You are on page 1of 11

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Pemikiran Fiqh Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah


Muhyiddin Abdullah, Muhammad Adib Samsudin & Mohammad Zaini Yahaya Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Tuan Guru Haji Abdullah merupakan salah seorang daripada tokoh ilmuan yang berjaya dihasilkan di Kelantan Darul Naim. Beliau menjadi pakar rujuk segenap lapisan masyarakat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, terutamanya dalam persoalan fiqh kerana penguasaan ilmu agama yang sangat tinggi. Oleh itu, matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pemikiran fiqh Tuan Guru Haji Abdullah. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji meletakkan tiga objektif, iaitu menonjolkan latar belakang Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, mengenal pasti sumbangan Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman kepada masyarakat di sekitar kawasan Pondok Lubuk Tapah dan menganalisis pemikiran fiqh Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan instrumen analisis dokumen dan temubual sebagai metode kajian. Segala hasil maklumat kajian ini diperolehi daripada rujukan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dibuat oleh pengkaji seperti buku-buku, artikel, suratkhabar, majalah, temubual dengan ahli keluarga Tuan Guru Haji Abdullah, beberapa pelajar Tuan Guru Haji Abdullah dan masyarakat sekitar Pondok Lubok Tapah, dan lainlain yang sesuai dijadikan rujukan. Setelah selesai menjalankan kajian, pengkaji mendapati bahawa pendapat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah, ada yang selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Ugama Islam Kelantan, dan ada yang bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh kedua-dua agensi badan tersebut.

PENGENALAN Latar Belakang: Nama penuh beliau ialah Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman bin Che Wan bin Senik bin Haji Muhammad bin Lebai Abdul Latif bin Abdullah. Di kalangan masyarakat setempat, beliau lebih dikenali sebagai Abang Aji atau Abang Aji Lah. Bagi masyarakat luar pula, beliau dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubok Tapah. Anak kepada pasangan Haji Abdul Rahman bin Che Wan dan Hajjah Nik Zainab binti Che Mud ini mula melihat dunia yang fana ini pada pukul 11 pagi hari Jumaat, pada bulan Rejab 1340 Hijrah bersamaan 11 Februari 1933 di Pondok Lubok Tapah (Raja Nuru Afida 2009: 45). Beliau merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik. Adik beradik kandung beliau yang lain adalah Hajjah Halimah, iaitu kakak sulung, Haji Ahmad, Hajjah Aminah, Hajjah Aishah, Hajjah Aidah dan Hajjah Aliyah. Selain itu, beliau juga mempunyai adik beradik sebapa kerana ayahandanya telah berkahwin dengan Hajjah Zainab binti Mamat setelah kematian isterinya, iaitu bonda kepada Haji Abdullah, Hajjah Che Zainab. Perkahwinan kedua ayahanda beliau ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Haji Abdul Rahim, Adnan dan Asyirah (Kamariah 2011). Pendidikan awal Tuan Guru Haji Abdullah bermula daripada ayahanda beliau sendiri, Tuan Guru Haji

Abdul Rahman dan salah seorang pelajar ayahanda beliau, Haji Yusuf @ Haji Jusoh atau dikenali di kalangan masyarakat sekitar dengan panggilan Abang Aji Soh (Kamariah 2011). Tuan Guru Haji Abdullah juga mendapat pendidikan al-Quran daripada bonda beliau dan telah khatam al-Quran sewaktu berusia 9 tahun (Raja Nur Afida 2009: 45). Tuan Guru jua menuntut di Sekolah Melayu Rakyat Pasir Mas selama enam tahun. Setelah menamatkan pengajian di sekolah tersebut, beliau tidak ke manamana institusi pendidikan. Beliau hanya menuntut ilmu di pondok ayahanda beliau sehingga berusia 20 tahun (Raja Nur Afida 2009: 45). Pada tahun 1953 Masihi, beliau bersama dengan adindanya dan rombongan yang lain berangkat menuju ke Kota Suci Makkah melalui Perlabuhan Pulau Pinang (Abdullah 2011). Perjalanan dari Tanah Melayu ke Tanah Suci Makkah melalui jalan laut mengambil masa empat belas hari kerana halangan ombak yang kuat (Raja Nur Afida 2009: 45). Dugaan Haji Abdullah semasa di atas kapal amat teruk, kerana mengikut cerita dari isterinya, beliau seorang yang mabuk laut. Namun, demi usaha mencari ilmu dan menggalas harapan yang diberi oleh keluarga dan masyarakat kampung, kesusahan tersebut berjaya ditempuhi. Setibanya Tuan Guru Haji Abdullah di Tanah Suci Makkah, Masjid al-Haram merupakan pusat pengajian Haji Abdullah sepanjang beliau menuntut

334

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

ilmu di sana bersama-sama adinda beliau dan rakanrakan seperjuangan yang lain (Ezad Azraai & Fazlini 2006: 201). Sepanjang mendalami pengajian ilmu di sana, beliau telah menuntut ilmu daripada beberapa orang tokoh ulama yang terkenal di sana. Ulamaulama tersebut ada yang berasal dari negara-negara yang terletak di Asia Tenggara atau Nusantara atau juga dikenali sebagai ulama Jawi dan ada yang berasal dari Timur Tengah. Antara ulama yang berasal dari Nusantara adalah (Ezad Azraai & Fazlini 2006: 201; Khairil 2010; Raja Nur Afida 2009: 46): Al-Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Muttalib AlMandili. Al-Syeikh Engku Abdul Jalil Al-Indonisi al-Syeikh Haji Abdul Rahman Daud Al-Fatani Al-Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir Al- Fatani (dikenali sebagai Pak Da Ail). Al-Syeikh Mokhtar Afnan. Al-Syeikh Muhammad Daud al-Fatani Al-Syeikh Muhammad Daud Bin Sulaiman AlKalantani. Al-Syeikh Muhammad Yaasin Isa Al-Padani Al-Syeikh Soleh Idris Al-Kalantani Al-Syeikh Soleh Saika Al-Syeikh Sulaiman Ambon Al-Indonisi Al-Syeikh Zakaria Al-Indonisi Manakala, guru-guru beliau yang berasal dari negara Timur Tengah pula antaranya adalah (Ezad Azraai & Fazlini 2006: 201; Khairil 2010; Raja Nur Afida 2009: 46).: Al-Syeikh Arabi Al-Idris Al-Maghribi Al-Syeikh Abdullah Al-Lahhaji Al-Syeikh Hasan Muhammad Al-Massyat Al-Syeikh Muhammad Amin Al-Syeikh Muhammad Noor Al-Bahraini Al-Syeikh Sayyid Alawi Sayyid Abbas Al-Syeikh Sayyid Al-Yamani.

Beliau sering mengambil saf di hadapan dan berhadap dengan guru-gurunya di dalam kelaskelas pengajian yang beliau ikuti. Dengan kesungguhan yang beliau tunjukkan semasa menuntut ilmu membuatkan guru-gurunya kasih kepadanya hingga ada di antara guru beliau yang melewatkan sedikit kuliahnya semata-mata kerana menunggu kedatangan Tuan Guru Haji Abdullah yang terlewat sedikit kerana baru selesai mengikuti kuliah halaqah guru yang lain (Kamariah 2011). Setelah lima tahun menuntut ilmu di Mekah, beliau telah diberi keizinan oleh guru-guru beliau untuk membuka satu halaqah dan berterusan lebih kurang sembilan tahun. Ianya terhenti apabila beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Tanah Melayu (Kamariah 2011; Luqman 2011; Raja Nur Afida 2009: 46). Setelah 13 tahun tahun berada di perantauan, ayahanda beliau telah mengirimkan surat kepada beliau. Dalam surat tersebut, ayahanda beliau telah meminta beliau pulang ke Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, beliau membalas surat ayahanda beliau itu dengan menyatakan hasrat untuk berada di Tanah Suci Makkah dalam tempoh yang lebih lama lagi. Ayahanda beliau telah mengizinkan kehendak beliau. Pada tahun berikutnya, ayahandanya sekali lagi telah mengutuskan surat kepada beliau agar kembali ke Tanah Melayu. Kehadiran surat kedua ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Namun, sebelum beliau berangkat pulang, beliau bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain seramai 14 orang terpaksa menghadapi satu ujian yang akan menentukan sama ada mereka semua layak untuk mendapat tauliah atau tidak. Mereka semua akan diuji tahap kemampuan masing-masing dalam membaca, mentafsir dan menerangkan kembali isi kandungan beberapa buah kitab yang telah dipelajari sepanjang tempoh pembelajaran mereka di sana. Apabila keputusan ujian tersebut diumumkan, beliau bersama dua orang sahabatnya telah lulus dan layak untuk menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian pada bulan Muharam tahun 1386 Hijrah (Anon. 2008). Setelah kembali dari perantauan untuk menuntut ilmu, akhirnya beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Yas @ Kamariah binti Haji Abdul Ghani pada tahun 1966 ketika beliau berusia 33 tahun (Ezad Azraai & Fazlini 2006: 203). Tuan Guru Haji Abdul Ghani, iaitu bapa mertua beliau adalah pengasas dan pengajar di Pondok Kubang Bemban yang terletak di Pasir Mas. Bapa mertua beliau juga merupakan salah seorang anggota Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan semasa hidupnya (Ezad Azraai & Fazlini 2006: 203).

Tuan Guru Haji Abdullah merupakan seorang pelajar yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Kesungguhan beliau semasa menuntut ilmu di Kota Suci Makkah dapat digambarkan melalui dari cerita-cerita beliau sendiri tentang pengalamanpengalaman beliau semasa menuntut ilmu di sana. Antaranya ialah: Selama 14 tahun menuntut ilmu di sana, beliau dapat menghadiri kesemua kelas pengajian yang beliau ikuti kecuali hanya untuk tiga hari sahaja kerana demam. Beliau tidak pernah tidur pada waktu siang sepanjang masa beliau menuntut ilmu di Kota Suci Makkah kerana sibuk menuntut ilmu.

335

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Perkahwinan yang diatur oleh keluarga ini berkekalan sehingga kematian Tuan Guru Haji Abdullah ini telah dianugerahkan seramai lima orang cahaya mata, iaitu dua anak lelaki dan tiga anak perempuan iaitu Hajjah Nafisah, Haji Luqman, Hajjah Nasimah, Hajjah Nabilah dan Haji Hamdan. Semua anaknya menerima pendidikan asas dan mempelajari bacaan al-Quran daripada beliau sambil dibantu oleh isteri beliau. Anak-anak beliau juga menerima pendidikan agama di Sekolah Menengah Arab Pasir Mas yang kini dikenali dengan nama Maahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM). Semua anak Tuan guru Haji Abdullah ini telah mendirikan rumah tangga dan berjaya dalam pekerjaan yang diceburi. Empat dari lima anak beliau menceburi bidang pendidikan, iaitu Haji Luqman, dan Hajjah Nasimah yang menjadi pensyarah manakala Hajjah Nafisah dan Hajjah Nabilah menjadi guru. Haji Hamdan pula bekerja sebagai penasihat syariah di EON Capital Berhad (Nasimah 2011 dan Luqman 2011). Aktiviti seharian Tuan Guru Haji Abdullah bermula dengan solat Subuh secara berjemaah di masjid. Pada pukul 8.30 pagi, beliau memulakan sesi pengajaran ilmu fiqh, usuluddin dan hadis Nabi. Sesi ini akan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Selepas itu, beliau menyambung pengajaran setelah selesai solat Zohor sehingga jam 3.00 petang denagan mengajar tafsir al-Quran dan ulum al-hadith. Setelah selesai solat Maghrib, sesi pengajaran kitab dilakukan bersama masyarakat tempatan dan para pelajar. Pengajaran kitab usuluddin, tasawuf dan tauhid pula diteruskan selepas solat Isyak sehingga jam 10.00 malam. Aktiviti pengajaran kitab ini beliau jalankan di dalam masjid.. Aktiviti pengajaran tidak diadakan di Pondok Lubok Tapah bermula pada Khamis malam dan diganti dengan bacaan Yasin dan akan bersambung semula pada Jumaat malam. Pada pagi Sabtu pula, Tuan Haji Abdullah akan mengajar di Pondok Kubang Bemban, Pasir Mas iaitu pondok bapa mertuanya bermula jam 10.30 pagi dan akan berakhir apabila masuknya waktu Zohor. Halaqah pengajian di pondok bapa mertuanya ini kebanyakannya dihadiri olej mereka yang telah arif dalam ilmu agama seperti tok-tok guru, tok-tok lebai, para imam dan penggemar halaqah pengajian kitab (Raja Nur Afida 2009: 47). Begitulah jadual pengajaran kitab beliau setiap minggu. Selain daripada aktiviti menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat sekitar di masjid, beliau juga sering dikunjungi oleh masyarakat luar. Kunjungan yang bertali arus dan tidak pernah putus tidak pernah ditolak oleh beliau melainkan apabila beliau benar-benar berada dalam keadaan terdesak dan terlalu sibuk (Abdullah 2011 & Kamariah 2011). Kebiasaannya, kunjungan masyarakat luar ke teratak beliau adalah untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah yang dihadapi ataupun untuk mendapat air penawar. Beliau akan tetap cuba memenuhi hajat dan keperluan setiap pengunjung

yang datang, tidak kira siang mahupun malam, pagi ataupun petang sekali pun beliau dalam keadaan penat (Abdullah 2011). Apabila beliau dalam keadaan penat, beliau tidak akan keluar berjumpa dan melayan tetamu yang datang, sebaliknya beliau akan berada di dalam sebuah bilik yang telah dikhaskan untuk beliau berehat. Para tetamu akan dilayan oleh beberapa pelajar Pondok Lubok Tapah yang memang ditugaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah untuk berada di rumahnya dan melayan tetamu yang datang. Pelajar-pelajar tersebut akan melayan tetamu yang datang, mengambil dan mencatat segala keperluan dan hajat setiap pengunjung yang datang. Apabila hajat-hajat dan keperluan-keperluan telah diambil, keperluan dan hajat tersebut akan dibawa ke dalam bilik Tuan Guru Haji Abdullah berada. Setelah selesai, pelajar-pelajar tersebut akan mengagih-agihkan air penawar kepada setiap pengunjung (Kamariah 2011). Sebagai seorang ulama dan tokoh yang disegani, Tuan Guru Haji Abdullah memiliki keperibadian yang elok. Tuan Guru Haji Abdullah amat menghormati tetamu yang bertandang. Beliau tidak jemu untuk melayan tetamu yang datang menemui beliau. Pintu rumah beliau sentiasa terbuka untuk kunjungan para tetamu dan pengunjung yang mahu bertandang ke rumah beliau untuk pelbagai tujuan, sama ada kunjungan tersebut atas dasar menziarahi beliau, mahu meminta khidmat nasihat dan panduan, mahu penjelasan tentang sesuatu hukum agama, ataupun untuk mendapatkan khidmat perubatan secara tradisional, iaitu air penawar. Beliau akan cuba memenuhi dan melayani kunjungan-kunjungan tersebut dengan sebaik mungkin walaupun beliau dalam keadaan yang penat (Kamariah 2011). Beliau juga terkenal dengan sifat ketegasan dalam hal yang berkaitan dengan permasalahan agama dan sewaktu mengajar. Bagi beliau, tiada kompromi dalam bidang keagamaan. Ketegasan ini dapat dilihat dengan keseriusan dan komitmen beliau dalam menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat. Sepanjang pengkaji menetap di Pondok Lubok Tapah dan menuntut ilmu agama dengan beliau, pengkaji pernah beberapa kali melihat beliau menegur dan memperbetulkan perbuatan atau kelakuan para jemaah solat yang melakukan kesilapan secara terus. Antaranya: Beliau pernah menegur seorang jemaah solat yang tidak mengangkat tangan secara betul ketika mengaminkan doa selesai solat. Individu tersebut tidak serius dalam beribadat dan telah membangkitkan kemarahan beliau. Selesai sahaja berdoa, beliau terus menegur perbuatan individu tersebut yang disifatkan beliau sebagai perbuatan yang sedikit tidak beradab kerana seolah-olah tidak menghormati permintaan (doa). yang dipinta kepada Allah s.w.t. Beliau seterusnya memberikan dan menunjukkan cara-

336

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

cara dan adab-adab yang perlu diamalkan semasa berdoa. Beliau pernah menegur jemaah solat yang diimami oleh beliau sendiri. Peristiwa ini berlaku apabila beliau telah terlupa bilangan rakaat solat yang telah ditunaikan. Oleh itu, beliau telah menambah bilangan rakaat untuk menghilangkan was-was. Apabila beliau selesai mendirikan solat, beliau mendapati terdapat sebilangan daripada jemaah yang mendirikan solat di belakang beliau turut menambah bilangan rakaat dan terus menjadi makmum kepada beliau serta tidak meniatkan pemisahan diri (mufaraqah). daripada terus mengikuti imam. Beliau menegur perbuatan jemaah tersebut dan menjelaskan perkara yang perlu dilakukan sekiranya situasi seperti itu berulang lagi. Selain itu, diceritakan oleh salah seorang pelajar beliau dalam laman sesawangnya, Tuan Guru Haji Abdullah pernah dikunjungi oleh Ustaz Asyaari Muhammad dari Al-Arqam. Ustaz Asyaari bertanya kepada Tuan Guru tentang Imam Mahdi. Bagi menjawab persoalan itu, Tuan Guru mengemukakan beberapa buah kitab aqidah dan membahaskannya kepada Ustaz Asyaari tentang Imam Mahdi. Mendengar ulasan Tuan Guru, Ustaz Asyaari menyatakan bahawa pandangan Tuan Guru tidak sama dengan pandangan Al-Arqam. Kenyataan Ustaz Asyaari menyebabkan Tuan Guru menjadi marah seraya berkata, Ini bukan pandangan aku, tapi apa yang ada dalam kitab. (Anon 2008). Tuan Haji Abdullah seorang yang rajin dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Perkara ini dapat dibuktikan daripada ilmu yang beliau peroleh. Tanpa usaha yang gigih, beliau tidak akan dapat ke tahap sekarang. Kesusahan dan keperitan hidup sepanjang tempoh pengajian beliau di Kota Suci Makkah langsung tidak pernah melunturkan semangat dan kekentalan hati beliau dalam mendalami ilmu agama, malah keadaan itu membuatkan beliau lebih bersungguh-sungguh dan beristiqamah memenuhi ilmu di dada. Beliau tidak pernah meninggalkan majlis pengajian ilmu sepanjang beliau berada di tanah Suci Makkah melainkan beberapa hari sahaja kerana kesihatan diri beliau tidak mengizinkan beliau untuk bersamasama dalam majlis pengajaran itu. Kerajinan beliau juga dapat dilihat melalui jadual pengajaran yang amat padat seperti mana telah disentuh sebelum ini. Tuan Haji Abdullah juga seorang yang mempunyai pemikiran yang tajam dan ingatan yang kuat. Keistimewaan ini menjadikan beliau seorang yang mudah menerima setiap ilmu yang beliau pelajari (Abdullah 2011). Daya ingatan beliau yang kuat banyak memberi kelebihan kepada beliau yang mencurahkan khidmat bakti beliau dalam bidang pengajaran ilmu agama. Kekuatan daya ingatan beliau membolehkan beliau memberikan jawapan dan penyelesaian kepada setiap persoalan yang

dikemukakan oleh masyarakat secara terus tanpa perlu merujuk kepada kitab terlebih dahulu. Oleh kerana ketinggian ilmu yang dimiliki oleh beliau, beliau pernah ditawarkan jawatan mufti negeri Kelantan, namun beliau menolak jawatan tersebut kerana komitmen beliau yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran di Pondok Lubok Tapah (Kamariah 2011). Beliau juga merupakan seorang berwibawa dan boleh dipercayai. Keperibadian beliau yang ini boleh dibuktikan dalam banyak situasi. Antaranya adalah, ketika belasan tahun lagi, beliau telah diberikan kepercayaan untuk mengajar di madrasah Kam[ung Kekabu yang terletak bersebelahan dengan kampung Pondok Lubok Tapah (Abdullah 2011; Kamariah 2011). Selain itu, beliau juga diberi kepercayaan oleh masyarakt kampung sebagai tempat rujukan bagi mereka dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Beliau juga mendapat kepercayaan apabila terdapat beberapa individu yang menyerahkan tanah masing-masing kepada beliau sebagai tanah wakaf. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang menyerahkan wang kepada beliau untuk disimpan (Siti Maryam 2011). Beliau bukanlah seorang yang materialistik. Walaupun rumah yang didiami kelihatan besar dan mewah, namun itu bukanlah ukuran terhadap sikap beliau. Bukti yang menunjukkan beliau bukanlah seorang yang materialistik amat banyak. Antaranya, beliau tidak mengenakan bayaran apabila pengunjung datang ke rumah beliau untuk mendapatkan khidmat air penawar. Tuan Guru Haji Abdullah telah menyediakan sejumlah botol air mineral yang berukuran 1.5 liter di suatu sudut di rumah beliau. Apabila pengunjung memerlukannya, beliau akan mengambil dari simpanan yang telah tersedia itu dan memberikannya kepada pengunjung. Selain itu, beliau juga tidak lokek dalam menjamu pengunjung yang datang. Apabila tiba tarikh-tarikh yang mulia dalam kalendar Islam seperti Maulidur Rasul, Awal Muharram, Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha serta lain-lain, beliau biasanya akan mengadakan majlis yang bersesuaian dengan tarikh tersebut, sama ada majlis selawat ke atas Nabi Junjungan, majlis tahlil dan sebagainya. Selesai majlis, para hadirin akan dijamu dengan nasi dan lauk pauk yang disediakan oleh Tuan Guru Haji Abdullah. Beliau juga mewakafkan sebidang tanah milik beliau di Kampung Nibong, Pasir Mas untuk tujuan pembinaan masjid (Raja Nur Afida 2009: 51). Dalam aspek politik pula, Tuan Guru Haji Abdullah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Parti Islam Semalaysia (PAS). (Luqman 2011). Beliau sering mengikuti majlismajlis solat hajat yang dianjurkan oleh parti tersebut sebelum terlantar di atas katil akibat penyakit yang menimpa beliau. Selain itu, beliau juga sering mengiringi calon-calon daripada PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya, sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kali terakhir pengkaji

337

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

melihat Tuan Guru Haji Abdullah turun ke kawasan pilihan raya dan mengiringi calon yang bertanding adalah pada pilihan raya kecil yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir. Ketika itu, Tuan Guru Haji Abdullah mengiringi calon, Hanifa Ahmad ke pusat penamaan calon bersamasama Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi bin Awang pada tahun 2006. Walaupun Tuan Guru Haji Abdullah seorang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan kerja, namun beliau tidak pernah melupakan masyarakat sekeliling. Beliau sering mengadakan majlis keramaian dan keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul, majlis tahlil, sambutan Maal Hijrah dan lain-lain dan turun bersama-sama dengan masyarakat. Keadaan ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara Tuan Guru haji Abdullah dengan masyarakat. Beliau akan berusaha memenuhi undangan perkahwinan, majlis tahlil, majlis bercukur atau potong jambul, dan lainlain majlis apabila mendapat jemputan. Selain itu, beliau juga sering mengadakan jamuan dan majlis makan sama ada si rumah beliau atau di perkarangan masjid. Pengkaji sendiri pernah menghadiri majlis makan yang dianjurkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah, di samping beberapa kali pengkaji menjadi jong kako1 menyediakan dan menghidangkan makanan kepada tetamu yang hadir. Dari segi kekeluargaan pula, Tuan Haji Abdullah merupakan seorang suami yang baik dan penyayang serta sangat tegas dalam mendidik anakanak dan ahli keluarga. Beliau seorang yang prihatin dan sentiasa memantau setiap gerak-geri anakanaknya serta sering memberi nasihat kepada mereka agar menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara (Kamariah 2011). Perkara ini menjadikan anak-anak beliau sentiasa mendapat kasih sayang serta berjaya dalam setiap lapangan mereka. Beliau tidak mengongkong minat anak-anak beliau, malah memberi galakan kepada mereka agar terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Sebagai contoh, belau tidak menghalang hasrat dan niat salah seorang anak beliau, iaitu Dr. Haji Luqman yang ingin melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D di Edinburgh, Scotland. Pemikiran Fiqh Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman: Sebelum meneruskan penerangan mengenai pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah dalam sesuatu permasalahan, pengkaji ingin menjelaskan bahawa Tuan Guru Haji Abdullah berpegang teguh dalam mazhab Syafie. Namun demikian, Tuan Guru Haji Abdullah seorang yang bertolak ansur dan bertoleransi dengan mazhab-mazhab lain. Dalam sesetengah keadaan, beliau menerima pakai pendapat yang dikeluarkan oleh ulama dari mazhabmazhab lain (Kamariah 2011). Walaubagaimanapun, dalam perbincangan ini, pengkaji bukan

membandingkan pendapat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah dengan pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie, sebaliknya membandingkan pendapat beliau dengan fatwa yang telah dikeluarkan dan diamalkan di Malaysia. Terdapat juga beberapa permasalahan yang tidak dibuat perbandingan pendapat beliau dengan fatwa yang diamalkan, namun terpaksa diketengahkan kerana perbuatan tersebut semakin berleluasa. (1) Zakat Pembayaran zakat, sama ada melalui beras atau wang tunai Tuan Guru Haji Abdullah membayar zakat menggunakan beras sepanjang hayat beliau (Luqman 2011; Nasimah 2011). Walau bagaimanapun, beliau tidak mencegah atau melarang masyarakat sekitar yang ingin menunaikan zakat dengan menggunakan wang, namun mereka perlu bertaqlid kepada mazhab Hanafi (Luqman 2011; Abdul Rahman 2011). Pendapat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah ini sama seperti pendapat yang dikeluarkan oleh Majlis Mufti Negeri Kelantan dan dibukukan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau ringkasnya MAIK (1987). yang menyebut bahawa:
Selain dari zakat perniagaan, zakat tidak harus dan tidak boleh memadai dikeluarkan oleh tuan punyanya atau dipungut oleh amil yang dilantik dengan harga menurut pendapat Mazhab Syafie, tetapi harus dan memadai menurut Mazhab Abu Hanifah dan a-Thawri dan satu riwayat daripada Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal.

Pembayaran terus zakat kepada asnaf tanpa melalui amil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76 pada 21-23 November 2006 telah membuat keputusan mengenai pembayaran terus zakat kepada golongan asnaf tanpa melalui amil atau pemerintah adalah seperti berikut (JAKIM t.th).:
Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.

Berbeza dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Muzakarah tersebut, Tuan Guru Haji Abdullah berpendapat bahawa masyarakat tidak berkewajipan untuk membayar kepada amil, bahkan boleh juga pembayaran zakat terus diberikan kepada golongan asnaf yang memerlukan kerana tiada nas yang menetapkan sedemikian (Luqman 2011).

338

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Zakat pendapatan: Tuan Guru Haji Abdullah tidak bersetuju dengan perlaksanaan zakat pendapatan yang dilaksanakan melalui pemotongan gaji setiap bulan (Luqman 2011; Nasimah 2011; Abdul Rahman 2011). Walaubagaimanapun, ketidaksetujuan beliau itu mempunyai alasan dan hujah yang tersendiri. Antara hujah yang beliau kemukakan adalah ketidakcukupan syarat wajib zakat iaitu cukup hawl dan nisab (Abdul Rahman 2011). Pemotongan gaji setiap bulan tidak memenuhi kedua-dua syarat tersebut. Gaji setiap bulan yang diperolehi oleh seorang penjawat awam pada zaman kini tidak mencukupi nisab yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di bandar-bandar besar (Nasimah 2011). Selain itu, Tuan Guru juga berpendapat bahawa pembayaran zakat pendapat secara bulanan ini langsung tiada asas dalam mana-mana mazhab sama ada mazhab Syafie, Maliki, Hanafi mahupun Hanbali (Luqman 2011). Namun demikian, Tuan Guru Haji Abdullah bersetuju sekiranya zakat pendapatan ini dikenakan kepada mereka yang berpendapatan yang melebihi orang lain dan melebihi kemampuan dan keperluan perbelanjaan (Nasimah 2011). Pendapat Tuan Guru Haji Abdullah ini bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dikeluarkan dalam persidangan pada 17 April 1995, yang mana dalam persidangan tersebut, perbincangan mengenai bayaran zakat gaji bulanan yang dibuat oleh majikan dengan izin atau permintaan pembayar zakat itu sendiri telah diadakan. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut (JAKIM t.th): Zakat yang dibayar melalui potongan gaji bulanan adalah sah, dengan syarat hendaklah disertakan niat pada setiap kali ianya dikeluarkan. Si pembayar zakat hendaklah mewakilkan kepada majikan bagi pengeluaran zakat gaji untuk dirinya tiap-tiap bulan. Pihak majikan hendaklah berniat mengeluar zakat bagi pihak orang yang diwakilinya secara umum setiap kali potongan zakat dibuat. (2) Pembangunan Tanah Wakaf untuk Tujuan Selain daripada Niat Pewakaf: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf. Muzakarah telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas

khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam. (JAKIM t.th). Bagi Tuan Guru Haji Abdullah pula, beliau berpendapat bahawa pembangunan tanah wakaf mestilah mengikut niat asal pewakaf. Haram bagi pihak berkaitan untuk membangunkan tanah wakaf untuk tujuan yang berbeza daripada tujuan asal pewakaf (Luqman 2011). Pendapat Tuan Guru Haji Abdullah ini selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Kelantan yang menyebut bahawa (MAIK 1987).: Apa-apa benda wakaf tidak harus diubah tujuan orang yang mewakafnya. Ertinya, wakaf tersebut tidak harus diubah kepada tujuan yang lain dan tidak harus diubah sifat-sifatnya yang asal melainkan dengan sesuatu sebab yang memaksa berbuat demikian. Jadi sekiranya tanah wakaf itu terpaksa diambil untuk satu-satu kegunaan atau satu-satu maslahat maka hendaklah dibayar dengan harga yang patut, dan harga itu hendaklah digunakan untuk mengganti tanah wakaf yang diambil itu atau untuk maslahat umum menurut pandangan nazir (penjaga). wakaf. (3) Pemindahan Organ: Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23-24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus). dalam Islam, dan di atas kebenaran penderma. Pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambil kira: Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota dalam kes kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya dalam kes kematian akibat kemalangan (JAKIM t.th). Tuan Guru Haji Abdullah tidak bersetuju dengan amalan pendermaan organ yang diamalkan. Bagi Tuan Guru Haji Abdullah, walaupun pada pandangan mata kasar, mayat merupakan sekujur

339

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

badan yang tidak bernyawa, namun pada hakikatnya, mayat tersebut hidup dan berada di alam yang lain. Oleh itu, segala perbuatan yang dilakukan ke atas badan tersebut akan dapat dirasai, termasuklah pembedahan untuk mengambil organ dari dalam tubuhnya. Sekiranya pendermaan organ daripada insan yang telah meninggal dunia tidak dipersetujui oleh Tuan Guru Haji Abdullah, maka pendermaan organ oleh insan yang masih hidup kepada insan yang lain lebih-lebih lagi ditentang oleh beliau (Luqman 2011). Antara hujah yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Abdullah adalah pemindahan atau pendermaan organ mungkin akan memberi kesan jangka panjang kepada penderma yang masih hidup (Luqman 2011). Perkara yang akan berlaku pada masa hadapan merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran. Sebagai contoh, seseorang mendermakan salah satu buah pinggang kepada seseorang. Pada masa akan datang, adakah dapat dipastikan bahawa satu buah pinggang yang masih ada dalam dirinya itu akan dapat berfungsi dengan baik sehingga ke akhir hayatnya? Sudah tentu tidak. Oleh itu, pendermaan organ meletakkan seseorang itu ke kancah kebinasaan yang diciptanya sendiri. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan belanjakanlah (harta bendamu). di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-Quran, al-baqarah 2:195).

Menyimpan atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah bagi kemaslahatan umum adalah harus. Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah selari dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah. Tuan Guru Haji Abdullah berpendapat haram melengah-lengahkan urusan pengebumian jenazah sekiranya khuarit keadaan mayat tersebut akan berubah dan mengeluarkan bau (Abdul Rahman 2011; Zakaria 2011). Walaubagaimanapun, sekiranya kelewatan urusan pengebumian jenazah itu kerana ada sebab yang diizinkan syarak, maka ia dibenarkan selagi ia tidak berubah. Sama seperti situasi di atas, Tuan Guru Haji Abdullah mengatakan haram menggali semula jenazah melainkan dengan adanya sebab. (4) Bedah Siasat Mayat: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat sebanyak dua kali. Dalam persidangan kali pertama yang berlangsung pada 2425 Sep 1984 telah membincangkan mengenai PostMortem Mayat. Muzakarah telah memutuskan bahawa pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat). sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup. Manakala dalam persidangan kedua yang berlangsung pada 27 Januari 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Bedah Siasat Ke Atas Mayat Yang Bukan Dikategorikan Kematian Kerana Kes Jenayah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan (JAKIM t.th).

Walaubagaimanapun, menurut Abdul Rahman (2011)., Tuan Guru Haji Abdullah pernah mengeluarkan pendapat yang mengizinkan pemindahan organ berlaku dalam situasi-situasi tertentu dan mengikut kaedah-kaedah yang tertentu. Namun, pengkaji tidak mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai situasi-situasi dan cara-cara tersebut memandangkan Abdul Rahman tidak dapat menjelaskannya kerana beliau telah terlupa. (3) Melewatkan Urusan Pengebumian Jenazah Dan Menggali Semula Kubur: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah. Muzakarah telah memutuskan bahawa (JAKIM t.th).: Pengkebumian mayat hendaklah disegerakan. Perbuatan sengaja melambat-lambatkan pengkebumian adalah haram. Pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya. Tindakan melambatlambatkan siasatan sehingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan adalah juga haram.

Tuan Guru Haji Abdullah tidak bersependapat dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini. Tuan Guru Haji Abdullah mengatakan haram melakukan bedah siasat ke atas mayat kerana ia akan menyakiti si mati (Abdul Rahman 2011 dan Zakaria, 2011). Tambahan pula, bedah siasat ke atas mayat akan melewatkan urusan pengebumian si mati. (5) Pembinaan Monumen untuk Memperingati Sesuatu Peristiwa atau Seseorang: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Muzakarah telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya

340

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya. Walau bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalanamalan lain yang bertentangan dengan syarak. Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk Bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan. Tuan Guru Haji Abdullah mengatakan bahawa haram membina tugu atau monumen untuk memperingati seseorang atau sesuatu perkara. Menurut Abdul Rahman (2011). sekiranya dalam sesebuah rumah itu mempunyai patung yang cukup lengkap sifatnya dan anggota badannya, maka 1) malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah tersebut. Oleh itu, sekiranya dilihat dalam skop yang lebih besar, sebuah rumah boleh dianggap sebagai sebuah bangunan, sebuah kampung, sebuah negeri atau sebuah negara. Tambahan pula, perkara ini telah ditegah oleh Allah s.w.t dalam al-Quran di mana Allah s.w.t. telah berfirman yang berbunyi:
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum). khamar, berjudi, (berkorban untuk). berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan (al-Maidah 5:90).

kerana tanah itu dikira masih menjadi miliknya bahagian yang termaklum.

(7) Penggunaan Kemudahan Masjid untuk Kepentingan Peribadi: Masjid merupakan rumah Allah yang digunakan oleh golongan Muslim untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan ianya termasuk dalam kategori harta awam. Lebih-lebih lagi pengurusan masjid kebanyakannya adalah bersumberkan wang yang diderma oleh masyarakat. Kebelakangan ini, kelihatan ramai daripada masyarakat yang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak masjid dengan sewenangwenangnya. Menurut Abdul Rahman (2011)., Tuan Guru Haji Abdullah mengatakan perbuatan tersebut adalah tidak dibenarkan. Penggunaan harta awam mestilah untuk memenuhi maslahat umum, bukannnya maslahat persendirian. Perbuatan mengecas telefon bimbit di masjid, menggunakan air masjid untuk membasuh kereta dan lain-lain perbuatan lagi adalah ditegah. Malah, memasang kipas ketika bersendirian di masjid juga tidak dibenarkan. Sekiranya seseorang ingin membuat perbuatan tersebut juga, maka dia perlu membayar kos yang berpatutan dengan perkara yang telah digunakan. (8) Aktiviti dan Wang Yang Diperolehi daripada Kesenian: Aktiviti kesenian merupakan salah satu daripada aktiviti yang semakin menjadi tumpuan oleh sebahagian daripada masyarakat di Malaysia sebagai salah satu sumber mencari rezeki. Aktiviti kesenian ini bukanlah sesuatu aktiviti yang ditegah sama sekali dalam Islam, namun perlu mengikut landasan yang telah ditetapkan. Bagi Tuan Guru Haji Abdullah, beliau berpendapat aktiviti kesenian yang tidak berteraskan kepada ajaran Islam adalah haram (Zakaria 2011). Aktiviti nyanyian yang tidak mengandungi ciri-ciri keislaman tidak boleh diceburi oleh kaum Muslimin. Seni kata yang tidak membawa kepada mengingati Allah s.w.t, persembahan yang tiada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, dan lain-lain lagi merupakan unsur-unsur yang membawa kepada pengharama aktiviti kesenian. Apabila sesuatu aktiviti sudah termasuk dalam kategori haram, maka segalah hasil titik peluh dan keringat yang berkaitan dengan aktiviti tersebut juga dikira haram. Oleh itu, segala wang yang diperolehi daripada hasil kesenian yang mempunyai unsurunsur haram akan termasuk dalam kategori wang haram (Abdul Rahman 2011). (9) Penyimpanan Wang di Bank: Tuan Guru Haji Abdullah tidak menyimpan wang di bank hampir sepanjang hayat beliau. Beliau hanya mula menyimpan wang di bank beberapa tahun sebelum kematian beliau (Nasimah 2011 dan Luqman, 2011). Tuan Guru Haji Abdullah mengganggap Bank Islam Malaysia Berhad sahaja yang beroperasi mengikut hukum dan landasan syarak dengan betul (Luqman

(6) Pembangunan di Atas Tanah Kubur: Bagi Tuan Guru Haji Abdullah, mendirikan bangunan di atas tanah perkuburan adalah haram sekiranya bangunan yang didirkan tersebut bersifat kekal dan tidak boleh dialihkan (Abdul Rahman 2011; Zakaria 2011). Namun, sekiranya bangunan seperti wakaf yang dibina oleh waris si mati di atas tanah perkuburan boleh dialihkan ke tempat lain, maka hukumnya dibolehkan. Pendapat Tuan Guru Haji Abdullah ini selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan yang menyebutkan bahawa (JAKIM t.th.):
Tanah yang diwakaf atau diwasiat bagi tujuan mengebumikan mayat tidak harus bagi siapa pun, termasuk orang yang mewakafkannya, menggunakannya untuk tujuan yang lain selain dari mengebumikan mayat. Mengambil manfaat dengan tanah tersebut mestilah dikenakan sewa yang berpatutan di mana pendapatan sewa akan diuruskan oleh imam (pemerintah). untuk kepentingan perkuburan itu juga iaitu untuk kepentingan orang hidup dan orang mati seperti membeli kain kapan dan sebagainya. Adapun tanah wasiat untuk perkuburan, ianya boleh digunakan untuk tujuan lain sebelum kematian orang yang membuat wasiat

341

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

2011). Sebelum membuka akaun simpanan di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)., beliau hanya menyimpan wang di rumah beliau. Bagi Tuan Guru Haji Abdullah, keuntungan yang diberikan oleh pihak bank selain daripada BIMB adalah riba (Luqman 2011). Apabila sesuatu harta itu dianggap riba, maka haram digunakan untuk kegunaan diri sendiri. Sekiranya ingin digunakan juga, wang tersebut boleh digunakan untuk membayar sebarang bil, membeli minyak petrol untuk kereta dan lain-lain (Abdul Rahman 2011). Namun, seeloknya wang itu digunakan untuk kemaslahatan umum seperti digunakan untuk pembinaan jambatan, penurapan jalan raya, pembinaan dewan serba guna dan sebagainya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat awam secara keseluruhannya (Abdul Rahman 2011). Pendapat Tuan Guru Haji Abdullah seiring dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang telah bersidang pada 2325 Jun 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Dalam persidangan tersebut, Muzakarah telah memutuskan bahawa (JAKIM t.th): Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: Diserah kepada Baitulmal untuk maslahahmaslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; Diserah kepada golongan fakir miskin; atau Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. Pengkaji berpendapat bahawa penyimpanan wang hanya boleh dibuat di BIMB sahaja dan keuntungan yang diberikan oleh bank-bank lain sebagai riba yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah semasa bank-bank lain masih belum mengambil langkah untuk menawarkan produk yang berunsurkan Islam dan menjalankan operasi perniagaan mengikut syarak. Oleh itu, apabila dilihat kepada perkembangan semasa di mana bank-bank konvensional sudah mula menawarkan produk-

produk yang berteraskan Islam, mungkin pendapat Tuan Guru Haji Abdullah akan bertukar sekiranya beliau masih hidup lagi. KESIMPULAN Tuan Guru Haji Abdullah banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu agama Islam melalui pendapat yang telah dikeluarkan. Terdapat sebahagian daripada pendapat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, manakala sebahagian yang lain tidak selari dan bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh kedua-dua agensi tersebut. Sebahagian daripada pendapatpendapat yang diperolehi ini tidak dapat dihuraikan dengan sepenuhnya kerana responden yang ditemui tidak dapat mengingati sepenuhnya penjelasan yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Abdullah. NOTA HUJUNG
1

Istilah jong kako merupakan istilah yang digunakan di negeri kelantan. Istilah ini digunakan kepada mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan dan menghidangkannya kepada tetamu dan masih diamalkan sehingga kini terutama di kampung-kampung. Biasanya jong kako terdiri daripada sanak saudara dan ahli keluarga penganjur majlis atau anak-anak muda. RUJUKAN al-Quran Abdul Hafiz Abdullah & Hasimah Muda. 2006. Peranan ulama pondok dalam pengajian tafsir alQuran: kajian di tiga buah pondok negeri Kelantan. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan Dan Pemikiran Ulama Melayu, hlm. 21-34. Abdul Rahman bin Omar. 2011. Pendapat Tuan Guru Haji Abdullah. Temu bual, 11 Jun. Abdullah bin Yusuff. 2011. Kegiatan seharian, peribadi, peranan, mazhab pegangan dan kitab pengajaran Tuan Guru Haji Abdullah. Temu bual, 3 Jun. Abu Musaddad. 2008. Kembalinya Seorang Ulama Ke Rahmatullah: http://ibnismail.wordpress. com/2008/03/19/kembalinya-seorang-ulama-kerahmatullah/ [25 Disember 2010]. Ali Mahfuz. 1985. Bahaya Bidah Dalam Islam. Terj. Jafar Suwarjo Ba & Rahnip M. Ba. Surabaya: Pustaka Progresif. Anon. 2009. Perkara asas tentang mazhab. Solusi Isu No. 6: 9. Ezad Azraai Jamsari & Fazlini Mohd. Zain. 2006 Peranan dan sumbangan Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman dalam Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan.

342

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan Dan Pemikiran Ulama Melayu, hlm. 198-212. Ghazali Ibrahim. 2009. Penggunaan Harta Pusaka Dalam Urusan Jenazah. Solusi Isu No. 6: 66-67 Jaffary Awang, Khairuddin Mohd Amin & Rodiah Yusoff. Peranan dan sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman dalam bidang keilmuan dan pembangunan masyarakat. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan Dan Pemikiran Ulama Melayu, hlm. 326-333. JAKIM. t.th. Derma organ - pemindahan jantung dan mata: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Derma-Organ-Pemindahan-JantungDan-Mata [25 Disember 2010]. JAKIM. t.th. Fatwa berhubung kad kredit: Www.EFatwa.Gov.My/Fatwa-Negeri/Fatwa-BerhubungKad-Kredit [20 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Fatwa mengenai bayaran zakat gaji bulanan yang dibuat oleh majikan dengan izin atau permintaan pembayar zakat itu sendiri: Www.E-Fatwa.Gov.My/ Fatwa-Negeri/FatwaMengenai-Bayaran-Zakat-Gaji-Bulanan-YangDibuat-Oleh-Majikan-Dengan-Izin-Atau-Per [30 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Hukum bedah siasat ke atas mayat yang bukan dikategorikan kematian kerana kes jenayah: Www.E-Fatwa.Gov.My/Fatwa-Kebang saan/Hukum-Bedah-Siasat-Ke-Atas-Mayat-Yang Bukan-Dikategorikan-Kematian-Kerana-KesJenay [5 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Hukum membangunkan tanah wakaf khas dengan pembangunan selain daripada niat asal pewakaf: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Hukum-Membangunkan-TanahWakaf-Khas-Dengan-Pembangunan-SelainDaripada-Niat-Asal-Pe. [20 Februari 2011]. JAKIM. t.th. Hukum memberi zakat kepada orang bukan islam bagi tujuan dakwah: Www.EFatwa.Gov.My/Fatwa-Negeri/Hukum-MemberiZakat-Kepada-Orang-Bukan-Islam-Bagi-TujuanDakwah [1 Februari 2011]. JAKIM. t.th. Hukum mempromosikan produk insurans konvensional menurut perspektif syariah: Www.E-Fatwa.Gov.My/Fatwa-Kebang saan/Hukum-Mempromosikan-Produk-InsuransKonvensional-Menurut-Perspektif-Syariah [3 Mac 2011]. JAKIM. t.th. Hukum mengagihkan zakat secara persendirian dan qada zakat: Www.EFatwa.Gov.My/Fatwa-Kebangsaan/HukumMengagihkan-Zakat-Secara-Persendirian-DanQada-Zakat [20 Februari 2011]. JAKIM. t.th. Hukum menggunakan kaedah autopsi maya sebagai alternatif kepada bedah siasat mayat: Www.E-Fatwa.Gov.My/ FatwaKebangsaan/Hukum-Menggunakan-KaedahAutopsi-Maya-Sebagai-Alternatif-KepadaBedah-Siasat-Mayat [23 Januari 2011].

JAKIM. t.th. Hukum pelaksanaan takaful di Malaysia: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Hukum-Pelaksanaan-Takaful-DiMalaysia [11 Februari 2011]. JAKIM. t.th. Hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Hukum-Pelancong-Bukan-IslamMemasuki-Masjid-Dan-Ruang-Solat-Utama-DiDalam-Masjid [1 Mac 2011]. JAKIM. t.th. Insurans: Www.EFatwa.Gov.My/Fatwa-Kebangsaan/Insurans-0 [2 Februari 2011]. JAKIM. t.th. Kahwin lari di Selatan Thailand: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Kahwin-Lari-Di-Selatan-Thailand-0 [1 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Mengenai pemindahan zakat ke daerah lain: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaNegeri/Mengenai-Pemindahan-Zakat-KeDaerah-Lain-0 [1 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Merokok dari pandangan Islam: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Merokok-Dari-Pandangan-Islam [22 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Pembinaan monumen peringatan bagi angkatan tentera: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Pembinaan-Monumen-PeringatanBagi-Angkatan-Tentera [1 Mac 2011]. JAKIM. t.th. Penyaluran harta tidak patuh syariah ke baitulmal dan institusi Islam lain: Www.EFatwa.Gov.My/Fatwa-Kebangsaan/PenyaluranHarta-Tidak-Patuh-Syariah-Ke-Baitulmal-DanInstitusi-Islam-Lain [13 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dua marhalah mengikut mazhab al-Syafie: Www.E-Fatwa.Gov.My/FatwaKebangsaan/Perkahwinan-Lari-MeninggalkanWali-Lebih-Dua-Marhalah-Mengikut-MazhabAl-Syafie [4 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Post-mortem mayat: Www.EFatwa.Gov.My/Fatwa-Kebangsaan/PostMortem-Mayat [10 Januari 2011]. JAKIM. t.th. Wanita haid memasuki masjid untuk tujuan pembelajaran semata-mata: Www.EFatwa.Gov.My/Fatwa-Kebangsaan/Wanita-HaidMemasuki-Masjid-Untuk-Tujuan-PembelajaranSemata-Mata [11 Januari 2011]. Kamariah Abdul Ghani. 2011. Biodata, pendidikan, perkahwinan, kegiatan seharian, peribadi, peranan, anugerah, kematian, dan mazhab pegangan Tuan Guru Haji Abdullah Temu bual. Luqman Abdullah. 2011. Pendidikan, perkahwinan, peribadi, kemasyhuran dan pendapat Tuan Guru Haji Abdullah. Temu bual, 20 Mei. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. 1987. Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Jil. 1. Kota Bharu: Diyan Dar Al-Naim

343

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Mohamed Suhaimi Bin Mostapar. 2008. Metode Pengajian Fiqh Di Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Diserterasi, Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysia Mohd Masri. 2007. Hukum tengok wayang. Http://Soaljawab.Wordpress.Com/2007/07/01/H ukum-Tengok-Wayang/ [2 Januari 2011]. Mohd. Al-Adib Samuri. 2009. Mengintip (altajassus) yang dibenarkan. Solusi Isu No. 6: 2426 Muhamad Mahmud. 2006. Satu abad hijriyyah ulama Kelantan (1301-1400): sebuah lakaran awal. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan Dan Pemikiran Ulama Melayu, hlm. 810-819 Muhammad Uthman El-Muhammady. 2006. Ketokohan ulama Melayu. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan Dan Pemikiran Ulama Melayu, hlm. 511-519 Muhammad Khairil Faisal Abdul Murad. 2010. Pengenalan kepada 2 karya hadis: http://khairilfaisal.blogspot.com/2010/06/pengen alan-kepada-2-karya-hadis.html [3 Januari 2011]. Muhammad. Jawwad Muhgniyyah. 2007. Al-Fiqh Ala Al-Mazahib Al-Khamsah. Qaherah: Maktabah Al-Syuruq Al-Dawliyyah. Muhammad Nuruddin Al-Makki. 1997. Penjelasan Lengkap Hukum Dan Persoalan Utama Berkaitan Darah-Darah Haid, Nifas Dan Istihadhah. Terj. Muhammad Ramzi Omar Pokok Sena: al-Maahad Ali Littafaqquh Fiddin

Nasimah binti Abdullah. 2011. Perkahwinan dan pendapat Tuan Guru Haji Abdullah Temu bual, 24 April. Nizaita Omar & Zulkifly Muda. Penglibatan ulama dalam pentadbiran: kesannya terhadap perkembangan dakwah dan kestabikan politik di Terengganu. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan Dan Pemikiran Ulama Melayu, hlm. 544-550 Raja Nur Afida Binti Raja Idris. 2009. Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman (19332008) Pengasuh April/Mei/Jun: 44-51 Saad Yusuf Abu Aziz. 2006. Buku Pintar Sunnah & Bidah. Terj. H. Masturi Irham, Lc & H. Mohd Asmui Taman, Lc. Jakarta Timur: Pustaka AlKauthar Shamsul Bahri Bin Abdullah. 2002. Sejarah Perkembangan Pondok Di Kelantan, Satu Kajian Terhadap Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas Kelantan. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Siti Maryam binti Daud. 2011. Peribadi dan peranan Tuan Guru Haji Abdullah Temu bual, 5 Jun. Wan Zulkifli bin Wan Hassan. 2011. Perkahwinan. Temu bual, 13 Mac. Zakaria bin Sulaiman. 2011. Pendapat Tuan Guru Haji Abdullah. Temu bual, 14 Jun.

344

You might also like