You are on page 1of 8

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

AMALI 5: Objektif: Perkakas:

LITAR ELEKTIK Mengenalpasti kebaikan dan keburukan litar bersiri dan selari.

Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penebat, ammeter,voltmeter, mentol. Aktiviti 1: Prosedur: 1. Dengan menggunakan bateri, pemegang bateri, beberapa wayar dan dua mentol untuk setiap litar, kedua-dua nya telah dibina seperti gambar berikut. Membina litar bersiri dan selari yang mudah.

2. 3. 4. 5. 6.

Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan. Kemudian, ammeter dan voltmeter disambungkan pada kedua-dua litar. Satu jadual dibina untuk merekod data bacaan. Mentol pertama tidak diskrukan untuk setiap litar. Pemerhatian dibuat pada mentol kedua dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap litar direkodkan. Seterusnya, mentol pertama disambungkan kembali dalam litar A secara bersiri. Pemerhaian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan. sekarang, mentol 1 di litar B disambungkan semula secara selari. Pemerhatian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Keputusan: Litar bersiri Mentol 1 2 1(tak diskru) 1(dipasang) M1 Voltmeter (V) 1.8 1.4 M2 Prosedur 3 Ammeter (A) 0.3 0.3 Prosedur 4 Prosedur 5 M1 M2 Observation Mentol menyala Mentol menyala Mentol 2 tak nyala Kedua mentol menyala, tetapi mentol 2 lebih malap Litar selari Mentol 1 2 1(tak diskru) 1 (dipasang) M1 1.7 Voltmeter 1.7 1.7 1.7 M2 1.7 Ammeter 1.2 0.9 Prosedur 4 2.1 Prosedur 6 M1 M2 0.8 0. 7 Observation Mentol menyala Mentol menyala Mentol 2 menyala Kedua mentol menyala, kecerahannya tetap sama.

Soalan:
1. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar bersiri jika salah satu mentol

terbakar?Jelaskan. Semua mentol tidak menyala kerana litar bersiri tidak lengkap. 2. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar selari jika salah satu mentol terbakar? Jelaskan Mentol yang lain masih lagi menyala kerana tidak memberi kesan pada litar. Ini kerana terdapat lintasan arus yang lain yang dipasang.

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

3. Anda sedang membina satu utas rantaian lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kecerahan cahaya lampu berkaitan dengan samada anda menyambungnya secara bersiri atau selari? Ya. Jika mentol di pasang dalam keadaan litar bersiri, kecerahan lampu mentol akan berkurang jika dibandingkan mentol yang dipasang pada litar yang selari.
4. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar bersiri jika satu lagi

mentol ditambah kedalam litar tersebut secara bersiri? Jelaskan. Mentol yang lain akan menjadi malap kerana beza keupayaan merentasi setiap perintang adalah berbeza. 5. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar selari jika satu lagi mentol yang lain ditambah dan dipasangkan secara selari didalam litar tersebut?. Jelaskan. Mentol masih menyala seperti biasa, kecerahan semua mentol adalah sama. Perintang disambung selari mempunyai arus yang berlainan melalui setiap perintang tetapi beza keupayaan merentasi setiap perintang adalah sama

Aktiviti 2: Membina litar gabungan siri dan selari. Prosedur:

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

1.

Satu litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar, 3 mentol.

2. 3.

Suis disambungkan dan mentol diperhatikan. Sekarang, ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengukur arus dan potential difference melalui setiap mentol. Jadual dibina untuk merekod data bacaan.

4. 5.

Mentol 1 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan. Mentol 2 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Keputusan : Prosedur 3 Mentol Voltmeter (V) Ammeter (A) Potential Different

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

1 2 3 Prosedur 4 Mentol 1(dialihkan)

1.8 1.8 1.9

0.18 0.18 0.18

Voltmeter (V) -

Ammeter (A) -

pemerhatian Mentol 2 dan 3 tidak menyala.

Prosedur 5 2(dialihkan) Voltmeter ( V) M1 M3 0.3 3.7 Ammeter (A) M1 M3 0.2 0.2 pemerhatian Mentol 1 dan 3 tetap menyala

Soalan:
1. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 1 dialihkan?

Jelaskan. Mentol yang lain tidak menyala, kerana, kedudukannya bersiri dengan mentol 1 dan 2. Litar menjadi tidak lengkap kerana salah satu perintangnya telah rosak.
2. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 2 dialihkan?

Jelaskan. Mentol 1 dan 3 masih lagi menyala kerana mentol 2 dipasang secara selari, ia tidak menganggu aliran arus. Litar masih lengkap walaupun terdapat perintang yang telah rosak. 3. Adakah anda mahukan litar dirumah anda dipasang secara bersiri atau selari atau kombinasi keduanya? Jelaskan alasan anda. Saya mahukan litar rumah saya dipasang secara selari. Ini kerana, jika salah satu perintang; mentor atau lampu tidak menyala, rumah saya masih lagi berfungsi walaupun tidak sepenuhnya. Jika dipasang secara bersiri, kemungkinan besar rumah saya tidak akan berfungsi sepenuhnya jika salah satu perintang telah rosak.

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Soalan : 1. Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan tersebut : a) Apa yang dapat anda pelajari daripada aktiviti ini? Daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari dan mengetahui kelemahan dan kekuatan litar selari mahupun bersiri. Melalui aktiviti ini juga, saya mengetahui apa perbezaan antara kedua- dua litar ini. Saya juga belajar bagaimana memasang kesemua komponen elektrik dan mengetahui fungsinya dalam mendirikan sesebuah litar. Melalui akriviti ini juga, saya mendapat pengalaman sendiri dan memahami dengan lebih lanjut tentang perbezaan litar selari dan bersiri, pengetahuan ini boleh diaplikasikan kelak.

b) Dalam kurikulum sains sekolah rendah, dalam bahagian manakah topik ini diajar? Tahun : 5 Tema : Penyiasatan Daya dan Tenaga Tajuk : Elektrisiti Objektif : Memahami litar bersiri dan selari.

c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Pertama, guru perlu menerangkan konsep topik terlebih dahulu. Permulaan ini adalah penting agar murid berupaya menjana idea dan membina pengetahuan asas murid dalam topik tersebut. Contohnya, set induksi dengan menunjukkan video demostrasi dan bagaimana sesuatu litar elektrik berfungsi. Seterusnya, guru meminta pandangan dari murid apakah jenis cara penyambungan litar pendawaian di rumah. Untuk slot aktiviti, guru kemudiannya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan atau selari mereka dalam kumpulan. Aktiviti ini haruslah di bawah pemerhatian guru untuk mengelakkan sebarang kecederaan selain mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Setelah tamat aktiviti, guru perlu meminta murid-murid mengembalikan kesemua barang yang digunakan dan kemudiannya menyoal beberapa soalan berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Pada akhir P&P, guru membuat kesimpulan mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Pembelajaran berpusatkan murid seperti ini perlu dipraktikkan untuk meningkatkan pemahaman mereka kerana mereka mengalami sendiri pengalaman/aktiviti tersebut. dan memberi peluang kepada semua murid untuk menyediakan litar elektrik iaitu bersiri

d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Pertama, sebagai fasilitator untuk mengajar dan memberi taklimat. Kedua, perekacipta bermaksud perlu mempunyai ilmu yang sentiasa baru. Ketiga, sebagai pembimbing dalam menolong pelajar. Keempat sebagai penilai terhadap tugasan yang diberikan. Kelima sebagai pemberi motivasi kepada pelajar.

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

You might also like