You are on page 1of 10

MENYANYI Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan.

Secara tidak langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips, 1990). Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik. ALAT VOKAL

Rajah 1: Alat-alat vokal

POSTUR SEMASA MENYANYI 1. 2. 3. 4. Postur yang betul membolehkan seseorang itu menyanyi dengan baik. Postur yang betul membolehkan suara dikeluarkan dengan baik. Menarik nafas semasa menyanyi memberi sokongan yang berterusan dalam penghasilan ton, dan Untuk membuat perangkaian dan ekspresi yang bermakna melalui penghasilan ton POSTUR BERDIRI YANG BETUL 1. Kaki: 2. Lutut: 3. Punggong: 4. Abdomen: 5. Dada: 6. Lengan: terbuka sedikit, sebelah kaki ke depan sedikit, berat badan ke fleksibel, longgar dan tidak terkunci. ke depan sedikit. rata, tetap, kedalam dengan selesa bukan kaku. tinggi tetapi tidak tegang. Tidak bergerak ke atas dan ke

depan sedikit dan tidak di atas tumit kaki.

bawah ketika menarik nafas. jatuh dalam keadaan yang selesa. Jika memegang skor muzik, pegang ke hadapan agar dapat dilihat dengan jelas tanpa menundukkan kepala tetapi tangan tidak diangkat terlalu tinggi seperti berkepak. 7. Tangan: 8. Kepala: Tidak menghalang. Lupakan kalau boleh tetapi jangan Dagu lebih kurang sama aras dengan lantai, jangan menyeluk saku atau letak dibelakang. menjenguk atau mendongak. Bayangkan anda seperti boneka yang bertali. Belakang kepala anda tersangkut pada tali tersebut segarisan dengan tulang belakang anda dan tali itu tergantung dari siling. POSTUR DUDUK Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut: Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.

Belakang badan - tidak bersandar. Punggung - terletak di tengah kerusi. Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit. Tangan - diletak di atas paha.

Postur duduk yang betul hampir sama dengan postur berdiri. Daripada punggong ke atas, keadaan duduk sama seperti berdiri. Letakkan kaki rata di atas lantai, tidak bersilang atau memberi tegangan kepada mana-mana bahagiannya (R. Stanton, 1976) PENGAWALAN PERNAFASAN Terdapat empat fasa mengawal pernafasan dalam menyanyi, iaitu: menarik nafas, menggantungkan nafas (suspension), menghembus nafas (phonation), dan pulih semula (recovery). TEKNIK MENYANYI Penggunaan teknik menyanyi yang betul adalah penting. Penggunaan teknik suara yang betul merangsang tekanan, ekspresi yang diperlukan, menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Menyanyi dengan teknik yang baik dapat menghasilkan: 1. Penghasilan ton yang baik. 2. Penghasilan ton yang licin dan panjang. 3. Sebutan yang jelas, betul dan cantik. 4. Berkebolehan menyanyi dalam nada tertentu. 5. Mempunyai ketahanan menyanyi rangkai lagu yang panjang. 6. Mempunyai ketangkasan membungakan nyanyian dengan petikan skel dan arpegio. 7. Berkebolehan membaca skor muzik. 8. Dapat menghasilkan variasi warna ton dengan berkesan. 9. Dapat menghasilkan renj dinamik ppp ke fff dengan berkesan.

10. Boleh menyanyi dua oktaf dan lebih. LATIHAN PERNAFASAN Mutu nyanyian yang baik dapat dihasilkan melalui latihan pernafasan yang betul Aktiviti Latihan Pernafasan 1. Urut belakang kawan dalam jangka masa 30 saat. 2. Dalam kiraan 8 pada setiap latihan, toleh kepala ke kanan, ke kiri, tunduk dan mendongak. 3. Angkat tangan ke atas sambil menarik nafas dengan kiraan 4, tahan nafas dengan kiraan 4 dan turunkan tangan sambil hembuskan nafas dengan kiraan 8 sambil menyebut ssss. Ulang dengan aktiviti ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke bawah. 4. Lihat ke atas dan cuba jangkau tangan ke atas, regang ke sisi dan jangkau ke atas semula. Ia bertujuan untuk menyediakan badan sebelum memulakan nyanyian. 5. Cekak Pinggang kemudian bengkok ke kanan, ke kiri, bongkok ke depan dan melentik ke belakang dengan kiraan 8. 6. Tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dengan kiraan 8, tahan nafas kiraan 8 dan turunkan bahu sambil menghembus nafas dengan sss. Kiraan 8. Ulang dengan bahu kiri kemudian dengan kedua-dua belah bahu. 7. Bunyikan konsonan p, f, k, t, r, dan s dengan kiraan 8 setiap konsonan. 8. Dengan posisi tangan diregang, bunyikan siren apabila bergerak dari posisi tunduk di hadapan ke posisi berdiri tegak.

PERKUSI Mengikut Suk. Pel. Muzik KBSR dan KBSM Pendidikan Muzik dapat diasaskan pada empat aspek berikut: Persepsi Estetik (bahasa muzik) Pengalaman Muzikal Ekspresi Kreatif Penghargaan Estetik

Di dalam pengajaran dan pembelajaran permainan alat perkusi kesemua aspek ini adalah berhubung kait. Pada asasnya murid dilatih teknik konvensional seperti berikut: Postur berdiri atau duduk dalam keadaan yang selesa memegang alat perkusi mengikut kesesuaian

Cara memainkan memainkan alat perkusi mengikut cara konvensional memainkan alat perkusi mengikut kreaviti seseorang

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dijadikan panduan ketika membuat skor permainan alat perkusi: a. mengikut detik lagu berdasarkan tempo cepat, lambat, sederhana b. mengikut corak irama lagu yang diajar. Perlu diberi perhatian juga untuk memainkan alat perkusi yang agak berat seperti dram untuk menunjukkan tekanan (accented beat) dalam corak irama lagu tersebut. c. mengikut suatu corak irama yang ditentukan Ini berdasarkan kreaviti seseorang (lebih kepada mengimprovisasi corak irama). d. mengikut rentak lagu seperti rentak masri, waltz, jazzrock, inang, mac dan lain-lain lagi. e. Gabungjalin kesemua aktiviti di atas(a-d) untuk permainan alat perkusi yang lebih banyak (lebih dari 2 jenis alat) dalam satu skor perkusi.

MUZIK DENGAN PERGERAKAN 6 jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks: Gerakan Mengikut Lirik Lagu Gerakan Asas Dengan Muzik Interpretasi Muzik Dengan Gerakan Gerakan Bebas Dengan Muzik Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema Gerakan mengikut Konsep Muzik

KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana Dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak. Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik. Kanak-kanak mengembangkan kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang mereka alami dengan apa yang mereka dengari, lihat dan rasai.

DEFINISI PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan ( learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya

mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang boleh berlaku secara automatis spontan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan.

PENDEKATAN DALCROZE irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak. elemen irama dan dinamik - berkait rapat dengan pergerakan. Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami dan diekspresikan dengan badan. PENGLIBATAN Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu : mendengar merasai (feel) berimaginasi kuat (strong imagination) mengintepretasi bunyi bertindak/respon/bergerak

JENIS PERGERAKAN ASAS Bukan lokomotor : tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik. Lokomotor : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap, bergolek,bergalop, skip, berputar, melompat. Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran beratringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi. PERGERAKAN KREATIF Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. (Dr. Salmah Ayob) UNSUR-UNSUR PERGERAKAN TUBUH BADAN : pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagian anggota badan. RUANG DAYA PERKAITAN : penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan. : kualiti pergerakan. : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan orang lain atau objek-objek. TUJUAN PERGERAKAN KREATIF 1. 2. 3. 4. 5. 6. kebebasan melahirkan idea dan perasaan pengawalan pergerakan kemahiran pergerakan keseronokan dan kepuasan kesedaran imej kendiri kesedaran estetik

7. 8. 9.

apresiasi bentuk seni kartasis(melepaskan ketegangan perasaan) pemahaman budaya

10. sosialisasi 11. penyelesaian masalah 12. alat pembelajaran akademik 13. teraputik

APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN 1. Irama 2. menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi. Meter dan tekanan gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter triple. Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 ) 8 3. Melodi guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan kreatif. 4. Bentuk pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu. 5. Harmoni

6.

dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

Ekspresi pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit, bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

7.

Warna ton pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe.

8.

Jalinan pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau fomasi. PERANCANGAN P & P 1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan. 2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki. 3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman 4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa - terangkan bahawa pergerakan memerlukan disiplin.

kayrulez_23@yahoo.com/0193678647

You might also like