You are on page 1of 4

Pendahuluan Malang tidak berbau merupakan frasa yang paling sesuai untuk menggambarkan kemalangan.

Oleh itu, keselamatan ialah suatu ciri penting dan harus dititikberatkan dalam kehidupan kita. Ciri ini merangkumi aspek keselamatan diri daripada jangkitan penyakit, kemalangan, kecederaan dan juga kematian. Bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit, kerajaan telah memperuntukkan beberapa akta. 6.1Jenis-jenis Penyakit Berjangkit Penyakit berjangkit ialah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti bacteria, virus, parasit, protozoa dan kulat. Penyakit ini boleh berjangkit melalui dua cara iaitu: Secara langsung: Melalui sentuhan, udara dan hubungan seks Secara tidak langsung: Melalui bahan-bahan seperti makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman Penyakit berjangkit adalah berbahaya, merebak dan boleh menyebabkan kematian kepada manusia. Mencuci tangan merupakan salah satu cara untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Jagalah kebersihan premis 6.1.2Pencegahan Penyakit Berjangkit Akta 342 Bahagian III, Seksyen 6hingga 9 ialah akta yang digubal bagi tujuan mencegah penyakit berjangkit daripada masuk ke dalam negara. Bahagian ini meliputi bidang kuasa Menteri Kesihatan dan pegawai yang diberi kuasa untuk menangani masalah tersebut. Langkah- langkah Pencegahan Penyakit Berjangkit 1)Pengisytiharan kawasan jangkitan 2)Membuat tapisan kesihatan di pintu masuk Negara 3)Melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap 4)Menghalang kemasukan atau penghantaran mayat, organisma atau bahan patogenik. Pengisytiharan Kawasan Jangkitan Mengisytiharkan kawasan- kawasan di luar negara Malaysia sebagai kawasan jangkitan Menetapkan langkah langkah yang perlu diambil untuk mencegah kemasukan penyakit berjangkit dari sesuatu kawasan jangkitan Membuat tapisan kesihatan di pintu masuk Negara Membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana- mana kenderaan , orang awam atau pelancong asing, haiwan dan barangan yang berada di dalam kenderaan setibanya di Malaysia Membasmi kuman, serangga atau tikus terhadap mana-mana bahagian kenderaan jika dipercayai telah tercemar atau berinfestasi Melakukan kuarantin kepada individu yang dipercayai telah di jangkiti atau yang telah kontak dengan si pesakit sehingga penyakit itu disahkan tidak lagi menjangkiti orang lain Melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap Menjalankan pemeriksaan ke atas rumah atau premis pada bila-bila masa yang munasabah. Pemilik atau agennya perlulah membuat persediaan yang dikehendaki dalam pemeriksaan tersebut. Menghalang kemasukan atau penghantaran mayat,organisma atau bahan patogenik Semua individu dilarang membawa masuk atau keluar mayat, tisu, organ atau sebarang bahagian tubuh si mati, organisma atau bahan patogenik kecuali mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Akta ini. 6.1.3 Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah seterusnya adalah mengawal penyakit tersebut daripada terus merebak.Dalam akta ini, Bahagian IV Seksyen 10 hingga 21, terdapat 12 langkah yang diperuntukkan untuk mengawal panyakit berjangkit. Langkahlangkah tersebut adalah seperti berikut: 1) Peberitahuan tentang Penyakit Berjangkit Ketua keluarga, pengamal perubatan, pemilik rumah, pegawai polis atau ketua kampung hendaklah melaporkan sebarang penyakit berjangkit yang wujud di kawasan perumahan mereka kepada pegawai perubatan dengan segera 2) Pengisytiharan Kawasan Jangkitan Tempatan

Menteri boleh mengisytiharkan kawasan kawasan jangkitan tempatan dan menetapkan langkah-langkah pengawalannya. Pegawai yang diberi kuasa boleh mengarahkan semua individu yang tinggal dalam kawasan tersebut dirawat, diimunisasi, dikuarantin atau dikenakan sebarang langkah pengawalan penyakit berjangkit. 3) Tanggungjawab Pesakit Berjangkit Pesakit yang menghidapi penyakit berjangkit tidak boleh mendedahkan risiko jangkitan kepada orang lain atau melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan penyakit tersebut menular. 4) Mengawal Barang Tercemar dan Binatang Yang Dijangkiti Mana- mana barang yang tercemar atau binatang yang dijangkiti penakit berjangkit tidak boleh diberi, dipinjam, dijual, dihantar, di guna atau didedahkan tanpa pembasmian kuman. 5) Pengasingan Orang-orang yang dijangkiti dan disyaki Melakukan kuarantin terhadap individu yang disyaki atau dijangkiti penyakit berjangkit bagi mendapatkan rawatan sehingga keadaannya tidak lagi membahayakan orang lain. 6) Pemerhatian atau pengawasan Kontak Menjalankan pemerhatian terhadap mana-mana kontak dalam tempoh yang difikirkan patut sehingga boleh dibebaskan tanpa membahayakan orang ramai. 7)Perintah bagi pemeriksaan mayat Memerintahkan supaya mayat seseorang yang disyaki mati akibat sesuatu penyakit berjangkit dibawa ke suatu tempat untuk tujuan pemeriksaan yang difikirkan perlu. 8)Pengurusan Orang Mati Mayat seseorang yang mati akibat penyakit berjangkit perlu diuruskan mengikut arahan pegawai yang diberi kuasa. 9) Membasmi kuman dan menutup premis Sekiranya seseorang penghidap penyakit berjangkit dipercayai pernah berada di sebuah premis , maka premis, individu, barang atau haiwan yang berada di premis tersebut haruslah diperiksa dan dibasmi kumannya atau dimusnahkan jika perlu untuk menghalang penyakit tersebut daripada terus merebak. 10)Pemusnahan struktur Mana-mana struktur yang dicemari penyakit berjangkit dan tiada upaya untuk dibasmi kumannya boleh dimunahkan. 11) Larangan Menjual atau Menyewakan Bangunan yang Tercemar Bangunan yang dicemari oleh penyakit berjangkit tidak boleh dijual atau disewakan hingga kuman pada bangunan dan barang-barang di dalamnya telah dibasmi kuman. 12) Membasmi Kuman Kenderaan tertentu Sesebuah kenderaan yang digunakan untuk membawa penghidap penyakit berjangkit perlu dibasmi kumannya terlebih dahulu sebelum boleh digunakan semula 6.1.4 Kesalahan dan Penalti Individu yang melanggar Akta Penyakit Berjangkit akan dikenakan penalti terhadap kesalahan tersebut berdasarkan Bahagian V Akta 342 yang menjelaskan tentang penalti tersebut Kesalahan-kesalahan Am (kka) 1. Menghalang/melengahkan atau membantu berbuat begitu terhadap pegawai yang diberi kuasa dalam menjalankan tugasnya. Penalti (p) Kesalahan pertama: Dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-keduanya. Kka : Melanggar perintah yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa. P: Kesalahan kedua dan seterusnya: Dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya. Kka: Enggan memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini. P: Kesalahan yang Berterusan: Didenda tidak melebihi RM200.00 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. Kka: Memberi maklumat palsu apabila dikehendaki di bawah Akta atau peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. P: Dikompaun tidak melebihi RM1000.00 bagi semua kesalahan yang boleh dikompaun. 6.1.5 Peranan Agensi-agensi Yang Berkaitan A) Kementerian Kesihatan Malaysia 1) Kuasa Menteri Antara kuasa menteri dalam menangani kes penyakit berjangkit ialah:

(a) Mengisytiharkan kawasan jangkitan setelah menerima pemberitahuan di bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa. (b) Menisytiharkan kawasan lain di luar Malaysia sebagai kawasan jangkitan. (c) Mengisytiharkan kawasan jangkitan tempatan. (d) Memotong atau menambah sebarang peruntukan Jadual Pertama. (e) Membuat peraturan bagi keseluruhan aau sebarang bahagian di Malaysia, termasuk lapangan terbang, pelabuhan, perairan, pantai dan sempadan darat bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. (f) Mengawal sedia hal yang berkaitan dengan Akta ini 2) Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit atau Center for Disease Control(CDC) (a) Mencegah penyakit berjangkit daripada memasuki negara dan mengawalnya daripada merebak. (b) Menjalankan pendakwaan yang berkaitan dengan sebarang kesalahan terhadap Akta. (c) Mengkonpaun sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini. B) Agensi- agensi Lain 1) Polis diraja Malaysia (a) Membantu menerima maklumat tentang penyakit berjangkit dan memaklumkannya kepada pegawai kesihatan dengan segera. (b) Membantu pegawai yang diberi kuasa melaksanakan arahan terhadap mereka yang ingkar. (c) Membantu pegawai kesihatan mengesan pesakit yang lari daripada kuarantin di wad. 2) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (a) Mengawasi kemasukan kenderaan dari negara kawasan penyakit berjangkit. (b) Mengawal pembawaan masuk atau keluar mayat , tisu manusia , organisma atau bahan patogenik mengikut peraturan yang dibuat di bawah Akta 3) Jabatan Imigresen Malaysia (a) Memastikan buruh asing menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berkhidmat di Malaysia. (b) Menghantar pulang pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. 4) Fenomena Sendirian Berhad (Foreign workers medical Examination and Monitoring agency) (a) Menyaring status kesihatan pekerja asing sebelum berkhidmat di Malaysia. 5) Majlis Tempatan (a) Memastikan pekerja di premis makanan menjalani pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan. (b) Menyita premis makanan yang tidak mengikut syarat kebersihan yang boleh menyebabkan menularnya penyakit berjangkit. (c) Melaporkan sebarang kes cirit-birit yang serius dengan segera kepada pejabat kesihatan. C) Peranan Murid Antara peranan dan tanggungjawab murid untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit ialah: (a) Menjadi penyebar maklumat tentang penyakit berjangkit (b) Mengenal pasti kawasan-kawasan di sekolah yang boleh manjadi tempat penyebaran penyakit berjangkit. (c) Mematuhi segala arahan kebersihan dan keselamatan (d) Menggunakan kemudahan awam dengan berhemah (e) Membuang sampah ke dalam tong sampah (f) Tidak hadir ke sekolah ke sekolah sekiranya disahkan menghidapi penyakit berjangkit (g) Melaporkan kepada guru jika terdapat kes-kes penyakit berjangkit (h) Membersihkan kawasan sekolah yang berisiko Kes - kes yang melibatkan penyakit berjangkit sememangnya berbahaya dan tidak harus dipandang remeh. Semua pihak haruslah memikul tanggungjawab untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit dan bukannya bergantung kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa agensi sahaja. Seandainya kita menyesyaki diri menghidap sesuatu penyakit berjangkit, maka kita haruslah mengambil tindakan yang sepatutnya iaitu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Rumusan 1. Penyakit berjangkit disebabkan oleh mikroorganisma yang boleh ditransmisikan sama ada melalui sentuhan, uadara, hubungan seks, makanan, minuman atau vektor. 2. Akta 342 ialah AktaPencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. 3. Pencegahan dan kawalan adalah dua langkah awal untuk mengawal penyakit berjangkit.

Sesiapa yang melanggar peruntukan di dalam Akta 342 dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan kompaun, didenda atau dipenjarakan jika disabitkan di makamah. 5. Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit ialah sebuah agensi kerajaan yang mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan penyakit berjangkit. 6. Agensi- agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Majlis Tempatan, Kementrian Pelajaran dan Fomema sama- sama membantu menanganu isu penyakit berjangkit.

4.

You might also like