You are on page 1of 12

SURAH AL-ANBIYA (Ayat 66-73)

surah al-anbiya ayat 66


Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata, Jikalau demikian patutkah kamu menyembah yang lain daripada Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikit pun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? (Yakni bukanlah dikira bodoh benar amalan kamu menyembah batu pejal yang tidak membawa sebarang faedah pun kepada kamu, selain menambah kebodohan kamu sendiri?)

surah al-anbiya ayat 67


Maksudnya: Jijik perasaaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?

Suatu cabaran yang sungguh memalukan mereka, kerana tidak mampu mereka tolak lagi, sebab pertanyaan itu merupakan kebenaran yang mutlak; yang menambahkan lagi kemurkaan raja dan para pembesarnya itu.

surah al-anbiya ayat 68


Maksudnya: (setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata, Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jikalau betul kamu mahu bertindak membelanya.

sesudah kalah berhujah dengan pukulan maut, mereka pun bersetuju untuk menjatuhkan hukuman keatas anak muda yang berani melawan dan bersikap kurang ajar itu, iaitu hukuman bakar.

surah al-anbiya ayat 69


Maksudnya: kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.

Para mufassir menyatakan, sesudah mereka menjatuhkan hukuman seperti itu, maka mereka pun mulalah membuat persiapan yang secukupnya dengan mengumpulkan bahan bakar (kayu api) selama sebulan lamanya, sehingga jikalau ada seorang perempuan yang sakit maka dia bernazar untuk membawa kayu api sebagai tambahan kepada bahan bakar itu. Sesudah siap semua bahan bakar yang diperlukan maka mereka pun menggali parit lalu memasukkan nabi Ibrahim a.s ke dalam parit yang telah dinyalakan api yang sangat besar.

Kalau ditakdirkan ada seekor burung lalu diatasnya maka burung itu akan terbakar dan hangus jatuh kedalam unggun api tersebut. Kemudian mereka mengikat nabi Ibrahima.s dengan kuatnya dan meletak diatas sebuah manjanik dan kemudian dilontarkan ke dalam api yang menyala. Allah telah berfirman memberi perintah kepada api yang menyala yang bermaksud Wahai api! Jadilah sejuk dan sejahtera keatas Ibrahim!

surah al-anbiya ayat 70


Maksudnya: Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu kami jadikan mereka orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).

surah al-anbiya ayat 71


Maksudnya: dan kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang kami limpahkan berkat kepadanya untuk umat manusia.

Mengikut al-Sabuni; Nabi Lut a.s. adalah anak saudara Nabi Ibrahim a.s. Mereka telah membawa diri berpindah dari negeri Iraq ke negeri Sham yang Allah S.W.T telah kurniakan keberkatan yang berbentuk kesuburan tanahnya, ramai para nabi dan orang soleh, serta beberapa buah sungai dan pelbagai jenis tumbuhan. Ibn al-Jauzi berpendapat: keberkatan negeri Sham itu terletak pada ramainya para nabi yang telah diutus Allah S.W.T. di negeri itu dan banyaknya sungai disertai dengan kesuburan tanahnya.

surah al-anbiya ayat 72


Maksudnya: dan kami kurniakan kepadanya: ishaq (anaknya), dan Yaqub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (daripada mereka) kami jadikan orang yang soleh.

Para mufassir menyatakan: Sesudah Nabi Ibrahim a.s. memohon kepada Allah S.W.T. supaya dikurniakan anak dan zuriat keturunan, maka Allah S.W.T. Kurniakan kepada anak dan cucu yang ramai jumlahnya.

surah al-anbiya ayat 73


Maksudnya: Dan kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) denga perintah kami, dan kami wahyukan kepada mereka yang mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada kami.

Allah S.W.T menyebutkan tentang sembahyang dan zakat secara khusus ialah kerana sembahyang itu merupakaan ibadat jasmaniah yang paling mulia dan utama, manakla zakat pula adalah ibadat maliyyah (kewangan dan harta benda) yang paling utama sekali.

SEKIAN

You might also like