You are on page 1of 58

DRAF280610

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MODUL PENGAJARAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM TERAS TEMA DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 1

Terbitan

KementerianPelajaranMalaysia
BahagianPembangunanKurikulum

2010

DRAF280610

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

DRAF280610

Kandungan
Pengenalan Komputer Pertama Saya Mari Belajar MS Word Mari Belajar MS PowerPoint Mari Belajar MS Paint Meneroka Dunia Di Hujung Jari Aktiviti Pengayaan

Muka Surat
1 3 13 27 37 45 51

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

Kepentingan menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam abad ke-21 ini memang tidak dapat dinafikan. Keupayaan menguasai kemahiran TMK dapat membantu individu mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin hari semakin pantas berubah. Justeru itu, pendedahan kepada TMK perlulah dilaksanakan pada peringkat awal dengan secara terancang dan sistematik agar budaya TMK dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih positif. Menyedari kepentingan ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil inisiatif membangunkan Modul Pengajaran TMK Tahun 1. Guru boleh merujuk kepada aktiviti pengajaran di dalam modul ini untuk mendapatkan gambaran dan idea bagaimana merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai Standard Pembelajaran TMK Tahun 1. Modul Pengajaran TMK Tahun 1 ini juga berfungsi sebagai rujukan kepada guru untuk memahami pendekatan P&P TMK iaitu Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI TMK.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan Modul Pengajaran TMK Tahun 1 ini. Adalah diharapkan ianya akan dapat membantu guru melaksanakan aktiviti berasaskan TMK yang mendorong murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran MALAYSIA

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

ii

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

Keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan elemen yang penting dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Ini merupakan satu cabaran bagi sistem pendidikan negara ke arah menghasilkan generasi yang celik TMK. Cabaran perlu ditangani dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Seleras dengan keperluan semasa, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membangunkan Modul Pengajaran TMK Tahun 1 sebagai panduan untuk guru mengajar kemahiran TMK dengan berkesan bagi mencapai Standard Pembelajaran TMK Tahun 1. Dengan adanya panduan ini, guru bolehlah membuat perancangan yang lebih rapi seperti mengubahsuai aktiviti P&P bagi memenuhi keperluan murid agar pembelajaran menjadi lebih seronok serta membentuk guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Guru digalakkan menggunakan perkakasan dan perisian TMK serta kemudahan Internet yang terdapat di sekolah. Guru juga digalakkan untuk muat turun perisian percuma yang berkaitan dengan mata pelajaran seperti Animated Beginning Typing dan Basic Mouse Skill dari laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (http://www.moe.gov.my/bpk). Aktiviti yang dicadangkan di dalam eksemplar ini hendaklah dijalankan di makmal komputer. Bagi sekolah yang tiada makmal komputer, aktiviti bolehlah dijalankan di bilik darjah dengan memberi peluang murid mencuba secara hands-on.

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

Modul Pengajaran TMK Tahun 1

DRAF280610

MODUL PENGAJARAN KOMPUTER PERTAMA SAYA TAHUN 1

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

Topik: Penerangan:

Komputer Pertama Saya Dalam modul ini, murid akan belajar dan mengenali komponen komputer. Mereka juga akan belajar bagaimana untuk menghidupkan dan mematikan komputer dalam turutan yang betul. Etika menggunakan TMK akan turut diajar di dalam modul ini. Murid akan dapat: 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. 1.1 Mengenal pasti bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci, unit system, pemacu CD-ROM, pemacu cakera liut, mikrofon dan pembesar suara). Menghidupkan dan mematikan suis (turn on, turn off), menghidupkan dan mematikan komputer (turn on, turn off), mengikut tatacara yang betul. Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor. Menggunakan tetikus untuk klik dan klik dua kali. Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK. Bekerjasama dengan rakan sekelas semasa menggunakan komputer. dalam kelas

Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:

1.2

1.3 1.5 1.6 1.7 Tempoh Masa: Kreativiti:

2 jam Kesesuaian susun atur peralatan asas komputer mengikut keperluan individu. a. Perkakasan dan peralatan asas komputer. b. Jika tiada, guru boleh menyediakan carta atau gambar. 1. Kedudukan butang (ON) berbeza dari satu unit sistem dengan unit sistem yang lain. 2. Apabila tetikus digerakkan, penuding dan kursor akan turut bergerak pada skrin mengikut pergerakan tetikus. Cuba gerakkan dan kawal kursor dengan menggunakan tetikus. 3. Pastikan guru merujuk gambar rajah 10 sehingga gambar rajah 14 dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya untuk melakukan aktiviti menggunakan perkakasan komputer.

Sumber :

Nota Guru:

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

4. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas. 5. Guru digalakkan untuk mencetak hasil kerja murid secara berkumpulan. Di akhir tahun, semua murid diberi peluang menggunakan pencetak. 6. Belajar perisian percuma yang dibekalkan bersama modul ini. Perisian ini juga boleh dimuat turun dari laman web BPK di http:www.moe.gov.my/bpk/. Standard TMK Aktiviti: 1. Memaklumkan kepada murid mengenai 1.6, 1.7 perkara yang boleh dibuat ketika menggunakan TMK dan juga ketika berada di dalam makmal komputer.

Perkara yang SEPATUTNYA dilakukan ketika menggunakan TMK: Ikut peraturan Makmal Komputer. Buka dan tutup komputer dengan cara yang betul. Rujuk masalah yang dihadapi kepada guru dengan segera. Pastikan Makmal Komputer sentiasa bersih.

2. Memperkenalkan perkakasan komputer 1.1 kepada murid seperti gambar rajah 1 serta memberi penerangan mengenai fungsinya. Guru melatih tubi murid sebutan dan ejaan.

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

PERKAKASAN KOMPUTER

Gambar rajah 1

3. Memperkenalkan komponen-komponen komputer seperti gambar rajah 2 hingga 7.

Pemacu CD-Rom

Unit sistem

Pemacu cakera

Gambar rajah 2

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

Papan kekunci Gambar rajah 3

Monitor Gambar rajah 4

Pembesar suara Gambar rajah 5

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

Tetikus Gambar rajah 6

Set fon telinga bersama mikrofon. Gambar rajah 7

4. Menunjukkan cara untuk menghidupkan 1.2 dan mematikan komputer dalam turutan yang betul seperti berikut: 4.1. Tekan butang BUKA pada sistem unit seperti gambar rajah 8.

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

Gambar rajah 8

4.2. Tekan butang BUKA pada monitor seperti gambar rajah 9 di bawah ini.

Gambar rajah 9 5. Cara menggunakan tetikus dengan betul 5.1 Lihat gambar rajah 10 di bawah, pegang dan gerakkan tetikus. 1.5

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

Gambar rajah 10 5.2 Memberi penerangan fungsi klik dan klik dua kali. Murid menggunakan Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya.

6. Menutup komputer dengan cara yang betul. 6.1 Klik dengan menggunakan tetikus seperti dalam gambar rajah 11. (Rujuk Gambar rajah 15 di dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya). 6.2 Pilih Turn Off Computer seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 11.

2 1 Gambar rajah 11

10

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

6.3 Seperti gambar rajah 12, klik butang Turn Off pada menu Turn Off Computer. (Rujuk gambar rajah 16 di dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya)

3 Gambar rajah 12

6.4 Tekan butang tutup pada monitor seperti gambar rajah 12. (Rujuk gambar rajah 17 di dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya)

Gambar rajah 12

11

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

7. Kedudukan penjarian papan kekunci pada 1.3 gambar rajah 13.

SD F A

L ;

Gambar rajah 13

Pentaksiran:

1. Murid tunjuk dan terangkan tentang komponen komputer. 2. Murid tunjuk dan terangkan kedudukan kekunci abjad dan nombor. 3. Murid menerangkan bagaimana membuka dan menutup komputer. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya. Murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.

Pemulihan:

12

Komputer Pertama Saya Tahun 1

DRAF280610

MODUL PENGAJARAN MARI BELAJAR MICROSOFT WORD (MS WORD) TAHUN 1


13

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610 Topik: Penerangan: Modul Mari Belajar MS Word Dalam modul ini, murid akan belajar menaip empat baris ayat dan menyisip grafik. Mereka akan belajar mengenai fungsi kekunci Enter, Space Bar, Backspace dan Delete. Modul ini dibina berdasarkan perisian MS Office 2003. Murid akan dapat: 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Memilih dan bersesuaian. mengaplikasikan sumber TMK yang

Standard Kandungan:

2.0

7.0 Standard Pembelajaran: 1.3 1.4 2.1

Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea maklumat secara kreatif dan inovatif.

dan

Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor. Menyatakan fungsi kekunci Backspace dan Delete. Enter, Space Bar,

Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan perisian persembahan (MS Word). Menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word) untuk menghasilkan teks berserta grafik dalam satu halaman. Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan (MS Word) atau perisian persembahan (MS PowerPoint) secara kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea atau konsep sedia ada.

2.3

7.1

Tempoh Masa : Kreativiti: Sumber: Nota Guru:

2 jam Murid menghasilkan satu karangan mengandungi empat baris ayat beserta menyisip grafik secara berkreatif. a. 1. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS Word. Modul ini disediakan berdasarkan Microsoft Office 2003. Jika sekolah dibekalkan perisian ini, guru diminta memberi penerangan perbezaan fitur antara muka. Guru digalakkan menyediakan satu folder bunga di dalam My Documents.

2.

14

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610 3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid. Jika terdapat kekangan masa, guru hendaklah mengajar cara simpan fail dan keluar aplikasi . Aktiviti ini terdapat di dalam modul pembelajaran murid. Standard TMK Aktiviti: 1. Guru menghidupkan bekalan kuasa dan komputer murid. Aktiviti 1: Membuka Aplikaasi MS Word Guru menunjukkan cara memulakan aplikasi MS Word seperti gambar rajah 1 dan 2 akan terpapar. Langkah 1: Klik Start. Langkah 2: Klik All Programs. Langkah 3: Pilih Microsoft Office. Langkah 4: Klik Microsoft Office Word 2003.

4. 5.

2.1

4 2 1 Gambar rajah 1

15

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

Gambar rajah 2

Aktiviti 2: Mengenali Antara Muka MS Word 1. Guru menerangkan mengenai antara muka MS Word seperti gambar rajah 3. a. Bar menu. b. Bar tatal. c. Ruang kerja.

b c

Gambar rajah 3

2. Guru menerangkan mengenai menu File yang terdapat pada aplikasi MS Word seperti gambar rajah 4.

16

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

Gambar rajah 4

Aktiviti 3: Mengenalpasti Kekunci Pada Papan Kekunci Mengenal pasti kedudukan kekunci pada papan kekunci seperti gambar rajah 5.
Kekunci Nombor Kekunci Undur Ruang (Backspace)

1.3

Kekunci Hapus (Delete)

Kekunci Abjad Kekunci Palang Penjarak (Space Bar) Kekunci Enter

Kekunci Nombor

Gambar rajah 5

17

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610 Aktiviti 4: MengenalL Pasti Fungsi Kekunci 1. Guru menerangkan fungsi kekunci Enter, Space Bar, Backspace dan Delete. Murid menceritakannya semula. A. Palang Penjarak (Space Bar) a.Taip perkataan Bunga, Kekunci palang penjarak tekan . 1.4, 2.2

b. Selepas itu, taip perkataan saya.

c. Paparan seperti gambar rajah 6 akan kelihatan.

Gambar rajah 6

B. Undur Ruang (Backspace)


sekali. a. Tekan kekunci Paparan seperti gambar rajah 7 akan diperolehi. Minta murid menjelaskan hasilnya.

Gambar rajah 7

18

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

b. Tekan kekunci dua kali secara berturut dan lihat apa yang berlaku seperti gambar rajah 8.

Gambar rajah 8

c. Taip huruf yang hilang sekali lagi seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 9.

Gambar rajah 9

C. Hapus (Delete) Murid akan belajar dua cara memadam iaitu guna kekunci hapus (Delete) dan undur ruang (Backspace). a. Gunakan kekunci anak panah untuk menggerakkan kursor sebelum perkataan saya seperti dalam gambar rajah 10.

19

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

Gambar rajah 10 b. Tekan kekunci hapus Delete sekali dan minta murid maklumkan lihat apa yang berlaku seperti gambar rajah 11.

Gambar rajah 11 c. Taip huruf yang hilang sekali lagi seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 12.

Gambar rajah 12

20

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

d. Minta murid memadam perkataan bunga saya menggunakan salah satu cara memadam. D. Enter Taip ayat mengikut langkah di bawah seperti gambar rajah 13.

Langkah 1: Bunga mawar. Tekan kekunci Enter

Langkah 2: Taip ayat Bunga mawar itu wangi. Tekan kekunci

1 2

Gambar rajah 13

Langkah 3: Taip ayat Bunga mawar itu sangat cantik. Bunga mawar mempunyai duri. Langkah 4: Bawa kursor selepas perkataan cantik dan tekan Enter. Murid memaklumkan hasil kerja.

21

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610 AktivitiI 5: Menyisip Grafik Murid akan belajar dua cara menyisip grafik iaitu dari Clip Art dan From File. A. Guru menunjukkan cara menyisip grafik dari Clip Art seperti gambar rajah 14 dan 15. 2.3

Langkah 1: Klik Insert. Langkah 2: Klik Picture. Langkah 3: Klik Clip Art.

2 3

Gambar rajah 14

Langkah 4 : Taip perkataan flower di dalam kotak carian.

Langkah 5 : Klik

Langkah 6 : Klik pada grafik rose. Langkah 7 : Grafik akan kelihatan pada ruang kerja seperti gambar rajah 15.

22

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610 4 5 6 7

Gambar rajah 15

B. Guru menunjukkan cara menyisip grafik dari From File seperti gambar rajah 16, 17 dan 18.

2 3

Gambar rajah 16

23

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

5 Gambar rajah 17

6 7

8 Gambar rajah 18

Aktiviti 6: Menyimpan Fail Guru meminta murid menyimpan hasil kerja di dalam My Document seperti gambar rajah 19. Langkah 1: Klik File. Langkah 2: Klik Save. 2.1

24

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

1 2

Gambar rajah 19

Langkah 3: Taip perkataan mawar dalam kotak File name seperti gambar rajah 20. Langkah 4: Klik Save.

3
4

Gambar rajah 20

Aktiviti 7: Menutup Aplikasi MS Word Murid menutup aplikasi MS Word seperti gambar rajah 21. Langkah 1: Klik File. Langkah 2: Klik Exit.

25

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

Gambar rajah 21

Pentaksiran:

1. Murid tunjuk dan terangkan cara memulakan aplikasi MS Word. 2. Murid tunjuk dan terangkan cara menyisip grafik.

2.1, 2.3

Pemulihan:

Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya dimana murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut. Murid menaip beberapa ayat mengenai pilihan bunga yang digemari serta menyisipkan grafik dari Clip Art. 7.1

Pengayaan:

26

Mari Belajar MS Word Tahun 1

DRAF280610

MODUL PENGAJARAN MARI BELAJAR MICROSOFT POWERPOINT (MS POWERPOINT) TAHUN 1

31

Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1

DRAF230610 Topik: Pengenalan: Mari Belajar MS PowerPoint Dalam modul ini, murid akan belajar menghasilkan dua slaid persembahan MS PowerPoint. Mereka juga akan belajar cara menaip teks dan menyisip grafik.

Standard Kandungan:

Murid akan dapat: 2.0 Memilih dan bersesuaian. 4.0 7.0

mengaplikasikan

sumber

TMK

yang

Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat. Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif. Membuka dan menyimpan fail grafik, pemprosesan perkataan dan perisian persembahan (Paint, MS Word dan MS PowerPoint). Menggunakan perisian persembahan (MS PowerPoint) untuk menghasilkan dua slaid persembahan yang menggunakan teks dan grafik. Menyampaikan idea menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint). Menggunakan (MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint). 2 jam.

Standard Pembelajaran:

2.1

2.5

4.1 7.1

Tempoh Masa: Kreativiti:

Murid menghasilkan dua slaid persembahan MS PowerPoint yang kreatif dan mengandungi teks serta grafik. a. b. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. Gambar kucing dan arnab hendaklah disediakan oleh guru di komputer murid. Guru diminta merujuk Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. Guru hendaklah menyediakan satu folder yang mengandungi grafik kucing dan arnab. Grafik ini diletakkan dalam folder My Picture dalam komputer murid. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid mengikut kumpulan.

Sumber:

Nota Guru:

1. 2.

3.

4.

32

Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1

Aktiviti:

1. Guru menghidupkan semua komputer muridmurid. 2. Guru menunjukkan cara memulakan aplikasi MS PowerPoint seperti gambar rajah 1. Langkah 1: Klik Langkah 2: Klik Langkah 3: Klik Langkah 4: Klik

DRAF230610 Standard TMK 2.1

Gambar rajah 1

33

Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1

DRAF230610 3. Guru menerangkan antara muka MS PowerPoint seperti gambar rajah 2. Bar Menu

Slaid Gambar rajah 2

4.

Guru menerangkan cara menaip teks seperti 2.5 gambar rajah 3 hingga 6 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. 5. Guru menerangkan cara menyisip grafik seperti 4.1 gambar rajah 7 hingga13 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. 6. Guru menerangkan cara menyisip slaid baru seperti gambar rajah 14 hingga 22 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. 7. Guru menerangkan cara menayangkan persembahan slaid seperti gambar rajah 23 hingga 27 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.

8. Guru menerangkan cara menyimpan hasil kerja persembahan slaid dalam komputer seperti gambar rajah 28 hingga 30 yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. 9. Guru menunjukkan cara keluar dari aplikasi MS PowerPoint seperti gambar rajah 31.

34

Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1

DRAF230610 1

Gambar rajah 31

10. Murid menggunakan Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. Pentaksiran: 1. Murid tunjuk cara memulakan aplikasi MS PowerPoint. 2. Murid tunjuk dan terangkan cara menaip teks dalam aplikasi Microsoft PowerPoint. 3. Murid tunjuk dan terangkan cara menyisip grafik. Pemulihan: Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya dengan bantuan murid yang telah menguasai kemahiran kepada rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.

2.1, 2.5

2.1

2.5

2.5

Pengayaan:

Murid menghasilkan dua slaid persembahan 7.1 Microsoft PowerPoint dengan menyisipkan gambar.

35

Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1

DRAF230610

36

Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1

DRAF280610

MODUL PENGAJARAN MARI BELAJAR PAINT

37

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610

Topik: Penerangan:

Mari Belajar Paint Dalam modul ini, murid akan belajar menghasilkan lukisan menggunakan perisian grafik Paint. Murid akan memperolehi kemahiran melakar bentuk dan meletakkan warna menggunakan kotak warna (Color Box). Murid akan menggunakan warna dan bentuk asas seperti bulat, segi tiga dan segi empat. 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. 7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif. 2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan/ atau perisian persembahan (Paint, MS Word, MS Power Point). 2.4 Menggunakan perisian grafik (Paint) untuk membuat gambar dengan menggunakan bentuk asas dan kotak warna (Color Box). 7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan (MS Word) atau perisian persembahan (MS PowerPoint) secara kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea atau konsep sedia ada. 2 Jam Menghasilkan lukisan menggunakan bentuk-bentuk mengikut kreativiti murid secara kreatif dan inovatif. a. Perkakasan dan peralatan asas komputer. b. Jika tiada, guru boleh menyediakan carta atau gambar. 1. Mengajar cara memadamkan lakaran yang tidak dikehendaki. 2. Pastikan guru merujuk gambar rajah 8 sehingga gambar rajah 19 dalam Modul Pembelajaran Paint untuk melakukan aktiviti melukis bentuk wajah. 3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas. 4. Mencetak hasil kerja murid adalah digalakkan. Standard TMK asas

Standard Kandungan:

Standard Pembelajaran:

Tempoh Masa: Kreativiti:

Sumber:

Nota Guru:

Aktiviti:

1. Membuka dan menghidupkan semua bekalan kuasa dan komputer murid.

38

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610 2. Menunjukkan cara memulakan aplikasi Paint. 2.1 Untuk membuka Paint, sila rujuk seperti gambar rajah 1: Langkah 1: Klik Start. Langkah 2: Klik All Programs. Langkah 3: Klik Accessories. Langkah 4: Pilih dan klik Paint. 2.1

4 Gambar rajah 1

2.2 Antara muka seperti gambar rajah 2 akan terpapar.

Gambar rajah 2

39

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610

3. Menerangkan antara muka Paint seperti gambar rajah 3.

Tool box

Ruang kerja

Kotak warna/Color box

Gambar rajah 3

40

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610

3.1 Mengenali dan Memahami Ikon Dalam Tool Box Properties seperti gambar rajah 4. Pilih/ Free From Select Pemadam/ Eraser Pilih Warna/ Pick Color Pensel/ Pencil Berus Angin/ Airbrush Garisan/ Line Segiempat Tepat/ Rectangle

Pilih/Select Warna/ Fill With Color Kanta/ Magnifier

Berus/Brush Teks/Text Lengkungan/ Curve Poligon/ Polygon Segiempat bucu bulat/ Rounded rectangle

Bujur/ Ellipse

Gambar rajah 4

41

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610 4. Menunjukkan cara meletakkan warna. melakar bentuk dan 2.4

4.1 Melukis bentuk muka. Langkah 1: Klik pada ikon Ellipse di Tool Box seperti gambar rajah 5 untuk melukis bentuk bujur.

Gambar rajah 5

Langkah 2: Klik, tetikus ( ) pada a dan heret ke b, kemudian lepaskan seperti dalam gambar rajah 6.

a b

Gambar rajah 6

42

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610

Langkah 3: Bentuk bujur seperti gambar Rajah 7 akan terhasil.

Gambar rajah 7 4.2 Murid melaksanakan aktiviti melakar bentuk dan meletakkan warna seperti gambar rajah 8 berdasarkan Aktiviti 4: MELUKIS BENTUK WAJAH MENGGUNAKAN BENTUK ASAS di dalam Modul Pembelajaran Paint.

2.1, 2.4

Gambar rajah 8

43

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610

5. Mewarna hasil kerja seperit Aktiviti 6: MEWARNA HASIL KERJA MENGGUNAKAN IKON FILL WITH COLOR di dalam Modul Pembelajaran Paint.

Gambar rajah 9
6. Menaip teks seperti Aktiviti 7: MENAIP TEKS di dalam Modul Pembelajaran Paint. 7. Mencetak hasil kerja seperti Aktiviti 8: MENCETAK HASIL KERJA di dalam Modul Pembelajaran Paint. 8. Keluar dari aplikasi seperti Aktiviti 9: KELUAR DARI APLIKASI PAINT di dalam Modul Pembelajaran Paint. Pentaksiran: 1. Murid memberitahu rakan mereka cara melakar sebarang bentuk asas yang dikehendaki. 2. Murid memberitahu rakan mereka cara meletakkan warna dan kemudian mengubah kepada warna lain. Pemulihan: Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya di mana murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut. Murid menggunakan kreativiti mereka untuk melakar 7.1 pelbagai bentuk dan meletakkan warna.

Pengayaan:

44

Mari Belajar Paint Tahun 1

DRAF280610

MODUL PENGAJARAN MENEROKA DUNIA DI HUJUNG JARI ANDA TAHUN 1

45

Meneroka Dunia Tahun 1

DRAF280610 Topik: Penerangan: Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda Dalam modul ini, murid akan belajar menggunakan enjin carian untuk mencari imej. Murid juga akan belajar menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat. 3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat. 3.1 3.2 3.3 3.4 Mengenal pasti lokasi dan mencapai maklumat yang disimpan. Menggunakan pelayar untuk melayari Internet. Mencari imej menggunakan enjin carian. Menyimpan imej daripada laman web.

Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:

Tempoh masa: Kreativiti: Sumber:

2 jam a. Perkakasan dan peralatan asas komputer. b. Akses Internet. c. Gambar rajah berkaitan dengan topik. 1. Guru mesti mengggunakan perisian Microsoft Office 2003. Jika menggunakan perisian selain Microsoft Office 2003, guru perlu memberi penerangan sendiri tentang cara penggunaan perisian tersebut. Pastikan capaian Internet berfungsi. Secara sedia ada, Internet akan memaparkan laman utama MSN.

Nota Guru:

2. 3.

4. Untuk tujuan pencarian, murid akan menggunakan enjin carian Google. 5. Guru perlu menekankan penggunaan kata kunci apabila mencari maklumat. (Contoh: kek - kek coklat , kek span coklat) Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid untuk mengelakkan kesesakan kertas di dalam mesin pencetak. Standard TMK Aktiviti: 1. Murid digalakkan duduk secara berkumpulan.

6.

7.

46

Meneroka Dunia Tahun 1

DRAF280610 2. Menunjukkan cara memulakan aplikasi Internet Explorer (IE) seperti dalam gambar rajah 1. Langkah 1: Klik Start. Langkah 2: Klik All Programs. Langkah 3: Klik Internet Explorer.

3 Gambar rajah 1

3. Memberi penerangan secara ringkas mengenai 3.2 antara muka Internet Explorer (IE) seperti gambar rajah 2.

Gambar rajah 2

4. Menunjukkan cara mencari imej menggunakan enjin carian seperti gambar rajah 3 dan 4.

47

Meneroka Dunia Tahun 1

DRAF280610 Langkah 4: Taip http://www.google.com di dalam kotak alamat dan tekan kekunci Enter. 4

Gambar rajah 3

Kotak carian

Gambar rajah 4

48

Meneroka Dunia Tahun 1

DRAF280610 5. Murid menggunakan Modul Pembelajaran 3.3 Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda. Pentaksiran: 1. Murid menunjukkan cara mencari imej simpan kepada rakan. yang di 3.1, 3.2, 3.3, 3.4

2. Murid bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti. Pemulihan: Pembelajaran melalui rakan sebaya di mana murid yang telah menguasai kemahiran akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut. Murid mencari imej lain mengikut topik yang dipelajari.

Pengayaan:

49

Meneroka Dunia Tahun 1

DRAF280610

50

Meneroka Dunia Tahun 1

DRAF280610

AKTIVITI PENGAYAAN TAHUN 1

51

Aktiviti Pengayaan Tahun 1

DRAF280610

Topik: Pengenalan :

Aktiviti Pengayaan Murid secara berkumpulan digalakkan untuk membuat satu projek berkaitan Haiwan. Murid boleh memilih untuk menggunakan aplikasi MS Word, MS PowerPoint dan Paint. Hasil projek ini boleh ditunjukkan dalam bentuk poster, buku skrap digital ataupun album digital. Murid-murid boleh menggunakan Internet untuk mencari maklumat. Kamera digital juga boleh digunakan sekiranya perlu. Murid akan dapat: 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian 3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat. 4.0 Murid menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi pengetahuan. 5.0 Murid menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan. 6.0 Murid menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. 7.0 Murid menggunakan TMK untuk menyampaikan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif. 2 jam Murid memilih menggunakan aplikasi yang sesuai untuk menghasilkan projek berkaitan Haiwan secara berkreatif. a. b. c. d. e. f. g. 1. Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS Word. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint. Modul Pembelajaran Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda. Modul Pembelajaran Mari Belajar Paint. Kamera Digital (sekiranya perlu). Pengimbas (sekiranya perlu). Guru dinasihatkan agar membentuk kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai keupayaan. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.

Standard Kandungan:

Tempoh masa: Kreativiti: Sumber :

Nota Guru :

2.

52

Aktiviti Pengayaan Tahun 1

DRAF280610 3. 4. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid. Guru digalakkan menyediakan gambar-gambar di komputer murid untuk kegunaan mereka. Standard TMK Aktiviti : 1. Murid mencari dan memberi idea untuk projek yang akan dilaksanakan. 2. Murid menyediakan bahan-bahan projek yang diperlukan. 3. Projek dilaksanakan secara berkumpulan. 4. Murid akan mempersembahkan projek mereka. 5. Murid berkongsi pengalaman mereka dalam menghasilkan projek ini dengan bimbingan guru. Aspek kerjasama perlu ditekankan demi memastikan projek berjaya. Pentaksiran : Murid mempersembahkan projek mereka secara berkumpulan. 7.1, 7.2 4.1, 4.2

53

Aktiviti Pengayaan Tahun 1

DRAF280610

54

Aktiviti Pengayaan Tahun 1

You might also like