengkaji tentang cara menjalankan kaedah pembelajaran masteri. Di samping itu, pengkaji telah melatih guru tersebut supaya dapat melaksanakan P&P masteri yang dirancang dalam rancangan pelajaran. Guru mengajar kumpulan eksperimen juga dibekalkan dengan alat bantu mengajar yang relevan oleh pengkaji. Topik yang sama dengan kumpulan eksperimen juga diberikan oleh pengkaji kepada guru yang mengajar kumpulan kawalan. Guru yang mengajar kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Di samping itu, pengkaji juga telah mencerap setiap pengajaran kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dengan menggunakan borang pencerapan demi menjamin keberkesanan dan kelancaran pelaksanaan langkah mengajar.

Instrumen Kajian Dalam pelaksanaan instrumen digunakan, iaitu : a) Praujian dan Pascaujian mata pelajaran Bahasa Melayu Praujian dan pascaujian digunakan sebagai alat ukur yang penting dalam pelaksanaan kajian ini. Kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan menduduki ujian yang sama. Tujuan praujian adalah untuk mengetahui pencapaian murid dalam bacaan teks kefahaman manakala pascaujian adalah untuk membandingkan pencapaian murid selepas sesi pembelajaran dengan b) Soal selidik tentang minat murid terhadap kajian ini, dua

menggunakan kaedah pembelajaran masteri dan kaedah konvensional. Praujian dan pascaujian mengandungi 25 soalan objektif dengan empat pilihan jawapan disediakan berdasarkan lima petikan kefahaman dalam Bahasa Melayu. Praujian dan pascaujian ini disediakan oleh penyelidik telah disemak oleh dua orang guru Bahasa Malaysia bagi memastikan kesahan ujian tersebut. Kedua-dua orang guru tersebut berpengalaman mengajar Bahasa Melayu Tahun 3 melebihi 10 tahun dan terlatih untuk mengajar Bahasa Melayu. Tambahan pula, mereka tidak ada kaitan dengan sekolah yang terlibat dalam kajian. Soal selidik yang terdiri daripada 10 item mengenai minat murid Tahun 3 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data tentang minat murid. Data daripada soal selidik ini diproses untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara minat murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap minat dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji telah mengambil 10 daripada item-item yang digunakan oleh Elenselvi (2010) dalam kajiannnya, iaitu itemitem yang berkaitan dengan minat terhadap P&P Sejarah dan mengubahsuainya untuk kajian ini. Soal selidik disediakan oleh pengkaji mengikut Skala Likert. Skor untuk setiap respons terhadap soal selidik diberikan berdasarkan Skala Likert tiga mata mempunyai julat nilai 1 hingga 3. Kajian Rintis Satu kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji sebelum kajian sebenar dimulakan pada 5 September 2011. Menurut Gay, Mills & Airasian (2006), tujuan kajian rintis dijalankan adalah bagi

mendapatkan kebolehpercayaan praujian dan pasca ujian serta set soal selidik minat murid yang digunakan dalam kajian ini. Kajian rintis ini dijalankan dalam kalangan murid-murid Tahun 3 yang mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah SJK(T) di Pulau Pinang di Daerah Barat Daya Pulau Pinang yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Kajian rintis tersebut juga dijalankan dengan tujuan untuk melihat kesesuaian praujian, pascaujian dari segi kesesuaian kandungan, masa menjawab dan kejelasan arahan. Sejumlah 33 orang murid telah mengambil bahagian dalam kajian rintis tersebut. Kebolehpercayaan soal selidik tentang minat murid telah diuji dengan menggunakan SPSS Windows Versi 17.0. Koefisien kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah Cronbachs Alpha. Menurut Mohd. Majid Konting (1990), pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 adalah sering digunakan. Nilai alpha bagi soal selidik dalam kajian ini ialah 0.701. ( Sila rujuk Nilai Alpha Cronbach pada Lampiran I). Oleh itu soal selidik tersebut boleh digunakan dalam kajian ini. Analisis Data Program "Statistical Packages For The Social Sciences" (SPSS) Windows Versi 17.0 telah digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Data yang dianalisis merupakan min pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian bagi soalan kefahaman mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, skor minat sebelum pengajaran dan selepas pengajaran juga digunakan sebagai data bagi kajian ini. Ujian-t (Independent Sample T-test) digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian kumpulan dalam eksperimen dengan kumpulan kawalan

praujian. Jika terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan dalam praujian sebelum pengajaran, kovariat. Ujian ANCOVA digunakan untuk menguji empat hipotesis nol dengan menjadikan markah praujian sebagai kovariat. Dalam analisis ini skor minat dan skor pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat praujian dijadikan sebagai markah praujian dijadikan sebagai

kovariat. Dengan menggunakan praujian sebagai kovariat, perbezaan antara kumpulan sampel di peringkat awal dapat dikawal dan disamaratakan. Berikut adalah dapatan Ujian-t (Independent t-test) yang membanding min pencapaian dan minat antara kumpulan eksperimen dengan kawalan dalam praujian. kumpulan

Jadual 4.1 : Ujian-t Membandingkan Pencapaian Murid Kumpulan Eksperimen dengan Kumpulan Kawalan dalam Praujian bagi Soalan Kefahaman dan Minat Sebelum Pengajaran. Item Soalan Kefahaman Literal Soalan Kefahaman Kritis Keseluruhan Soalan Kefahaman Minat Kumpulan Eksperimen Kawalan Eksperimen Kawalan Eksperimen Kawalan Eksperimen N 35 36 35 36 35 36 35 Min 11.86 12.06 2.31 1.78 14.20 13.64 26.74 SD 4.21 4.01 1.57 1.10 5.51 4.32 2.67 3.66 kumpulan kawalan. Akan tetapi bagi min minat terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan (t=.2.54; df=69; p=0.01). Oleh yang demikian bagi analisis seterusnya pengkaji menggunakan ujian ANCOVA dengan menjadikan skor praujian sebagai kovariat bagi meluputkan perbezaan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan sebelum pengajaran. Markah pascaujian (soalan kefahaman literal, soalan kefahaman kritis dan keseluruhan soalan kefahaman) dan minat murid selepas pengajaran dijadikan sebagai pemboleh ubah bersandar. 1.94 2.54 69 0.01** 0.56 0.48 69 0.63 0.54 1.67 69 0.99 Beza Min -0.20 Nilai-t -0.20 df 69 Nilai p 0.84

Kawalan 36 24.81 **Tahap Signifikan adalah pada aras p<0.05 Dapatan ujian-t (Independent Sample T-test) dalam jadual 4.1 jelas menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan bagi min soalan kefahaman literal antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam praujian (t= -0.20; df=69; p=0.84). Bagi min soalan kefahaman kritis juga didapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara kumpulan keseluruhan signifikan kawalan dan kumpulan eksperimen (t=1.67; df=69; p=0.99). Begitu juga dengan min soalan kefahaman antara kumpulan (t=0.48; df=69; eksperimen dan p=0.63) memaparkan tidak terdapat perbezaan yang

Tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan eksperimen dengan pencapaian murid kumpulan kawalan literal. Jadual bagi soalan kefahaman 4.2a menunjukkan skor min bagi

soalan kefahaman literal kumpulan eksperimen dalam pasca ujian ialah 17.00 manakala kumpulan kawalan ialah 12.25. Dapatan ini menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen mencapai min yang lebih Dapatan dan Perbincangan Hipotesis 1 tinggi bagi soalan kefahaman literal selepas pengajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Jadual 4.2a : Min Pencapaian Murid Bagi Soalan Kefahaman Literal Dalam Pasca Ujian. Kumpulan Eksperimen N 35 Min 17.00 SD 2.73 3.96 melalui kaedah pembelajaran masteri telah membantu murid Kumpulan Eksperimen untuk memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan murid Kumpulan Kawalan dalam soalan kefahaman literal Bahasa Melayu. Dengan keputusan ini, hipotesis nol yang pertama ditolak. Perbezaan Min 4.75

Kawalan 36 12.25 **Tahap signifikan adalah pada aras p<0.05 Jadual 4.2b menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan antara min kumpulan eksperimen dengan min kumpulan kawalan bagi soalan kefahaman literal dengan nilai F= 54.55; df=1; p=0.000. Keputusan ini, menunjukkan bahawa pengajaran bacaan teks kefahaman Bahasa Melayu

Jadual 4.2b : Dapatan Ujian ANCOVA Bagi Min Pencapaian Murid bagi Soalan Kefahaman Literal Dalam Pascaujian. Sumber Model Dibetulkan Pintasan Pra Keseluruhan Kumpulan Ralat Jumlah Jumlah Dibetulkan Jenis III Jumlah Kuasa Dua 709.90 463.63 309.50 395.70 493.25 16320.00 1203.16 Df 2 1 1 1 68 71 70 Min Kuasa Dua 354.95 463.63 309.50 395.70 7.25 F 48.93 63.92 42.67 54.55 P .000 .000 .000 .000**

a.R Kuasa Dua = . 590 (R Kuasa Dua Terlaras =.578) **signifikan pada p<0.05 Hipotesis 2 Ho2:Tiada Perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan eksperimen dengan pencapaian murid kumpulan kawalan bagi soalan kefahaman kritis. Jadual 4.3a ini menunjukkan skor min bagi soalan kefahaman kritis kumpulan eksperimen dalam pascaujian ialah 4.09 manakala Jadual 4.3a : Min Pencapaian Murid Bagi Soalan Kefahaman Kritis Dalam Pascaujian Kumpulan Eksperimen N 35 Min 4.09 2.50 SD 0.95 1.08 Perbezaan Min 1.59 bagi kumpulan kawalan hanya 2.50. Dapatan ini menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen mencapai min yang lebih tinggi bagi soalan kefahaman kritis selepas pengajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri.

Kawalan 36 **Tahap signifikan adalah pada aras p<0.05 Keputusan ujian ANCOVA yang dipaparkan dalam Jadual 4.3b menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian murid kumpulan eksperimen dan (F=38.00, menunjukkan membantu mendapat df=1, p=0.00). bahawa kumpulan kawalan Keputusan ini, dengan untuk dan pengajaran eksperimen lebih tinggi

signifikan bagi soalan kefahaman kritis berbanding dengan murid kumpulan kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Jadi hipotesis nol yang kedua juga ditolak.

menggunakan kaedah pembelajaran masteri memang murid kumpulan yang pencapaian

Jadual 4.3b Dapatan Ujian ANCOVA Bagi Min Pencapaian Murid bagi Soalan Kefahaman Kritis Dalam Pascaujian. Sumber Model Dibetulkan Pintasan Pra Keseluruhan Kumpulan Ralat Jumlah Jumlah Jenis III Jumlah Kuasa Dua 50.02 173.74 5.40 37.08 66.34 881.00 df 2 1 1 1 68 71 Min Kuasa Dua 25.01 173.74 5.40 37.08 .976 F 25.64 178.08 5.53 38.01 P .000 .000 .022 .000**

Dibetulkan 116.37 70 a.R Kuasa Dua = . 430 (R Kuasa Dua Terlaras =.413) **signifikan pada p<0.05

Hipotesis 3 Ho3:Tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan eksperimen dengan pencapaian murid kumpulan kawalan bagi keseluruhan soalan kefahaman (soalan kefahaman literal dan soalan kefahaman kritis). Jadual 4.4a ini menjelaskan bahawa min pencapaian keseluruhan

soalan kefahaman Bahasa Melayu dalam pascaujian bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Min kumpulan eksperimen ialah 21.09 manakala min bagi kumpulan kawalan hanya 14.75.

Jadual 4.4a : Min Pencapaian Murid Bagi Keseluruhan Soalan Kefahaman Dalam Pascaujian. Kumpulan Eksperimen N 35 Min 21.09 14.75 SD 3.42 4.69 Perbezaan Min 6.33

Kawalan 36 **Tahap signifikan adalah pada aras p<0.05

Dapatan ujian ANCOVA dalam Jadual 4.4b menjelaskan terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan bagi keseluruhan pencapaian soalan kefahaman Bahasa Melayu dengan nilai kefahaman dalam pengajaran dan pembelajaran

tinggi dan signifikan berbanding dengan murid kumpulan kawalan yang diajar dengan menggunakan (F=56.03 ; df=1; p=0.00). Keputusan ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran masteri kaedah konvensional. Oleh yang demikian, hipotesis nol yang ketiga ditolak.

Bahasa Melayu telah membantu murid kumpulan eksperimen untuk mendapat pencapaian yang lebih Jadual 4.4b : Dapatan Ujian ANCOVA Bagi Min Pencapaian Murid bagi Keseluruhan Soalan Kefahaman Dalam Pascaujian. Sumber Jenis III Jumlah df Min Kuasa Dua F P Kuasa Dua Model Dibetulkan 1103.25 2 551.62 48.30 .000 Pintasan 922.00 1 922.00 80.73 .000 Pra Keseluruhan 390.98 1 390.88 34.23 .000

Kumpulan 639.92 1 639.92 Ralat 776.61 68 11.42 Jumlah 24561.00 71 Jumlah Dibetulkan 1879.86 70 a.R Kuasa Dua = . 587 (R Kuasa Dua Terlaras =.575) **signifikan pada p<0.05 Hipotesis 4 Tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan eksperimen dengan pencapaian murid kumpulan kawalan bagi minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Jadual 4.5a menunjukkan skor min minat murid kumpulan eksperimen terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu selepas pengajaran ialah 28.89 manakala min bagi kumpulan kawalan

56.03

.000**

hanya 23.78. Dapatan ini menunjukkan bahawa kumpulan eksperimen mencapai min minat yang lebih tinggi terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu selepas pengajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri.

Jadual 4.5a : Min Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dalam Pascaujian. Kumpulan Eksperimen N 35 Min 28.89 SD 1.68 4.04 Perbezaan Min 5.11

Kawalan 36 23.78 **Tahap signifikan adalah pada aras p<0.05 Jadual 4.5b memaparkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min minat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dengan nilai (F=43.54=, df=1, p=0.000). Keputusan ini menunjukkan bahawa minat murid kumpulan eksperimen terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu lebih tinggi dan signifikan

berbanding dengan minat kumpulan kawalan selepas pengajaran. Dapatan kajian ini membolehkan hipotesis yang keempat juga ditolak

.Jadual 4.5b : Dapatan Ujian ANCOVA Bagi Min Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dalam Pascaujian. Sumber Model Dibetulkan Pintasan Pra Keseluruhan Kumpulan Jenis III Jumlah Kuasa Dua 544.29 325.30 81.27 375.51 df 2 1 1 1 Min Kuasa Dua 272.14 325.30 81.27 375.51 F 31.55 37.72 9.42 43.54 P .000 .000 .003 .000**

Ralat 586.50 68 8.63 Jumlah 50225.00 71 Jumlah Dibetulkan 1130.79 70 a.R Kuasa Dua = .481 (R Kuasa Dua Terlaras =.466) **signifikan pada p<0.05

Kesimpulan Kajian ini telah dapat memberi gambaran yang jelas tentang keberkesanan penggunaan terhadap kaedah kefahaman pembelajaran masteri

P&P. Manakala aktiviti pengayaan yang dijalankan dapat mengekalkan minat murid yang menguasai aras masteri. Keadaan ini membolehkan murid tersebut dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih kukuh. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam pemahaman Bahasa Melayu sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid serta minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Pencapaian murid kumpulan eksperimen telah meningkat secara signifikan dalam pascaujian berbanding dengan murid kumpulan kawalan. Ini bermakna peningkatan minat murid kumpulan eksperimen terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu secara langsung dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam kertas soalan pemahaman Bahasa Melayu UPSR. Hal ini masteri para guru telah untuk adalah disebabkan keutamaan yang diberikan untuk aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan menerusi kaedah pembelajaran masteri. Secara tidak langsung kaedah pembelajaran masteri memberi pilihan yang terbaik kepada guru-guru Bahasa Melayu yang selama ini tercari-cari kaedah dan pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk mengajar teks kefahaman Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 3 di SJK(T). Meskipun pelbagai teknik lain digunakan oleh guru kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional seperti perbincangan dalam kelas, soal jawab dan aktiviti latih tubi semasa proses P&P Bahasa Melayu, namun hasilnya tidak memuaskan. Oleh yang demikian usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan bagi mencapai matlamat mencari kaedah atau pendekatan yang terbaik dan berkesan agar dapat diaplikasikan dalam proses P&P Bahasa Melayu. Kaedah menyediakan pembelajaran kepada ruang

membantu murid yang tidak menguasai isi pelajaran. Perhatian secara individu yang diberikan oleh guru kepada murid yang tidak menguasai isi pelajaran merupakan aspek yang amat berkesan. Dengan bimbingan, tunjuk ajar secara individu dan latihan pemulihan yang diberikan oleh guru semasa aktiviti pemulihan menyebabkan murid yang lemah berjaya meningkatkan pencapaian pada akhir proses P&P. Keadaan ini membolehkan murid yang lemah juga dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses Rujukan

Abdullah Musa. (2004). Sikap dan Motivasi Pelajar Dusun Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Junus (Penterjemah). Bloom B. S. (Editor). (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Anderson, L. W & Block, J. H. , (1975). Mastery Learning In Classroom Instruction. New York: Macmillan. Atan bin Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ausubel, D. P., (1963).The Psychology Of Meaningful Learning. New York: Grune and Stratton,Inc. Azizah bt. Zain, ( 2010). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan Kelancaran dan Kefahaman dalam kalangan Kanak-kanak Prasekolah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education. Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010 Block, J. H. (Penterjemah) Peter W.A., Benjamin S.B., Caroll J. B. (Editor). (1971). Mastery Learning : Theory and Practice. United States Of America: Holt,Rinehart and Winston, Inc. Block, J. H. (1974). Schools, Society, and Mastery Learning. United States Of America: Holt,Rinehart and Winston, Inc. Block, J. H., Efthim, H. E. dan Burns, R. B. (1989). Building Effective Mastery Learning Schools. United States Of America: Holt,Rinehart and Winston, Inc. Bloom, B. S. (1968). Learning For Mastery. Evaluation Comment,1 (2). Bloom, B. S. (1976). Human Characteristic and School Learning. New York: McGraw Hill. Bloom, B. S. (1981). All Our Children Learning. New York: Mc Graw-Hill. Hergenhanhn, B. R. & Matthew H. O. (1993). An Introduction to Theories Of Learning. United Kingdom: Prentice Hall International. (463-470). Joyce, B., Marsha W. & Emily C. (1972). Models Of Teaching Sixth Edition. United States Of America: A Pearson Education Company. (323-337) Cohen, S. A. (1983). Implications of Psychological Research On Mastery Learning. Outcomes. 2(4), 18-30. Clark,. (2000). Developing Mastery Learning Strategies. Diperoleh pada 2 Ogos 2011 dari criminology. fsu. Edu / faculty / clark / module9 / content / topic1 . htm Csikszentmihalyi. ( 2000). Mastery Learning. diperoleh pada 2 Ogos 2011 dari Wikipedia, the free encyclopedia. David Galloway and Anne Edwards. (1991). Primary School Teaching & Educational Psychology. New York: Longman Inc. Elenselvi Nagoo. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian dan Minat Murid Dalam Mata Pelajaran Sejaran Tingkatan Empat. Laporan Projek Penyelidikan Sebagai Syarat Separa Untuk Keperluan Ijazah Sarjana Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Fatimah Salleh & Khadijah Zon. (2009). Kajian Pemupukan Literasi Bacaan Awal Bahasa Melayu Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah, UPPA, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Gay, L. R. Mills, G. E. & Airasian P. (2003) . Educational Research: Competencies for Analysis and Application. (5th.Ed). New Jersey: Prentice Hall. Gay, L. R. Mills, G. E. & Airasian P. (2006) . Educational Research: Competencies for Analysis and Application. (8th.Ed). New Jersey: Prentice Hall, 369 382 Guskey, T.R., & Monsass, J.A. (1979). Mastery Learning: A Model of Academic Success In Urban Junior Colleges, Research In Higher Education, 11(3), 263-274. Guskey, T. R. & Pigott, T. (1988). Research On Group-Base Mastery Learning Programs : A Meta-Analysis, Journal Of Educational Research, 81 (4), 197 217. Guskey, T.R. (1990). Cooperative Mastery Learning Strategies. Elementary School Journal, 91(1), 33-42. Guskey, T.R., & Kifer, E. (1995). The Effects of Staff Development On Teachers Perception about Effective Teaching. Journal Of Educational Research. 79. Guskey, T. R. (2008). The Rest of the Story. Educational Leadership, 65(4), 2835. Guskey, T. R. (2009). Mastery learning. In T. L. Good (Ed.), 21st Century Education: A Reference Handbook (Vol. I, pp. 194202). Thousand Oaks, CA: Sage. Guskey, T. R. (2010). The Core Elements Of Mastery Learning Provide The Foundation For Other Innovative Models, Including Response To Intervention. October 2010. Volume 68. Number 2. Interventions That Work Pages 52-57. Diperoleh pada 4 Ogos 2011 dari www.questia.com.

Hon Hau Sat. (1990). A Study of Mastery Learning and its Effects on Science Achievement, Retention, Attitudes and Self-concepts with Special Focus on Educationally Disadvantaged Students. Hong Kong: The Chinese University of Hong Kong Graduate School - Division Of Education. Hunter, M. C. (1982). Mastery Teaching. El Segundo, California: TIP Publications. Hunter, M. C. (1988). Mastery Teaching. El Segundo, California: TIP Publications. Johnson D, Johnson R. (1991). Learning Together and Alone ed3. Sydney: Allyn & Bacon. Kulik, C., Kulik, J. (1989). Effectiveness of Mastery Learning Programs: A Meta-analysis. Review Of Educational Research. Martinez, J., Martinez, N.C. (1999). Teacher Effectiveness and Learning For Mastery. The Journal Of Educational Research. Vol 92, Issue 5. Mc Donald, F.J. (1982). Mastery Learning Evaluation: Interim Report. New York: New York City Board Of Education. Mat Halim Hassan. (2006). Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri Terhadap Perkembangan Motor Halus Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran. Laporan Projek Penyelidikan Sebagai Syarat Separa Untuk Keperluan Ijazah Sarjana Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Mohd.Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Rizalman bin Abdul Majid. (2004). Tinjauan Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Masteri Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Di Daerah Kuantan Pahang. Laporan Projek Memenuhi Sebahagian daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup ), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Robert, L. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rumelhart, D. E. (1980). Schemata : The Building Blocks Of Cognition, dalam Spiro, R. J. Bruce, B. C. Dan Brewer, W. F. (Eds), Theoretical Issues In Reading Comprehension. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates Publishers, hlm 34-57. Rusmawati Bt. Othman. (2005). Kesan Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat Dan Pandangan Pelajar Terhadap Pembelajaran Masteri. Laporan Projek Penyelidikan Sebagai Syarat Separa Untuk Keperluan Ijazah sarjana Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Ryan, D. W. (1980). The Mastery Learning Strategy of Improving Classroom Instruction. Teachers Education, 45, 15- 25. Santhi A/P Rajamanikam, (2004). Kesan Peningkatan Model Skema Terhadap Kefahaman Sajak Bahasa Tamil Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia yang tidak diterbitkan. Sathiapathi M. K. & Madhavan Nair, (2004). Keberkesanan Pendekatan Skema Terancang Terhadap Kefahaman Bacaan Sajak (KOMSAS) Bahasa Melayu Di Kalangan Murid-Murid Tingkatan Empat. Laporan Praktikum sebagai syarat separa untuk keperluan Ijazah Sarjana Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,Universiti Sains Malaysia. Slavin, R. E. (1987). Mastery Learning Reconsidered. Review Of Educational Research, 57(2),175-214. Smith, J. K. (1970). Perspectives On Mastery Learning & Mastery Testing. United States Of America: Dover Publications,Inc. Subadrah Madhawa Nair & Rajeswari Arumugam. (2006). Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Murid terhadap Cerpen Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning & Instruction. Faculty of Cognitive Sciences and Education: Universiti Utara Malaysia. Subadrah Nair & Annamal. (2008). Kesan Penggunaan Kaedah STAD Terhadap Pencapaian Dan Minat Murid Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Moral. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak dan Moral, 24-26 Julai 2008. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Suhaiza Binti Zainoldin,. (2009). Kajian Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Masteri Terhadap Pembelajaran Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan Di Sebuah Sekolah Dalam Daerah Mersing. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Theroux, P,. (2001). Comparing Traditional Teaching and Student Centered, Collaborative Learning. Diperoleh pada 15 Ogos 2011 dari URL: http://shaw.ca/priscillatheroux/collaborative.html Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. (2009, 2010, 2011). Analisis Keputusan Bahasa Melayu Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang: JPN. Zaidatun Tasir, Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Windows, Kuala Lumpur: Venton Publishing (M) Sdn.Bhd. Yahya Che Lah & Nor Hashimah Hashim. The Reading Comprehension Level of Primary School Pupils. International Journal of the Humanities, Volume 6, Issue 2. Walberg, H. J. & Paik, S. J. (2000). Mastery Learning. Chicago : Educational Practice Series-3. Diperoleh pada 24 Julai 2011 dari http://www.ibe.unesco.org

You might also like