You are on page 1of 38

BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep masyarakat plural. 2. Memahami sejarah awal masyarakat Malaysia. 3. Memahami sejarah masyarakat plural di Malaysia. 4. Memahami masyarakat plural baharu di Malaysia

2.1 PENGENALAN Malaysia


Masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan. Satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.

2.2 KONSEP PLURALITI 2.2.1 Definisi Bahasa Perkataan plural berasal dari perkataan Inggeris iaitu plurality.
lebih dari satu, jumlah besar dan majoriti (Collins, 1983:403).

Istilah majmuk dipinjam dari perkataan Arab iaitu majmu.


Asal akar katanya ialah jama bermaksud mengumpulkan dan menghimpunkan. Ijma membawa maksud permuafakatan, persatuan, perkumpulan dan perhimpunan. Majmu membawa maksud yang dihimpunkan dan yang dikumpulkan (Idris al Marbawi, 1950: 108).

Kamus Dewan - Majmuk didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan dan cara hidup tertentu yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, ras atau etnik, negara, keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam (T. Iskandar, 1971: 701).

2.2.2 Definisi Istilah Istilah plural pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnival di dalam bukunya Colonial policy and practice: A comparetive study of Burma and Netherland India (Ting Chew Peh, 1979: 71). Ia digunakan untuk menghuraikan tentang masyarakat yang mempunyai ciri-ciri perpecahan dan konflik antara kumpulan etnik di bawah satu sistem pemerintahan atau politik. Dalam lain perkataan, plural membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai agama, budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya yang tersendiri, berbeza di antara satu sama lain.

2.2.3 Perspektif Politik Terdapat dua kumpulan berdasarkan pandangan dari sudut politik (Ting Chew Peh, 1979: 72): (i) Pendapat pakar sosiologi dahulu
masyarakat plural terdiri daripada kelompok yang wujud pembahagian kuasa politik. Mereka disatukan berasaskan kepada ketaatan dan kesetiaan yang mencorakkan nilai bersama (cross-cutting). Contohnya ialah di Amerika Syarikat, sebagai sebuah negara demokrasi yang stabil yang dicorakkan oleh kerajaan.

(ii)Pendapat pakar sosiologi baharu


masyarakat plural adalah masyarakat yang terbentuk berasaskan kepada hubungan etnik dan ras yang berlainan di bawah satu sistem pemerintahan.

2.2.4 Perspektif pemerintahan Dari sudut golongan pemerintah juga terbahagi kepada dua kumpulan pendapat (Ting Chew Peh, 1979: 73):

(i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti.


M.O. Smith dan L.A. Depres - wujud jurang perbezaan kaum di dalam masyarakat plural. Namun demikian penguasaan politik tetap berada di tangan golongan terbesar. Jika dicabar, kerajaan boleh bertukar menjadi kerajaan satu parti. Mungkin berakhir dengan pemerintahan ketenteraan.

(ii)Golongan pemerintah adalah dari etnik minoriti.


Evans dan Newham - pertapakan kuasa asing atau kuasa luar di sesebuah negara, pemerintahan ke atas golongan bawahan tempatan. wujud jurang pemisah antara golongan bawahan dengan golongan pemerintah. mendominasi kuasa politik, kuasa ekonomi - wujud ketidak-seimbangan etnik dan kebudayaan. menindas golongan bawahan. membawa masuk imigran untuk membangun dan menguasai ekonomi dan sosio-budaya tempatan. menggariskan peraturan tertentu ke atas golongan dijajah, menggubal dasar awam, pentadbiran, undang-undang, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.

2.2.5 Perspektif Sosial dan Budaya Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat dua pendapat yang berbeza: (i) Plural dari segi sosial.
Masyarakat plural lahir hasil dari perbezaan struktur sosial dari kalangan pelbagai etnik atau sosial, bukan berasaskan budaya.

(ii)Plural dari segi budaya.


Masyarakat plural itu berlaku atas dasar perbezaan budaya antara pelbagai etnik, bukan perbezaan struktur sosial.

2.2.6 Ciri Dari sudut ciri masyarakat plural pula terdapat juga dua pendapat yang bertentangan (Ting Chew Peh, 1979: 72):

(i) Mesti wujud konflik.


Pendapat ini dikemukakan oleh ramai pakar sosiologi. Pendokong Marxist contohnya menolak faktor etnik sebagai asas politik dan pemerintahan sesebuah masyarakat plural. Sebaliknya konflik kelas antara golongan bourgeoisie (kapitalis/pemerintah) dengan golongan proletariat (pekerja/petani). Mereka menegaskan bahawa koflik antara etnik dan penindasan merupakan satu aspek hubungan kelas.

Kesedaran perkauman kesedaran palsu. Konflik kelas dalam masyarakat plural bukan kerana wujudnya perbezaan kaum, sebaliknya merupakan perbezaan kelas. Marxist mencadangkan jalan penyelesaian konflik kelas dalam masyarakat plural melalui revolusi bersenjata dan berdarah golongan plolitariat ke atas golongan bourgeoise.

Pendapat yang lebih kurang sama - John Rex. Beliau menegaskan bahawa walaupun wujud sistem sosial sebagai syarat penting dalam memahami masyarakat plural tetapi konflik antara etnik lebih ketara dari konsensus dalam masyarakat plural. Beliau menegaskan lagi bahawa konflik dan ketegangan di dalam masyarakat majmuk akan lebih mudah terjadi jika perbezaan etnik itu berlaku atas garis ekonomi.
Ciri utama masyarakat plural ialah percanggahan, ketegangan dan paksaan. meluasnya konflik,

(ii) Tidak mesti wujud konflik.


Pendapat ini dikemukakan oleh pakar sosiologi Functional. Mereka menyangkal mesti wujud konflik sebagai ciri utama masyarakat plural. Ia tidak berbeza dari masyarakat biasa yang mempunyai susun lapis yang kompleks atau masyarakat yang mempunyai masalah etnik minoriti. Masyarakat plural terbina daripada beberapa bahagian yang membentuk satu kesatuan dari segi politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Dari segi politik masyarakat plural berada di bawah satu sistem yang berganding bahu walaupun mereka hidup berasingan.

2.2.7 Tingkat Masyarakat plural mempunyai tingkattingkatnya yang tersendiri. Ada masyarakat plural yang lebih tinggi kedudukannya dari masyarakat plural yang lain.
Contohnya di Afrika Selatan yang terdiri daripada empat etnik utama iaitu etnik berkulit putih, etnik berkulit hitam, etnik rendah dan lain-lain etnik.

2.3 SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA Semenanjung Tanah Melayu mula didiami oleh manusia sejak 25,000 tahun yang lalu. Tetapi mereka pupus. Etnik yang terus dapat bertahan hingga hari ini adalah seperti berikut: 2.3.1 Pribumi-Orang Asli Penduduk Semenanjung Tanah Melayu yang terus kekal hingga hari ini ialah pribumi yang terdiri dari dua kumpulan iaitu iaitu Orang Asli dan Melayu. Penduduk etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu menjelang tahun 1995 berjumlah 95,362. Secara kasar mereka boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan besar (Fauziah Shaffie 2000: 256):
(i) Negrito - enam klan iaitu Kintak, Kensiu, Jahai, Menderiq, Bateq dan Lanoh. (ii) Senoi - enam klan juga iaitu Temiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mahmeri. (iii) Melayu Asli - enam klan iaitu Temuan, Semelai, Jakun, Seletar, Orang Kanak dan Orang Kuala.

Etnik Negrito dan Senoi mempunyai kepercayaan kepada ketuhanan iaitu Karai (Karei), Orang Hidup dan Tok Pedin. Percaya kepada dosa dan pahala serta pembalasan di akhirat. Etnik Melayu Asli pula percaya kepada animisme. Namun demikian di kawasan yang kurang percampuran dengan masyarakat Melayu iaitu di kawasan pedalaman, kepercayaan mereka adalah lebih kurang sama dengan etnik Negrito dan Senoi. Mereka tinggal di pedalaman. Justeru itu mereka rata-rata tidak terpengaruh dengan Hinduisme, Budhisme dan Islam kecuali selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dengan adanya kegiatan dakwah Islamiah maka sebahagian orang Asli telah menerima Islam.

2.3.2 Etnik Melayu Penduduk terbesar di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bermastautin di Malaysia sejak 2,500 S.M. Terdapat juga di selatan Thailand, Filipina dan merata-rata tempat di Alam Melayu. Dalam kelompok Austronesia yang bertutur dalam bahasa Melayu dan dikaitkan dengan sejarah Orang Melayu Asli (Proto Malay). Bermula di zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka (abad ke-15). Sebelum kedatangan lslam etnik Melayu percaya kepada animisme, Hinduisme dan Budhisme. Menerima Islam secara rasmi mulai abad ke-15.

Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, luas dan mendalam ke atas etnik Melayu, sama ada dari segi rupa, bentuk, luaran atau dalaman sehinggakan etnik Melayu dan Islam disinonimkan dan tidak dapat dipisahkan. Islam mempengaruhi kehidupan etnik Melayu dalam beragama, pendidikan, ilmu pengetahuan, bahasa, kesusasteraan, adat resam, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Yang lebih utama lagi Islam bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam bermula sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke ke-15 di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Melayu merupakan etnik yang pertama menegakkan pemerintahan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka sebagai etnik utama dan tunggak utama masyarakat plural di Malaysia.

2.3.3 Etnik Cina Etnik kedua terbesar di Semenanjung Tanah Melayu selepas etnik Melayu. Hubungan tanah besar Cina dengan Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama iaitu sejak kelahiran kerajaan maritim di rantau ini. Contohnya kerajaan Langkasuka di Kedah, yang diasaskan pada tahun 100M.

2.3.4 Etnik India


Etnik ketiga terbesar selepas etnik Melayu dan Cina di Semenanjung Tanah Melayu. Hubungan benua kecil India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah lama wujud melalui perdagangan. Hinduisme bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-kerajaan maritim Hindu-Budha di Alam Melayu termasuk kerajaan Langkasuka di Kedah sebelum penubuhan kerajaan Melayu Melaka lagi.

2.3.5 Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pedagang-pedagang dari Arab, Cina, India dan lain-lain kepulauan Melayu datang ke Melaka. Melaka sejak itu menjadi bandar kosmopolitan yang penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik. Sejumlah kecil yang bermastautin tetap tinggal di situ. Tetapi tidak melahirkan masyarakat plural kerana mereka diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu yang dikenali sebagai komuniti baba. Masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik tetapi tetap mengamalkan budaya tempatan. Sebab itulah ia tidak dikategorikan sebagai masyarakat plural (Fauziah Shaffie 2000: 257).

2.4 MASYARAKAT PLURAL 2.4.1 Kemunculan Bermula selepas kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran, campur tangan Inggeris di Tanah Melayu untuk memajukan sektor perlombongan bijih timah dan ladang getah mulai tahun 1848. 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya berjumlah 500,000 orang. Jumlah itu meningkat secara mendadak. Contohnya pada tahun 1921 berjumlah 3.3 juta orang (Fauziah Shaffie, 2000: 270).

2.4.2 Ciri Masyarakat Plural Malaysia Ciri-ciri utama masyarakat pural Malaysia adalah seperti berikut (Mohamad Idris Saleh, 1998: 30-35): (a) Ekonomi Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi Pemisahan demografi - Cina di lombong bijih, etnik India di estet getah dan etnik Melayu di pedalaman Interaksi dan sosialisasi terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai. Mengamalkan agama, kebudayaan dan adat resam masing-masing. Asimilasi etnik Cina dan India ke dalam masyarakat Melayu tidak berlaku (Kesultanan Melayu Melaka). Itulah yang dimaksudkan dengan masyarakat plural. Plural dari segi masyarakat dan plural dari segi budaya. 1931, penduduk Tanah Melayu - 53% Cina, 44.7%. 1957, (merdeka) Melayu 49.8%, Cina 37.2%, India 11.3%, lain 1.8%.

Berlakunya migrasi sub-etnik Melayu dari seluruh Alam Melayu terutama dari Indonesia, etnik serumpun yang semuanya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu (Fuziah Shaffie, 2001: 259).
Migrasi bermula sejak abad ke-15 - etnik Jawa sebagai masyarakat perdagangan di zaman Kesultanan Melayu Melaka - meninggalkan Melaka apabila ia dijajah oleh Portugis - berhijrah semula di abad ke-19 di negeri Selat sebagai pedagang kecil, kelasi dan orang gaji. Berhijrah ke Johor, Selangor dan Perak sebagai peneroka. Etnik Minangkabau dari Sumatera Barat telah bermastautin di Negeri Sembilan sejak abad ke-14. Abad ke-17 orang Bugis dari Sulawesi pula bermastautin di Selangor, Perak dan Johor. Dari segi komposisi dan bilangan penduduk Indonesia yang berhijrah ke Malaysia, etnik Jawa merupakan kumpulan terbesar. Dalam tahun 1930, jumlah mereka lebih dari 17,000 orang, kemuudian diikuti oleh etnik Minangakabau, Banjar dan Bugis (Fuziah Shaffie, 2001: 263).

b) Agama Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural Malaysia yang terpenting. Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957. Jadual 1.1
Agama Islam Buddha Confucious/Taoisme Hinduism Kristian Etnik Melayu Cina/India Cina India Cina/India dll Peratus 53 17.3 11 7 7

Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang tahun Hijriah - Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nuzul al-Quran, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Buddha mengutamakan perayaan hari Wesak. Penganut Konfusius dan Toisme memuja roh dato nenek, merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja dan diraikan pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari Krismas dan Easter.

(c) Pendidikan Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957,


Pendidikan Melayu berteraskan pengajian alQuran, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Cina juga berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah besar Cina. Pendidikan India - guna bahasa Tamil, buku teks diimport dari India mengenai kebudayaan, sejarah dan geografi benua kecil India.

(d) Politik Inggeris menjalankan dasar divide and rule. Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India disengajakan melalui faktor ekonomi dan demografi.
Sebab itulah hanya etnik Melayu tetap menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Etnik Cina pula kesetiaan mereka berkiblatkan tanah besar China. Etnik India pula berkiblatkan benua kecil India.

1945 hingga 1957 - perpecahan dan konflik antara etnik tidak dapat dielakkan. Masalah ini diserahkan kepada entik-etnik tersebut untuk menyelesaikannya setelah mencapai kemerdekaan tahun 1957.

Masyarakat plural di Malaysia bertanggungjawab mengurus kumpulan masing-masing. Bersaing antara satu sama lain merebut sumber yang terhad. Kewujudan setengah pemimpin etnik tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih populariti dan sokongan dari etnik masingmasing. Kegagalan satu kumpulan membawa kejayaan kepada kumpulan lain. Ketegangan entik kian meningkat. Pertelingkahan, konflik dan perbalahan berlaku. Keganasan kadangkala tidak dapat dielakkan.

(e) Kebudayaan Setiap etnik utama di negara ini mewarisi tamadun dan kebudayaan besar dunia.
Etnik Melayu dengan warisan tamadun dan kebudayaan Melayu, Etnik Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan antara yang tertua di dunia dari tanah besar China Etnik India mewarisi tamadun dan warisan terkenal dari benua kecil India.

2.5 MASYARAKAT PLURAL BARU Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.
2.5.1 Etnik Sabah Mempunyai penduduk seperti Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Cina bermastautin di bandarbandar utama. Etnik peribumi lebih ramai dan boleh dibahagikan mengikut pertempatan mereka seperti berikut:

(a) Persisiran (i) Orang Brunei


Berhijrah ke Sabah dalam abad ke-16. Bekerja sebagai pedagang dan pentadbir dan tinggal di barat daya pantai Sabah di Padas, Kalias, Papar dan Kimanis. 100% Islam sama seperti etnik Melayu di Semenanjung Malaysia.

(ii) Orang Bajau


Dari Pulau Sulu dan Mindanau, berhijrah dalam abad ke-18. Di barat daya berpusat di Kota Belut, di pantai timur berpusat di Semporna dan Pulau Timbang, dikenali sebagai orang samal. Petani dan pesawah padi. 100% beragama Islam. Upacara ngedung - bertukar juadah makanan dan upacara bertindik.

(iii) Orang Suluk


Berasal dari Pulau Sulu, selatan Filipina. Pekerjaan - ahli perniagaan, pengutip hasil laut dan pengutip hasil hutan. Pertempatan utama - Marudi, Sandakan dan Lahad Datu. Telah lahir ramai pemimpin terkenal seperti Syarif Umar. Beragama Islam.

(iv) Orang Kadazan


Etnik pribumi terbesar di Sabah. Tinggal di lembah Ranau dan lembah Tambunan. Agama - Kino-ringan - kuasa pencipta bumi dan makhluk lain. Sebahagian mereka beragama Kristian. Mahkamah Anak Negeri - kendalikan undang-undang adat orang Kadazan. Anggota - ketua rumah panjang, orang-orang tua. Pesta Menuai - Tarian Samazau dipersembahkan.

(b) Pendalaman Penduduk utama - Orang Murut. Pertempatan - Tenom, Rundum dan Pesiangan. Tempat tinggal - rumah panjang. Sumber ekonomi - padi huma, memburu binatang dan mengutip hasil hutan. Agama - Aki Kopuno, mempunyai kuasa penciptaan alam dan penyelesaian semua masalah. Etnik-etnik kecil lain - Orang Rungus, Orang Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang Bisaya, Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang Bamarau.

2.5.2 Etnik Peribumi Sarawak Mempunyai penduduk sejak 40,000 tahun dahulu di Gua Niah. Peribumi atau bumiputera Sarawak terbahagi kepada dua golongan iaitu penduduk pesisiran pantai dan pendalaman.

(a) Persisiran Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada etnik berikut:
(i) Orang Melayu
Berhijrah pada abd ke-l5 dari Pulau Sumatera, Indonesia. Bermastautin di bandar Lidah Tanah, sekitar sungai Sarawak. Mempunyai ketua yang terkenal seperti Datuk Permati Jepang. Ekonomi - pertanian, nelayan dan sebagai pedagang. Islam dan menguasai tulisan jawi dengan baik sekali.

(ii) Melanau
Bermastautin di sekitar sungai Igan, sungai Oya dan sungai Mukah. Ekonomi - tangkapan ikan, bersawah padi dan membuat sagu. Beragama Islam sama seperti orang Melayu.

(b) Pedalaman (i) Orang Iban


Juga dikenali dengan nama Dayak Laut Peribumi terbesar mendiami pedalaman Sarawak. Berasal dari sungai Kapuas, Kalimantan, Indonesia. Petempatan utama - sungai Saribas, sungai Sekarang, sungai Batang Lupar dan sungai Rajang Mendiami rumah panjang diketuai seorang ketua dikenali dengan nama Tuai Rumah. Agama percaya beberapa tuhan - tuhan peperangan Singling Burong, tuhan bumi Pulang Gama dan roh serta hantu. Sebahagiannyaberagama Kristian. Perayaan penting - Gawai Ranyai.

(ii) Bidayuh
Mendiami rumah panjang terutama di sepanjang sungai Samarahan dan sungai Sadong. Ekonomi - menanam padi huma dan meramu hasil hutan.

(iii) Orang Kayan


Penempatan di hulu sungai Baram. Berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Beragama Kristian.

(iv) Orang Penan


Terkenal sebagai pemburu bintang liar yang mahir. Ekonomi - memungut hasil hutan terutama rotan dan damar - menukarkannya dengan barangan keperluan harian seperti beras, garam dan lainnya.

Di kawasan pedalaman Sarawak juga terdapat etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit.

You might also like