You are on page 1of 2

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN

Contoh Tajuk-Tajuk Kertas Cadangan Perlaksanaan Perkhemahan 1. Nama Perkhemahan 2. Latar Blakang / Rasional. 3. Matlamat. 4. Objektif. 5. Tarikh dan Tempat. 6. Sasaran Penyertaan. 7. Ahli Jawatankuasa Induk. 8. Ahli Jawatankuasa Pelaksana. 9. Aktiviti dan Jadual Perkhemahan. 10. Peraturan-Peraturan Perkhemahan. 11. Anggaran Perbelanjaan. 12. Harapan dan Penutup.

2. Organisasi Perkhemahan

2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:

2.1.1 Penganjur. Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama. 2.1.2 Peserta. Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan. 2.1.3 Saiz Kumpulan. Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan. 2.1.4 Syarat. Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain. 2.1.5 Kepimpinan. Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan 2.1.6 Jawatankuasa. Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan.

You might also like