You are on page 1of 20

Pedagogi

1. Pengurusan & Perkembangan Kurikulum


1.1
1. 2.

KONSEP KURIKULUM
Semua pelajaran yang dirancang dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik di sekolah mahupun di luar sekolah Semua pengalaman yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam suatu program pendidikan yang dirancang mengikut satu rangka teori dan penyelidikan atau amalan, dahulu dan sekarang, yang digunakan dalam program pembelajaran. Rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah. Segala pembelajaran yang dirancang dan dijalankan sama ada dalam bilik darjah, di padang permainan atau di luar sekolah. Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar iaitu: (a) Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran. (b) Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah seperti kegiatan sukan, persatuan pasukan unit beruniform dan lain-lain. (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979)

3. 4. 5.

6.

Mengikut Tyler (1950), ciri-ciri penting dalam kurikulum ialah: (a) Objektif pendidikan yang patut dicapai oleh sesebuah negara atau sekolah. (b) Pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dipilih untuk mencapai objektif yang ditentukan. (c) Metodologi digunakan untuk menyusun dan melaksanakan pengalamanpengalaman pembelajaran supaya mencapai objektifnya. (d) Penilaian untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.

Pedagogi

1.2.

JENIS-JENIS KURIKULUM

1.2.1 Kurikulum Format/Tersurat 1. 2. 3. 4. Kurikulum formal ialah segala bentuk aktiviti atau kegiatan sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah yang telah dirancang. Ia mengandungi sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Ia mengikut peraturan dan jadual waktu yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kegiatan ko-kurikulum yang ditentukan oleh pihak-pihak tertentu terdiri daripada aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, sukan/permainan dan unit beruniform di luar bilik darjah. Kurikulum formal terdiri daripada kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi. Kurikulum Pengajaran ialah tafsiran guru terhadap kurikulum. Kurikulum Operasi merujuk kepada pelaksanaan kurikulum sebenar di dalam bilik darjah. la meliputi tenaga pengajar, bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

5. 6. 7.

1.2.2 Kurikulum Tersembunyi 1. 2. Kurikulum tersembunyi ialah segala pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak formal dan tidak dirancang. Pengajaran yang tidak formal adalah seperti penerapan nilai-nilai mumi dalam mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan penerapan nilai-nilai melalui tingkah laku guru yang menjadi model. Ia merupakan apa sahaja pelajaran yang terima oleh pelajar di luar kurikulum yang nyata di sekolah.

3.

Pedagogi

1.3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM


Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas seperti keselamatan, kasih sayang perhargaan diri dan penyempurnaan kendiri. Oleh itu, kurikulum yang dibentuk harus dapat memberi pengetahuan dan kemahiran agar mencapai kehendak dan keperluan pelajar. Mengikut Abu Bakar Nordin (1991.), kurikulum tersembunyi diertikan sebagai penyediaan pengalaman pelajar yang tidak diduga yang timbul daripada sesuatu kurikulum serta pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi di sekolah. Pembentukan kurikulum harus menyediakan segala pengetahuan dan kemahiran untuk perkembangan individu secara menyeluruh dari segi jasmani, rohani dan mental. (a) Dari segi jasmani, kurikulum dibina sesuai dengan kehendak individu supaya pengetahuan dalam bidang kesihatan diri membolehkan seseorang itu hidup sihat (b) Dari segi mental, kurikulum harus memberi pengetahuan dan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) kepada setiap individu supaya dapat mencari ilmu dengan sendiri sepanjang hayatnya. (c) Dari segi rohani, kurikulum harus membantu manusia dalam memenuhi keperluan untuk mencari dan memahami makna kehidupan.

1.3.1 Faktor Individu 1.

2.

3.

3.

J.C. Paker dan L.J. Rubin (1966), menekankan keperluan individu dalam pembentukan dan perkembangan satu-satu kurikulum. Mengikutnya, kurikulum semestinya menyediakan setiap individu dengan pelbagai cara pembelajaran dan peluang untuk perkembangkan potensinya demi mencapai kecemerlangan. Kurikulum yang dibina haruslah memberi pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi supaya individu dapat hidup dalam keadaan yang sempurna, serta meningkatkan perkembangan keseluruhan individu dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosial.

4.

Pedagogi

1.3.2 Kehendak Masyarakat 1. Kurikulum digubal dan dilaksanakan berdasarkan kehendak dan keperluan masyarakat. Masyarakat menentukan sama ada kurikulum itu sesuai ataupun tidak dengan kehendak mereka. Kurikulum yang dibentuk seharusnya dapat menyediakan pengetahuan, nilai, kemahiran dan ideologi yang diingini oleh sesuatu masyarakat. Masyarakat berkehendakkan supaya pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran asas 3M, dan konsep-konsep asas cara hidup dalam sesuatu masyarakat dan membina sikap dan perlakuan yang baik berlandaskan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat. Kandungan kurikulum seharusnya mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang membolehkan pelajar menyesuaikan diri dalam masyarakat.

2. 3.

4.

1.3.3 Kehendak Negara 1. 2. Kurikulum bagi sesebuah negara digubal selaras dengan kehendak, cita-cita, ideologi dan falsafah pendidikan negara. Di Malaysia, kurikulum dibentuk berdasarkan keperluan untuk memenuhi pembangunan negara demi mencapai aspirasi dan cita-cita masyarakat yang berbilang kaum. Faktor pembangunan negara mempengaruhi penggubalan kurikulum yang diubah suai mengikut masa, dan kemajuan sains dan teknologi. Perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara, iaitu kandungan kurikulum pendidikan menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik, kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih. Pembangunan pesat dalam bidang teknologi telah menukar halatuju ekonomi Malaysia, yang pada peringkat awalnya berfokus kepada bidang pertanian, kemudian kepada perkilangan. Dan yang terkini pelaksanaan projek pembangunan teknologi maklumat khususnya dalam multimedia. Keadaan ini berkehendakan sistem pendidikan akan menerapkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dengan ini, wujudlah sekolah bestari iaitu sekolah yang akan menggunakan sepenuhnya teknologi dalam proses pengajaranpembelajaran. Oleh itu, kurikulum perlu digubalkan selaras dengan kehendak sekolah bestari.

3. 4.

5.

Pedagogi

1.3.4 Kehendak Sarwajagat 1. Sesuatu kurikulum biasanya digubal dengan memberi penekanan kepada kehendak seperti nilai-nilai sarwajagat, pengetahuan dan kemahiran yang memenuhi keperluan penyempurnaan diri dan masyarakat. 2. Kehendak sarwajagat sesuatu kurikulum bertujuan untuk memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa, menyelesaikan masalahmasalah global yang mengancam kesejahteraan dunia seperti wabak penyakit kelaparan dan peperangan serta meningkatkan taraf hidup penduduk di negaranegara membangun. 3. Kurikulum secara umumnya menimbangkan perkara-perkara seperti yang dikemukakan oleh Atan Long (1984), untuk memenuhi kehendak sarwajagat, iaitu: (a) Pemerolehan pengetahuan melalui penguasaan kemahiran 3M

(b) Latihan fizikal (c) Kerohanian yang berasaskan usaha membantu pelajar memperoleh pengetahuan untuk memahami erti kehidupan yang sempura.

(d) Pembentukan kemahiran sosial di kalangan pelajar. (e) Penguasaan kemahiran bekerja yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan negara.

Pedagogi

1.4
1.4.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INOVASI, REFORMAS1 DAN PERUBAHAN KURIKULUM


Teknologi

1. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan inovasi dan reformasi kurikulum dilakukan. Kurikulum perlu menyediakan tenaga kerja yang berliterasi teknologi agar dapat mengalami pembaharuan dalam zaman sains dan teknologi. Contoh : i. Perubahan disebabkan pengenalan komputer, dan teknologi maklumat diperkenalkan dalam kurikulum sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi.

2. Selaras dengan Koridor Raya Multimedia (MSC), sistem pendidikan seharusnya diubah secara radikal dan budaya persekolahan perlu diubah kepada suatu yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Bagi merialisasikannya maka diwujudkan sekolah bestari sebagai salah satu tunggak utama dalam Koridor Raya Multimedia. 3. Kurikulum sekolah bestari direka bentuk untuk menjamin setiap pelajar mencapai potensi sepenuh, dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajarannya. 4. Teknologi komputer akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Ia akan merapatkan jurang peluang antara pelajar yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah dan mereka yang kurang berada. 5. Kurikulum yang mengambil kira faktor pembaharuan teknologi, bukan sahaja dari segi pelaksanaan tetapi perisian dan tenaga manusia, akan membawa nafas baru kepada alam pendidikan dan menghasilkan rakyat yang mempunyai daya saing yang tinggi serta proaktif.

Pedagogi

1.4.2

Pedagogi

1. Berlakunya perubahan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seperti dari kurikulum lama kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Contoh : Kurikulum lama kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Guru merupakan penyampai maklumat dan pelajar mendengar secara pasif. Interaksi berlaku secara sehala, iaitu guru mengarah dan pelajar hanya melakukan apa yang diarah.
2.

Kini, KBSR dan KBSM menekankan kaedah berpusatkan pelajar, iaitu pelajar digalakkan supaya melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, sesi buzz, bercerita, sumbangsaran, lakonan dan sebagainya telah mengubah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya bercorak 'chalk & talk.

3. Dengan peralihan kepada penggunaan teknologi, sebarang perubahan dari aspek pedagogi akan membawa kepada reformasi kurikulum. Pedagogi berasaskan guru sebagai fasilitator dan pembimbing, rangkaian pembelajaran dan perisian akan menyebabkan pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik. 4. Penglibatan pelajar secara aktif dan pembelajaran kolaboratif serta pembelajaran melalui pengalaman akan membawa kurikulum ke suatu aras yang baru, di mana kehidupan sebenar dialami dalam bilik darjah. 5. Penyusunan bilik darjah dari segi susunan kerusi-meja juga berubah untuk menggalakkan dinamika kumpulan. Susunan kerusi-meja secara kumpulan memberi peluang untuk pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar.
6.

Pembelajaran yang beralih dari dependent pemusatan guru kepada pemusatan pelajar melalui teknologi berkomputer mempunyai tiga ciri utama: (a) Akses kendiri (b) Terarah kendiri (c) Mengikut kadar sendiri

7. Selaras dengan konsep bestari, pedagogi yang bestari adalah berpusatkan kepada kemahiran berfikir dan berpusatkan pelajar. Pembelajaran yang aktif akan terhasil daripada interaksi dinamis antara pelajar, guru dan sumber untuk membina kefahaman yang mendalam dan bermakna kepada pelajar.

Pedagogi

1.4.3 Keperluan Sumber Manusia 1. Negara membangun seperti Malaysia sedang menuju ke era sains dan teknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Malaysia ingin membentuk sebuah masyarakat yang bukan sahaja saintifik, inovatif dan progresif tetapt berakhlak mulia. 2. Untuk memenuhi hasrat dan mencapai visi negara, kurikulum harus diubah untuk menghasilkan tenaga pekerja yang berpengetahuan, berwibawa, berketrampilan, berhemah tinggi dan berakhlak mulia. 3. Mata pelajaran Sains, Matematik dan Komputer diberi penekanan agar melahirkan sumber manusia dalam jurusan sains, komputer dan kejuruteraan. 4. Penerapan nilai bukan hanya dalam mata pelajaran Agama Islam dan Moral tetapi merentasi kurikulum, untuk memupuk dan menyemai nilai-nilai secara induktif dalam KBSR dan KBSM. Tujuannya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat. 5. Dalam membentuk masyarakat yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif, strategi sekolah bestari ialah mengimplementasi pemikiran merentasi kurikulum. Penekanan kepada manusia yang berfikir secara kreatif dan inovatif. Maka, unsur-unsur berfikir diterapkan dalam kurikulum.

1.4.4 Perubahan Ideologi 1. Ideologi negara Malaysia, iaitu Rukun Negara, menekankan tentang perpaduan, cara hidup demokratik, kewujudan masyarakat yang adil dan saksama serta pembentukan masyarakat yang progresif. 2. Di negara kita, penekanan diberi terhadap perpaduan negara dan kepentingan mata pelajaran Sains dan Matematik, dalam era perkembangan sains dan teknologi. 3. Maka usaha untuk memupuk kesedaran perpaduan perlu dipertingkatkan dengan membuat perubahan dalam kurikulum di mana mata pelajaran sejarah diwajibkan untuk semua pelajar. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar memahami dan menyedari sejarah bangsa dan perjuangan pemimpin tanah air. Dan unsur-unsur kewarganegaraan pula disepadukan ke dalam semua mata pelajaran.

Pedagogi

1.5 KURIKULUM SEKOLAH


1.5.1 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

FALSAFAH 1. Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani dan jasmani. 2. Pelajar sekolah harus memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman yang dilalui harus menarik dan sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif.

3. Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan perasaan dan idea, menyelesaikan masalah, bertukartukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif.

OBJEKTIF 1. KBSR digubal berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah, yang bercorak pendidikan asas. 2. KBSR bertujuan memastikan perkembangan pelajar secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat dan sosial. 3. Objektif KBSR adalah untuk membolehkan pelajar: (a) Menguasai Bahasa Malaysia sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

(b) Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis di dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah. (c) Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.

Pedagogi

10

(d) Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas. (e) (f) Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan Rukun Negara, serta menjadikannya asas amalan hidup.

(g) Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. (h) Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. (i) Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai. Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
(Sumber: Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983)

(j)

STRUKTUR 1. KBSR dibentuk berlandaskan perakuan 57(a) Laporan Kabinet, iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar. Terdapat tiga komponen dalam KBSR: (a) Komponen Kemahiran Asas (b) Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran (c) Komponen Perkembangan Diri Individu (Rujuk rajah 1.1)

2.

Pedagogi

11

Komunikasi Kemahiran Asas (membaca, menulis dan mengira) Bahasa Matematik

Manusia dengan alam sekeliling Kerohanian, nilai dan sikap Kemanusiaan dan persekitaran Pendidikan Agama Islam Pendidikan Moral Alam dan Manusia

Perkembangan diri individu Kesenian dan Rekreasi Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani

Rajah 1.1

3.

Komponen Kemahiran Asas terdiri daripada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. la meliputi kemahiran berbentuk mekanis, kemahiran bertutur, mendengar, membaca untuk kefahaman, menulis berasaskan pengetahuan serta penggunaan empat-empat operasi matematik.

4. Pada peringkat permulaan, komponen-komponen Kemanusiaan dan Persekitaran digabung dengan komponen Kemahiran Asas. Pada tahap II, komponen ini dijadikan cabang yang berasingan. Aspek kerohanian, nilai dan sikap diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. 5. Bidang perkembangan diri individu meliputi aspek-aspek jasmani, rohani, intelek, bakat, emosi, moral, nilai-nilai sosial dan estetik. Kebanyakan aspek ini dirangkum dalam kedua-dua bidang komunikasi dan manusia dan alam

Pedagogi

12

sekeliling. Aspek-aspek yang tertinggal ialah aspek jasmani dan nilai estetika dimasukkan dalam komponen Kesenian dan Rekreasi.

6.

Bidang pelajaran dalam kurikulum ditunjukkan dalam rajah 1.2.


Bidang Komponen Kemahiran asas Mata pelajaran Tahap I * Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik ** Pendidikan Agama Islam ** Pendidikan Moral Kemanusiaan dan persekitaran Kesenian dan rekreasi _ Mata pelajaran Tahap II Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pendidikan Agama Islam Pendidikan Moral *** Alam dan Manusia Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani

Komunikasi

Manusia dengan Alam Keliling

Kerohanian, nilai dan sikap

Perkembangan Diri Individu

Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani


Rajah 1.2

* **

Bahasa Pengantar bagi sekolah kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Bahagian Pengantar bagi sekolah Cina dan Tamil ialah bahasa Cina dan bahasa Tamil. Semasa pelajar-pelajar beragama Islam mengikuti mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, pelajar-pelajar lain dihendaki mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral.

*** Alam dan Manusia dimansuhkan pada tahun 1995. Mulai dari Tahun 4, ia digantikan dengan dua mata pelajaran baru iaitu Sains dan Kajian Tempatan.

Pedagogi

13

1.5.2

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

FALSAFAH 1. Penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah bertujuan memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah rendah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara memberi hala tuju kepada corak pendidikan yang dihasratkan dan diperkukuhkan untuk melahirkan sebuah negara maju berteraskan masyarakat berilmu, ikram dan progresif. Pembaharuan kurikulum berlaku untuk memenuhi kehendak perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa untuk mencerminkan keperluan dan aspirasi masyarakat.

2.

3.

MATLAMAT/OBJEKTIF KBSR Kurikulum baru sekolah rendah bertujuan membolehkan pelajar: 1. Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 2. Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah. 3. Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian. 4. Menguasai kemahiran belajar. 5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 6. Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahnya. 7. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup. 8. Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.

Pedagogi

14

9. Mempunyai semangat patriotisme. 10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. 11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti. 12. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. 13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. 14. Menjaga kesihatan dan kecergasan din. 15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti. 16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayatayat tertentu dalam al-Quran bagi pelajar Islam. (Sumber: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Secara Menyeluruh, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur 1994) PEMBAHARUAN DAN PENEKANAN DALAM KBSR 1. Memperkenalkan mata pelajaran baruseperti Kemahiran Hidup, Sains dan Kajian Tempatan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan untuk memenuhi cabaran dan wawasan negara. Mata pelajaran ini memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan sains dan teknologi, keusahawanan, kemanusiaan dan alam sekitar. Pembaharuan dalam mata pelajaran bahasa ialah penekanan yang diberikan kepada kemahiran-kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa supaya kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar dapat dikuasai dengan mudah. Unsur kesihatan ditambahkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk mencapai kesejahteraan hidup. Mata pelajaran Pendidikan Islam ditambah daripada dua bidang kepada tiga bidang iaitu Asuhan Tilawah dan al-Quran, Asas Ulum Syariah dan asas

2.

3. 4.

Pedagogi

15

Akhlak Islamiah supaya dapat membentuk perilaku pelajar Islam ke arah mengamalkan nilai-nilai yang terpuji. 5. Jumlah aspek nilai murni dalam Pendidikan Moral ditambah daripada 12 kepada 16 bagi menyamakan kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan menengah. Penggunaan sempoa diperkenalkan dalam aktiviti mengira di Tahap II. Unsur patriotisme disepadukan dalam semua mata pelajaran dan ko-kurikulum untuk melahirkan rakyat yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar diberi penekanan agar pelajar belajar melalui pengalaman. Penyertaan pelajar secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran diberi tumpuan. Aspek proses iaitu cara dan kaedah kerja yang dijalankan oleh pelajar semasa pembelajaran diberi penekanan dan bukan berdasarkan semata-mata hasil kerja pelajar. Ini bermakna pelajar diberi peluang untuk memperoleh pengetahuan dan menghasilkan suatu projek mengikut proses yang sistematik.

6. 7.

8.

9.

10. Aspek kesepaduan dilaksanakan melalui mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum, nilai murni dan bahasa merentasi kurikulum. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai disepadukan dalam kurikulum dan kokurikulum untuk melahirkan insan yang seimbang. 11. Budaya sekolah dari segi fizikal, sosial dan budaya ilmu diberi penekanan baru untuk melahirkan pelajar yang berkembang secara harmonis dan seimbang, suasana sekolah yang ceria, seronok dan merangsangkan pengajaran dan pembelajaran. 12. Penilaian berterusan ditekankan dalam KBSR. Ia bertujuan untuk: (a) Mengetahui penguasaan pelajar terhadap kemahiran dan pengetahuan

(b) Mengesan perkembangan pelajar dari segi amalan, sikap dan nilai (c) Menilai keberkesanan pengajaran guru.

13. Melalui penilaian, maklumat mengenai kelemahan dan kekuatan pelajar akan diperoleh. Tindakan susulan seperti pemulihan dijalankan untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah 3M. Aktiviti pengayaan diberi sebagai

Pedagogi

16

aktiviti tambahan kepada pelajar untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar. KESEPADUAN Kesepaduan menjadi tumpuan utama dalam penggubalan KBSR. Ia dilaksanakan melalui: 1. Kurikulum (a) Pengetahuan dan kemahiran (i) Setiap disiplin diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat Pendidikan Negara. Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke dalam objektif setiap mata pelajaran.

(ii) Kandungan kurikulum dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial yang telahpun diperoleh sebelum pelajar memasuki alam persekolahan. (iii) Kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan daya pemikiran untuk menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea yang bernas. (iv) Kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan harian. (b) Nilai mumi (i) (ii) Nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran. Nilai murni bersifat sarwajagat dan selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat. Nilai tersebut ialah:

Pedagogi

17

baik hati berdikari hemah tinggi hormat kasih sayang keadilan

kebebasan keberanian kebersihan fizikal dan mental kejujuran kerajinan

kerjasama kesederhanaan kesyukuran rasional semangat bermasyarakat

(iii) Penerapan nilai-nilai murni melalut sistem pendidikan diharap akan dapat menanam kesedaran kefahaman, keyakinan dan kesyukuran dikalangan pelajar. Ia juga membentuk sikap positif terhadap agama dan bangsa, amanah dan bertanggungjawab, serta meningkatkan kualiti untuk mencapai kecemerlangan. (c) Bahasa (i) Dalam proses meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran, tumpuan diberikan dalam penggunaan aspekaspek bahasa yang betul iaitu dari segi sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa mengikut setiap mata pelajaran.

(ii) Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan terus dipertingkatkan dan dimantapkan. (iii) Bagi meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, penekanan perlu diberikan kepada ketetapan berkomunikasi di dalam pelbagai bidang dan situasi, kecekapan berbahasa, kemampuan untuk berfikir dan menggunakan Bahasa Malaysia secara kreatif. (iv) Penggunaan Bahasa lain seperti bahasa Inggeris digunakan sebagai sumber bagi menimba ilmu diperkembangkan.

2.

Ko-kurikulum

Pedagogi

18

(a) Ko-kurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. (b) Gerak kerja ini adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ia dijalankan melalui unit beruniform, persatuan atau kelab dan sukan/permainan. (c) Aktiviti ko-kurikulum memberikan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang telah dipelajari di bilik darjah. (d) Mengikut Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1992), fungsi gerak kerja ko-kurikulum ialah: (i) Mengawal dan mengukuhkan pengetahuan yang diperoleh di bilik darjah. (ii) Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan antara sekolah dengan masyarakat. (iii) Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, disamping menjaga kesihatan fizikal dan mental. (iv) Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya. (v) Memberikan pelajar peluang untuk melatih diri serta memupuk sikap yakin kepada diri dan berdikari.

STRUKTUR DAN KOMPONEN KBSR 1. 2. Bidang Kajian dalam KBSR terdiri daripada tiga aspek iaitu komunikasi, manusia dan alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. Daripada tiga bidang ini, terdapat beberapa komponen lain seperti: (a) Komponen kemahiran asas (b) Komponen kerohanian, nilai dan sikap (c) Komponen manusia dengan persekitaran

Pedagogi

19

(d) Komponen kemahiran hidup (e) Komponen kesenian dan rekreasi (f) Komponen ko-kurikulum

3.

Rajah 1.3 Menunjukkan struktur baru KBSR.

Bidang Komunikasi

Komponen Kemahiran asas

Mata pelajaran Tahap I Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral

Mata pelajaran Tahap II Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sains*

Manusia dengan Alam Kelilingnya

Kerohanian, nilai dan sikap Manusiaan dengan persekitaran Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup Kesenian dan rekreasi

_ Kajian Tempatan* Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Kemahiran Hidup Pendidikan Muzik Pendidikan Seni

Perkembangan Diri Individu

Pedagogi

20

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ko-Kurikulum


Rajah 1.3

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

*
**

Mata pelajaran Alam dan Manusia digantikan secara beransur-ansur di Tahun 4 dan 5 dan sepenuhnya di Tahun 6 pada tahun 1997.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 1992/1993 untuk pelajar-pelajar Tahun 4.

You might also like