You are on page 1of 12

SAJAK : DIRGAHAYU BAHASAKU

Maksud Sajak : Rangkap 1 Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya ke satu darjat yang lebih tinggi kerana ia telah menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pertuturan utama oleh rakyat. Rangkap 2 Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang harus dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia globalisasi yang tanpa sempadan. Selain itu, ia juga boleh berperanan sebagai medium untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3 : Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini. Selain itu, mereka sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini. Rangkap 4 : Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa sejak dahulu lagi. Mereka telah berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama di seluruh kepulauan nusantara.

Rangkap 5 : Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa. Diharapkan ia digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini yang penuh cabaran ini.

TEMA : Keperluan bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya ke peringkat yang lebih tinggi.

PERSOALAN :
1. Sifat sayang akan bahasa kebangsaan 2. Sentiasa menghargai sumbangan bahasa kebangsaan 3. Sentiasa menghormati akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu 4. Berkenyakinan dan sering optimis akan masa depan bahasa kebangsaan 5. Peranan bahasa dalam menyatu padukan rakyat Malaysia 6. Kecekalan hati pejuang bahasa dalam mengembangkan bahasa kebangsaan.

BENTUK :
1)Bebas 2)Terdiri dari 5 rangkap 3)Mempunyai 4 hingga 7 baris serangkap 4)Rima akhir baris-baris ayat

NADA : Sajak ini bernada Patriotik

Gaya Bahasa :

Nilai :

1)Semangat patriotik 2)Hormat-menghormati 3)Kenyakinan diri 4)Saling bekerjasama 5)Semangat perpaduan

Pengajaran :
1. Kita mestilah sentiasa menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri. 2. Setiap rakyat negara ini haruslah cuba memartabatkan bahasa kebangsaan ke satu tahap yang tinggi. 3. Kita hendaklah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. 4.Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk semangat perpaduan kaum

You might also like