You are on page 1of 25

TUGASAN 2 KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KUMPULAN

UPSI-A03 ( A112PJJ )

PENSYARAH PUAN KAMALIAH BINTI MUHAMMAD NAMA NO. ID NO. TELEFON

NURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14-5448

D20102040807

019-7166070 019-5173776

ISI KANDUNGAN Bil 1.0 2.0 Topik Konsep Keperluan Khas Jenis-jenis kecacatan 2.1 Kanak-kanak Bermasalah 2.2 Kanak-kanak Autisme 2.3 Masalah Autisme Masalah Sampingan Autisme Pakar-pakar terlibat dalam menangani Autisme 4.1 Mendiagnostik Autisme 4.2 Perkhidmatan untuk kanak-kanak Autisme 5.0 Pelan Tindakan Membantu Kanak-kanak Austisme 5.1 Pendekatan Guru 5.2 Intervensi LEAP 5.3 Floor Time 5.4 TEACCH 5.5 Kelas Transisi 5.6 Program Sekolah di rumah Masalah Penglihatan 6.1 Konsep Masalah Penglihatan 6.2 Amplypio (Mata Malas) Masalah Sampingan masalah penglihatan Pakar-pakar terlibat dalam menangani masalah penglihatan 8.1 Tip Ujian Ketajaman Penglihatan Pelan Tindakan 9.1 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian 9.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar 9.3 Strategi Pembelajaran dan Intergrasi Kelas Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebagai tindakan pembelajaran yang lebih berkesan. Kesimpulan Bibliografi 9-12 Halaman 3 4-8

3.0 4.0

8-9 10-11

6.0 7.0 8.0 9.0

14-14 14-16 16-20 20-21

10.0 11.0

21 22-23 23

1.0 Konsep keperluan khas

Perbezaan kognitif, sosial, emosi dan rohani dalam kanak-kanak di dalam sesebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun demikian, kadang kala seseorang guru akan berhadapan dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara serta tidak mengikuti normanorma perkembangan kanak-kanak yang normal seperti keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Malahan, kanak-kanak ini juga menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah pintar cerdas dan masalah pembelajaran. Secara amnya, kanak-kanak ini juga dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas Menurut Mahmood Nazar (2000), kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Manakala McDonnell (1995) pula mengklasifikasikan pelajar-pelajar yang berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa ini kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Terdapat juga dalam kalangan kanakkanak ini mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanakkanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Berdasarkan definisi berkeperluan khas bolehlah dirumuskan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.

2.0 Jenis-jenis keperluan khas (kecacatan utama kes yang diperhatikan) 2.1 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak seperti kebolehan kognitif tingkah laku (perkembangan sosial), penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. Secara umumnya, kanak-kanak ini boleh dikenal pasti melalui beberapa cara. Biasanya, kriteria yang digunakan ialah kekerapan kegagalan yang dialami kanak-kanak tersebut berbanding dengan kejayaan mereka. Kadang-kadang cara seseorang itu bertutur, cara dia memberi sebaba atau alasan apabila disoal, cara dia menerangkan sesuatu, gerak gerinya dan juga kebersihan dirinya dijadikan kriteria untuk guru-guru mengesan kanak-kanak istimewa ini. Secara umumnya, kriteria yang digunakan ialah tahap ekpekstasi atau harapan yang patut dicapai oleh seseorang pelajar pada sesuatu peringkat umur. Ekpesktasi ini pula berasaskan norma-norma tahap pencapaaian pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi sosial dan intelek bagi majoriti kanak-kanak. Lazimnya, golongan ini mempunyai atau mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan kanak-kanak normal. Justeru, kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yang mereka hadapi agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian yang bermakna bersama keluarga dan masyarakat sekeliling. 2.2 Kanak-kanak Autisme Autisme atau autistik adalah satu kategori ketidakupayaan atau suatu gangguan perkembangan interaksi sosial dan komunikasi, gangguan deria pola bermain dan perilaku terbatas serta berulang. Tanda-tanda ini semuanya dimulai sebelum anak berusia dua atau tiga tahun. Dalam konteks ini, Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15 setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi.

Trend pendidikan masa kini menggalakan murid autisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah Kebiasaannya, sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak diketahui lagi walaupun ada bukti yang menyokong sebab-musabab yang pelbagai ( Bauserman, 1981). Menurut Power (1989) tingkah laku anak dengan autisme adalah adanya 6 gangguan iaitu interaksi sosial, komunikasi (Bahasa dan Pertuturan), perilaku, pola bermain, gangguan sensori motor iaitu motor kasar dan motor halus dan kategori gangguan keenam ialah perkembangan terlambat atau tidak normal. Hakikatnya, kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi penjagaannya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi (Rujukan Laman Web). 2.3 Masalah Autisme a. Masalah komunikasi. Seseorang kanak-kanak autisma biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya "sudah makan? ", dia menjawab "sudah makan". Jika ditanya "sudah minum ?" , dia jawab "sudah minum ". Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan sebagainya. b. Suka bersendirian. Masalah paling ketara ialah kanak-kanak autisme tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai, dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat 5

gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta dan bisu seolah-olah tiada apaapa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak-kanak autisme biasanya akan leka bermain sehingga berjam-jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil, dialihkan atau hilang. Kebanyakan kana -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan, menjengkit-jengkitkan kakinya apabila berjalan, memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik serta mengumpul batu-batu, bermain suis lampu dan sebagainya . Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian, didapati hampir 30 peratus kanak-kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi, anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak-anak autistik. Bayi-bayi dari usia sembilan bulan ke atas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak-kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri-ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak-kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali. Berdasarkan masalah utama di atas, ternyata hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Individu autistik sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar terbabit secara langsung apabila berbual-bual. Hakikatnya, tingkah laku yang suka mencederakan diri menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan. Kebiasaannya, kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan. Jika selesa berbahasa Inggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapa juga dan ibu bapa disaran menggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi dengan mereka. Ini penting dalam 6

mewujudkan interaksi dengan kanak-kanak autism dan memudahkan komunikasi ketika mereka berada bersama masyarakat. c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan Kanak-kanak autistik suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan serta sering menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing. Mereka juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi. Contohnya mereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Mereka sentiasa bergerak dan sering menunjukkan pergerakan yang pelik dan serta melakukannya berulang-ulang. d. Masalah tingkah laku Masalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu; i. Suka mengasingkan diri. Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yang terlampau dengan tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan kebimbangan akan dicederakan oleh kanakkanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniat untuk mencederakan sesiapa. ii. Kumpulan pasif

Kanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahami keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkah laku mereka bersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa mengira apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran mereka. iii. Tidak tahu bersosial

Oleh sebab kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinya tidak tahu bersosial dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengan kemampuan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain.

iv. Aktif tetapi berperangai pelik


Kanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli, tetap dengan sikapnya seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan. 3.0 Masalah sampingan kanak-kanak Autisme Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Malahan, pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yang lain iaitu timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anak autisme ini keluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktiviti seperti membeli belah, bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan. Dalam pada itu, kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar 8

mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Sudah pastinya adik-beradik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripadamasalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnya ada juga jiran yang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik dengan memberi komen yang membina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yang berkeperluan khas malah ada juga yang mengambik kesempatan dengan mengejek kanak-kanak tersebut. Realtinya inilah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka malu untuk berhadapan dengan dunia luar.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha mereka mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetap , apa yang menarik sekali ialah kebanyakan pasangan yang mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibu bapa amnya perlu ada rasa kebertanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala-galanya dan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.

Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik serta bijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh sebab itu, penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang

terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

4.0 Pakar terlibat dalam menangani isu Austisme 4.1 Mendiagnostik Autisme Jika kanak-kanak memperlihatkan beberapa gejala di atas segera hubungi ahli psikologi, doktor pakar perkembangan kanak-kanak, psikitaris kanak-kanak atau neurologis autistik. Penaksiran akan dilakukan untuk segera melalui terapi-terapi terstruktur. Maka peluang perubahan ke arah tingkah laku normal akan dilakukan. Malahan, pakar-pakar yang berkaitan dengan autistik hendaklah berperanan sebagai pembantu dalam memastikan anak autistik dapat diagnos dan dipulihkan di samping mendapat kerjasama yang jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama ini akan dapat membantu anak-anak autistik membesar dan berkembang mengikut potensi diri seperti anak-anak biasa sebayanya serta memberi peluang kepadanya untuk berjaya.

4.2 Perkhidmatan untuk Kanak-kanak Autisme (Services for young children with autism) Program pendidikan berstruktur dan pengurusan di peringkat awal umur boleh berperanan meningkatkan kefungsian apabila dewasa kelak (Howlin, 1997). Pakar akan mengenal pasti dan mendiagnosis autisme di peringkat awal lagi menyediakan ruang kepada perkhidmatan yang bersesuaian yang menghasilkan prognosis yang lebih baik. Intervensi lebih awal boleh mengurangkan halangan atau menghadkan penempatan murid. Bimbingan tingkah laku yang intensif dan berterusan kepada kanak-kanak misalnya dapat memberi kesan perubahan yang cukup ketara. (Smith, Etkeseth, Klevstrand, and Lovaas, 1997). 15% berjaya mengurus diri apabila dewasa dan 15-20% mampu berfungsi dengan baik (Sparrow, 1997). 10

4.3 Peranan pakar kaunseling dalam menangani kanak-kanak autistik Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai Sindrom Autistik merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan. Ini memerlukan riwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilai perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan oleh para profesional di klinik. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalinkan. Setiap kanak-kanak autistik memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan dibekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyai masalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu dikikis. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan program pemulihan. Matlamat rawatan bersama kaunseling adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan. Dalam konteks ini, dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan . Ironinya, bimbingan pakar kaunseling dalam membantu ibu bapa juga adalah penting untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa dalam menangani anak hiperaktif. Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibu bapa perlu sedar akan betapa 11

pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakitpenyakit kepada zuriat mereka. Sewajarnya mereka perlu menimbulkan kekhuatiran mereka tentang sesuatu keadaan penyakit yang boleh melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi kaunseling dengan para profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifat cemas dan was-was dengan adanya keadaan-keadaan seperti Sindrom Hiperaktif, Sindrom Down, Autisme, kecacatan dan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh anak orang lain. Apa yang penting ialah dapatkan penjelasan dan kaunseling dari para profesional yang arif. Hal ini demikian kerana dengan ilmu, sikap yang positif serta amalan hidup yang sihat, justifikasinya keadaan sebegini dapatlah dihindarkan.

5.0 Pelan Tindakan untuk membantu kanak-kanak Autisme 5.1 Pendekatan Pengajaran guru Seseorang guru boleh menggunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat awal, seseorang guru perlu menggunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan mudah. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai masalah dalam memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Guru perlu mendidik murid cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan beratur mengikut susunan (how to takes turn). Guru juga perlu menggunakan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata (eye contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembali kepada cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

12

Alunan muzik adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan positif muridmurid autisma. Justeru, alunan muzik dan disertai pergerakan badan yang tersusun seperti di dalam kelas khas adalah penting bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan meningkat. Guru juga boleh menggunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanakkanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanakkanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. 5.2 Intervensi LEAP (Learning Experience and Alternative Program for

preschooler and parents) Intervensi LEAP menggabungkan Developmentally Appropriate Practice (DAP) dan tehnik ABA dalam sebuah program inklusif. Teori pembelajaran yang berbeza digabungkan untuk membentuk kerangka konsep. Kaedah ini ada kelebihan dan kekurangan pada kanakkanak autistik. Model LEAP menggunakan teknik pengajaran reinforcement dan kawalan stimuli. Asasnya adalah; Semua kanak-kanak mendapat faedah ruang lingkupnya. Kanak-kanak autistik semakin sembuh jika intervensi berlaku konsisten di rumah, sekolah, atau masyarakat. Keberhasilan semakin besar jika ibu bapa dan guru bekerja bersama-sama. Kanak-kanak autistik saling belajar dari rakan sebaya mereka. Intervensi haruslah bersifat terancang, sistematik dan individual. Kanak-kakak yang memerlukan perhatian khusus dan yang normal akan mendapat keuntungan dari kegiatan yang mencerminkan DAP.

13

5.3 Pelan Tindakan Pendekatan Floor Time: Pendekatan Floor Time berdasarkan pada teori perkembangan interaktif yang mengatakan bahwa perkembangan ketrampilan kognitif dalam 4 atau 5 tahun pertama kehidupan didasarkan pada emosi dan relationship (Greenspan & Wieder 1997a). Jadi hubungan pengaruh dan interaksi merupakan komponen utama dalam teori dan praktik model ini. Greenspan mengembangkan suatu pendekatan perkembangan terintegrasi untuk intervensi anak yang mempunyai kesukaran (severe) dalam berhubungan (relationship) dan berkomunikasi, dan teknik intervensi interaktif yang sistematik inilah yang disebut Floor Time. Kerangka konsep program ini ialah pentingnya relationship, enam acuan (milestone) sosial yang spesifik dan teori hipotetikal tentang autistik.

5.4 Pelan Tindakan Pendekatan TEACCH (Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children) TEACCH merupakan program nasional di North Carolina USA, yang menangani autistik, secara bersistem dan tindakan yang bebas. Program TEACCH menyediakan tindakan yang berkesinambungan untuk individu, keluarga dan lembaga tindakan untuk kanak-kanak autistik. Tindakan dalam program ini termasuk diagnosa, terapi, rundingan, kerjasama dengan masyarakat sekitar, keperluan hidup dan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan keluarga yang spesifik.Para pelapis dalam program TEACCH perlu memiliki pengetahuan dalam berbagai bidang termasuk, speech pathology, kumpulan kemasyarakatan, intervensi terkini, pendidikan khas dan psikologi. Konsep pembelajaran dari model TEACCH berdasarkan tingkah laku, perkembangan dan dari sudut pandang teori ekologi, yang berhubungan erat dengan teori dasar autisme.

5.5 Kelas transisi Kanak-kanak belajar secara intensif dan berstruktur. Hal ini demikian kerana ia adalah kelas persiapan dan pengenalan kepada pengajaran dengan kurikulum sekolah biasa, tetapi melalui cara pengajaran yang berbeza di mana kelas kecil dengan jumlah guru yang besar, 14

dibantu dengan alat audio visual, interaksi yang jelas, padat dan konsisten. Selain itu, bentuk kurikulum dari berbagai bidang ilmu psikologi, pedagogi, speech patologist, terapis, guru dan ibu bapa dan sukarelawan. Dalam pada itu, perlu disediakan tempat khusus (special unit) apabila kanak-kanak memerlukan terapi, Malahan, pihak sekolah misalnya perlu mempunyai Program Pendidikan Individu sesuai dengan kemampuannya. Ironinya, pengidap autistik perlu didampingi oleh seorang terapis yang berfungsi sebagai guru pembimbing khas (GPK). Tugasnya ialah membantu guru kelas jika diperlukan, sehingga proses pengajaran dapat berjalan lancar tanpa gangguan.

5.6 Program Sekolah Di rumah (Homeschooling Program) Kanak-kanak autistik yang non verbal, kerencatan mental, masalah psikmotor dan auditory sebaiknya diberi kesempatan ikut serta dalam Program Sekolah Di rumah. Melalui bimbingan para guru dan terapis serta kerjasama yang baik dengan ibu bapa serta orang-orang disekitarnya, potensi anak dapat dikembangkan. Kerjasama ini merupakan cara terbaik untuk mengeneralisasi program dan membentuk hubungan yang positif antara keluarga dan masyarakat. Kerjasama ini memberi kesempatan untuk mendapat persamaan pendidikan yang setara dengan sekolah biasa untuk bidang yang ia kuasai 6.0 Masalah penglihatan 6.1 Konsep permasalahan penglihatan Kanak-kanak cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Kanakkanak cacat penglihatan dalam beberapa jenis iaitu kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna, katarak, amblypio dan juling. Antara punca cacat penglihatan ialah kesakitan mata, kekurangan zat makanan ataupun kerosakan saraf optik atau menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya. Dalam konteks ini, kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang buruk sekali. Kanak-kanak cacat penglihatan sudah pastinya akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khasnya dalam proses persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat. Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Pada masa lampau, kanak15

kanak bermasalah penglihatan dianggap sebagai murid-murid yang mengalami kecacatan. Mereka dianggap sebagai individu yang tidak boleh memberi apa-apa sumbangan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kanak- kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya. Kebanyakan daripada kanak-kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai. 6.2 Amblyopia (Mata Malas) Amblyopia atau mata malas adalah keadaan di mana ketajaman penglihatan tidak mencapai tahap 6/6 dengan preskripsi cermin mata terbaik tanpa ada sebab-sebab patologi lain. Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun yang menjadi sebab utama berlakunya amblyopia. Ini terjadi kerana pembiasan cahaya pada mata kanak-kanak yang rabun tidak terfokus pada retina dan seterusnya tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan. Dalam keadaan ini pembetulan kerabunan perlu dibuat secepat mungkin agar amblyopia tidak berlaku. Amblyopia boleh terjadi sekiranya seseorang kanak kanak lewat mendapatkan rawatan terhadap masalah kerabunan. Ini terjadi kerana berlaku halangan terhadap perkembangan fungsi penglihatan apabila seseorang kanak kanak rabun. Amblyopia juga disebut sebagai 'mata malas'. Ini kerana mata yang rabun, terutama dalam kes kuasa mata yang tidak sama antara mata kiri dan mata kanan, hanya satu mata yang digunakan untuk melihat sesuatu objek. Akibatnya, tiada rangsangan cahaya pada mata yang tinggi kuasa rabunnya. Ini menyebabkan mata tersebut tidak memfokus pada objek yang hendak dilihat. Jadi, sistem fungsi penglihatannya tidak berkembang. Apabila ini terjadi, keadaan binokular pesakit tidak berkembang dan mata akan menjadi juling. Kejulingan juga menjadi faktor penting terjadinya mata malas. Kejulingan menyebabkan paksi penglihatan berubah dan cahaya tidak terfokus pada FOVEA iaitu titik peka pada retina dan boleh juga menyebabkan amblyopia. Pembetulan masalah penglihatan perlu dilakukan sebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem penglihatan berkembang dengan normal. Bagi kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata kasar, pemeriksaan pertama terhadap kesihatan mata harus dilakukan ketika berumur empat tahun atau ketika mula memasuki tadika. Ujian menyeluruh terhadap mata perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatan mata, bukan sekadar menguji tahap penglihatan atau tahap kerabunan sahaja. Malahan, ramai

16

antara kita tidak mengetahui bahawa kejulingan pada kanak-kanak boleh terjadi akibat rabun terutamanya kerabunan yang berlaku sebelum kanak-kanak berumur empat tahun. Sekiranya tahap kerabunan antara kedua-dua mata tidak sama, mata yang lebih rabun berkemungkinan besar akan juling. Ini kerana imej kabur dari mata tersebut tidak akan ditafsirkan oleh otak dan akibatnya mata tersebut tidak akan menumpu pada objek yang hendak dilihat. Lama-kelamaan mata tersebut akan juling. Sistem penglihatan pada mata yang lebih rabun itu tidak akan berkembang dan akan menjadi amblyopia sekiranya tidak dibetulkan dari awal. Selalunya rabun jauh pada kanak-kanak akan menyebabkan juling keluar (exotropia) manakala rabun dekat akan menyebabkan juling ke dalam (esotropia). Kebanyakan kes juling yang terjadi secara begini boleh dibetulkan sekiranya pesakit tersebut mendapat pemeriksaan mata awal dan mendapat preskripsi cermin mata yang sempurna dengan kaedah kaedah rawatan Ortoptik yang sesuai, kes kes kejulingan yang secara begini boleh di atasi.Perkhidmatan Optometri yang profesional selalunya terdapat perkhidmatan rawatan Ortoptik terhadap masalah amblyopia dan kejulingan mata. 7.0 Masalah Sampingan Masalah Penglihatan Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini ialah mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya seorang kanakkanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah mata. Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas. Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek. Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan ini menyebabkan mata merah dan membengkak. Kanak-kanak juga

17

sering mengadu pening kepala dan loya. Malahan, apabila kanak-kanak ini akan memegang buku bukur terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangi penglihatan mereka. Penglihatan kanak-kanak yang kabur ini sebenarnya mengganggu perkembangan otak. Hal ini demikian kerana input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali pelbagai jenis objek akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak sehingga menyebabkkan kanak-kanak itu tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berkembang dan berfungsi dengan baik. Dalam konteks ini, kanak-kanak dengan masalah ini hanya boleh mengenali objek yang besar dan ini akan mengganggu proses pembelajaran terutamanya kebolehan menulis dan membaca. Dalam pada itu, guru terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk pembelajaran kemahiran. Malahan, kanak-kanak yang cacat penglihatan turut mengalami masalah pembelajaran yang agak serius kerana pertumbuhan deria pancaindera mengalami masalah yang seterusnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami proses perkembangan lambat yang dikategorikan sebagai multiple handicap. 8.0 Pakar-pakar yang terlibat dalam menangani masalah penglihatan Biasanya kanak-kanak tidak akan mengadu mengenai masalah penglihatan terutamanya kalau mereka masih boleh melihat melalui satu mata. Pemeriksaan screening diperlukan untuk mengesan keadaan ini. Apabila ambliopia disyaki, pakar mata akan menguji tahap penglihatan, keselarian mata, pergerakan mata dan fusion ( kebolehan otak mencantum 2 imej kepada satu). Bahagian depan dan belakang mata juga akan diperiksakan untuk mengesan apa- apa penyakit. Rawatan bergantung kepada masalah yang menyebabkan ambliopia. Jikalau ianya disebabkan oleh rabun, perskripsi cermin mata akan diberi untuk membetulkan penglihatan. Kalau sebelah mata lebih lemah penglihatannya, oklusi mata akan dilakukan untuk mata yang lebih baik beberapa jam sehari untuk mengalakkan mata lemah itu digunakan lebih dan menghindari otak daripada membatalkan imej itu. Kalau penyakit katarak atau kelopak mata kuyu juga terlibat, pembedahan mungkin juga diperlukan. Tidak kira apa yang menyebabkan ambliopia ini, ianya sangat mustahak untuk rawatan diberi dengan segera supaya otak kanak-kanak boleh belajar cara yang betul untuk melihat benda. 18 kanak-kanak yang bermasalah penglihatan dalam menguasai sesuatu

Menurut doktor Dr Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Kampus Kelantan kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dan mengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas. Malahan, kanak-kanak yang mengalami masalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasa refraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawai optometris yang terlatih. Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yang diperlukan oleh para pesakit. Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka. Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yang optimum. Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mata selepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata. Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusi mata di rumah. Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untuk merawat gejala mata malas. Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas. Rawatan ini memakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakan mata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut. Rawatan oklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yang tinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yang malas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi. Pesakit yang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalani rawatan yang sewajarnya terlebih dahulu. Selepas menjalani rawatan yang khusus untuk masalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakan secara sistematik. Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata. Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mata akan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit. Rawatan oklusi biasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit. 8.1 Tip ujian ketajaman penglihatan

19

Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran bayi. Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objek besar ketika berumur empat bulan. Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun. Beberapa ujian penglihatan boleh dilakukan di rumah oleh ibu bapa bagi menilai tahap penglihatan anak-anak dan untuk mengesan sebarang masalah penglihatan.

a.

Ujian penglihatan cahaya Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan.

b.

Menggunakan mainan yang sederhana besar Ujian ini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi. Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.

c.

Menggunakan gula-gula manik Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh bulan. Letakkan gulagula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza.

d.

Memadankan gambar-gambar yang serupa Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.

9.0 Pelan Tindakan bagi membantu masalah cacat penglihatan (amblypio) 9.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang bersesuaian 20

Kaedah penyampaian dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Muridmurid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Namun demikian yang membezakan adalah pendekatan dan kaedah dalam P&P iaitu muridmurid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam 2 jenis iaitu di sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi). Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Justeru, masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimunkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka. Guru perlu menggunakan perkhidmatan sokongan apabila kurikulum dimodifikasi dan dan dipermudahkan. Sokongan yang diperlukan ialah khidmat bacaan, masa tambahan, kantar pembesar (magnifier) atau tulisn cetakan font saiz besar. Modifikasi terhadap kurikulum boleh dijalankan dengan membuat adaptasi terhadap kurikulum. Adaptasi yang dijalankan perlulah dirancang terlebih dahulu untuk mengelakkan kecekapan berkomunikasi serta bertujuan untuk meningkatkan keazaman diri dalam kalangan pelajar. 9.2 Penggunaan alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar yang sesuai Pelajar yang rabun menggunakan medium tulisan cetakan manakala pelajar yang buta menggunakan medium tulisan braille. Walaupun kanak-kanak ini rabun menggunakan tulisan cetakan, tetapi pengubahsuaian dari segi saiz tulisan, penggunaan alat bantu seperti kanta pembesar dan pencahayaan yang sesuai perlu dipertimbangkan semasa pengajaran di dalam atau di bilik darjah. Guru juga berperanan dalam menyediakan alat bantu mengajar yang berkesan agar mereka dapat mengikut pengajaran guru. Guru sewajarnya ingat perkara asas untuk membolehkan pelajar ini berdikari ialah dengan penggunaan bahan bacaan yang pelbagai untuk mendapatkan maklumat seperti bahan bercetak, bacaan audio dan bacaan braille. Penempatan pelajar yang mengalami masalah pengglihatan secara berasingan memerlukan kurikulum alternatif yang memfokuskan kepada kemahiran hidup. Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu. 21

9.3 Strategi pembelajaran dan intergrasi kelas Strategi pembelajaran dan intergrasi kelas dapat membentuk proses sosialisasi murid. Walaupun begitu, pertautan ini akan menjadi lebih menarik dan efektif jika aktiviti yang dijalankan itu dapat disertakan dengan aktiviti fizikal seperti pendidikan jasmani. Penggabungjalinan aktiviti pembelajaran dengan aktiviti fizikal akan dapat merangsang perkembangan sosial yang lebih baik dan ia akan dipelajari secara semulajadi tanpa memerlukan penstrukturan pembelajaran. Pengekalan sesuatu tingkah laku yang diingini juga dapat diperkukuhkan melalui aktiviti ini. Guru perlu kreatif dalam menjalankan sesuatu aktiviti sebagai contoh penggunaan objek maujud perlu diutamakan semasa pengajaran. Selain penggunaan rajah timbul untuk menambahkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep. Murid perlu diberi peluang merasai sendiri sesuatu situasi agar kefahaman yang ada dapat diperkukuhkan. Seterusnya memantapkan lagi pemahaman perseptual mereka. Hanya latihan yang berulang kali dapat membantu kanak-kanak cacat penglihatan ini memahami sesuatu konsep itu selain bersandarkan kepada umur mereka. 10.0 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebagai tindakan pembelajaran yang lebih berkesan. Peranan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan di bilik darjah untuk pelajar amblypio merupakan satu tindakan yang sistematik dengan matlamat utamanya agar pelajar-pelajar ini belajar seiring dengan pelajar normal dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dalam konteks ini, guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai atau bahan audio untuk membantu pelajaran pelajar amblypio. Dalam pada itu, seseorang guru yang kreatif boleh menyediakan bahan bacaan yang jelas, kreatif. Misalnya, hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat yang dalam satu muka surat. Apa yang paling penting, semasa menulis pada papan hitam, guru boleh menyebut secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Sudah pastinya pengalaman kanak-kanak ini diperluaskan dengan memberi aktiviti hand-on. Malah, untuk pengajaran yang lebih berkesan maka seseorang guru perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah yang seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan

22

justifikasinya, pelajar yang mengalami masalah penglihatan dapat memberi akses yang mudah berada di dalam bahan-bahan pembelajaran.

11.0 Kesimpulan Perkembangan kanak-kanak, awal remaja dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran seperti autistik dan kecacatan penglihatan merupakan suatu perkara yang seharusnya menjadi agenda utama di dalam pendidikan di sekolah. Peranan guru dan ibu bapa amat diperlukan bagi membentuk sahsiah diri murid agar sejajar dengan perkembangan mereka. Membentuk keyakinan bagi murid yang berkeperluan khas memerlukan pelbagai modul yang efektif dan percubaan yang tidak terbatas. Guru dan ibu bapa harus kreatif dan berpengetahuan dalam membantu mereka bersosialisasi. Kekurangan dari ini akan memberi impak yang negatif kepada emosi mereka dan seterusnya akan menjejaskan pencapaian kognitif mereka. Secara umumnya, semua kanak-kanak merupakan aset yang paling bernilai kepada negara. Potensi mereka dapat dibangunkan untuk memberi sumbangan bagi memajukan serta memakmurkan negara. Ini termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga mempunyai peranan yang penting dalam membangunkan negara. Justeru, kecacatan yang dialami tidak boleh dijadikan sebagai batasan dan alasan yang menyekat perkembangan diri dan potensi mereka seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani isu kanak-kanak berkeperluan khas agar mereka diberi peluang untuk menikmati hidup yang sempurna seperti insan lain. Tuntasnya, mereka perlu dibantu untuk mendapatkan pendidikan yang diperlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang sempurna seperti kanak-kanak lain.

23

Bibliografi

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. 1998. Susunan oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law Book. Servis.

Dr Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi dari Pusat Pengajian. Penjagaan Mata dan Kesihatan Mata. Sains Perubatan USM Kampus Kelantan

Shahrin Ismail 1997. Deria Penglihatan: Penjagaan dan Rawatan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia

Laman Web http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-228429.html

http://www/scribd.com/doc/27262979/Menangani-Masalah-Anak-Hiperaktif

Rawatan penglihatan kanak-kanak Afakia Oleh Dr. Haliza Abdul Mutalib [img] http://www/utusan.com.my/pix/2006/0709/Utusan Malaysia/Kesihatan/kn_ 02 big.jpg][/img] http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/pengamatan-penglihatan/

24

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-kanak %20Berkeperluan%20Khas.pdf

25

You might also like