You are on page 1of 15

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK PENYEDIAAN TANAH

Ladang mestilah dalam keadaan bersih sebelum penanaman dijalankan. Tujuan : 1. Keadaan lapang, dapat mengurangkan persaingan untuk mendapatkan udara, air, ruang dan zat makanan. 2. Untuk dapatkan cahaya matahari yang cukup supaya ia boleh hidup subur. 3. Penyakit akar dapat dikurangkan. 4. Memudahkan kerja penyediaan ladang, seperti membaris, melubang dan lain-lain

MENEBAS & MENEBANG


1. Terlebih dahulu, semak dan belukar yang ada hendaklah ditebas 2. Ia dilamparkan sama tebal di atas tanah untuk dijadikan umpan semasa membakar. 3. Pokok-pokok hutan ditebang sama ada menggunakan kapak, gergaji atau gergaji berjentera. 4. Tingginya ditebang dari tanah mengikut besar batangnya dan dianggarkan dari 15cm hingga kesempadan banir dan batangnya.

5. Pokok-pokok direbahkan sehala dan dalam sempadan kawasan.


6. Biasanya 4 hingga 5 pokok yang berdekatan sebaris ditebang sekali, yang paling besar di antaranya dijadikan pengempap. 7. Dahan-dahan yang besar dicantas supaya menjadi padat dan senang dibakar. 6. Sekiranya kawasan itu bersempadankan kawasan ladang yang lain, pokok tidak perlu ditebang semua, tinggalkan 20-40m hutan kelilingnya untuk mengawal api semasa membakar kelak.

7. Kawasan tersebut hendaklah diselenggara sebaik-baik sahaja kawasan yang dibakar iu sejuk. 8. Bekas potongan pada tunggul hendaklah disapu dengan kreosot atau cat minyak bagi mengelakkan spora penyakit akar berkumpul di situ, bercambah dan menembusinya. 9. Keliling tunggul disapu racun Garlon 250 atau Trikolpir 5% supaya ia cepat reput.

MEMBAKAR
1. Kerja membakar boleh dijalankan sebaik sahaja kayunya kering. Ini dianggarkan tujuh minggu selepas pokok yang akhir selesai ditebang. 2. Gunakan umpan yang sesuai seperti tayar kereta lama, skrap getah, abuk kayu atau guni yang dilembabkan dengan minyak damar. 3. Bagi tiap-tiap satu hektar kawasan, sebanyak 10 punca pembakaran dikehendaki dan membakarnya dari tepi ke tengah kawasan. 4. Pembakaran eloklah dilakukan di sebelah petang semasa udara kering.

5. Apabila kawasan itu sudah sejuk dan boleh dimasuki, pembersihan kedua hendaklah dilakukan.
6. Mana-mana kayu yang bergaris pusat kurang dari 30 sm yang tidak hangus hendaklah dikerat-kerat, dikumpul dan dibakar lagi. 7. Dianggarkan bahawa dua orang boleh menjalankan kerja membersih tiap-tiap 4 ha kawasan sebulan. Sebagai langkah keselamatan eloklah memberitahu pihak-pihak yang berkenaan mengenai kerja pembakaran. 8. Kawasan hutan yang sudah bersih itu boleh dibaris, digali lubang dan ditanam. Jika dikehendaki boleh juga dibajak tanahnya supaya jadi gembur.

MERACUN
1. Menggunakan Garlon 250 iaitu satu bahagian Garlon 250 dicairkan dengan lapan bahagian disel. 2. Racun kimia ini berupa minyak berwarna perang. 3. Terlebih dahulu, skrap dan serpih kulit yang kering hendaklah ditanggalkan dari pangkal pokok getah tua itu. 4. Kemudian, racun hendaklah disapu atau disembur rata di keliling pangkal pokok selebar 40 sm setinggi 0.9m (Gambar 1).

a) b)

Gambar 1 : Beberapa kaedah membasmi pokok getah tua. Menebang c) Mengerat e) Menyapu kreosot Menebang d) Meracun tunggul f) Meracun pokok

MEMBONGKAR DENGAN JENTOLAK


1.

Jentolak boleh menumbangkan pokok serta mengeluarkan akar-akarnya.

2.

Kayu dan dahan boleh dipotong dikumpul berbarisbaris untuk dijual, hanya bahagian yang tidak bernilai dikumpul semula ( stacking ) selepas bahan yang bernilai dijual. dikeringkan serta dibakar.

3. Cara ini menarik dari segi mengurangkan kejadian penyakit akar, tetapi mahal untuk digunakan oleh seorang peladang, kerana tambang mengangkut jentolak ke ladang mahal.

4. Sekiranya dibuat secara berkelompok, boleh berkongsi untuk membayar tambangnya. 5. Oleh kerana jentolak amat berat, tanah di ladang menjadi padat dan terpaksa ditenggala supaya gembur balik keadaannya.
6. Sebuah jentolak boleh menumbangkan kirakira 1500-2000 pokok getah tua sehari (Gambar 2).

MEMBONGKAR DENGAN PESAWAT WINCH


1. Terdapat dua jenis winch, satu tidak menggunakan jentera manakala yang lagi satu ditunggangkan kepada lori serta menggunakan kuasa enjin lori. 2. Yang tidak menggunakan kuasa enjin, boleh membongkar dua 20 hingga 30 pokok sehari. 3. Cara ini juga baik kerana ia boleh mengurangkan jangkitan penyakit akar (Gambar 2)

Gambar 2 : Membongkar pokok tua.

a) Dengan jentolak b) Dengan pesawat winch)

Rujukan : ABU BAKAR BIN HAJI AHMAD(1985)Teknologi Getah Asli : pp. 136-139. Kuala Lumpur : Institut Penyelidikan Getah Malaysia.

You might also like