You are on page 1of 6

PENGENALAN

Kemudahan pengangkutan ini memainkan peranan kepada semua strata masyarakat.Hal ini demikian,kerana majoriti masyarakat di dunia ini menggunakan kemudahan pengangkutan ini ke tempat kerja mereka.Pengangkutan darat merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia ini kerana masyarakat pada zaman ini sentiasa menggunakan pengangkutan darat ini ke suatu destinasi.Ekoran dari perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan ini,pengangkutan darat juga telah berkembang pesat yang menyebabkan mobiliti penduduk dari satu tempatan meningkat.Contoh pengangkutan darat yang terdapat di negara kita ialah kereta,bas,lori,LRT,dan lain-lain yang telah dicipta bagi meringankan masalah pengangkutan masyarakat kini. Kajian saya terhadap pengangkutan adalah penggunaan bas awam oleh masyarakat di Seksyen 2,Shah Alam sebagai pengangkutan utama mereka ke suatu destinasi yang tertentu.Definisi isitilah Pengangkutan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 ialah pembawaan barang-barang dari satu tempat ke tempat lain,barang-barang itu haruslah didahulukan.Istilah Awam pula merupakan bukan (melibatkan diri sendiri) orang ramai sebagai suatu keseluruhan.Selain itu,bas ialah kenderaan besar yang beroperasi,biasanya mengikut jadual perjalanan ke suatu destinasi yang tertentu. Saya memilih kajian ini kerana saya sentiasa menggunakan bas awam sebagai pengangkutan utama saya ke sekolah yang terletak di Seksyen 2,Shah Alam yang merupakan lokasi kajian saya juga.Bukan itu sahaja, kawasan Seksyen 2 ini merupakan kawasan yang paling strategik untuk mengambil bas awam ke destinasi tertentu.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif merupakan satu kajian yang ingin dicapai melalui sesuatu kajian yang telah dijalankan.Selain itu,objektif juga amat penting bagi memastikan matlamat kajian tersebut dapat dicapai. Objektif utama kajian yang saya jalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor penduduk Seksyen 2,Shah Alam memilih bas awam sebagai pengangkutan utama mereka ke destinasi tertentu.Hal ini demikian,kerana terdapat beberapa pengangkutan awam di kawasan tersebut seperti teksi,namun ramai orang memilih bas awam sebagai pengangkutan utama mereka ke destinasi tertentu.Oleh itu,saya ingin mengkaji sebab-sebab pemilihan bas awam sebagai pengangkutan utama mereka. Objektif kedua saya jalankan ini ialah untuk mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Seksyen 2,Shah Alam apabila menggunakan bas awam sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini demikian,kerana saya ingin mengetahui adakah penduduk Seksyen 2,Shah Alam menghadapi sebarang masalah apabila menngunakan kemudahan bas awam ini.Saya mengharapkan bahawa dengan adanya kajian ini,masalah penduduk Seksyen 2,Shah Alam akan dikenal pasti dan langkah-langkah tertentu mungkin boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

SOAL SELIDIK SILA JAWAB SOALAN-SOALAN DI BAWAH INI. BAHAGIAN A : INFORMASI INDIVIDU

NAMA UMUR

: :

0 - 10

11 - 20

21 - 30

31 - 40

41 - 50

51 - 60

61 - 70

JANTINA : Lelaki Perempuan

KAUM

Melayu Cina India Lain lain

NAMA TEMPAT BELAJAR / KERJA :

BAHAGIAN B : FAKTOR FAKTOR PEMILIHAN BAS AWAM.

1) Adakah anda menggunakan pengangkutan awam?

YA TIDAK

2) Jika ya manakah antara berikut pengangkutan awam yang anda akan memilih?

Teksi Bas LRT Lain lain

3) Apakah faktor-faktor yang membuatkan anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam?

Faktor - faktor Kemudahsampaian Ketepatan masa Maklumat laluan Keselesaan Mesra penumpang Pilihan pengangkutan yang terhad

Ya

Tidak

4) Bilakah anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam?

1. Ke tempat kerja 2. Ke sekolah 3. Ke tempat rekreasi 4. Lain lain

5) Adakah anda merasa bahawa penggunaan pengangkutan awam menjimatkan kos perjalanan ke destinasi yang dituju?

YA TIDAK

You might also like