You are on page 1of 3

GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Assalamualaikum Warahnmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Terima kasih pengacara majlis, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan limpah kurnia-Nya, dapatlah kita bersama-sama diberi kesempatan untuk berkumpul dan bertemu dalam sebuah persidangan yang amat penting ini. Saya menyifatkan persidangan ini amat penting kerana berlangsung dalam era transformasi dan pembaharuan pendidikan yang berkonsepkan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Saya yakin persidangan kali ini telah berjaya mengetengahkan input-input yang mampu menjana idea dan merencanakan beberapa inovasi yang boleh digunapakai terutama dalam merealisasikan matlamat pendidikan masa kini.
Hadirin dan hadirat sekalian, Pada zaman moden ini,guru adalah dipertanggungjawab untuk memberi pendidikan moden menghasilkan perubahan ke atas kendiri muridnya.Sekolah merupakan yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah muridnya,sesuai dengan perkembangan dan keperluan masyarakat. Sekolah yang berwibawa danresponsif mesti bersifat dinamik.Unsur ini akan menggerakn dan membolehkan sekolah sentiasa dalam keadaan yang segar,hidup,berkembang dan terus maju,selaras dengan keperluan zaman dan negara mengikut peredaran masa. Di Malaysia,sekolah telah mengalami beberapa peringkat evolusi kerana refomasi atas sistem pendidikan yang dilancarkan selepas Merdeka, Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1963 Pelaksanaan Program Sains Panduan dan Matematik Moden sebagai sukatan pelajaran baru untuk sekolah menengah pada tahun 1971 Pelaksanaan Program KBSM di sekolah menengah pada tahun 1989 Refomasi-refomasi pendidikan seperti ini telah membekalkan darah dan semangat untuk menggerakan sekolah mengubah dan berkembang mengikut strategi yang disarankan.Perubahan dan pendidikan di Malaysia bermakna menukar dari kebiasaan dan rutin ke satu bidang yang baru Daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang autokratik kepada

demokratik Daripada perkhidmatan rutin kepada perkhidmatan penyayang Daripada strategi berpusatan guru aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada strategi berpusatan murid

Guru sebagai agen perubahan


Malaysia menghadapi arus kemajuandan cabaran dalam abad ke 21.

Jesteru, keperluan terhadap pembentukan akhlak di kalangan murid semakin mendesak memandangkan masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia.

Masalah disiplin di peringkat persekolahan seperti merokok, ponteng, penyalahgunaan dadah dan sebagainya dapat ditangani jika guru berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak mulia dalam diri murid.

Guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan dengan mengubah dari stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik.

Peranan guru sebagai agen perubahan


Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada berpusatkan murid Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah

Guru perlu bersifat terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan

Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan Mendekatkan sekolah dengan masyarakat Menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu Memberikan perkhidmatan dalam bidang yang dikuasai Menjalankan kajian pendidikan dalam mengatasi masalah murid dalam bilik darjah agar dapat meningkatkan mutu pendidikan

Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Perubahan fesyen dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Untuk mencapai hasrat tersebut,

seseorang guru seharusnya berupaya mengahadpi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran dengan menggunakan strategi Inovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, setiap guru harus berusaha untuk menimbulkan keseronokan belajar kepada murid.

You might also like