You are on page 1of 5

ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES (PRE-MEDICAL STUDIES 2012 / 2013)

MASYARAKAT DAN BUDAYA

NAMA MATRIX NUMBER GROUP NAMA PENSYARAH SUBJEK

: NURUL DHUHAYATI BINTI OTHMAN : CPM2 / 12B : GROUP A : PUAN WAN NOR HAMILAH : PENGAJIAN MALAYSIA ( MALAYSIAN STUDIES)

Manusia demi kelansungan hidup tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Menjadi fakta sejagat bahawa kebudayaan tidak akan dapat wujud tanpa masyarakat. Nyatakan konsep masyarakat. Huraikan ciri-ciri masyarakat. Jelaskan peranan budaya dalam mengembangkan kebudayaan masyarakat.

Menurut kamus dewan , masyarakat membawa erti sekumpulan masyarakat yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Perkataan masyarakat juga mempunyai istilah lain seperti society dalam bahasa Inggeris dan musyarak dalam bahasa Arab. Asas bagi sesebuah masyarakat

terdiri daripada individu dan juga institusi kekeluargaan. Sebagai contohnya , jika kita lihat di Malaysia, penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mewujudkan masyarakat majmuk kerana rakyatnya yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Sebagai contohnya , di Malaysia, wujudnya masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan juga masyarakat India. Dengan wujudnya sesebuah masyarakat, maka sesebuah negara itu dapat berkembang dengan pesat serta membangun mengikut peredaran masa. Antara masyarakat yang wujud di Malaysia termasuklah masyarakat Melayu. Kaum melayu mempunyai pelbagai budaya. Antaranya termasuklah kepercayaan yang teguh kepada pegangan agama Islam. Selain itu , wujudnya adat dan undangundang yang dikenali sebagai Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Perpatih hanya diamalkan di Negeri Sembilan sahaja manakala negeri yang lain megamalkan adat Temenggung. Masyarakat melayu turut mewarisi pelbagai tarian tradisional seperti tarian Zapin , tarian Asyik , tarian Darbus , tarian Mak Inang dan sebagainya. Setiap tarian ini mempunyai maksud dan kisahnya yang tersendiri. Selain daripada seni tarian , masyarakat melayu terkenal dengan pakaian tradiosionalnya iaitu baju kurung, baju kebaya, baju melayu serta kain batik. Kini , batik merupakan salah satu fesyen pakaian yang digemari di peringkat antarabangsa. Manakala, makanan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang adalah seperti belacan, tapai,

lemang dan sebagainya. Setiap sajian mempunyai keunikannya yang tersendiri. Akhir sekali, masyarakat Melayu akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidil Adha pada setiap tahun .

Selain itu, rakyat Malaysia juga terdiri daripada masyarakat Cina. Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Antaranya termasuklah fahaman Taoisme yang telah membantu dalam penyebaran agama Buddha. Masyarakat Cina juga mempunyai pantang larang mereka yang tersendiri seperti dilarang jangan menyapu rumah pada Tahun Baru Cina. Tarian Naga merupakan antara tarian tradisional masyarakat Cina. Tarian Naga membawa petanda baik disebabkan naga dianggap sebagai hidupan yang menguntungkan. Cheongsam dan Sam Foo merupakan pakaian tradisional masyarakat Cina semenjak dahulu lagi. Masyarakat Cina gemar memakan masakan yang berkhasiat dan dilengkapi dengan herba seperti Bak Kut Teh. Perayaan yang akan disambut pada setiap tahun adalah perayaan Tahun Baru Cina serta Kuih Bulan. Masyarakat yang ketiga pula ialah masyarakat India. Masyarakat India menganuti agama Hindu. Tarian Bhrata Natyam merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat India. Sari bagi wanita dan Dhoti bagi lelaki merupakan pakaian tradisional yang digemari ramai. Antara makanan yang menyelerakan adalah seperti muruku , tosai , putu mayam dan banyak lagi. Perayaan Deepavali dan Thaipusam merupakan antara sambutan yang disambut secara besar-besaran. Tidak dilupakan juga masyarakat Sabah dan Sarawak yang terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Masyarakat Sabah terdiri daripada 32 suku kaum pribumi. Namun kaum utama di Sabah adalah Kadazandusun, Bajau, dan Murut. Kadazandusun merupakan kumpulan etnik terbesar di Sabah yang terdiri daripada Kadazan dan Dusun yang telah digabungkan bersama disebabkan mereka mempunyai persamaan yang sama. Terdapat perbezaan antara etnik Kadazan dan Dusun seperti kawasan petempatn. Etnik Kadazan hidup di kawasan lembah manakala etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Antara tarian kaum Kadazandusun adalah tarian Sumazau yang dipersembahkan semasa keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan. Seperti Sabah, negeri Sarawak tidak kurang hebatnya dengan keunikan etniknya yang terdiri daripada 28 etnik yang berbeza. Kaum etnik utama di Sarawak adalah suku kaum Iban, Melanau dan Bidayuh. Kaum Iban adalah kaum yang terbesar di Sarawak. Mereka hidup secara berkumpulan di rumah tradisi yang
3

dikenali sebagai rumah panjang. Kebanyakannya beragama Kristian tetapi mereka masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan kaum Iban. Antara perayaan yang disambut adalah Pesta Gawai sebagai tanda kesyukuran penghasilan padi yang memberansangkan. Tarian Ngajat akan dipersembahkan ketika sambutan Pesta Gawai ini dijalankan. Kesemua masyarakat ini apabila disatukan di bawah payung yang sama , maka wujudlah masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk merujuk kepada istilah beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat. Antara ciri-ciri yang dapat dilihat pada sesebuah masyarakat termasuklah wujudnya sistem kepimpinan. Sesebuah masyarakat perlu dipimpin oleh seseorang agar mereka tidak akan ketinggalan dalam menghadapi arus globalisasi pada masa kini. Pemimpin yang dilantik pula sudah semestinya dipersetujui ramai kerana pemimpin merupakan individu yang diberi kepercayaan untuk memimpin orang lain. Sebagai contohnya , perlantikan seorang Perdana Menteri setelah kemerdekaan dicapai dimulakan dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamed , Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilantik untuk memimpin rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih cerah. Tambahan pula , sistem pemerintahan Malaysia yang berbentuk demokrasi berparlimen telah memantapkan lagi kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Ciri kedua yang terdapat dalam masyarakat pula ialah keupayaan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Apabila wujudnya sebuah masyarakat , secara tidak langsung perpaduan dapat dicapai. Interaksi boleh diwujudkan sama ada melalui lisan ataupun bukan lisan. Jika kita lihat di Tanah Melayu pada tahun 1957 , berkat interaksi serta persetujuan Tunku Abdul Rahman , Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan maka tercapailah kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Gabungan ini telah berjaya membentuk sebuah masyarakat yang teguh dan besatu padu bak kata pepatah , bersatu teguh bercerai roboh. Ciri yang seterusnya pula ialah lahirnya kebudayaan. Setiap masyarakat mempunyai budaya mereka yang tersendiri seperti budaya yang diwarisi sejak turuntemurun. Sebagai contohnya , dari segi perayaan masyarakat Melayu meraikan Hari
4

Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha , manakala masyarakat Cina meraikan Tahun Baru Cina dan masyarakat India meraikan perayaan Deepavali. Manakala dari segi agama , masyarakat Melayu berpegang teguh kepada ajaran Islam serta masyarakat Cina dan India masing-masing berpegang kepada ajaran Buddha dan agama Hindu. Apabila wujudnya pelbagai budaya maka perpaduan akan dapat dipupuk dengan mudah memandangkan semua individu dapat bersama-sama menyambut serta bekerjasama untuk memeriahkan lagi majlis.Memandangkan setiap masyarkat mempunyai budaya masing-masing, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan telah diwujudkan di Malaysia demi melindungi serta mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Definisi budaya menurut Kamus Dewan ialah kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Secara amnya , budaya bermaksud suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu. Budaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebudayaan masyarakat. Antara peranannya termasuklah memupuk sikap

perpaduan antara masyarakat.

Apabila masyarakat telah mencapai perpaduan

maka ini secara tidak langsung dapat menyumbang dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara. Hal ini demikian kerana , pelancong yang datang akan terpegun dengan kemeriahan serta kekayaan pelbagai jenis budaya yang terdapat di Malaysia disebabkan wujudnya masyarakat majmuk yang mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Dengan ini, lebih ramai pelancong akan berminat untuk melancong ke Malaysia oleh itu tidak hairanlah negara akan dapat menjana pendapatan daripada sektor pelancongan. Selain itu , kebudayaan juga dapat mewujudkan perasaan cinta akan negara serta warisan tinggalan nenek moyang. Generasi muda akan sentiasa ingat akan asal usul mereka apabila mereka mengamalkan budaya masing-masing. Oleh itu, budaya memainkan peranan yang amat penting dalam mencetuskan perpaduan. Akhir kalam , masyarakat serta budaya amat penting dalam memajukan sesebuah negara. Sebagai rakyat Malaysia , kita seharusnya berbangga dan bersyukur kerana dapat hidup di sebuah negara di mana buminya kaya dengan pelbagai warisan serta suasana yang aman dan damai.

You might also like