You are on page 1of 23

EKOSISTEM

EKOSISTEM BIOTIK DAN ABIOTIK


Satu ekosistem terdiri daripada komponen biotik dan komponen abiotik yang saling berinteraksi dan berfungsi bersama-sama untuk membentuk satu sistem semula jadi yang stabil dan seimbang. Komponen Biotik Komponen biotik sesuatu ekosistem yang terdiri daripada komuniti-komuniti organisma yang boleh dibahagikan kepada dua subkomponen, iaitu,
(a) Autotrof (tumbuhan berfotosintesis/penghasil/pengeluar) (b) Heterotrof (haiwan/saprofit/pengguna)

Pengguna boleh dibahagi kepada beberapa kategori:


Herbivor (makan tumbuhan sahaja) Karnivor (makan haiwan lain sahaja) Omnivor (makan tumbuhan dan haiwan) Detrivor (makan bahagian-bahagian yang mati) Pengurai (menguraikan jisim organik)

Tumbuhan merupakan perintis yang menyediakan dan mengembangkan sesuatu persekitaran yang bakal diduduki oleh haiwanhaiwan yang merupakan penceroboh.

Aktiviti manusia biasanya menyebabkan perubahan biotik yang turut mengganggu keseimbangan biologi dalam sesuatu populasi. Interaksi antara haiwan dengan tumbuhan
Pancaran buah/biji benih. Pendebungaan oleh haiwan. Perubahan struktur tanah oleh haiwan. Simbiosis. Parasitisme.

Interaksi antara tumbuhan dengan tumbuhan


Persaingan.

Interaksi antara haiwan dengan haiwan


Mangsa-pemangsa. Parasitisme.

Komponen Abiotik Komponen abiotik sesuatu ekosistem merujuk kepada faktor-faktor fizikal yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan taburan komuniti tumbuhan dan haiwan ekosistem itu. Faktor-faktor fizikal termasuk:
Faktor iklim Faktor topografi Faktor edafi (tanah)

Faktor-faktor abiotik berinteraksi antara satu sama lain dan juga dengan komuniti-komuniti tumbuhan dan haiwan yang wujud.

Api Sinaran Matahari


Angin Gas-gas atmosfera Manusia Suhu Kelembapan relatif Panjang hari Aspek Sifat kimia air dan tanah Batuan Tindakan ombak Kemasinan

organisma
Pesaing

Pemangsa
Perasit

Pengguna Tertier
Sun Pengguna sekunder

Pengguna Primer
Matahari diserap oleh pengeluar untuk proses fotosintesis (Input karbon dioksida juga digunakan disamping keperluan kepada udara

Pengeluar

Insects, warm, bakteria (Pengurai/detrivor)

Mengembalikan inorganic and organic nutrien ke dalam tanah yang akan digunakan semula oleh pengeluar

KONSEP NIC
Nic (ceruk) merujuk kepada ruang fizikal yang diduduki oleh sesuatu organisma dan peranan berfungsinya di dalam komuniti, dan ia bergantung pada tempat organisma itu tinggal dan apa yang dilakukan olehnya. Nic boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
Nic ruang/habitat Jumlah keseluruhan kawasan yang banyak atau pelbagai persekitaran berkesan bagi sesuatu organisma yang berubah daripada satu peringkat hidup kepada peringkat yang lain.

Nic trof / makanan Dalam satu komuniti tertentu pada sebarang masa yang tertentu, setiap spesies mempunyai nic trof yang mencirikannya.
Nic multidimensi / hiperisipadu Satu nic ekologi boleh digambarkan sebagai satu ruang multidimensi atau hiperisipadu jika persekitarannya membenarkan individu organisma atau spesies hidup selama-lamanya

** Nic: fundamenta niche dan realized niche

RANTAI MAKANAN
Rantai makanan - pemindahan tenaga dalam makanan dari satu sumber melalui satu siri organisma yang menunjukkan siapa yang memakan atau dimakan. Tenaga cahaya mula diperangkap oleh tumbuhan melalui fotosintesis dan dipindahkan kepada penggunapengguna yang lain. Pengguna dalam rantai makanan pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier. Primer haiwan herbivor Sekunder haiwan karnivor Tertier haiwan karnivor yang memakan karnivor yang lain atau organisma pengurai (bakteria, kulat)

2 jenis rantai makanan


Grazing (tumbuhan kepada pengguna)
Rumput Belalang Katak Ular Burung hantu

Detritus (jirim organik yang mati)


Jirim organik mati (daun bakau)
Kulat, bakteria

Pengguna detritus (ketam, nematod, larva serangga)

Karnivor besar (ikan ikan besar, Burung pemangsa ikan)

Karnivor kecil (ikan - ikan kecil)

PEMINDAHAN TENAGA DALAM RANTAI MAKANAN


Penyerapan tenaga cahaya oleh ekosistem Kehilangan tenaga haba melalui respirasi Pengguna primer Pengguna sekunder Pengguna tertier Kehilangan tenaga haba dari ekosistem

Pengeluar

Ekosistem

Tenaga cahaya diperangkap oleh proses fotosintesis. Tenaga dipindahkan kepada satu turutan pengguna dengan penyusunan semula sebahagian sekatan pada setiap peringkat. 80% - 90% tenaga hilang pada setiap peringkat pemindahan.

JALINAN MAKANAN
Gabungan pelbagai rantai makanan yang berasingan. Bagi sesuatu ekosistem yang tertentu, kekompleksan jalinan makanan mengambarkan kestabilannya. Dalam jalinan makanan, organisma yang berlainan mungkin mendapatkan makanan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, pada peringkat yang sama daripada penghasil primer.

Contoh Jalinan Makanan Dalam Hutan


Tumbuhan

Tikus

Keluang

Serangga Kelawar serangga

Tupai Katak

Burung hantu

Musang

Ular senduk

EKOSISTEM SEIMBANG
Ekosistem yang seimbang terdiri daripada komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen-komponen ini akan saling berinteraksi antara satu sama lain dengan persekitarannya. Jika salah satu komponen terganggu/terkeluar, maka seluruh ekosistem tersebut akan terganggu. Keseimbangan ekosistem sentiasa dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti manusia.

KITAR KARBON
Kitar karbon merupakan corak pergerakan karbon dari persekitaran kepada organismaorganisma dan kembali ke persekitaran semula. Karbon merupakan juzuk asas dalam sintesis bahan organik semula jadi. Unsur ini diperoleh dalam bentuk karbon dioksida dari atmosfera oleh tumbuhan. Juga wujud dalam bentuk karbonat di lautan, batuan dan tanah.

CO2 atmosfera

tumbuhan
fotosintesis luluhawa respirasi

Bakteria dan kulat (Pereputan)

dimakan
Organisma laut | Mati | Mendapan cengkerang dan rangka

Haiwan

mati dan reput mati


Jirim organik mati Mendapan berkarbon - minyak, batu arang, gambut

pembakaran

Bahan organik dipindahkan dari satu aras trof ke satu aras trof yang berikutnya dalam suatu rantai makanan, jumlah bahan organik serta kandungan tenaganya menjadi semakin berkurangan.

KITAR NITROGEN
Nitrogen juzuk asas dalam sintesis protein pada tisu tumbuhan dan haiwan. Sebanyak 79% atmosfera bumi terdiri daripada nitrogen. Nitrogen bebas dalam atmosfera ditukar kepada sebatian-sebatian nitrogen yang boleh digunakan oleh tumbuhan.

N2 bebas dalam udara

Penguraian oleh bakteria pengurai nitrat

Pengikatan N2 oleh bakteria pengikat N2 Nitrat dalam tanah

Petir \ kilat

Diserap semula tumbuhan

Nitrat Bakteria Nitrobacter

Diserap oleh tumbuhan Nitrit Sebatian N2 (organik dalam tumbuhan) Dimakan oleh haiwan Sebatian N2 (organik dalam haiwan) Kematian dan pereputan

Hilang melalui larut lesap dan hakisan tanah

Bakteria Nitrosomonas

Amonia dan sebatian sebatiannya

Kematian, pereputan dan perkumuhan

KITAR AIR
Konsep kitar air adalah sesuatu yang asas dalam

usaha-usaha pemuliharaan sumber alam semula jadi. Air merupakan bahagian yang penting yang tidak boleh ditinggalkan dalam kehidupan semua benda hidup.

transpirasi hujan \ salji respirasi

tumbuhan
sejatan dari tanah, ais dan air sejatan

hujan \ salji

haiwan tasik lautan

pancutan air
air tanah diserap diminum

Kitar Nutrisi
Kitar nutrisi melibatkan pemindahan nutrisi di antara komponen biotik iaitu pengeluar, pengguna, pengguna detritus & pengurai dan komponen abiotik seperti gas, air dan mineral.

Matahari Komponen Abiotik

Input Tenaga Cahaya

Pengeluar - Tumbuhan

Komponen Biotik

Nutrisi Pengguna -Herbivor - Karnivor Pengguna Detritus & Pengurai -Fungi -Bakteria

Kitar -Gas -Air -Minerals Output Tenaga - Haba

Pergerakan nutrisi (biru), tenaga (merah), dan kedua-dua (coklat) melalui ekosistem. Nutrisi akan dipindahkan melalui kitaran yang berulang kali. Tenaga cahaya yang diserap oleh pengeluar akan dibebaskan dan hilang sebagai tenaga haba sepertimana diuraikan.

You might also like