You are on page 1of 2

Tibet merupakan sebuah tempat penara di Asia tengah yang merupakan petempatan orang asli bagi orang-orang Tibet.

Tibet mempunyai ketinggian purata sebanyak 4,900 meter atau 16,000 kaki.1 Tibet merupakan rantau yang tertinggi di bumi yang sering digelar bumbung dunia. Tibet meliputi pengaruh wilayah besar iaitu dari Ladakh di bahagian barat, Mongolia di utara Nepal dan Bhutan di bahagian selatannya. Pada abad ke-7 Masihi, Tibet merupakan sebuah kerajaan gabungan dibawah pemerintah Raja Songtsen Gampo secara dinamiknya telah memimpin pasukan tenteranya di sempadan China dan India. Nenek moyang Songtsen Gampo berasal dari Lembah Yarlung. Mereka bukan sahaja mengamalkan agama Buddha bahkan permaisuri-permaisurinya dari Nepal dan China juga telah membina kuil Buddha di Lhasa. Pada abad seterusnya, Raja Trisong Detsen pula, turut menjemput guru dari India iaitu, Shantarakshita bagi menubuhkan biara Buddha yang pertama di Tibet. Empayar Yarlung hancur pada abad ke-9 Masihi. Walhal Tibet pernah menjadi sebuah kerajaan yang bersatu dan merupakan sebuah kerajaan yang diperintah oleh raja. Selepas abad ke-9 Masihi, muncul Sakya-Pa seorang penguasa yang berkuasa, Pamotrupa pula pada dinasti baru yang berupaya mengembalikan kegemilangan raja-raja Yarlung sehinggalah pemerintahan Dalai Lama pada abad ke-19. Terdapat pelbagai agama yang yang terdapat di Tibet seperti Bon, Buddha, Islam dan Mi Cho. Agama Mi Cho pula merupakan agama kuno yang menekankan kepada kuasa alam 2. Bon adalah agama kuno di Tibet yang merupakan penjagaan arahan semesta dan perhubungan antara manusia dengan dewa atau tuhan3, namun hampir dilenyapkan oleh agama Buddha Tibet yang memberi pengaruh dalam ajaran Bon, Buddha tibet merupakan suatu bentuk ajaran khas Mahayana dan Vajrayana,yang diperkenalkan di Tibet dari tradisi Buddha Sanskrit di India bahagian utara. Tibet Buddha ini mempunyai empat tradisi utama iaitu Gelug, Kagyu, Nyingma, Sakya. Islam telah tersebar di Tibet pada awal abad ke 8 atau 9 yang dibawa oleh pedagang dari Turki, Kashmir dan Parsi. Selain daripada agama, masayarakat Tibet juga mempunyai kepercayaannya yang tersendiri. Kepercayaan terhadap alam sekitar termasuklah haiwan seperti monyet. Kepercayaan ini di buktikan dalam Tibetan Buddhist Legend4 yang menyatakan bahawa seekor monyet telah berkahwin dengan Tagsen Mo dan mendapat enam orang anak yang dikatakan menjadi enam kelas dalam kehidupan di alam semesta iaitu gods, demigods, humans, hungry ghosts, animals dan denizens of hell.5 Di kawasan Tibet, semua aspek dalam kehidupan datangnya dari pengaruh Buddha. Sebagai contoh dari sudut pendidikan, pentadbiran, pemilikan tanah dan lain-lain dimana telah dikawal atau dipengaruhi oleh sami yang berkuasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi 6. Antara sudut yang turut mendapat pengaruh yang kuat ialah kesenian di Tibet. Seniman dan tukang seni secara tidak langsung bekerja untuk biara dan kuil 7. Penghasilan produk seni yang

Francoise Pommaret Tibet A wounded Civilization Harry N.Abrams, Inc.,Publishers.hlm 14 John Peacock, The Tibetan Way Of Life, Death And Rebirth(2003), Duncan Baird Publishers Ltd. London. Hlm 12 3 John Peacock, The Tibetan Way Of Life, Death And Rebirth(2003), Duncan Baird Publishers Ltd. London. Hlm13. 4 Ibid, hlm. 14 5 Ibid, hlm. 14 6 Michael Willis (1999).Tibet: Life,Myth and Art. London: Duncan Baird Publishers. Hlm 24. 7 Ibid
2

terbaik akan diletakan di tempat berharga di kuil seperti perpustakaan biara8. Antara produk yang dihasilkan ialah patung yang diukir untuk tujuan keagamaan, logam berharga yang diukir untuk digunakan sebagai lampu di kuil, topeng yang dibuat untuk proses keagamaan dan kain halus dan sulaman. Kain halus dan sulaman ini biasanya diimport dari India dan China. Kain halus dan sulaman telah digunakan sebagai gambaran pakaian atau lukisan garisan dalam skrol peranan kunci dalam keabdian hidup9. Gambaran agama memainkan peranan yang sangat penting. Patung bukan hanya peringatan realiti kosmik atau kenang-kenangan dari Buddha dan guru-guru yang hebat pada masa lepas10, tetapi menunjukan kesenian sebagai menggambarkan peristiwa lampau dan panduan agama Buddha. Sesekali patung akan di lakukan seperti makhluk hidup iaitu dipakaikan pakaian, tempat, makanan, air dan pelbagai hadiah. Kadang kala patung ini diberi kuih yang diperbuat daripada tepung barli yang dipanggang11. Lukisan Tibet di kain skrol atau dikenali sebagai (Thangkas) juga tidak hanya hiasan biasa, tetapi menggambarkan dewa, makhluk suci atau orang-orang kudus yang dihidupkan semula oleh penulisan doa12. Ekonomi Tibet adalah pertanian dan penternakan. Pertanian Tibet tertumpuh kepada kawasan lembah sungai yang subur. Pertanian utama Tibet ialah gandum Qingke, padi dan jagung. Gandung jenis Qingke ditanam secara meluas dan ditanam dalam ketinggian 2500 hingga 4500 meter dari permukaan laut. Manakala pagi ditanam secara sedikit. Tibet mejalankan aktiviti perternakan seperti yak dan biri-biri. Kambing biri-biri kebiasaannya diternak oleh golongan nomad. Tibet merupakan sebuah Negara yang mempunyai pengaruh agama Buddha dalam sistem pemerintahannya disamping pelbagai aktiviti ritual yang melambangkan agama yang diamalkan oleh penduduknya seperti perayaan, muzik, masakan disamping kesenian dan kebudayaan yang diamalkan oleh mereka.

8 9

Ibid Ibid 10 ibid 11 Ibid.hlm27 12 Ibid

You might also like