You are on page 1of 8

SKRIP PENGACARAAN UJIAN AMALI PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PISMP PJ dan BM SEMESTER 5 (MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN)

TARIKH MASA TEMPAT

: 07 MAC 2012 : 0630 PAGI 1200 TENGAH HARI : PADANG IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

CUE:

: KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

7.00 A.M

ANN:

Ketibaan Yang Dihormati, Encik Mohd Farid Bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Sonny Teh Eng Chong dan Encik Raymie A. Bakar, Pensyarah Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Hadirin dipersilakan duduk. CUE: : BACAAN DOA 7.10 A.M ANN: Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi; Doa dibaca memohon Rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Ujian amali Permainan Tradisional PISMP PJ dan BM Semester 5, majlis dengan hormatnya menjemput Saudara Mohd Zahrin Bin Salidin untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

CUE:

: KATA-KATA ALUAN

7.14 A.M

ANN:

Assalamualaikum wrt..wbkth. Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Dihormati, Encik Mohd Farid Bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Yang berusaha, Encik Raymie A. Bakar dan Encik Sonny Teh Eng Chong, Pensyarah Pembimbing PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,

Saudara Mohd Faridzul Bin Kassim, Pengerusi Permainan Tradisional bagi Opsyen PISMP PJ Semester 5,

Saudara Mohd Amir Azmi, Pengerusi Permainan Tradisional bagi Opsyen PISMP BM Semester 5,

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Ujian Amali Permainan Tradisional 2012, serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. CUE: : UCAPAN SELAMAT DATANG 7.15 A.M ANN: Selamat datang ke Majlis Perasmian Ujian Amali Permainan Tradisional Anjuran PISMP PJ dan PISMP BM Semester 5, Ambilan Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. CUE: : TAKLIMAT UJIAN 7.20 A.M ANN: Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha..., Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan paluan gong sebanyak 3 kali sebagai simbolik bermulanya Ujian Amali Permainan Tradisional bagi tahun 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih. CUE:: : MAJLIS PERASMIAN / PUKULAN GONG 7.30 A.M ANN: -Dengan bergemanya paluan gong sebentar tadi, maka bermulalah sudah ujian amali permainan tradisional PISMP Semester 5 yang akan dipertandingkan pada pagi ini.

Sebelum itu, Dijemput saudara Mohd Amir Azmi dan Mohd Faridzul Kassim untuk mengiringi Encik Raymie A. Bakar dan Encik Sonny Teh Eng Chong untuk melihat pameran permainan trdisional yang disediakan. Majlis mempersilakan.

*MAJLIS PENUTUPAN

CUE:

: KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

7.00 A.M

ANN:

ketibaan Yang Dihormati, Encik Farid Bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diiringi oleh Encik Raymie A. Bakar dan Encik Sonny Teh Eng Chong, selaku Pensyarah Pembimbing PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, PISMP PJ dan BM Semester 5.

CUE:

: NYANYIAN LAGU

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Kami Guru Malaysia dan Lagu IPG. CUE: : BACAAN DOA

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari ini untuk menjayakan majlis Penutupan Ujian Amali Permainan Tradisional bagi tahun 2012. Dengan itu dijemput saudara Mohd Zahrin Bin Salidin bagi memimpin bacaan doa. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. CUE: : KATA ALU-ALUAN

ANN:

Assalamualaikum wrt..wbkth. Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Dihormati, Encik Farid Bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,

Yang berusaha, Encik Raymie A. Bakar dan Encik Sonny The Eng Chong, Pensyarah Pembimbing PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,

Saudara Mohd Faridzul Bin Kassim, Pengerusi PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bagi Opsyen PISMP PJ Semester 5,

Saudara Mohd Amir Bin Azmi, Pengerusi PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bagi Opsyen PISMP BM Semester 5,

Serta rakan-rakan perjuangan sekalian. CUE: : UCAPAN SELAMAT DATANG

ANN:

Sarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari; Kehadiran semua sangat dihargai, Moga majlis sentiasa diberkati

Selamat datang ke Majlis Penutupan Ujian Amali Permainan Tradisional Anjuran PISMP PJ dan PISMP BM Semester 5, Ambilan Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. CUE: : UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

ANN:

Tak molek /jika /ada alu /tiada lesungnya, Tak berguna/ jika/ ada dayung/ tiada perahunya, Tak lengkaplah /majlis /jika /suaranya /tiada berbicara.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Farid Bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Gaya bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Ujian Amali Permainan Tradisional bagi tahun 2012. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Farid Bin Abdullah atas ucapan beliau sebentar tadi.

CUE:

: PERSEMBAHAN 1

ANN:

Awan bersua citra berkisah, Ukiran sukma kilauan kelisa; Bingkisan perutusan selesai sudah, Persembahan pelajar menyusul pula.

Bagi memeriahkan lagi majlis penutupan Ujian Amali permainan tradisional kali ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan Tarian Ngajat yang akan dipersembahkan oleh dua orang pelajar daripada Opsyen PISMP BM semester 5. Majlis mempersilakan. CUE: : PENYAMPAIAN HADIAH 1 Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Bagi keputusan pertandingan permainan tradisional PISMP BM Semester 5. Tempat ketiga jatuh kepada.. Tempat kedua dimenangi oleh Seterusnya Johan disandang oleh.. CUE: : PERSEMBAHAN 2

ANN:

ANN:

Pergi ke pasar membeli buah, Buah disimpan di dalam raga; Persembahan BM berlalu sudah, Persembahan PJ menyusul pula

Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita saksikan keunikan persembahan nyanyian medley yang akan disampaikan oleh ppelajar-pelajar daripada Opsyen PISMP PJ semester 5.

CUE:

: PENYAMPAIAN HADIAH 2 Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Bagi keputusan pertandingan permainan tradisional PISMP BM Semester 5. Tempat ketiga jatuh kepada.. Tempat kedua dimenangi oleh Seterusnya Johan disandang oleh..

ANN:

CUE:

: PENYAMPAIAN CENDERAHATI

ANN:

Sebagai

tanda

terima

kasih

dan

ingatan

berpanjangan,

dipersilakan_________________________________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada

__________________________________________ Majlis merakamkan ribuan terima kasih. CUE: : PERSEMBAHAN GABUNGAN

ANN:

Kecil molek si kura-kura, Bersiar-siar dengan riangnya; Persembahan seterusnya penutup acara, Diharap semua terhibur hendaknya

Sebagai penutup bagi majlis kali ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan Tarian Sumazau yang akan dipersembahkan oleh gabungan pelajar-pelajar dari opsyen PISMP PJ dan BM semester 5. CUE: : JAMUAN DAN BERSURAI

ANN:

Dengan berakhirnya Tarian Sumazau itu tadi, maka berakhirlah amali kita pada hari ini. Seterusnya dijemput saudara Mohd Faridzul Kassim dan saudara Mohd Amir Azmi untuk mengiringi pensyarah pembimbing untuk menjamu selera.

You might also like