You are on page 1of 5

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.. Sepertinya pernah kita dengar..tetapi di mana ya...ohh...

di sisi kotak pembungkus rokok di seluruh Malaysia. Sejambak kasih, seharum kasturi buat pengerusi majlis, Kombinasi kehakiman yang bertunjangkan kebenaran fakta, Dif-dif kehormat, Warga pendidik yang begitu berkarisma, Rakan-rakan pemidato yang mempunyai irama berbeza tetapi matlamat yang sama, Penjaga masa yang cekap menghitung waktu, Serta, Hadirin dan hadirat, Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Tampilnya saya di sini bak sekuntum bunga mewangi untuk menyampaikan pidato atas mauduk merokok membahayakan kesihatan. Hadirin yang budiman, Apakah itu merokok? Dan apa pula kaitannya dengan kesihatan.

Nah... Saya akan menjelaskan persoalan ini atas 3 kata kunci iaitu: -Perihal rokok -Kandungan rokok -Dan Bahaya Rokok.

Tuan puan hadirin sekalian, Secara literal dan konseptualnya, apabila merujuk Kamus Dewan Edisi ke 4, Rokok membawa maksud tembakau yang digulung di dalam daun atau kertas, Merokok bermaksud menghisap rokok, Manakala kesihatan membawa erti perihal sihat, kesegaran dan kebaikan keadaan badan. Jadi, apakah kaitan merokok dengan kesihatan? Hadirin yang dikasihi, Isi saya yang pertama di bawah madah berseri, perihal rokok. Rokok adalah salah satu produk dagangan terlaris di dunia. Banyak pembeli yang membeli rokok. Selain itu, rokok memiliki arus perdagangan yang berkembang pesat. Pelbagai perusahaan menghasilkan laba yang fantastik. Namun ironinya, pelanggan-pelanggan terbaiknya tewas satu persatu.
2

Ayuh ibu-ibu,bapa-bapa,abang kawan....

adik

dan

kawan-

Marilah kita menolak secara total dan katakan tidak pada rokok kerana merokok membahayakan kesihatan. Hadirin yang budiman, Isi saya yang kedua di bawah kata kunci, Kandungan rokok. Mengapa orang merokok? Banyak orang merokok kerana sangkaan kelihatan gagah dan terserlah kejantanan bagi banyak lelaki. Begitu juga bagi wanita, merokok membuatkan mereka mengikut tren masa kini. Banyak orang juga berasa bahawa merokok membantu mengatasi tekanan. Jika demikian, sebelum mencuba merokok, cuba perhatikan apa yang ada dalam sebatang rokok. Tuan-tuan dan puan-puan, Menurut kajian bersumberkan Unit Kawalan Kanser dan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 25 peratus daripada jumlah kematian di negara kita berpunca daripada tabiat merokok. Nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain yang berbahaya dalam asap rokok memasuki aliran darah seseorang dan menyebabkan banyak masalah kesihatan. Menurut penelitian, lebih dari 7000 jenis bahan kimia tambahan kemungkinan digunakan oleh syarikat pengeluar rokok. Sedangkan asap rokok mengandungi
3

setidak-tidaknya 4000 bahan kimia termasuk arsenik, aseton, butan, karbon monoksida dan sianida. Oleh kerana kandungan bahan kimia yang berbahaya itu, paru-paru perokok dan orang-orang yang berada disekitarnya akan terkena seminimanya 43 bahan yang diketahui menyebabkan kanser. Nikotin merupakan salah satu bahan kimia utama dalam sebatang rokok. Asap yang mengandungi nikotin dihirup masuk ke paru-paru dan meresap ke otak kita dalam masa enam saat sahaja. Dalam dos yang lebih besar,nikotin adalah racun yang mematikan fungsi jantung, pembuluh darah dan hormon. Hadirin sekalian, Terbukti sudah..merokok membahayakan kesihatan. Bahaya Rokok, kata kunci yang ketiga, Setelah melihat beberapa bahan kimia yang berbahaya dalam sebatang rokok dan dalam keindahan asap rokok, tentu anda ingin tahu apakah akibat dari bahanbahan kimia tersebut bagi tubuh badan dan kesihatan anda. Kematian seorang perokok akibat penyakit jantung lebih banyak jika dibandingkan dengan kematian akibat kanser paru-paru. Bahkan rokok yang mempunyai kandungan tar atau nikotin yang rendah tidak akan mengurangi risiko penyakit jantung. Nikotin yang terkandung dalam sebatang rokok boleh membuat jantung anda berdegup lebih cepat dan meningkatkan keperluan tubuh kepada oksigen.

Itu hanyalah beberapa dari penyakit yang diakibatkan kerana merokok. Pelbagai penyakit pernafasan lainnya sering menyerang perokok tegar. Menurut statistik, diseluruh dunia, jumlah perokok yang meninggal kerana akibat merokok berjumlah hampir tiga kali jumlah orang yang meninggal kerana ketagihan alkohol dan dadah. Wahai para perokok sekalian, apakah anda masih ingin merokok dan merosakkan kesihatan anda?

Hadirin hadirat sekalian, Menurut laporan WHO, merokok pada akhirnya akan membunuh satu dari dua perokok. Demikian juga penelitian Jabatan Kesihatan Masyarakat, Universiti Oxford menunjukkan fakta yang mengerikan, iaitu separuh dari semua perokok akhirnya akan terbunuh oleh kebiasaan mereka iaitu merokok. Lalu, apa sahaja dampak negatif dari merokok? Semua ...menuju kepada merokok membahayakan kesihatan. Hadirin sekalian, Terbukti sudah..merokok membahayakan kesihatan. Sekian .Wassalamualaikum wabarakatuh. warahmatullahi

You might also like