You are on page 1of 10

TUGASAN MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS) (Untuk Pelajar)

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH


(KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR: a) b) c) Menghadiri taklimat MOS. Memahami dan menghayati objektif MOS. Berbincang dan memerhati guru-guru dalam melaksanakan tugas-tugas contohnya di bilik darjah. Memerhati dan mengumpul maklum balas tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleks Menyediakan portfolio MOS untuk digunakan secara berterusan. Menggunakan portfolio dan pengalaman di sekolah dalam sesi refleksi di institut.

d)

e) f)

PROGRAM MINGGU ORIENTASI SEKOLAH Selamat datang ke Minggu Orientasi Sekolah (MOS). Selama seminggu anda akan mengalami suasana dan pengalaman berada di sekolah dan persepsi seorang guru. Anda akan didedahkan dengan beberapa aspek penting hagi persediaan menjadi seorang guru di sekolah anda ditempatkan. Minggu Orientasi Sekolah bertujuan untuk membantu anda supaya anda tidak terkejut dengan budaya sekolah yang pelbagai, Justeru itu, anda boleh membuat persediaan dari segi mental, emosi. fizikal dan profesional. Diharap anda dapat memberikan usaha yang sepenuhnya bagi menyiapkan aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi membantu anda memberi fokus kepada isu-isu yang akan dibincangkan. AKTIVITI PROFESION UMUM Anda diminta membuat data ringkas semasa membuat aktivit ini. 'Bullet points" boleh digunakan mengikut kesesuaian. SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a. Alatan Fizikal Lazimnya kompleksiti sesuatu sistem itu dan alatan fizikal sesebuah sekolah itu mempengaruhi suasana keseluruhan pengajarandan pembelajaran. Pelajar akan membuat persepsi awal tentang struktur dan organisasi persekitaran dan akan terus didedahkan dengan pengalaman ini di sepanjang mereka berada di sekolah tersebut. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk memberi fokus bagaimana persekitaran sesebuah sekolah itu dibentuk.

Aktiviti 1
Data yang perlu dikumpulkan:

Bilangan murid keseluruhan : Saiz kelas:

Bilangan bilik darjah: Jumlah murid dalam kelas:

Bilangan guru: Lelaki Perempuan

Nama Sekolah: Bandar Luar Bandar

Kedudukannya: (Pilih Satu)

b. Suasana Bilik Darjah Guru mempunyai kuasa dari segi penyusunan perabut, kedudukan murid, pemilihan bahan dan l ai n -l ai n. C ara guru m engurus sem u a i ni dan perhat i an yan g di beri kan unt uk m ewuj udkan suasana yang, kondusif temasuklah keceriaan kelas adalah satu faktor yang penting datam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti 2
Lukiskan pelan 2 buah Malik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap kelas, jawab soalan berikut
(1)

Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembetajaran diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan..

(2)

Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan? Sejauh mana pergerakan murid dibenarkan? Kenalpasti cara mana murid diletakkan dalam kumpulan,

(3) (4)

(5) (6)

Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas? Apakah yang membuat ianya berbeza?

c)

Peraturan dan Disiplin Sekolah

Adalah penting bagi anda mengetahui peraturan sekolah, lni akan memandu anda untuk mengambil tindakan yang konsisten dengan staf yang lain dan juga mengetahui bagaimana guru-guru terlatih menangani masalah disiplin pelajar.

Aktiviti 3
(1) (2) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah? Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut? Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah.

(3)

KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN Sebahagian besar daripada kompetensi guru bergantung kepada kemampuannya menguruskan bilik darjah. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada isu ini termasuklah persediaan merancang, menstruktur pengajaran, penggunaan strategi pengajaran dan hubungan dengan murid. a) Pengurusan Bilik Darjah

Pengajaran pembelajaran seseorang murid itu adalah dipengaruhi oleh bagaimana ianya diperkenalkan kepadanya. Murid akan hilang tumpuan jika sesuatu aktivi itu dijalankan pada jangka waktu yang terlalu lama. Mereka memerlukan ransangan untuk bertahan. Permulaan dan penutup sesuatu pelajaran itu adalah fasa-fasa kritikal dalam perancangan seseorang guru. Pergerakan dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain, memulakan dan menghabiskan tugasan memeriukan kemahiran guru.

Aktiviti 4 (Berkaitan dengan Aktiviti 5)


Buat pemerhatian pengajaran dua orang guru yang berbeza. Seorang guru mengajar subjek major anda dan seorang lagi mengajar mata pelajaran yang lain. Perhatikan cara guru memberi tugasan sama ada secara kelas atau dalam kumpulan-kumputan yang kecil. Jawab soalan-soalan yang berikut dan buatkan nota dalam bentuk nota ringkas dengan memberikan tiga respons bagi setiap soalan. Pengajaran yang dibuat pemerhatian: Untuk Murid: (1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan? Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan? Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran? Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.

(2) (3)
(4)

(5)

Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya melaksanakan tugas dengan efektif? Bagaimanakah cara guru mengendaiikan masalah dan keadaan semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan? Bagaimanakah guru nenguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain? Bagamanakah guru menyediakan mund supaya menyiapkan tugasan yang diberi? Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?

(6)

(7) (8)
(9)

b. Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran Guru mempunyai kemahiran yang pelbagai. Ada yang jelas, seperti menulis dengan kemas dan jelas di papan tulis. Guru yang berkemahiran akan membuatkan sesuatu yang susah itu kelihatan mudah Oleh yang demikian, adalah wajar seseorang bakal guru . itu kemahiran ini dan ini memerlukan banyak, latihan.

Aktiviti 5
Berdasarkan pemerhatian guru-guru tadi, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menyatakan dalam bentuk 'bullet form". Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar (1) (2) (3) (4) (6) Penggunaan soalan Memberi penerangan Pergerakan penyampaian dalam pengajaran Penggunaan alatan Respons kepada kerja murid

(7) Penggunaan suara Eye -contact' (8) Pergerakan badan

Aktiviti 6
Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apa yang anda dapat pelajari daripadanya.

KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN Buat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan bagi Kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya boleh semaksimanya. Apakah kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum di.wujudkan. Buat nota ringkas.

Contoh kemudahan dan alatan:

Bil 01

Bentuk Kemudahan / Alatan Makmal Teknologi Maklumat (ICT) Ada

Ada / Tiada

Cadangan Semua pelajar perlu diberi peluang menggunakannya. Lebih banyak computer lebih baik.

PERINGATAN Anda diperlukan membuat nota ringkas dan berikan respons pada semua soalan dan bawa maklumat yang anda telah kumpulkan ke sesi interaksi bersama tutor anda nanti. Semua pemerhatian anda akan memberi satu pengalaman yang berharga bagi anda memulakan profesion ini. Semakin sensitif anda kepada apa yang berlaku di sekolah dan bagaimana sistem sekolah anda berfungsi semakin mudah anda membina kemahiran mengajar anda. Adalah penting anda memerhati bagaimana murid belajar, apa yang mereka faham dan masalah yang mereka hadapi Di samping membina kemahiran mengajar, anda akan dapat menguasai lebih banyak strategi sama ada strategi pengajaran ataupun strategi pengurusan. Ini diharapkan dapat membantu anda mewujudkan satu suasana pembelajaran yang efektif bagi murid-murid. Tugasan yang diberikan ini adalah permulaan perjalanan anda sebagai seorang guru. Selamat Berjaya

Hasil daripada pemerhatian anda dan maklumat yang telah anda kumpulkan, buat analisis dan siapkan tugasan berikut:

Tugasan
Setelah anda menjaiani Minggu Orientasi Sekolah, anda diminta untuk menulis sebuah esei lebih kurang1000 patah perkataan berbentuk refleksi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dapat anda jadikan sebagai panduan menjadi seorang guru yang baik.

Tugasan

"Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik."
Tugasan anda yang telah siap perlu dibawa ke sesi pertama interaksi dengan tutor semasa di institut nanti.

"SELAMAT MENCUBA"

10

You might also like