You are on page 1of 15

1

Pengenalan Islam Hadhari adalah merupakan satu gagasan pemikiran yang menyeru rakyat kepada pembangunan dan berusaha membawa kemajuan kepada ummah yang merupakan pendekatan yang sebati dengan ajaran Islam. Antara tuntutan ajaran Islam yang menjadi penekanan Islam Hadhari ialah: 1. Manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan dan memajukan bumi Allah dengan memperbanyakkan amalan fardu kifayah. ( Surah al-baqarah ayat 2:30 ) 2. Menghapuskan kemiskinan dan kefakiran supaya tidak menjadi umat yang lemah. ( Surah al-nisa ayat 4:9 ) 3. Mengalakkan umat Islam supaya berkerja kuat dan bersedia untuk merantau demi untuk mencari rezeki yang halal. 4. Islam pentingkan ilmu pengetahuan dan sains. 5. Perluasan makna ibadat, agama sebagai ad-din 6. Budaya berasaskan nilai murni dan moral diberikan penekanan. Islam Hadhari (Arab ) atau "tamadun Islam" merupakan sebuah teori pemerintahan berdasarkan prinsip-prinsip Islam sebagai berasal dari Al-Quran. Ini pada awalnya didirikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 tetapi dengan nama yang berbeza dan telah dipromosikan oleh bekas Perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi. Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam. Doktrin ini mengembang kepercayaan dalam kerja keras,

kejujuran, dan kecekapan pentadbiran yang baik sama-sama dihargai dan menarik bagi umat Islam untuk menjadi inklusif, toleran dan berpandangan ke luar. Hadhari itu pula , menekankan kepada bertamadun. Jadi dengan itu maksudnya kita mahu menunjukkan bahawasanya kita orang Islam dengan ajaran agama kita. Kalau kita faham betul-betul, ia mampu bukan hanya meningkatkan lagi tamadun Islam. Bukan hanya meningkatkan lagi pandangan dunia tentang Islam. Bukan hanya meningkatkan syiar agama kita tetapi umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang, umat yang gemilang, umat yang terbilang. Pada zaman khalifah dulu, zaman Abassiyah, misalnya, mereka maju. Maju kerana penguasaan ilmu pengetahuan. Zaman Islam di Kordoba di Andalus dulu, penguasaan ilmu pengetahuan mereka begitu hebat. Maju mereka itu kerana inspirasi yang mereka peroleh daripada agama Islam itu sendiri. Maka mereka jadi orang yang dikagumi, yang dihormati. Jadi inilah yang kita hendak tunjukkan bahawasanya kalau kita faham agama kita betulbetul, banyak hikmah yang kita dapat. Al-Quran, hadis dibaca oleh semua negara Islam tetapi mengapa sesetengah negara Islam miskin dan lemah. Ada perbezaan dan perbezaannya ialah daripada peranan kerajaan dan peranan kepimpinan. Kalau ada hikmah, hikmah kita untuk mentadbir dan mahu negara kita itu baik. Dan cara kita menentukan pendekatan itu baik, negara kita akan menjadi maju. Negara kita akan jadi hebat. Walaupun banyak para ilmuan telah memberikan berbagai-bagai definisi Islam Hadhari, kesemuanya boleh dirumuskan bahawa Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Pendekatannya berasaskan ketamadunan dan mengambil kira persekitaran semasa. Selain itu ,dapat kita simpulkan bahawa Islam Hadhari ialah satu istilah yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri bagi menjelaskan program bertindak untuk memperkasakan perlaksanaan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh untuk mengerakkan pembinaan tamadun baru dalam perjuangan bangsa Melayu dan pembangunan Negara yang berasaskan ajaran Islam.

Prinsip Islam Hadhari Prinsip utama yang hendak dicapai dibawah program Islam Hadhari adalah dalam 10 perkara: 1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Illahi. - Memperkasakan keimanan dan ketaqwaan bagi memantapkan diri muslim sejati yang menjaga ruang lingkup agamanya dengan mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah.

2. Kerajaan Adil dan Beramanah - Keadilan dan amanah ditekankan supaya sesiapa sahaja yang diberikan kekuasaan tidak menyalahkan-gunakan kuasa dan memegangnya sebagai satu amanah dari Allah S.W.T

3. Rakyat Berjiwa Merdeka - Untuk memastikan orang Melayu mempunyai semangat cintakan agama, bangsa dan tanahair dan mencorakkan negara mengikut acuan kita sendiri sesuai dengan budaya warisan bangsa.

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan - Untuk memperkasakan dan membudayakan orang Melayu supaya memberikan keutamaan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan.

5. Pembangunan Ekonomi Yang Seimbang Dan Komprehensif - Memberikan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi di semua sektor supaya tidak ada terdapat kawasan/sektor dan kelompok masyarakat/kaum yang terpinggir dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.

6. Kehidupan Berkualiti - Memberikan tumpuan kepada meningkatkan taraf hidup dari segi pendapatan, tempat tinggal, kemudahan awam, pengangkutan, kesihatan, pemakanan dan keamanan.

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. - Bagi menentukan bahawa kumpulan minoriti dan wanita tidak terpinggir dalam arus pembangunan dan hak-hak mereka dijaga dan dihormati.

8. Keutuhan Budaya dan Moral - Menentukan budaya dan moral orang Melayu tidak dicemari oleh budaya kuning yang tidak lagi menghormati tatasusila bangsa dan institusi keluarga dalam menempuh gelombang globalisasi bagi membentuk sebuah negara maju menjelang 2020.

9. Pemeliharaan Alam Semulajadi - Menentukan bahawa pembangunan infrastruktur negara tidak memberikan kesan negetif terhadap alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati persekitaran yang baik dan segar.

10. Kekuatan Pertahanan - Menentukan bahawa kedaulatan negara sentiasa dipertahankan dan keamanan serantau adalah sesuatu yang perlu dipelihara disamping memupuk kesedaran tentang pentingnya semangat patriotik khususnya bagi orang Melayu. Prinsip-prinsip ini disenaraikan secara jelas supaya tidak timbul salah faham dan kebimbangan kepada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat antarabangsa. Kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sepuluh prinsip ini dalam jentera pentadbirannya. Satu kerangka Dasar Nasional yang berlandaskan kepada konsep Islam

Hadhari telah dijadikan asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia semasa dan akan datang, terutama dalam merealisasikan hasrat mewujudkan sebuah negara Islam yang maju menjelang 2020. Hasrat kerajaan adalah untuk memperkasakan budaya dan moral masyarakat Malaysia ke arah menjadikan negara maju dengan acuan kita sendiri yang berasaskan kepada pembangunan nilai dan budaya murni seimbang dengan pembangunan ekonomi dan infrastrukturnya. 10 prinsip yang disenaraikan menjadi intipati Islam Hadhari perlu dicernakan dalam diri orang Melayu sebagai umat Islam yang dominan di Malaysia. Dengan itu Malaysia boleh menjadi negara Islam contoh dan disegani oleh masyarakat antarabangsa. Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk. Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental yang terkandung dalam AlQuran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program

pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada manamana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh dan berupaya menjadi penggerak serta pendorong kepada peningkatan daya saing umat. Warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia.

Kerajaan telah memperkenalkan Konsep Islam Hadhari dalam usaha meneruskan agenda pembangunan negara. Konsep ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Dengan pengenalan Konsep ini, perlaksanaan program dan pencapaian matlamat pembangunan negara dapat ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti tadbir urus yang baik, pengukuhan institusi keluarga, keutuhan integriti dan peningkatan kualiti hidup. Malah, Konsep ini juga dapat menjelaskan lagi apa yang dimaksudkan dengan pembangunan menyeluruh yang menjadi teras Wawasan 2020 terutama daripada segi keseimbangan pembangunan kebendaan dengan kerohaniah. Dari sudut individu pula, Islam Hadhari memberi penekanan kepada melahirkan individu yang mempunyai kekuatan rohani, intelektual dan kebendaan; mampu berdikari, berdaya saing dan inovatif serta cekap menangani cabaran dengan bijak, rasional dan praktikal. Ini merupakan ciri-ciri peniaga Bumiputera yang ingin dilahirkan oleh DEB. Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Selain itu ,ia juga mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan

seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan Negara semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Selepas berlaku rusuhan kaum pada pertengahan tahun 1969, kerajaan telah melancarkan pembangunan ekonomi Negara berdasarkan Sosial-Engineering iaitu dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Seterusnya pada tahun 1990, kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Pembangunan pada tahun 1990. Dasar-dasar ini memberikan tumpuan khusus ke arah meningkatkan status bumiputra, khususnya orang-orang Melayu terutama di dalam sektor korporat. Akan tetapi kejayaan yang dicapai oleh orang-orang Melayu nampaknya masih lagi tidak memuaskan dan masih tidak tahan dalam menghadapi cabaran. Dalam sektor korporat, pencapaian orang-orang Melayu masih lemah dan kurang daya saing. Di samping itu umat Islam pada umumnya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai ajaran Islam yang sepatutnya mendorong kepada kejayaan.

Kemunduran umat Islam dewasa ini dapat dirumuskan oleh beberapa sebab utama berikut: 1.. Kefahaman sebahagian umat Islam terhadap Al-Quran dan hadith tidak selaras

dengan perkembangan semasa. 2. Sebahagian umat Islam menolak kemajuan yang datang dari barat seperti ilmu sains dan teknologi. 3. Sebahagian umat Islam lebih menghayati ajaran-ajaran Islam yang dikenali sebagai fardhu ain sahaja dan melupakan fardhu kifayah. 4. Sebahagian umat Islam tidak dapat menghayati tamadun yang pernah dicapai oleh umat Islam dahulu. 5. Sebahagian umat Islam berpendapat bahawa kemajuan dan tamadun bangsa tidak ada kena mengena dengan agama.

Perkara yang disenaraikan diatas merupakan sebahagian faktor yang dikenalpasti menjadi penghalang kepada tindakan memajukan bangsa Melayu dan umat Islam. Keadaan ini sebenarnya memang disedari oleh pemimpin-pemimpin Negara. Beberapa usaha berterusan melalui dasar pelajaran dan pembangunan ekonomi telah dibuat untuk merealisasikan tamadun bangsa dan Negara ke tahap yang lebih mantap. Antara langkah awal adalah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Manakala langkah kedua ialah mengisytiharkan pelan tidakan melalui pendekatan program Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kedua-dua perisytiharan itu sematamata untuk memperkasakan orang Melayu dan tidak ada penentangan serius daripada penganut agama lain khususnya yang berada dalam kerajaan. Intisari kefahaman Islam Hadhari hendaklah dirujuk kepada yang empunya program iaitu kerajaan. Mantan Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan Islam Hadhari merupakan satu hikmah bagi memajukan Negara dan bangsa, bukan pendekatan yang menafikan agama Islam atau mengajak umat Islam meninggalkan ajaran sepertimana yang digariskan dalam Al-Quran. Seterusnya kerajaan tidak berniat membawa rakyat Negara ini melupakan hal-hal lain yang berkaitan ajaran Islam apabila menekankan konsep Islam Hadhari. Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Jumuah : 10

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak(dalam segala keadaan) , supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat).

Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan dalam konsep pensyarikatan Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka. Usaha-usaha untuk

memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari. Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat.

10

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besarbesaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut. Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif.

Pembangunan ekonomi dan kemajuan umat boleh dikatakan sebagai saling berkaitan dalam konteks bahawa kedua-duanya berkait rapat dan bergantung pada faktorfaktor yang sama. Hanya dalam pembangunan ekonomi, tumpuan lebih diberikan kepada aspek-aspek yang bersabit dengan muamalat, perancangan penggunaan sumber negara, keutamaan perbelanjaan mengikut kriteria yang dipersetujui, dasar-dasar kerajaan bersabit dengan aspek-aspek ini serta usaha berterusan untuk memastikan bahawa masyarakat tamadun itu menikmati satu tahap kehidupan yang menjamin kehormatan mereka sebagai manusia beradaban. Apabila dikatakan bahawa pembangunan ekonomi ialah saluran pernafasan pada kemajuan tamadun dan pembangunan umat, ini tidak bermaksud bersikap taksub pada peri pentingnya kekuatan ekonomi sebagaimana yang ditekankan oleh ideologi kapitalisme. Namun, memang sukar untuk membayangkan betapa sesebuah negara boleh maju tanpa sumber-sumber yang mencukupi, rangkaian perdagangan yang terhad serta daya tarikan ekonomi yang lemah. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah rancangan lima tahun merangkumi tempoh daripada 2006 hingga 2010. Ia mengandungi pelbagai program dan projek bertujuan untuk memacu pembangunan negara secara holistik ke arah Wawasan 2020. RMK-9 berlandaskan lima teras Misi Nasional, satu rangka dasar kerajaan bagi fasa

11

pembangunan lima belas tahun 2006-2020. Misi Nasional menumpukan kepada usaha mencapai Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Objektif utama Bajet 2007 ialah untuk mempastikan Misi Nasional diterjemahkan kepada program dan projek yang dapat dilaksanakan segera dan dengan lebih berkesan. Misi Nasional telah dirangka berlandaskan kepada lima teras utama iaitu:

1.

Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; inovasi Negara serta memupuk

2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan minda kelas pertama. 3 .Menangani masalah ketidakseimbangan

sosioekonomi

yang

berterusan

secara membina dan produktif 4.; 5 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; .Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Mendaki tangga ekonomi merupakan teras pertama Misi Nasional. Dengan meningkatkan daya saing, produktiviti dan inovasi, negara dilihat boleh meningkatkan nilai pengeluaran kesemua aktiviti ekonomi negara daripada pertanian kepada pembuatan. Dengan memanfaatkan pengetahuan serta teknologi, negara juga boleh mempelopori sumber-sumber pertumbuhan baru dalam sektor-sektor ekonomi baru seperti teknologi maklumat dan bioteknologi. Malaysia mampu menarik lebih ramai pelabur dengan memanfaatkan segala sumber yang terdapat dalam negara. Sebagai langkah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan pasaran modal yang lebih efisien, berdaya tahan serta kompetitif, kerajaan telah pun mengumumkan sepuluh langkah baru untuk merangsang dan memantapkan lagi pasaran modal negara. Bagi memperkukuhkan lagi langkah-langkah ini serta menjamin asas ekonomi yang lebih teguh dalam tempoh sederhana dan jangka panjang, Kerajaan sekali lagi mengambil inisiatif segera untuk menggubal dasar dan langkah-langkah strategik pro-growth di bawah Pakej Strategi Baru. Pakej Strategi Baru ini menumpukan kepada empat strategi utama dan mengandungi 90 langkah, bertujuan menjana aktiviti ekonomi melalui penggemblengan sumber dalam negeri

12

di samping mengurangkan pergantungan kepada sektor luar negara. Strategi-strateginya adalah seperti yang berikut menggalakkan pelaburan swasta , memperkukuh daya saing Negara , membangun punca pertumbuhan baru dan meningkatkan keberkesanan Delivery system.

Selain itu, di bawah RMK-9 kerajaan turut merancang untuk membangunkan lima wilayah ekonomi supaya agihan kemajuan dan kemakmuran negara lebih seimbang antara negeri dan daerah. Pendekatan pembangunan untuk setiap wilayah itu juga berbeza berdasarkan kepada kelebihan dan keupayaan masing-masing. Setakat ini Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) telah pun dilaksanakan dan ia kini disusuli dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi baru-baru ini. Jika matlamat WPI ialah untuk membangunkan sebuah kota metropolitan seperti Shenzen di China dan sebagai pelengkap kepada Singapura, Koridor Utara pula lebih kepada usaha mengurangkan jurang pendapatan dan mengagihkan kekayaan sama rata. WPI dibangunkan di atas kawasan yang kosong dengan segala kemudahan baru akan dibina membabitkan pelaburan berbilion ringgit terutama oleh pelabur dari luar dan hanya membabitkan sebuah negeri.

Koridor Utara membabitkan empat negeri dengan 21 daerah dan kira-kira 4.6 juta penduduk sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia tidak membabitkan kepada pembinaan infrastruktur baru kerana kemudahan yang sedia ada akan diguna pakai melalui beberapa penambahbaikan sesuai dengan keperluan masa depan. Pelan pembangunan di Koridor Utara melalui rangka tindakan sosioekonominya juga tidak akan mengubah apaapa yang sedia terdapat di wilayah itu. Inisiatif Koridor Utara adalah untuk mengukuhkan sektor yang sedia ada seperti pertanian. Hanya penambahbaikan yang akan dilakukan supaya petani yang hari ini berada di bawah paras kemiskinan mampu meraih pendapatan yang lumayan pada masa hadapan.Selain daripada itu, antara usaha eksplisit dalam membangunkan ekonomi negara dengan komprehensif menurut kaca mata Islam Hadhari ialah satu peruntukan tentang usaha untuk mempergiatkan Kewangan Islam. Malaysia telah berjaya mencapai perkembangan pesat dalam perkhidmatan kewangan Islam, terutamanya dalam meningkatkan saiz pelaburan, kecekapan perkhidmatan, kepelbagaian produk, pemantapan infrastruktur dan juga peningkatan bilangan institusi. Negara juga

13

merupakan negara pertama di mana institusi supranasional telah menerbitkan bon Islam dalam Ringgit Malaysia. Insititusi yang berkenaan adalah International Finance Corporation dengan terbitan 500 juta ringgit dan Bank Dunia, dua bilion ringgit.

Kini, Malaysia adalah penerbit bon Islam terbesar di pasaran modal global, bernilai 30 bilion dolar Amerika; merupakan lebih 70 peratus daripada terbitan global bernilai 41 bilion dolar Amerika. . Kesimpulan Berasaskan di atas, dapat di simpulkan bahawa peranan Kerajaan dalam pembangunan negara adalah penting. Walau pun tidak perlu memainkan peranan sebagai peneraju dan bersaing dengan sektor swasta, Kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya termasuk menjaga keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang, menyediakan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan serta mengawalselia perjalanan perniagaan supaya orang awam mendapat manfaat yang maksimum. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, terutama apabila sektor swasta tidak mampu memainkan peranannya dengan berkesan atau terdapat bidang-bidang penting tetapi sektor swasta tidak berminat untuk menceburinya, Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Umpamanya, apabila pelaburan swasta masih rendah akibat ketidaktentuan yang berlaku pada dalam ekonomi dunia sekarang, Kerajaan berperanan untuk menampung penguncupan ini dengan meningkatkan pelaburan awam untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kualiti hidup rakyat tidak terjejas. Selain daripada itu, dalam Islam adalah penting bagi sesebuah Kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ini merupakan bidang yang sangat diberi keutamaan oleh Kerajaan sejak merdeka lagi kerana ilmu dapat membawa rakyat keluar daripada kancah kemiskinan. Ternyata usaha-usaha yang dilaksanakan sekarang ini telah menunjukkan hasil yang baik. Tahap kemiskinan Malaysia rendah berbanding dengan banyak negara lain. Namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengatasi ketidakseimbangan di antara penduduk bandar dan luar bandar. Akhir sekali, saya ingin menekankan di sini bahawa program pembangunan yang kita laksanakan selama ini adalah selaras dengan ajaran Islam dan menepati apa yang

14

disarankan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan juga selaras dengan ajaran Islam kerana matlamat yang ingin dicapai ialah untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang harmoni daripada segi kebendaan dan kerohaniah. Untuk mencapai kejayaan yang diharapkan, maka minda orang Melayu dan umat Islam amnya perlu ada perubahan-perubahan berikut: 1. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan ajaran Islam perlu dikikis 2. Konsep hidup sebagai pengabdian kepada Allah dan kerja sebagai ibadat, manusia sebagai khalifah dan kewajiban menghasilkan kemajuan dalam pelbagai bidang perlu diberikan perhatian serius. 3. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas sesuai dengan zaman globalisasi, seperti jihad dalam menimba ilmu, penguasaan sains dan teknologi dan juga dalam bidang ekonomi. 4. Bangsa Melayu perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari bebas dari bergantung kepada orang lain dalam semua bidang meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, makanan, pegangkutan dan teknologi tinggi. 5. Pemikiran menolak pembangunan perlu dihapuskan dan diganti dengan pemikiran yang dinamik tetapi masih dalam ruang lingkup batasan agama.

15

You might also like