You are on page 1of 14

No.

Kod BMM3101

Bahagian A 1. Pilih penyataan yang tepat dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (A) Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam berbahasa dan berkomunikasi.

2.

Antara elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum ialah I. Ilmu II. nilai III. sistem bahasa IV. kewarganegaraan V. hasil pembelajaran (B) I, II, dan IV

3.

Manakah yang berikut merupakan kemahiran mendengar dan bertutur? (D) Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain

4.

1.2 Aras 3 (i) Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan Kecekapan yang paling tepat dengan Huraian Hasil Pembelajaran di atas ialah (C) berdialog tentang cara paling berkesan untuk menggalakkan kanakkanak menabung

5.

Guru Bahasa Melayu Tahun Empat Pintar bercadang untuk mengajarkan kemahiran menyoal untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu perkhidmatan yang diperlukan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran manakah yang sesuai untuk mengajarkan kemahiran di atas? (A) Aktiviti soal jawab antara pelanggan dan pegawai bank tentang caracara membuka akaun bank.

No. Kod BMM3101

6.

Murid-murid Tahun Lima Bijaksana diminta membaca peta dan mengesan dengan pantas nama jalan raya yang berhadapan dengan sebuah sekolah rendah. Jenis bacaan di atas merujuk bacaan (C) imbasan

7.

Urutan aktiviti membaca Membaca perenggan pertama sebuah rencana Membaca ayat-ayat pertama setiap perenggan sebuah rencana Membaca perenggan akhir rencana Berdasarkan urutan aktiviti membaca di atas, murid akan dapat menguasai kemahiran (D) mengesan idea keseluruhan

8.

Kenal pasti hasil pembelajaran yang sesuai dengan kemahiran menulis I. II. III. IV. Membuat pembetulan isi karya rakan sebaya Menyusun maklumat menggunakan lakaran grafik Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat

(A) I dan II sahaja

9.

Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membina kemahiran mentransformasikan maklumat dalam teks kepada pelbagai genre? I. II. Menulis diari berdasarkan peristiwa yang dialami Membuat ulasan terhadap kandungan iklan yang terdapat di dalam surat khabar III. IV. Menulis skrip lakonan berdasarkan seni kata lagu yang dibaca Menghasilkan carta pai berdasarkan maklumat dalam sebuah rencana yang dibaca (D) III dan IV sahaja

No. Kod BMM3101

10. Semua hasil pembelajaran kemahiran bahasa di bawah sesuai untuk murid tahun satu kecuali (A) mengulas bahan yang ditonton dan dibaca (B) menyatakan pandangan tentang tajuk yang dibualkan

(C) membina ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai (D) menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks yang dibaca

11. Pilih penyataan-penyataan yang menepati pembelajaran kemahiran bahasa mengikut aras. I. II. III. IV. V. (C) Pembelajaran masteri kemahiran bahasa Pembelajaran kemahiran mengikut kecenderungan minat Pembelajaran kemahiran pada tahap penguasaan minimum Pembelajaran kemahiran bahasa mengikut tahap kebolehan Pengajaran pelbagai aras kemahiran bahasa dalam satu waktu

I, IV dan V sahaja

12.

Menyokong tajuk dengan mengemukakan hujah Tajuk: Kepentingan Bersukan

Menulis karangan prosa berdasarkan tajuk

Menggunakan penanda wacana yang betul dalam perenggan

Rajah di atas menggambarkan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Strategi bersepadu yang diaplikasikan ialah (C) penggabungjalinan dan penyerapan ilmu

No. Kod BMM3101

13. Penilaian penguasaan murid-murid dalam tatabahasa secara berkesan adalah melalui ujian formatif yang bertujuan membolehkan guru (B) mengesan pencapaian murid dalam penguasaan tatabahasa

14. Projek yang sesuai untuk pengayaan Bahasa Melayu murid-murid tahun lima berdasarkan tema Cuti-cuti Malaysia yang dapat mencungkil kreativiti mereka ialah (B) menghasilkan brosur untuk mempromosikan pelancongan dalam negara

15. Kita bertuah kerana hidup aman dalam negara yang merdeka ini. Walau bagaimanapun, kehidupan begini tidak dirasai oleh datuk nenek kita. Apakah elemen pengisian kurikulum yang terdapat dalam petikan di atas (C) kewarganegaraan

16. Cadangkan tema yang sesuai bagi tujuan menyuburkan peraturan sosiobudaya dalam kalangan murid tahun lima melalui aktiviti menulis karangan. (B) Semangat kejiranan

17. Setelah membaca sebahagian cerita bertajuk Kemarau Berpanjangan muridmurid diminta menyudahkan cerita mengikut kreativiti masing-masing. Nyatakan kemahiran berfikir yang diintegrasikan. (C) membuat inferens bercapah

18.

Aktiviti : Memberi respons kepada soalan yang dikemukakan dengan ungkapan bertatasusila Berdasarkan aktiviti berbahasa di atas, pilih kecerdasan pelbagai yang dapat dibina dan dikembangkan dalam kalangan murid. (C) Verbal linguistik, emosi dan interpersonal

No. Kod BMM3101

19. Pembelajaran kontekstual dalam mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan kepada penyampaian isi pelajaran dalam konteks yang bermakna kepada murid-murid. Pilih aktiviti pembelajaran yang tidak tepat dengan pembelajaran kontekstual. (D) Murid mengkaji ragam ayat dalam teks untuk membanding dan membezakan ayat aktif dengan ayat pasif 20. Pada peringkat sekolah rendah, aspek tatabahasa yang diajarkan secara terancang dalam konteks penggunaan meliputi (C) bentuk kata majmuk

Bahagian B

1.(a)

Antara objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis sekolah rendah ialah membolehkan murid mengeluarkan idea dalam penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Cadangkan dua jenis penulisan kreatif dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah untuk mencapai objektif di atas. (i) (ii) (iii) (iv) Pantun Cerpen Sajak Syair : melengkapkan dua baris maksud pantun empat kerat : menulis cerpen berdasarkan pengalaman : menulis sajak tentang tajuk berpandukan deria : menulis syair berdasarkan cerita yang dibaca

(b)

Aspek sebutan dan intonasi adalah komponan sistem bahasa yang penting untuk diberikan perhatian semasa mengajar kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Huraikan tiga kepentingan mengajarkan aspek sebutan dan intonasi sama ada semasa guru mengajar kemahiran bertutur atau kemahiran membaca. (i) (ii) Menyebut dengan betul perkataan mengikut makna dalam konteks. Menyampaikan maksud yang betul dalam interaksi lisan mengikut intonasi ayat bahasa Melayu. (iii) Menggunakan sebutan baku dalam situasi formal/rasmi.
5

No. Kod BMM3101

(iv) Menunjukkan kefahaman terhadap kandungan bahan yang dibaca berdasarkan intonasi ayat. (v) Mengelak daripada dipengaruhi oleh dialek. (vi) Membunyikan bunyi-bunyi bahasa Melayu berdasarkan sistem fonologi yang betul. 2. (a) Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur murid dibimbing untuk menguasai kemahiran bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Berikan dua alasan untuk murid menguasai kemahiran di atas. (i) Supaya murid-murid dapat bertanya dengan menggunakan kata tanya atau tanpa kata tanya mengikut tujuan interaksi. (ii) Supaya murid-murid mengikut giliran bercakap dalam interaksi bersoal jawab. (iii) Supaya murid-murid dapat menggunakan kata sapaan yang sesuai dengan situasi soal jawab. (iv) Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran mengekalkan hubungan interpersonal yang baik/saling menghormati/bersopan semasa bersoal jawab. (b) Peringkat pemahaman membaca boleh dibahagikan kepada empat, iaitu pemahaman peringkat pengetahuan, peringkat inferens, peringkat penilaian dan peringkat penghayatan. Jelaskan maksud pemahaman peringkat pengetahuan dan peringkat inferens. Nyatakan satu contoh kemahiran membaca bagi setiap satu peringkat pemahaman tersebut. (i) Peringkat pengetahuan : Menyatakan semula idea, peristiwa (maklumat) yang dinyatakan secara eksplisit dalam teks atau menyatakan semula / mentransformasi maklumat ke dalam bentuk lain tanpa mengubah maksud. Contohnya, menyatakan tarikh peristiwa, menyusun mengikut urutan, member makna perkataan, mengubah maklumat dalam buku teks ke dalam carta pai.

No. Kod BMM3101

(ii)

Peringkat inferens : Menyimpul/membina makna/membuat hipotesis kendiri berdasarkan maklumat literal. Menyimpul tentang sesuatu yang tidak dinyatakan secara eksplisit tetapi dicadangkan dalam beberapa ayat. Contohnya menyimpul perwatakan berdasarkan sikap/tutur kata watak, mengesan sebab akibat peristiwa yang tidak dinyatakan secara tersirat, membanding beza maklumat , membuat analogi, meramal kesudahan cerita.

3. (a)

Aktiviti pemulihan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sesuai untuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Jelaskan dua tujuan aktiviti pemulihan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. (i) Mengecilkan jurang pencapaian kemahiran berbahasa antara muridmurid. (ii) Mendapat layanan dan kemudahan belajar sesuai dengan kemampuan. (iii) Mendapat peluang pembelajaran yang sama. (iv) Mengubah tingkah laku dan sikap negatif yang menjejaskan pembelajaran.

(b) Nyatakan dua contoh masalah pembelajaran dan cara mengatasi masalah tersebut dengan cara melengkapkan rajah di bawah. Bil Masalah pembelajaran Cara mengatasi masalah 1. Menyebut tidak mengikut ejaan Latih tubi pemintal lidah : ga li disebut ka - li

2.

Gagal mengeja mengikut suku kata

Domino suku kata dengan gambar Membatang suku kata

3.

Tidak mengenal huruf

Kaedah fonetik Kaedah abjad Kaedah pandang sebut Kaedah cerakin


7

No. Kod BMM3101

4. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah adalah dalam bentuk aplikasi, komunikasi, penerokaan dan tutorial. Berdasarkan bentuk penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, nyatakan tujuan penggunaan dan contoh aktiviti yang sesuai. Bil Bentuk Tujuan penggunaan Penggunaan dalam penggajaran Bahasa Melayu Aplikasi Pemprosesan perkataan power point Contoh aktiviti pembelajaran bahasa

1.

1. Menulis karangan. 2. Persembahan hasil perbincangan dalam bentuk grafik. 3. Menghasilkan risalah/brosur mepromosikan buah-buahan tempatan.

2.

Komunikasi

Bertukar maklumat secara atas talian

1. Mengedit aspek bahasa karangan rakan. 2. Memberi maklum balas aspek isi karangan rakan. 3. Menghantar e-mail kepada rakan.

3.

Penerokaan

Alami/kaji fenomena secara simulasi

1. Mengumpul maklumat sebagai isi forum. 2. Simulasi : mengkaji kesan rumah hijau untuk projek bahasa Melayu.

4.

Tutorial

Latih tubi yang disimpan dan dikawal oleh sistem

1. Akses kendiri untuk aktiviti pengayaan bahasa.

2(b) (iii) Peringkat penilaian : . (iv) Peringkat penghayatan : Mempraktikkan maklumat dalam kehidupan seharian contohnya menjaga kebersihan gigi seperti memberus gigi setiap hari pagi dan sebelum tidur.

No. Kod BMM3101

Bahagian C 1. Pengajaran dan pembelajaran membaca di sekolah rendah memberi penekanan kepada bacaan mekanis dan mentalis. Jelaskan maksud bacaan mekanis dengan memberikan dua contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap jenis bacaan. Bacaan mekanis : bacaan bersuara, bacaan nyaring dengan memberi penekanan kepada sebutan, intonasi, jeda, irama, kelancaran membaca dan bacaan mengikut tanda bacaan. Contoh aktiviti : bacaan nyaring (i) Membaca skrip dialog yang dikarang sendiri/disediakan oleh guru. (ii) Berbalas pantun berdasarkan pantun yang disediakan oleh guru atau yang dikarang oleh murid-murid. (iii) Latih tubi sebutan perkataan yang mengandungi bunyi-bunyi diftong. (iv) Membaca berita berdasarkan demontrasi bacaan berita di televisyen yang dirakamkan. Bacaan mentalis : Bacaan yang dilakukan secara senyap bagi tujuan memahami maklumat, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca. Contoh aktiviti : bacaan mentalis (i) Membaca ruangan editor/lidah pengarang untuk mengesan pendapat/pandangan. (ii) Membaca iklan bagi mengesan unsur propaganda dan fakta. (iii) Membaca teks sejarah bagi mengesan urutan peristiwa dan sebab akibat peristiwa. (iv) Membaca cerita dan mengesan mesej/nada penulis. (v) Membaca artikel dan memindahkan maklumat ke dalam dialog. 2. Huraian Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran : 3.1 Aras 2 (ii) Menyampaikan isi penting sesuatu topik secara tersusun dengan bahasa yang mudah.

Jelaskan maksud Huraian Hasil Pembelajaran di atas, dan rancang aktiviti mengikut tiga/ empat langkah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai agar murid Tahun Enam Cerdik dapat menguasai kemahiran di atas.
9

No. Kod BMM3101

Pelajar dapat menyampaikan isi-isi penting mengenai sesuatu topik secara tersusun dengan bahasa yang mudah. Langkah Aktiviti Langkah 1 Pelajar membaca teks yang diberi oleh guru. Langkah 2 Pelajar berbincang tentang isi-isi penting yang terdapat dalam teks secara berkumpulan. Langkah 3 Wakil kumpulan menghuraikan isi-isi penting dengan menggunakan bahasa yang mudah. Langkah 4 3. Guru menilai hasil kerja kumpulan

Kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu diajarkan secara pengintegrasian. Berdasarkan empat kemahiran belajar cara belajar, jelaskan aktiviti pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa. (i) Mendengar aktif (ii) Kemahiran mengingat (iii) Membaca dan memperoleh maklumat (iv) Mencatat nota (v) Memproses maklumat daripada pelbagai sumber (vi) Membuat rujukan (vii) Mempersembahkan maklumat

(Kemahiran belajar lain yang sesuai) Membaca dan memperoleh maklumat : Aktiviti dalam 3 langkah menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mengenal pasti maklumat yang terdapat di dalam petikan yang dibaca contohnya SQ3R, KWLH, soalan apa, siapa, di mana, mengapa dll. Bacaan : Aktiviti dalam 3 langkah bacaan imbasan atau luncuran untuk memperoleh maklumat dengan pantas, untuk mengenal pasti idea keseluruhan bahan atau membaca pantas secara imbasan glosori, bibliografi, kamus untuk mendapat maklumat khusus. Kemahiran mencatat nota : Aktiviti dalam 3 langkah untuk mencatat nota menggunakan rajah tulang ikan, grafik membanding membeza dan peta minda.
10

No. Kod BMM3101

Soalan Tahun (2009, 2010 dan 2011) Bahagian A 2. Komponen utama Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah I. Hasil pembelajaran II. Pengisian Kurikulum III. Huraian hasil pembelajaran IV. Kemahiran bahasa V. Sistem Bahasa 3. (C) I, II, IV dan V

Antara kemahiran yang berikut, yang manakah bukan kemahiran mendengar dan bertutur? (A) Berbincang bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan. (B) Menyampaikan pesanan yang diterima melalui perbualan telefon (C) Membentangkan maklumat dengan tepat berdasarkan bahan yang didengar. (D) Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam forum yang didengar. Kenal pasti hasil pembelajaran yang tidak sesuai dengan kemahiran menulis. (A) Melaporkan sesuatu perkara yang didengar. (B) Membuat pembetulan isi karya rakan sebaya. (C) Menyusun Maklumat menggunakan lakaran grafik. (D) Membuat ringkasan jalan cerita sebuah karya sastera.

8.

11. Aktiviti mendengar contoh perbualan radio, menonton televisyen atau video ; menyoal dengan menggunakan kata tanya ; memberi respon kepada soalan dengan ungkapan dan nada suara yang baik, sesuai untuk dilaksanakan bagi mencapai hasil pembelajaran berikut (A) Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 13. Guru Bahasa Melayu Tahun Lima menilai karangan murid-muridnya dengan cara menjumlahkan markah yang diberi kepada setiap komponen kemahiran mengarang dan seterusnya mengenal pasti tahap pencapaian berdasarkan markah yang diperoleh. Nyatakan kaedah penilaian yang digunakan oleh guru. (B) Holistik 15. Elemen-elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum terdiri daripada (C) ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah
11

No. Kod BMM3101

Bahagian B 2.(b) (iii) Peringkat penilaian : membuat penghakiman atau pertimbangan kritis dengan berpandukan peraturan budaya/peraturan sosial/pegangan hidup atau undang-undang. Contohnya, menilai sama ada sesuatu isu dalam teks merupakan fakta atau pendapat, reality atau fantasi, propaganda atau kebenaran dengan memberi alasan, menilai kewajaran tindakan watak dengan member alasan. (iv) Peringkat penghayatan : mengintegrasikan maklumat dalam teks dengan pengalaman/pandangan peribadi bagi menimbulkan kesan emosi dan intelek. Contohnya menyatakan bahagian dalam teks yang menimbulkan rasa simpati, menyedari kehidupan pembaca sebagai sebahagian daripada cerita. 2.(b) Menulis merupakan medan untuk menyalurkan idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan. Terangkan 3 peringkat menulis. Peringkat Pramenulis Mekanis Pelahiran Maksud 1. Aktiviti sebelum menulis huruf. 2. Latihan otot tangan, jari dan koordinasi. 1. Latihan membentuk lambang-lambang dan tulisan. 2. Membentuk huruf di atas kertas kosong atau bergaris. 1. Penulisan berpandu. 2. Karangan terkawal. 3. Penulisan bebas.

Bahagian C 2. Huraian Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran : 8.5 Aras 3 (i) Menghubungkaitkan idea antara perenggan menggunakan wacana dengan bahasa yang mudah.

Jelaskan maksud Huraian Hasil Pembelajaran di atas, dan rancang aktiviti mengikut tiga langkah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai agar murid Tahun Empat Kekwa dapat menguasai kemahiran di atas. Menggunakan penanda wacana yang sesuai bagi tujuan mewujudkan koherens antara perenggan atau pertautan/pertalian idea antara perenggan.
12

No. Kod BMM3101

Langkah Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Aktiviti

3. Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta scenario dunia. Jelaskan maksud mana-mana empat kemahiran bernilai tambah dan bagaimana kemahiran tersebut dapat diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. KBT Maksud Kemahiran Berfikir Pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar bertutur, membaca dan menulis. Sama dari segi mengkonsepsikan idea. Menyelesaikan masalah. Membuat keputusan penting dalam kehidupan seharian dan kerjaya murid pada masa hadapan. Kemahiran Supaya dapat menggunakan Teknologi computer. Maklumat dan Tujuan komunikasi seperti Komunikasi menghantar dan menerima e-mel. Menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian. Mengakses maklumat melalui internet. Kemahiran Belajar Perlu diajarkan kepada murid Cara Belajar supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Kajian Masa Satu pendekatan pembelajaran Depan untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu
13

Cara mengintegrasi Memberi tajuk contohnya Pencemaran Alam Sekitar dan meminta pelajar untuk menyatakan kesan dan cara mengatasi.

Pelajar menulis karangan dan meminta pelajar supaya e-mail karangan tersebut kepada guru.

Membaca petikan, mengarisi isi-isi penting, meringkaskan karangan.

Meminta pelajar mencari kaedah untuk mengatasi

No. Kod BMM3101

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran Kontekstual

atau permasalahan yang berlakku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Murid dapat membuat ramalan dan menjangka akibat Merangkumi verbal-linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai. Dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Menjadikan murid lebih faham, yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Kaedah pelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Murid dapat menghubungkait pengetahuan baru dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka

masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Mendeklamasi sajak dan melagukan sajak tersebut.

Mengukuhkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan mengadakan lawatan sambil belajar dan meminta pelajar membuat buku skrap. Melawat taman herba di kawasan sekolah. Menghurai dan menulis karangan tentang kepentingan herba.

Untuk makluman rakan-rakan, kebanyakan soalan dari Tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah lebih kurang sama. Soalan diubah suai dari segi nama kelas, nama guru dll. Sekiranya ada kesilapan mohon maaf zahir batin. Selamat Hari Raya Haji.

14

You might also like