Kerjaya: Juruukur bahan Oleh Khairina Yasin kayrina@bharian.com.

my 2010/06/03

MOHD ASHRI (kiri) menekankan semangat kerja berkumpulan bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan. Menuntut semangat kerja berkumpulan, ketelitian

PERKEMBANGAN pesat sektor pembinaan negara menyaksikan lebih banyak peluang kerjaya sebagai arkitek, jurutera atau juru ukur bahan diperlukan industri berkenaan. Dikategorikan sebagai kerjaya profesional, populariti arkitek atau jurutera dilihat lebih menyerlah berbanding dengan juru ukur bahan yang kurang menonjol biarpun peranannya begitu penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Senario itu diakui juru ukur bahan bertauliah, Sr Mohd Ashri Yusuf yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerjaya berkenaan.

Kini berjaya menubuhkan syarikat perunding ukur bahan sendiri, May Consult di Gombak, Selangor, Ashri mengakui ramai yang masih kabur dengan peranan dan skop tugas sebagai juru ukur bahan.

Katanya, juru ukur bahan banyak terbabit secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan bermula dari awal sehingga peringkat penyelesaian akaun muktamad.

“Selain bertindak sebagai penasihat dalam projek pembinaan khususnya di peringkat perancangan mengenai peruntukan kos, saya juga bertanggungjawab menyediakan kajian bagi menyelidik sama ada sesebuah projek yang dirancangkan itu mampu memberi keuntungan atau sebaliknya. “Kerjaya ini menuntut semangat kerja berkumpulan apabila perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk perunding reka bentuk bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan,” katanya.

pengetahuan dan kemahiran dalam sains. wujud permintaan tinggi terhadap juru ukur bahan dan ia dikatakan masih belum mencukupi biarpun beratus graduan dilahirkan universiti tempatan setiap tahun. skop tugas juru ukur bahan juga dilakukan secara berperingkat. “Sejak kebelakangan ini. Katanya. Katanya.Mohd Ashri menjelaskan. INFO: IPTA yang menawarkan program Juru Ukur Bahan Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Mara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Malaya . “Seterusnya memeriksa dokumen kontrak dan insuran. kerjaya ini memerlukan ketelitian dan ketepatan dalam pengiraan kos kerana ia membabitkan aspek kewangan. Sama seperti arkitek dan jurutera. melakukan penilaian dan perubahan kerja. kerjasama dengan perunding reka bentuk penting bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan berpadanan dengan peruntukan kewangan yang disediakan.” katanya. Justeru katanya. “Gambaran ini secara tidak langsung menunjukkan prospek cerah kerjaya sebagai juru ukur bahan. matematik dan statistik amat diperlukan untuk menjadi juru ukur bahan. bermula dengan menyediakan kajian kemungkinan. pengalaman dan khidmat terbaik juru ukur bahan turut membolehkan mereka memohon status profesional sekali gus membuka peluang menubuhkan firma perundingan sendiri. menyiap dan menganalisis dokumen tender. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor selain menilai keperluan lanjutan masa sehingga menyelesaikan akaun penamat.