You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI BESAR 34520 BATU KURAU, PERAK ______________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA

Mesyuarat Panitia Sains kali pertama telah diadakan pada hari Selasa, 17 Januari 2012 bertempat di Bilik Sains, SK Pantai Besar. KEHADIRAN Hadir 1. 2. 3. 4. Pn. Naini bt Mat Zain Pn. Hazlipah bt Abdullah Pn. Siti Khadijah bt Ariffin En. Nai Sowat A/l Nai Liew :

Tidak Hadir 1. Pn.Nor syarida bt Abd Rahman (cuti Bersalin ) 1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat Pn Naini selaku pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan surah Alfatihah. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat panitia Sains kali pertama untuk sesi 2012. Kehadiran Setiausaha melaporkan bahawa Norsyarida tidak dapat hadir mesyuarat kali ini kerana beliau bercuti bersalin. Agenda Mesyuarat Rancangan Tahunan Sains Semua guru memberi respon mereka telah ada salinan untuk kegunaan masing-masing. Rancangan Pelajaran Harian Semua guru diingatkan untuk menulis rancangan pelajaran harian mengikut format yang telah ditetapkan. TOPIC, LEARNING OUTCOMES, SCIENCE PROCESS SKILL, ACTIVITIES, REFLECTION Aktiviti Panitia Sains Pengerusi mengingatkan agar aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan seawal mungkin dan mendapat kerjasama semua guru.

2.

3.

Pengajaran dan Pembelajaran Membincangkan cara untuk mengatasi kelemahan murid iaitu menekankan kata kunci semasa P&P, menggalakkan murid membaca bahan-bahan Sains. Biodata, Jadual Waktu Guru-guru mengisi biodata, jadual waktu dan menyerahkan kepada pengerusi untuk tindakan selanjutnya. 4. Hal-hal Lain Pengerusi berharap semua guru dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah ini. Guru-guru juga dinasihatkan dapat menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses P&P dijalankan dan penggunaannya juga hendaklah diurus dengan baik. 5. Penangguhan mesyuarat. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dari guru-guru dan menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30 tengahari. Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.. (SITI KHADIJAH BT ARIFFIN) Setiausaha Panitia Sains

. (NAINI BT MAT ZAIN) Ketua Panitia Sains

You might also like