You are on page 1of 36

PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

PENCEGAHAN KEMALANGAN
PENGENALAN:
Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan. la merupakan perkara untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan. Konteks keselamatan kerja pula ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, bahan kerja, proses kerja, tempat kerja dan lingkungannya (Suma'mur, 1981).

Samb

Latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat. la merupakan suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada:
(a) Pekerja/pelajar (b) Kakitangan (c) Kelengkapan dan peralatan

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:
Kemalangan berlaku kerana:(a) pekerja/pelajar telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat (b) bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat Terdapat 5 langkah untuk mencegah kemalangan seperti: (a) Menghapuskan gangguan (b) Menggunakan alat-alat yang selamat (c) Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan (d) Melatih pekerja (e) Memakai peralatan perlindungan - pakaian, kasut, topi keselamatan dan sebagainya.

(a)

Pencegahan Kebakaran

Beberapa langkah telah diambil bertujuan untuk mencegah, menghadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa semasa berlakunya kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: (i) Pendidikan dan latihan Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahayabahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran. Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistem-sistem kebombaan. Menubuhkan pasukan bomba industri atau sukarela Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dalam kurikulum pembelajaran sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mengadakan latihan bersama "Mork Drilf di sesebuah bangunan atau tempat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut.

Tindakan Pencegahan
Sistem Keselamatan Kebakaran
merupakan langkah persediaan kepada tindakan pencegahan dan perlindungan di sesebuah bangunan. la juga merupakan satu strategi bertindak semasa menghadapi risiko-risiko bahaya kebakaran. Sistem ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pencegahan dan perlindungan kebakaran.

(ii)

Penguatkuasaan

Untuk ini seorang pegawai bomba diberi kuasa untuk membuat pemeriksaan seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 341/1988 serta membuat pemantauan untuk memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa.

(iii)

Kejuruteraan

Kejuruteraan adalah badan yang mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-bahan keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan.

(iv)

Kawalan keselamatan

Untuk memastikan peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik. (v) Penyelenggaraan peralatan supaya dalam keadaan baik (vi) 'Good house keeping'
Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang atau tempat serta tidak melindungi sistem atau jalan keluar keselamatan.

(b)

Perlindungan Kebakaran

Perlindungan ini terbahagi kepada dua iaitu perlindungan pasif dan perlindungan aktif. (i) Perlindungan pasif
Perlindungan kebakaran pada bangunan dengan mengambil kira kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan dan ketahanan struktur bangunan seperti jalan keluar keselamatan, pemetakan, paras akses perkakas bomba,ruang akses menentang kebakaran, kekemasan dalam siling.

(ii)

Perlindungan aktif

Sistem kebombaan yang dipasang pada sesebuah bangunan yang merangkumi empat cara bertindak iaitu mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran sama ada secara automatik atau manual.

Latihan Keselamatan
Program atau latihan yang efektif melibatkan penyertaan semua pihak dan penggunaan sumber yang sedia ada secara cekap. Oleh yang demikian orientasi keperluan latihan keselamatan mestilah menjurus kepada: (a) Mengadakan Kod Bertingkah-laku
Contoh: Polisi keselamatan ialah garis panduan tindakan keselamatan.

Panduan pelaksanaan: Kebiasaannya merujuk kepada kepentingan sesuatu program Merupakan tanggungjawab pihak pengurusan terhadap keselamatan. Prosedur perlaksaan adalah secara bercetak. Falsafah polisi merangkumi arahan keselamatan dalam semua keadaan di semua aspek. Merupakan penyataan yang jelas tentang demonstrasi penggunaan peralatan, perbincangan keselamatan dan sebagainya. Mengadakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti laporan pemeriksaan berkala.

(b) Mewujudkan Arahan Keselamatan


Penyediaan kepada arahan keselamatan untuk penyelenggaraan peralatan bengkel atau sebagainya. Arahan kepada kaedah-kaedah yang selamat. Penyediaan papan-papan buletin dan poster-poster keselamatan. Menyediakan peti cadangan keselamatan.

(c)

Kumpulan Sasaran untuk Latihan Keselamatan


Semua golongan pekerja adalah dalam sasaran teratas kerana mereka inilah yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan dan sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan. Seterusnya adalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan, latihan, peningkatan dan kesihatan pekerja atau individu-individu lain yang difikirkan sesuai. Dilaksanakan secara tegas dan penuh dengan tanggungjawab.

Penyediaan Laporan Bertulis


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514, menetapkan majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja. Akta ini mewajibkan majikan merangka dan melaksanakan dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan perkiraan untuk menjayakan dasar tersebut. Laporan keselamatan dan pemberitahuan kemalangan mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di tempat kerja.

Penyediaan Laporan Bertulis


Penyakit pekerjaan adalah sebarang penyakit atau perubahan fizikal, mental atau fungsi seseorang, akibat faktor di tempat kerja. Contohnya pekerja yang mengalami kegatalan atau kerengsaan kulit setelah terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja atau mengalami lelah secara tiba-tiba akibat pendedahan asap atau gas semasa bekerja. Laporan kebakaran penting bagi mendapatkan perangkaan kebakaran yang tepat dan sistematik. Jabatan bomba dan penyelamat telah mengeluarkan arahan dan borang mengenai penyediaan laporan kebakaran.

Format laporan kebal mengandungi perkara-perkara berikut: (a) (b)


(c) (d) (e) (f) (g) (h)

negeri dan balai yang membuat laporan jenis kebakaran, tarikh kejadian, masa kejadian, tempat dan jarak cara panggilan samada datang terus atau menerusi talian bilangan anggota yang bertugas keadaan kebakaran dan tindakan awal laporan tentang kecederaan nilaian harta yang terlibat insurans yang berkaitan

Rekod Keselamatan dan Kemalangan


Tujuan menyimpan rekod: (i) membantu untuk membuat laporan yang tepat dan lengkap (ii) panduan keberkesanan langkah pencegahan (iii) asas penilaian keberkesanan program keselamatan (iv) menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan yang serupa (v) menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak selamat (vi) menjadi sumber fakta bagi analisis yang dijalankan

Jenis-jenis rekod keselamatan:

(i) (ii) (iii) (iv)

buku rekod kemalangan pemeriksaan keselamatan mesyuarat jawankuasa keselamatan program keselamatan

PERSEDIAAN PERALATAN SOKONGAN 1. Peranti Keselamatan (Safety Devices) Peranti keselamatan merupakan peralatan yang digunakan untuk melindungi pekerja daripada mengalami kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan dan juga kematian.

Peranti Keselamatan (Safety Devices)


Terdapat beberapa peranti keselamatan di dalam sistem pendawaian elektrik, antaranya ialah: (a) Fius
Sejenis alat yang diguna sebagai pelindung arus lebih. la melindungi litar pendawaian dan pengguna daripada mendapat renjatan elektrik apabila pemasangan alat-alat elektrik mengalami litar bocor ke bumi. Amnya fius adalah seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila ia membawa arus yang melebihi had keupayaannya. Fius tidak segera lebur apabila arus yang berlebihan melaluinya tetapi ia mengambil masa tertentu. Ini menjadikan fius tidak begitu efisen dan sesuai untuk melindungi peralatan yang peka terhadap arus yang berlebihan. Fius yang boleh didawai semula, fius kartrij, fius keupayaan pemutus tinggi dan fius palam.

Peranti Keselamatan (Safety Devices)


(b) Pemutus Litar

Pemutus litar adalah merupakan alat yang akan memutuskan litar dengan sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus dan boleh dihidupkan semula dengan menolak tangkai suis. Pemutus litar biasanya dikadarkan dari 15 A hingga 200 A untuk pelindung arus lebih di rumah kediaman atau di kilang perusahaan. lanya diperbuat daripada gelung elektromagnet yang disambung secara siri dengan litar. Terdapat beberapa jenis pemutus litar antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara, jenis vakum dan jenis miniatur.

Peranti Keselamatan (Safety Devices)


(c) Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB) Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) digunakan apabila pembumian yang baik tidak diperolehi kerana impedan terlalu tinggi sehingga tidak mampu memutuskan dawai filemen fius atau pemutus yang lain, lanya beroperasi pada voltan yang sama atau melebihi 50 V di antara bumi dengan sebarang logam. Terdapat beberapa jenis pemutus litar bocor ke bumi iaitu : (i) ELCB Kendalian voltan satu elektrod (ii) ELCB kendalian voltan dua elektrod (iii) ELCB kendalian arus baki (iv) ELCB arus imbang (v) ELCB menggunakan geganti (vi) ELCB bagi motor yang menggunakan pemula punat tekan.

Peranti Keselamatan (Safety Devices)


(c) Pemencil

Merupakan alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan tidak ke bumi. lanya dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan. Pemencil diadakan bertujuan untuk mengasingkan litar dan seterusnya melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan.

Peranti Keselamatan

(Safety Devices)

(d)

Pengubah Pengasing (Isolated Transformer)

Merupakan peralatan yang digunakan untuk memberikan pengasingan elektrik antara litar utama dan litar sekunder. Bilangan lilitan belitan sekunder adalah sama dengan lilitan belitan utama dan voltan sekunder dengan voltan utama adalah sama.

Peralatan Pencegahan Kebakaran


Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di bangunanbangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.

Peralatan Pencegahan Kebakaran


Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis: (i) Perlindungan Aktif
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.

(ii)

Perlindungan Pasif

Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung atau menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran.

(a)
(i)

Jenis Perlindungan Aktif

Alat pecah kaca

Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon di mana kaca tersebut dipecahkan.

(ii)

Alat pengesan haba

Alat ini beroperasi secara automatik. la akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu pada peringkat awal kebakaran.

(a)

Jenis Perlindungan Aktif

(iii) Alat pengesan asap


Alat ini juga beroperasi secara automatik. la juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.

(iv) Sistem pemasangan sprinkler


lanya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon/kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. la bertindak secara automatik.

(a)
(v)

Jenis Perlindungan Aktif

Sistem pemasangan pancur (riser).

Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering.

(vi) Sistem pili bomba (hyderant)


Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, hydran halaman ditempatkan di halaman manakala hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air.

(a)

Jenis Perlindungan Aktif

(vii) (viii) (ix)

Sistem salur Bantu mula (hosereef) Sistem gas CO2, Sistem pemasangan tetap buih (foam)

b. Jenis Perlindungan Pasif

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

Tangga terlindung. Koridor terlindung Pintu rintangan api Ruang akses menentang kebakaran Lif Bomba

Alat Pemadam Api


Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting. Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. (a) Kategori Alat Pemadam Api
Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah:
Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water CO2 Tabungnya berwarna krim Memadam kebakaran minyak Kebakaran bahan alkohol (pola)

Jenis yang mengeluarkan buih

Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC)

Tabungnya berwarna krim Memadam kebakaran minyak Kebakaran bahan alkohol (pola) Debu kering mengandungi sodium bikarbonat. Terbukti selamat. Untuk Kelas A,B, C.

Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah:
Jenis yang mengeluarkan gas Tabungnya berwarna biru. Mengandungi gas karbon karbon dioksida Agen pemadam yang bersih Tidak merosakkan komponen elektrik Tabungnya berwarna hitam

(b) Cara Mengguna Alat Pemadam Api


Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat pemadaman adalah berdasarkan P - Pull : Tarik pin di atas alat pemadam api A - Aim : Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan). S - Squeeze : Fusing atau tekan pemegang S - Sweep : Halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 m sehingga api padam. **** Pancutan hendaklah dilakukan mengikut arah angin.

PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas adalah bantuan segera yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil alih. Memberi pertolongan cemas yang sempurna memerlukan beberapa kemahiran asas, pengetahuan, latihan dan kepakaran. Anda sebagai pengguna bengkel Kemahiran Hidup di sekolah sekurang-kurangnya tahu asasasas yang perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan di bengkel sekolah.

Sekian, Terima kasih!!!!

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa .

You might also like