You are on page 1of 7

Konsep Pendidikan Dan Matlamat Pendidikan Pengenalan Kepada Pendidikan -Pendidikan merupakan sesuatu yang penting.

Pendidikan dan kehidupan berkait rapat dengan keharmonian dalam menentukan mutu kehidupan manusia supaya pendidikan berupaya melahirkan bangsa yang kuat dan mulia. -Pendidikan harus berfungsi untuk menghuraikan segala persoalan diri manusia. Dengan ini, manusia dapat mengenali dan memahami dirinya. -Peranan pendidikan dalam mencorakkan arus perubahan dan pembangunan sesebuah masyarakat dan negara memerlukan anjakan paradigma yang lebih dinamis dan progresif.

Konsep Pendidikan Pendidikan berasal dari perkataan Latin, educate yang membawa maksud memelihara atau mengasuh.

Takrif Pendidikan -Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk

memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia (Kamus Pendidikan, 1979). -Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang induvidu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan

John Dewy (1859 -1952) Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kedudukan

manusia. Sekolah dilihat sebagai manusia. satu persekitaran khusus yang

Yusuf al- Qardawi (1980) Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku.Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanusian dan kepahitan. . HassanLanggulung (1987 ) Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nila--nilai kebudayaan kepada setiap induvidu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara berikut: 1.Pengajaran - pemindahan pengetahuan daripada seseorang individu kepada individu yang lain. 2. Latihan - membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran. 3. Indoktrinasi - menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

Perspektif Pendidikan Tokoh-tokoh Barat -Friedrich Froebel ( 1782-1852 ) Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

John Milton (1608-1674) Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja pada setiap masa.

Tokoh -tokoh Timur Confucius( 551-479 BC) Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan--amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyanyangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintahan dan negara.

Rabindrananth Tagore( 1861- 1941) Pendidikan merupakan satu proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani. Seorang yang berpendidikan sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Tokoh-Tokoh Islam Al-Ghazali (1058--1111 C.E) Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati.

Mohd Qatb Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal,

Kesimpulan Tokoh--tokoh islam berpendapat bahawa proses pendidkan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al--Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Tujuan Pendidikan Di Malaysia

Peranan Pendidikan -Pendidkan merupakan satu proses yang berterusan dan latihan intelek, akhlak dan jasmani disediakan untuk generasi muda di samping membolehkan pencapain citacita murni bukan sahaja kepada induvidu yang terlibat, malah kepada agama, bangsa dan negara.

-Pendidikan membolehkan seseorang itu bertindak secara adil dan saksama, mahir dan bertimbang rasa dalam semua bidang. -Pendidikan juga merupakan satu proses yang berkekalan bagi menyesuaikan diri manusia yang bebas, insaf serta matang dari segi jasmani dan juga pemikirannya terhadap tuhan sebgaimana dalam alam aqliah, dan juga terhadapa perasaan dan kemahuan manusia. -Pendidikan merupakan satu proses membentuk atau membina peribadi manusia yang luhur dan membentuk nilai akhlak dan jiwa generasi muda. -Selain dari tumpuan kepada pembangunan negara dan pengeluaran tenaga manusia, pendidikan juga menumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusian. -Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segibilangan jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai--nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap tetapi perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik, samada secara sendiri mahupun secara beramai--ramai, denganberpandukan kepada punca akhlak yang mulia. Tegasnya, induvidu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu

(Laporan Jawatankuasa Kabinet)

Peranan Pendidikan Dalam Islam -Membantu perancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat terhadap proses pendidikan. -Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidkan negara dalam erti kata yang menyeluruh. -Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah, universiti dan institusi pendidikan yang lain.

-Membina suatu indentiti yang tersendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya nilai islam dalam perkembangan kebudayaan masyarakat. -Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sisitem pendidikan.

Matlamat Pendidikan -Pendidikan merupakan cita-cita dan hasrat murni yang ingin dicapai. -Matlamat pendidikan bergerak selari dengan matlamat negara. -Pendidikan merupakan saluran utama untuk menjayakan cita-cita negara -Matlamat pendidkan untuk melahirkan insan yang baik dan sekaligus menjadi rakyat dan warga negara yang baik. -Melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI. -Dengan kata lain, usaha untuk mencapai matlamat pendidikan, dan juga hasrat Falsafah pendidikan Negara tidak dapat dilakukan tanpa mengasaskan, membina dan memperkembangkan pendidikan berdasarkan landasan nilai.

Untuk Mencapai Matlamat Pendidikan (Nilai Murni) -Penubuhan Jawatankuasa akhlak pada tahun1979 untuk meneliti nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita.

Objektif Pendidikan -Menentukan kemahiran yang hendap dicapai dalam pengajaran. Contoh: Penegasan tentang kepentingan menimbulkan kebaikan, kesedaran dan kesyukuran. Pelajar mestilah dimaklumkan tentang pengajaran dan hikmah diperoleh daripada mempelajari tajuk tersebut. ( Tajul Ariffin, 1987 )

-Akhlak yang baik mestilah dibina daripada setiap tajuk tentang wujudnya keseimbangan dan keharmonian alam yang tercipta oleh Allah s.w.t. -Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan hidup manusia. Dari sinilah asas insan yang soleh akan dapat dibina.

You might also like