You are on page 1of 3

BAB 8 Pengenalan

PENDIDIKAN DAN MOBILITI SOSIAL

Akibat kemajuan sesebuah Negara, taraf sosioekonomi sesebuah masyarakat selalu berubahubah. Golongan yang mempunyai kesedaran kepentingan pendidikan biasanya berlumbalumba untuk member pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar masa depan keluarga mereka lebih baik daripada yang sedia ada. Dengan cara ini sahaja peluang khasnya golongan bawahan dapat meningkatkan taraf hidup atau mobility social mereka. Impian tersebut memang tercapai di Malaysia terdapat ramai golongan pekerjaan dan bawahan yang mempunyai anak-anak yang Berjaya menjadi pegawai atasan, doctor dan sebagainya.

8.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi mobiliti sosial dalam sesuatu masyarakat adalah seperti berikut : a) Pendidikan dan pekerjaan Pendidikan merupakan factor penting yang boleh menggerak dan meningkatkan taraf hidup seseorang. Dimana-mana Negara di dunia ini mahupun rakyat mereka maju dalam bidang pendidikan. Malaysia pada masa kini, boleh dikatakan telah mengalami perubahan yang pesat dalam bidang pendidikan lebih-lebih lagi apabila menjelang wawasan 2020. Dengan adanya dasar pendekromasian pendidikan, semua rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan sehinggalah ke peringkat university. Sebagai contoh, anak-anak daripada golongan petani yang miskin tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran ke university, mereka berpeluang untuk mengubah mobiliti diri ke arah yang lebih tinggi melalui pendapatan dan kemahiran yang diperolehi.

b) Kebolehan individu dan bakat semulajadi Faktor individu atau bakat semulajadi diambil kira juga dalam penentun mobiliti sosial. Dengan adanya bakat, seseorang itu menjadi terkenal, kaya dan disanjung tinggi. Bukan itu sahaja, bakat seperti gaya kepimpinan untuk menguruskan sesuatu projek dan juga menjadi totkoh dalam bidang politik juga boleh menjadikan mereka terkenalm kaya dan disanjung tinggi.

8.1.1 Analisis Isu Berdasarkan 3 Konsep yang Sesuai Daripada isu yang telah dipilih ini, terdapat tiga konsep yang berkaitan iaitu : a) Mobiliti sosial b) Modenisasi c) Reformssi pendidikan

8.1.2 Mobiliti Sosial Pendidikan merupakan faktor yang penting bagi meningkatkan taraf hidup seseorang. Semua Negara di dunia ini inginkan rakyatnya maju dalam bidang pendidikan contohnya Amerika Syarikat, England dan lain-lain Negara maju. Begitu juga Malaysia pada masa kini, boleh dikatakan perubahan dalam bidang pendidikan sedang berlaku apabila menjelang wawasan 2020. Dengan adanya pendekromasian dalam bidang pendidikan, semua rakyat berpeluang untuk mendapatkannya sehingga ke peringkat university. Apabila mereka diberi pelaung melanjutkan pelajaran, maka mereka berpelaung mengubah mobiliti diri dan kelaurga kearah yang lebih tinggi. Begitu juga sekiranya meritokrasi diamalkan di IPTA, ia mungkin dapat membangunkan mobility masyarakat dan bangsa Melayu yang kuat serta memiliki daya saing yang tinggi. Kebanyakan anak Melayu bukanlah lemah dan gagal mencapai kecemerlangan akademik tetapi masalah yang membelenggu anak Melayu ialah sikap dan kesungguhan mereka untuk belajar berbanding dengan Cina dan India.

8.1.3 Modenisasi Modenisasi boleh diterima sebagai keadaan masyarakat tradisional memodenkan sikap, autoriti, hubungan dari nilai-nilai yang lama kepada yang baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden. Pendidikan di Malaysia telah mengalami modenisasi secara beransur-ansur dengan adanya pertemuan dengan gejala barat. Dalam pengisian kemerdekaan, pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan dalam memodinisasikan pendidikan Negara. Segala perubahan ke arah kemodenan memerlukan pemikir dan pelaksana. Oleh itu ramai rakyat Malaysia yang pintar dihantar melanjutkan pelajaran ke

ngara-negara maju dengan harapan supaya mereka pulang ke tanahair, mereka akan dapat memodenkan Negara.

8.1.4 Reformasi Pendidikan Komitmen kerajaan terhadap reformasi pendidikan juga jelas ditunjukkan dengan pertambahan peruntukan pendidikan pada setiap tahun. Sejak merdeka hingga kini, banyak kemudahan pendidikan telah dibangunkan. Untuk menghadapi abad ke-21 berbagai-bagai strategi telah diatur dan salah satunya adalah pelaksanaan system meritokrasi secara berperingkat. Meritokrasi merupakan cabaran bagi pelajar-pelajar Melayu untuk menjana semangat juang yang lebih tinggi, meningkatkan iltizam keilmuan dan keintelektualan, meransang produktiviti dan kecekapan. Meritokrasi juga boleh dijadikan mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih kasih, pilih bulu dan kronisme. Dalam islam sendiri, meritokrasi menjadi keutamaan dalam banyak perkara contohnya untuk menjadi seseorang pemimpin, seseorang itu mesti memiliki cirri-ciri kepimpinan yang unggul seperti berilmu, bertanggungjawab, amanah dan taat pada perintah Allah.

You might also like