You are on page 1of 39

BAB 1 : PENGENALAN PROJEK

Sistem Pembelian Notebook Online 1


BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan sistem secara atas talian ternyata memberi banyak kelebihan


kepada pengguna-pengguna Internet khususnya dalam menyokong operasi seharian
mereka. Ia menjadi medium pilihan dalam era teknologi maklumat masa kini
memandangkan keupayaannya dalam menjalankan transaksi dengan lebih cepat,
mudah, selamat dan lebih meluas. Sebagai sebahagian daripada pengguna Internet
yang tidak mahu ketinggalan dalam menyahut arus persaingan dalam teknologi
secara atas talian ini, maka saya telah memilih untuk menjalankan projek di bawah
tajuk Sistem Pembelian Notebook Online.

Dengan adanya sistem ini, ia dapat memberi kemudahan kepada pengguna-


pengguna Internet untuk membuat pembelian notebook tanpa perlu menghadapi
kesesakan jalan raya atau masalah untuk mengeluarkan wang tunai. Kini, segala
urusan daripada pesanan, pembayaran sehinggalah kepada penghantaran terletak di
hujung jari sahaja melalui Sistem Pembelian Notebook Online.

Sistem Pembelian Notebook Online 2


1.2 Matlamat Projek

Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan sebuah laman web
yang dapat menyediakan perkhidmatan kepada pengguna Internet untuk membuat
pembelian notebook secara atas talian.
Bagi menjamin kelancaran dalam urusan pembelian, beberapa kemudahan
disediakan kepada pengguna sebelum sebarang pesanan atau pembelian dilakukan
seperti maklumat yang lengkap tentang spesifikasi untuk semua rangkaian notebook
yang ditawarkan berserta imej sebenar produk, kaedah-kaedah untuk membuat
pesanan, pembelian dan pembayaran, terma dan syarat sebagai jaminan produk
serta maklumat penghantaran. Dengan itu pengguna akan mendapat jaminan kualiti
untuk setiap produk yang dibeli melalui Sistem Pembelian Notebook Online ini.

1.3 Objektif projek

Untuk membangunkan sesebuah sistem, kita perlu jelas tentang objektif-


objektifnya kerana ini akan menentukan hasil (output) yang akan diperolehi
seterusnya kita boleh merancang pelan atau strategi tertentu untuk mencapai
objektif tersebut.
Berikut adalah objektif pembangunan Sistem Pembelian Notebok Online
iaitu :
1.3.1 Untuk membolehkan pengguna di seluruh Malaysia membuat
pesanan, pembelian dan pembayaran notebook secara online
1.3.2 Untuk mempromosikan produk-produk notebook terbaru di pasaran
dengan memaparkan spesifikasi dan imej sebenar setiap produk
1.3.3 Menyediakan pangkalan data yang dapat memudahkan proses
penyimpanan, penyelenggaraan dan capaian semula data-data
pelanggan dan produk.

Sistem Pembelian Notebook Online 3


1.4 Skop projek

Bagi memastikan sistem ini memenuhi matlamat dan objektifnya, maka


pelaksanaannya dipecahkan kepada dua skop utama iatu skop sistem dan skop
pengguna.

1.4.1 Skop sistem


Skop sistem merujuk kepada keupayaan sistem dalam menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna. Berikut adalah skop sistem bagi
Sistem Pembelian Notebook Online :
i. Memaparkan maklumat tentang spesifikasi dan imej sebenar
produk
ii. Menyediakan kaedah komunikasi berasaskan borang untuk
urusan pesanan dan pembelian produk
iii. Menjana maklumat pengesahan pesanan kepada pelanggan
iv. Menyimpan maklumat pesanan dan pembelian pelanggan untuk
penyelenggaraan pihak admin
v. Menyediakan login untuk admin bagi memastikan pihak yang
sah sahaja boleh melakukan penyelenggaraan dat

1.4.2 Skop pengguna


Merujuk kepada semua yang terlibat dalam kajian pembangunan
sistem ini. Sistem Pembelian Notebook Online disasarkan untk
semua pengguna-pengguna Internet seluruh Malaysia dan segala
urusan penyelanggaraan data-data akan dilakukan oleh pihak
pengurusan.

Sistem Pembelian Notebook Online 4


1.5 Fungsi / kegunaan sistem

Berikut adalah fungsi-fungsi yang disediakan dalam Sistem Pembelian


Notebook Online ini.
1.5.1 Penerangan produk iaitu paparan maklumat spesifikasi pelbagai
jenama notebook di pasaran seperti ACER, ASUS, BENQ,
COMPAQ dan HP

1.5.2 Pesanan dan bayaran di mana sistem menyediakan borang pesanan


untuk mendapatkan butiran pelanggan, produk dan pembayaran

1.5.3 Paparan maklumat pengesahan pesanan pelanggan

1.5.4 Login (daftar masuk) untuk pihak pengurusan bagi tujuan


pengemaskinian data

1.5.5 Link kepada sumber-sumber lain yang menyediakan maklumat


berkaitan notebook untuk memberi lebih pendedahan kepada
pengguna

1.5.6 Menyediakan fungsi untuk kemudahan menghubungi pihak


pengurusan (contact us) untuk sebarang masalah atau aduan daripada
pelanggan

Sistem Pembelian Notebook Online 5


BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

Sistem Pembelian Notebook Online 6


BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Matlamat utama bahagian ini adalah untuk mengkaji masalah dan menilai
projek-projek lain atau sebarang aktiviti yang berkaitan dengan projek yang
dibangunkan ini. Ia bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang
bagaimana sistem ini akan dilaksanakan dan pembangun dapat mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan sistem-sistem yang terdahulu dan menjadikannya sebagai
panduan dalam merekabentuk sistem semasa.

2.2 Kajian sistem pembelian secara online dan sistem pembelian secara secara
offline

Kajian ini dijalankan untuk menilai potensi projek yang akan dibangunkan
dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. Satu pemerhatian telah dibuat
untuk melihat dorongan pengguna dalam memilih kaedah pembelian untuk sesuatu
produk samada secara konvensional atau secara online. Beberapa rujukan telah
dijalankan melalui beberapa sumber di Internet berhubung transaksi pembelian atau
jualan secara online dan offline. Maklumat yang diperolehi ini penting dalam
memastikan sistem yang dibangunkan ini benar-benar dapat berfungsi dalam

Sistem Pembelian Notebook Online 7


persekitarannya. Hasil daripada kajian yang telah dibuat didapati transaksi secara
online dan offline mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.

Kebanyakan pengguna masih lagi memilih untuk membeli produk atau


perkhidmatan menggunakan cara biasa. Hakikatnya, kaedah ini banyak merugikan
masa, sumber dan tenaga kerana pengguna terpaksa berhadapan dengan kesesakan
dan mungkin juga terpaksa mengeluarkan beberapa belanja sampingan lain seperti
membayar tambang kenderaan, mengisi petrol atau belanja makan dan minum.
Walaubagaimanapun pengguna tetap rasa berbaloi kerana berpendapat mereka
memperolehi lebih kepuasan dengan memilih dan melihat sendiri sesuatu produk
sebelum ianya dibeli. Mereka juga berpeluang untuk bertanya dan mendapatkan
penerangan daripada jurujual berhubung kebaikan atau penggunaan sesuatu produk.
Jika berlaku kes barang rosak pula, proses pertukaran boleh dilakukan dengan lebih
cepat.

Berbanding dengan transaksi secara online, ia lebih memberi keselesaan


membeli belah kepada pengguna, namun pilihan produk yang dijual secara online
adalah terhad dan mungkin akan berlaku kes di mana produk yang ditunjukkan
tidak sama seperti yang dihantar. Selain daripada itu, tidak semua pengguna di
Malaysia mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer. Sebahagian
daripada mereka pula masih sangsi dengan kebolehpercayaan transaksi secara
online kerana pengguna dan penjual tidak dapat berinteraksi atau berkomunikasi
dalam sesuatu transaksi pembelian. Pengguna juga tidak boleh membuat penawaran
harga memandangkan kebanyakan harga jualan sesuatu produk di Internet adalah
tetap. Inilah cabaran yang perlu diatasi dalam membangunkan Sistem pembelian
Notebook Online ini.

Untuk memastikan sistem ini mendapat keyakinan daripada pengguna, ianya


akan direkabentuk agar dapat menyediakan fungsi-fungsi yang mampu memenuhi
segala aspek keperluan pengguna dan dapat mendorong pengguna untuk beralih

Sistem Pembelian Notebook Online 8


kepada pembelian secara online. Berikut adalah di antara perkara-perkara yang akan
diberi penekanan dalam sistem ini iaitu :
- Menyediakan lebih banyak pilihan produk daripada pelbagai jenama
- Memberikan penerangan lengkap spesifikasi untuk setiap produk dan
menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna
- Menunjukkan imej sebenar produk daripada pelbagai sudut dengan kesan-
kesan khas yang lebih interaktif untuk menarik minat pengguna
- Merekabentuk sistem supaya bersifat ramah pengguna di mana pengguna yang
tidak mempunyai kemahiran atau latarbelakang dalam komputer juga boleh
menggunakan sistem ini dengan mudah
- Menyediakan fungsi talian khidmat pelanggan untuk pengguna mengemukakan
sebarang aduan
- Menyediakan fungsi yang membolehkan pengguna berinteraksi secara terus
dengan penjual untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan produk
- Menyediakan perkhidmatan selepas penghantaran

Dengan adanya fungsi-fungsi yang dinyatakan di atas, saya menjangkakan


Sistem Pembelian Notebook Online ini boleh diaplikasikan dalam persekitarannya
serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna selama ini dalam
memilih kaedah secara online dalam pembelian sesuatu produk.

2.3 Pernyataan masalah

Penggunaan kaedah lazim penjualan notebook memerlukan ruang kedai


untuk mempamer stok kepada pengguna. Ini memerlukan kos yang tinggi untuk
bayaran sewa, bil elektrik, gaji kepada pekerja-pekerja, penyelenggaraan tempat
dan kos-kos lain.

Sistem Pembelian Notebook Online 9


Selain daripada itu, jualan notebook terhad kepada pelanggan-pelanggan
yang tinggal berdekatan dengan kedai sahaja. Aktiviti promosi perlu dijalankan dari
masa ke semasa untuk menarik perhatian orang ramai dan meningkatkan penjualan
notebook. Ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi kos pengendalian
seterusnya meningkatkan harga jualan notebook kerana terpaksa menampung
keseluruhan kos-kos yang terlibat.

Pelaksanaan Sistem Pembelian Notebook Online adalah penyelesaian


terbaik bagi mengatasi masalah-masalah di atas. Melalui sistem ini, aktiviti jualan
dan promosi dapat dijalan secara serentak dalam satu medium dan ia dapat
disasarkan kepada semua pengguna-pengguna Internet di merata tempat. Secara
otomatik juga kos promosi, sewa kedai, bayaran gaji kepada pekerja, bil elektrik
dan lain-lainnya akan terhapus dan harga jualan notebook yang lebih berpatutan
dapat diberikan kepada pengguna.

Sistem Pembelian Notebook Online 10


BAB 3 : PEMBANGUNAN SISTEM

Sistem Pembelian Notebook Online 11


BAB 3

PEMBANGUNAN SISTEM

3.1 Metodologi

Untuk memastikan sistem ini dapat dibangunkan dengan lebih teratur, maka
satu metod berstruktur telah digunakan iaitu berdasarkan kaedah Kitar Hayat
Pembangunan Sistem (SDLC). Kaedah ini merupakan satu pendekatan yang baik
kerana ia melibatkan pengendalian kerja secara berfasa dan membenarkan
pembangun untuk kembali ke fasa sebelumnya sekiranya terdapat keperluan-
keperluan yang tertinggal dalam sistem.

Selain daripada itu, pengendalian kerja secara berfasa ini dapat


menggalakkan pembangun untuk mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di
sepanjang perlaksanaan sistem. Secara amnya model SDLC ini terdiri dari 5 fasa
utama seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah iaitu perancangan,
analisis, rekabentuk, pelaksanaan dan penyelenggaraan.

Sistem Pembelian Notebook Online 12


Gambarajah SDLC

3.2 Penerangan fungsi setiap fasa

3.2.1 Fasa perancangan

Fasa ini bertujuan untuk menentukan apakah sistem yang akan dibangunkan
dan aktiviti-aktiviti seterusnya yang akan dilaksanakan di sepanjang proses
pembangunan sistem. Pemilihan projek pembangunan Sistem Pembelian Notebook
Online ini dibuat berdasarkan kepada faktor-faktor berikut :
i) Kemudahan untuk mendapatkan sumber perisian dan perkakasan
- Perisian dan perkakasan yang diperlukan untuk pembangunan sistem ini
mudah untuk diperolehi di pasaran dan kebiasaannya ia telah diinstalasikan
di kebanyakan komputer peribadi.

Sistem Pembelian Notebook Online 13


ii) Potensi perniagaan secara online
- Konsep perniagaan masa kini adalah perniagaan tanpa sempadan. Ini
bermaksud sesiapa sahaja samada syarikat besar atau kecil atau individu
boleh menjual produk perniagaan mereka sendiri melalui Internet tanpa
perlu lagi memikirkan kos untuk menyewa premis atau bayaran gaji
pekerja.
- Melihat kepada keperluan pengguna-pengguna masa kini pula, mereka
lebih mementingkan kepada transaksi yang mudah, cepat dan selamat. Ini
menjadikan transaksi secara online sebagai sebagai salah satu pilihan
pengguna dalam melaksanakan urusan seharian mereka seperti pesanan
atau pembelian produk. Bagi memenuhi keperluan pengguna inilah, maka
Sistem Pembelian Notebook Online dipilih untuk dilaksanakan.

iii) Kos pembangunan sistem yang tidak terlalu tinggi


- Untuk membolehkan Sistem Pembelian Notebook Online ini dicapai oleh
pengguna-pengguna Internet, maka ia akan melibatkan sedikit kos untuk
penghalaan dan domain yang mana hanya perlu dibayar dalam kadar yang
berpatutan setiap tahun. Ini jauh lebih menjimatkan berbanding sistem
perniagaan secara konvensional yang memerlukan bayaran sewa premis,
penyelenggaraan premis dan bayaran gaji pekerja untuk setiap bulan.

Semua aktiviti-aktiviti yang terlibat sepanjang proses pembangunan Sistem


Pembelian Notebook Online ini daripada perancangan sehinggalah kepada
pelaksanaannya ditunjukkan melalui carta gantt di Lampiran A.

Sistem Pembelian Notebook Online 14


3.2.2 Fasa Analisis

Fasa ini berkaitan tentang pengumpulan maklumat yang berkaitan tentang


keperluan sistem ini. Di antara maklumat-maklumat yang dikenalpasti perlu untuk
pelaksanaan sistem ini antaranya ialah spesifikasi setiap jenama notebook yang
hendak dijual, harga, imej sebenar setiap produk, maklumat dan kaedah pesanan,
pembelian dan pembayaran. Semua maklumat ini diperolehi melalui kaedah
temuduga dengan pembekal setiap jenama notebook yang dijual dan juga melalui
kajian beberapa contoh sistem transaksi online yang terdapat di Internet. Dengan
cara ini, saya sebagai pembangun dapat mengenalpasti kelemahan dan kekutan
sistem lain sebagai panduan dalam melaksanakan Sistem Pembelian Notebook
Online ini.
Kesemua maklumat yang diperolehi kemudiannya dikumpulkan dan
distrukturkan kedalam bentuk model-model yang tertentu supaya dapat ditunjukkan
gambaran yang lebih jelas tentang pergerakan data yang terlibat dalam sistem. Di
sini ditunjukkan gambarajah aliran data (DFD) konteks dan paras sifar untuk
menunjukkan proses-proses utama yang terlibat dalam sistem manakala pergerakan
data pula ditunjukkan melalui gambarajah perhubungan entiti, ERD dan carta alir.

Gambarajah Aliran Data Konteks (DFD Konteks)

0
laporan pesanan
pesanan Sistem Pembelian
PENGGUNA Notebook Online PENGURUSAN
pengesahan pesanan user id,
kata laluan

Sistem Pembelian Notebook Online 15


Gambarajah Aliran Data Paras Sifar (DFD Paras 0)

PENGGUNA
pesanan

1.0 Maklumat
Pengesahan pesanan pesanan
Input
maklumat
pesanan Maklumat
pesanan
dikemaskini
D1 Fail_pesanan

2.0 4.0
Maklumat Maklumat
pesanan pesanan
Jana maklumat Kemaskini fail
pesanan pesanan
Login sah

Maklumat
pesanan
D2 Fail_login dikemaskini

3.0 5.0
Login sah
Input Papar
katalaluan maklumat
pesanan

User_id, kata laluan

Laporan
pesanan
PENGURUSAN

Sistem Pembelian Notebook Online 16


Gambarajah Perhubungan Entiti (ERD)

Alamat IC
Produk

Nama Telefon Model Bayaran

PENGGUNA PESANAN
Buat

Semak

PENGURUSAN

User_id Katalaluan

Sistem Pembelian Notebook Online 17


Carta Alir

Mula

Paparan produk

Tidak
Admin?

Ya

Isi borang pesanan Masuk katalaluan

Tidak

Tidak
Sah ? Sah ?

Ya Ya

Papar maklumat pesanan

Tamat

Sistem Pembelian Notebook Online 18


3.2.3 Fasa Rekabentuk

Fasa ini menumpu kepada penyediaan rekabentuk bagi pangkalan data,


antaramuka, borang input dan borang output. Semua data diselenggarakan
menggunakan pangkalan data PHP dan ianya telah direkabentuk supaya dapat
mengurangkan bilangan pertindihan data. Ini penting bagi memastikan sebarang
pertukaran, penambahan atau pengubahsuaian data dapat dilakukan dengan lebih
cekap dan berkesan. Struktur pangkalan data bagi Sistem Pembelian Notebook
Online ditunjukkan di lampiran manual pengguna.
Aspek antaramuka, input dan ouput pula direkabentuk supaya ianya bersifat
ringkas dan yang paling penting ia haruslah ramah pengguna. Ini bermakna
pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang komputer
juga boleh menggunakan sistem ini tanpa masalah. Ciri-ciri rekabentuk bagi
modul-modul utama dalam sistem diterangkan dengan jelas pada Bab 4.

3.2.4 Fasa Pelaksanaan

Pelaksanaan sistem ini adalah berdasarkan kepada spesifikasi rekabentuk


yang telah dibuat pada awalnya. Fasa ini melibatkan aktiviti pengkodan, pengujian,
penyediaan laporan sistem, latihan dan sokongan. Untuk projek ini, latihan kepada
pengguna diberi melalui manual pengguna yang disediakan. Ini bermakna, bagi
pengguna-pengguna di pihak pengurusan yang tidak tahu menggunakan sistem ini,
bolehlah merujuk kepada manual pengguna sebagai panduan.
Beberapa pengujian pula dibuat untuk memastikan sistem benar-benar dapat
berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Sampel-sampel output dicetak dan
disemak untuk memastikan semua data-data yang dipaparkan bersifat

Sistem Pembelian Notebook Online 19


kebolehpercayaan iaitu ia perlulah setara sepertimana yang telah direkodkan dalam
pangkalan data.

Sila rujuk lapiran manual pengguna untuk paparan output yang telah duji
manakala aturcara-aturcara penting ditunjukkan pada lampiran aturcara.

3.2.5 Fasa Penyelenggaraan

Dalam Sistem Pembelian Notebook Online ini terdapat fungsi yang


membolehkan pengguna menghubungi pihak pengurusan sekiranya terdapat
sebarang masalah, komen atau cadangan. Pihak pengurusan akan mengambil
cadangan dan komen daripada pengguna untuk mengemaskini dan mengubahsuai
sistem dari semasa ke semasa. Ini bermakna proses penyelenggaraan sistem akan
sentiasa dilaksanakan sebaik sistem dicapai oleh pengguna.

3.3 Perisian atau bahasa pengaturcaraan yang digunakan


3.3.1 Berikut adalah senarai perisian yang terlibat dalam pembangunan
sistem :
- DreamweaverMX 2004
- Adobe Photoshop CS
- Windows XP Pro
- MS MySQL PHP
- Mozilla Firefox

Sistem Pembelian Notebook Online 20


3.3.2 Sebab mengapa digunakan :
- DreamweaverMX 2004 merupakan satu aplikasi pembangunan
web yang sangat berkuasa atas beberapa sebab seperti ia bersifat
WYSIWYG di mana ia membenarkan kita untuk
membangunkan sesebuah laman web tanpa perlu banyak bekerja
dengan kod. Ini bermakna pengguna-pengguna baru atau tidak
berpengalaman juga boleh membangunakan laman web mereka
dengan mudah. Selain daripada itu, ia serasi untuk digunakan
bersama-sama dengan peralatan-peralatan Macromedia seperti
Flash.
- MS MySQL PHP merupakan perisian antamuka grafik yang
berkualiti tinggi yang boleh melaksanakan pelbagai aplikasi
pangkalan data web tanpa memerlukan sebarang kos. Ia juga
mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan untuk perlindungan
data disamping menyediakan kemudahan untuk penapisan
(filtering) dan susunan data (sorting).
- Mozilla firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan
perlesenan sumber terbuka. Ia sangat serasi untuk digunakan di
atas platform sistem operasi windows, unix atau Macintosh.
Ianya digunakan dalam pelaksanaan sistem ini kerana masa
aksesnya lebih cepat berbanding IE.
- Adobe Photoshop CS digunakan untuk tujuan suntingan gambar.
Ia menyediakan banyak fungsi yang boleh menghasilkan
persembahan imej mengikut keperluan pengguna dan
melakukan pelbagai pengolahan ke atas bahan grafik seperti
fungsi blur, render, sharpen, crop, clone dan banyak lagi.

Sistem Pembelian Notebook Online 21


3.4 Perkakasan yang digunakan
3.4.1 Berikut pula adalah senarai perkakasan yang telah digunakan untuk
pelaksanaan sistem ini :
- Komputer jenis Pentium 2.0Ghz dan ke atas
- 128 MB RAM
- 40 GB pemacu cakera keras
- Monitor 15”
- PS/2 Keyboard, Mouse
- 700MB CD-R
- Rangkaian LAN dan Internet

3.4.2 Sebab mengapa digunakan :


- Pemproses Pentium mempunyai kelajuan pemprosesan yang
lebih tinggi berbanding pemproses lain di pasaran dan ini perlu
untuk membantu kelancaran dalam melarikan sistem yang
dibangunkan ini.
- Spesifikasi komputer dengan sekurang-kurangnya 128MB RAM
diperlukan untuk tujuan penyimpanan data dan arahan
disamping melaksanakan sistem dengan lebih cepat dan tugas
ini disokong oleh ingatan luaran dengan 40GB pemacu hard
disk bagi membantu penyimpanan data yang lebih banyak
- 700MB CD-R pula diperlukan untuk membaca data (grafik,
bunyi, teks) pada CD / DVD dan dihantar ke komputer. Juga
digunakan untuk membuat salinan ( backup ).
- Monitor 15”, PS2 keyboard dan mouse adalah spesifikasi
perkakasan standard bagi sesebuah komputer dalam
melaksanakan fungsi input dan output data dan kebanyakannya
telah tersedia dipasang pada mana-mana komputer pengguna.

Sistem Pembelian Notebook Online 22


- Rangkaian LAN dan Internet pula diperlukan untuk memuat
naik kandungan sistem kepada server dan bagi membolehkan
sistem ini dicapai oleh semua pengguna-pengguna Internet

Sistem Pembelian Notebook Online 23


BAB 4 : REKABENTUK DAN IMPLEMENTASI SISTEM

Sistem Pembelian Notebook Online 24


BAB 4

REKABENTUK DAN IMPLEMENTASI

4.1 Modul-modul utama

Dalam bahagian ini akan ditunjukkan bahagian-bahagian utama dalam Sistem


Pembelian Notebook Online ini dan penerangan ringkas fungsi setiap bahagian.

4.1.1 Paparan utama


Memaparkan maklumat berkenaan ciri-ciri terbaru yang boleh
didapati pada pelbagai jenama notebook di pasaran. Bahagian ini
disokong dengan persembahan imej sebenar dalam pelbagai sudut
untuk menarik minat pengguna untuk terus melayari sistem ini.

Sistem Pembelian Notebook Online 25


Paparan Utama

Sistem Pembelian Notebook Online 26


4.1.2 Bahagian paparan produk
Memaparkan maklumat untuk satu jenama notebook dan
spesifikasinya. Sekiranya pengguna berminat, mereka boleh terus
membuat pembelian dengan menekan butang berlabel Buy.

Paparan Produk

Sistem Pembelian Notebook Online 27


4.2 Spesifikasi Input dan spesifikasi output

Berikut adalah ciri-ciri yang memberi kelebihan kepada rekabentuk borang


dan laporan untuk Sistem Pembelian Notebook Online ini iaitu :
1) Setiap masukan data mempunyai label yang jelas dan mudah
difahami, ini dapat mengurangkan kesilapan dalam masukan data oleh
pengguna
2) Fungsi pesanan dan pembayaran dimuat dalam satu borang, ini
memudahkan pengguna membuat beberapa transaksi dalam satu masa
3) Menyediakan contoh masukan data untuk memastikan pengguna
membuat masukan data dalam format yang betul
4) Setiap borang dan laporan mempunyai tajuk yang bermakna untuk
memberi gambaran yag jelas kepada pengguna tentang fungsi setiap
borang dan laporan
5) Menyediakan mesej maklum balas sekiranya pengguna tersalah
membuat masukan data, ini bertujuan untuk memberi ingatan kepada
pengguna supaya memasukkan data yang betul
6) Setiap borang dan laporan dilengkapi dengan sistem pelayaran untuk
memudahkan pengguna bergerak dalam page yang sama atau ke page-
page yang berlainan dalam sistem
7) Rekabentuk borang dan laporan bagi sistem ini disokong dengan
sistem highlighting information system seperti penggunaan jenis, saiz,
warna dan kejelasan font yang berbeza-beza, penggunaan kotak dan
sebagainya untuk memudahkan pengguna memberi perhatian kepada
kata kunci tertentu serta membezakan maklumat yang penting dan
yang kurang penting

Sistem Pembelian Notebook Online 28


Berikut ditunjukkan satu contoh borang dan laporan yang digunakan dalam
sistem ini iaitu borang pesanan pembelian dan borang pengesahan pesanan.

Borang Pesanan Pembelian (input)

Sistem Pembelian Notebook Online 29


Borang Pengesahan Pesanan (output)

Sistem Pembelian Notebook Online 30


BAB 5 : KESIMPULAN

Sistem Pembelian Notebook Online 31


BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan

Melalui Sistem Pembelian Notebook Online, kini pengguna-pengguna


Internet mempunyai lebih pilihan dalam menjalankan sesuatu transaksi pembelian
khususnya untuk membuat pembelian notebook secara online. Walaubagaimanapun,
beberapa penambahbaikan boleh dilakukan ke atas sistem ini untuk menjamin
transaksi yang lebih sistematik dan selamat.

5.2 Kebaikan sistem


- Menyediakan fungsi keselamatan melalui kata laluan untuk memastikan
hanya pengguna yang sah sahaja mempunyai kebenaran untuk
mengemaskini data-data di dalam sistem

- Fungsi pesanan tidak diletakkan di bahagian utama sistem, dengan ini


secara otomatik mendorong pengguna untuk pergi ke bahagian produk
untuk mendapatkan spesifikasi setiap notebook. Ianya bertujuan untuk
mengajak pengguna melayari kseluruhan sistem ini

- Disokong dengan persembahan grafik yang interaktif di mana ciri ini


dapat menarik lebih ramai pengguna untuk mengunjungi sistem ini

Sistem Pembelian Notebook Online 32


- Melalui sistem ini juga, jualan notebook dapat disasarkan kepada
bilangan pengguna yang lebih ramai serta dapat mengatasi masalah
yang wujud dalam perniagaan secara konvensional yang memerlukan
penerangan berjela-jela kepada pelanggan dan ruang kedai untuk
menyimpan stok

5.3 Kelemahan sistem

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam sistem ini iaitu :


- Pilihan untuk membuat pembayaran terlalu terhad. Pengguna
sepatutnya diberi pelbagai pilihan pembayaran seperti secara online
seperti melalui kad kredit, maybank2u, cimbcliks, offline, cek / wang
pos

- Fungsi komen / maklumbalas tidak disediakan. Ini memberi kesukaran


kepada pengguna untuk menghantar sebarang komen atau cadangan

- Penerangan mengenai aliran proses pembelian tidak disediakan di


dalam sistem ini, contohnya How to Buy. Oleh itu pengguna tidak
memperolehi maklumat yang jelas bagaimana untuk membuat transaksi
dalam sistem

Sistem Pembelian Notebook Online 33


5.4 Cadangan penambahbaikan

Faktor masa banyak mempengaruhi penghasilan sistem ini yang mungkin tidak
mempunyai fungsi yang lengkap dan menyeluruh. Sekiranya faktor di atas dapat
diatasi, sistem akan diubahsuai dan diperkemaskan supaya dapat menghasilkan
output yang lebih memenuhi keperluan pengguna. Berikut adalah cadangan
penambahbaikan bagi sistem ini di masa akan datang.

1) Mengubahsuai rekabentuk antaramuka kerana seperti yang selalu


dibincangkan, antaramuka merupakan satu bahagian yang bersifat tricky di
mana pengguna yang berbeza mempunyai gaya penerimaan dan kefahaman
yang berbeza-beza. Oleh itu, ia sentiasa perlu diperbaiki sehingga menepati
rekabentuk keperluan semasa

2) Menambahkan pilihan kaedah pembayaran kepada pengguna

3) Menyediakan fungsi komen / maklumbalas untuk membolehkan pengguna


memberi komen dan cadangan

Sistem Pembelian Notebook Online 34


LAMPIRAN

Sistem Pembelian Notebook Online 35


LAMPIRAN A : CARTA GANTT

Sistem Pembelian Notebook Online 36


LAMPIRAN B : CARTA ORGANISASI

Sistem Pembelian Notebook Online 37


LAMPIRAN C : KERATAN ATURCARA

Sistem Pembelian Notebook Online 38


LAMPIRAN D : MANUAL PENGGUNA

Sistem Pembelian Notebook Online 39

You might also like